Sunday, October 16, 2011

melayu rajin bangkrup

KUALA LUMPUR – Jangan hanya salahkan rakyat dalam isu ramai di kalangan mereka muflis akibat penggunaan kad kredit kerana banyak punca lain yang wajar diteliti dengan lebih mendalam bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd.Firdaus Jaafar berkata, banyak faktor lain yang boleh membawa kepada ‘maslahah’ tersebut berbanding menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
“Antaranya kadar faedah yang tinggi. kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat kepada kesan sosioekonomi dalam jangka masa yang panjang.
“Ia perlu dilihat juga dari segi harga kereta dan harga rumah di negara ini. Oleh itu jangan hanya menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd.Firdaus seterusnya mendakwa, harga kereta di Malaysia antara yang tertinggi di dunia dan begitu juga dengan hartanah yang harganya semakin hari semakin meningkat.
Dakwanya lagi, keadaan tersebut menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis apabila gagal menjelaskan hutang.
Pada 11 Oktober lalu media melaporkan seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.
Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment