Tuesday, December 29, 2015

CADANGAN PIHAK KPKT DAN DBKL, MEMBINA DAN MEMBEKAL TONG SAMPAH BERPUSAT DAN TAPAK PUSAT KITAR SEMULA DI KG PADANG BALANG, SENTUL , K.LUMPUR.






Pertemuan Pemilik Lot 557, Tn Hj Izhar Haron
Pertemuan Pemilik Lot 3224, Tn Hj Hamid
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 3224
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 557

Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2665 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2665 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 575 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 575 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2098 (Masjid Jamek)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2098 (Masjid Jamek)











MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN (MPP WP)

TAJUK
PERUTUSAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
KATA ALU - ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PENGENALAN

TUJUAN GARIS PANDUAN PENUBUHAN MPP WP OBJEKTIF MPP WP

FUNGSI UMUM MPP WP KEAHLIAN, STRUKTUR DAN TANGGUNGJAWAB MPP WP
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MPP WP
KRITERIA PEMILIHAN AHLI MPP WP
PROSES PEMILIHAN AHLI MPP WP
TEMPOH PERKHIDMATAN AHLI
PENAMATAN PERKHIDMATAN AHLI PENTADBIRAN
PROGRAM DAN AKTIVITI KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PERUNTUKAN AM
PENUTUP

ISI KANDUNGAN PERUTUSAN YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN _________________________________________________________________

Bismillahhirrahmanirrahim 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia 

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka Garis Panduan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) ini dapat disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli MPP WP.
Penerbitan garis panduan bagi siri kedua ini merupakan penambahbaikan kepada penerbitan yang telah dicetak pada tahun 2010 dalam usaha Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan penerangan dan gambaran yang jelas mengenai penubuhan dan pengurusan MPP WP di Wilayah Persekutuan.
Secara asasnya, ahli MPP WP akan berfungsi sebagai penghubung di antara Kerajaan dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan modal insan.
Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan akan mengambil kira penglibatan pelbagai lapisan masyarakat supaya golongan sasaran yang menerimanya bersifat menyeluruh.
Penubuhan MPP WP turut mengambilkira keperluan semasa masyarakat bandar, perbezaan demografi dan iklim sosio politik penduduk di Wilayah Persekutuan keseluruhannya.
Aspirasi penubuhan MPP WP juga adalah selaras dengan usaha Kerajaan dalam memenuhi keperluan Local Agenda (LA21) iaitu menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif Persatuan Penduduk, badan bukan Kerajaan, pihak swasta dan agensi-agensi Kerajaan yang lain. 
Sehubungan itu, saya berharap agar garis panduan ini dapat dijadikan panduan kepada ahli-ahli MPP WP dalam mentadbir dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan bersama komuniti setempat dalam usaha menjadikan Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera menjelang 2020.
Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR



KATA ALU - ALUAN YBHG. DATUK SERI ADNAN BIN HJ. MD. IKSHAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN ______________________________________________________________ Bismillahhirrahmanirrahim 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Wilayah 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya garis panduan ini dapat ditambahbaik dan disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP), Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat secara tidak langsung dengan pelaksanaan MPP WP di Wilayah Persekutuan ini.
MPP WP telah ditubuhkan khas untuk meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran yang sistematik dan terancang.
Ia bersandarkan harapan agar komuniti diberi pengupayaan (empowerment) untuk memimpin dan mentadbir kelompok komuniti sendiri agar ia berkembang menjadi sebuah masyarakat bandar yang sejahtera.
Semoga MPP WP ini menjadi satu platform kepada masyarakat bandar melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum.
Sekali gus ia membantu Pihak Berkuasa Tempatan menangani isu-isu perbandaran dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan antara Kerajaan dan rakyat.
Adalah diharapkan agar garis panduan ini dihayati dan menjadi panduan bagi menguruskan pentadbiran MPP WP.
Semoga usaha murni ini dapat melonjakkan kualiti perkhidmatan daripada komuniti kepada komuniti sendiri.
Sekian.

ADNAN BIN HAJI MD. IKSHAN




 1 MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN 
(MPP WP) 

PENGENALAN 

Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) adalah satu entiti yang diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh masyarakat setempat. Struktur Komuniti ini bertujuan memantau pelaksanaan program-program kemasyarakatan dan modal insan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di samping menangani isu–isu perbandaran dan penyampaian perkhidmatan secara berterusan di dalam kawasan pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Majlis ini juga turut berperanan dalam menentukan keperluan penduduk setempat dalam pembangunan, kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan di bandar.

TUJUAN BUKU GARIS PANDUAN

Garis Panduan Penubuhan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) ini adalah sebagai rujukan kepada PBT di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk menubuhkan dan melaksanakan MPP WP di kawasan pentadbiran masing-masing.

PENUBUHAN MPP WP 

1. Dalam usaha mewujudkan masyarakat bandar yang bersatu-padu dan sejahtera, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) pada tahun 2011 di Putrajaya.
MPKB merupakan salah satu mekanisme penghubung di antara Kerajaan dan komuniti setempat. Melalui MPKB, program-program pembangunan modal insan dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi, sekali gus dapat membantu menangani isu-isu perbandaran selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT di Wilayah Persekutuan.

2. Selaras dengan penyusunan semula fungsi KWP selepas Pilihan raya Umum ke-13, nama MPKB telah ditukar kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP).
Penubuhan MPP WP adalah bagi meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran masyarakat yang tersusun dan sistematik.
MPP WP dibahagikan kepada dua wilayah iaitu MPP WP Kuala Lumpur di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan MPP WP Putrajaya di bawah Perbadanan Putrajaya (PPj).

3 Memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan dilaksanakan ke peringkat akar umbi
Mewujudkan struktur komuniti WP yang mampu mengawalselia masyarakat setempat
Memastikan isu-isu perbandaran ditangani segera dan seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT
Menggalakkan penyertaan awam dan penduduk setempat dalam pengurusan dan pembangunan WP (self-governance community)

OBJEKTIF MPP WP

4 Fungsi MPP WP

Menyelaras pelaksanaan dasar, strategi dan isu-isu berkaitan pembangunan komuniti.
Meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat bandar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Mengesyorkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti kesejahteraan bandar di peringkat zon dan sub zon secara sistematik dan bersepadu selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Menyalurkan maklumat, maklumbalas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk dari peringkat akar umbi kepada Kementerian dan PBT.

FUNGSI UMUM MPP WP

5 KEAHLIAN, STRUKTUR & BERTANGUNGJAWAB MPP WP

Struktur MPP WP:

Struktur MPP WP dibahagi kepada empat (4) peringkat iaitu:


  1. MPP WP Pusat; 
  2. MPP WP PBT (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Perbadanan Putrajaya); 
  3. MPP WP Zon
  4. dan MPP WP Sub Zon


6 KEAHLIAN MPP WP

KEAHLIAN MPP WP PUSAT, MPP WP PBT, MPP WP ZON,
MPP WP SUB ZON

Pengerusi
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Bandar Kuala Lumpur/ Presiden Perbadanan Putrajaya/ Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon Pengerusi Sub Zon

Timbalan Pengerusi
i. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
ii. Ketua Setiausaha Kementerian Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/ Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon, Timbalan Pengerusi Sub Zon,

Setiausaha
Setiausaha Bahagian yang dipertanggungjawabkan dengan Pembangunan Komuniti Pengarah, Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, DBKL Timbalan Pengarah,Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
Setiausaha Sub Zon Pegawai Perhubungan Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengarah Bahagian, Komunikasi Korporat PBT yang berkenaan Pengurus Kawasan DBKL Tiada Ahli-Ahli*

• Datuk Bandar Kuala Lumpur
• Presiden Perbadanan Putrajaya
• Timbalan Ketua Setiausaha, yang dipertanggungjawabkan dengan Pembangunan Komuniti
• Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi
• Semua Pengerusi MPP WP Zon
• Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi
• Ketua-ketua Jabatan di DBKL/ Ketua Penolong Pengarah di Perbadanan Putrajaya
• Pengurus kawasan di DBKL/ Pegawai Kawasan di PPj
• Pengerusi MPP WP Zon
• Seorang wakil dari setiap MPP Zon (ditentukan oleh Pengerusi MPP Zon)
3 orang wakil sub zon atau penduduk 8 ahli Biro:
• Biro Kesejahteraan Bandar
• Biro Kebersihan & Kesihatan
• Biro Sosial & Sukan
• Biro ICT & e-Komuniti
• Biro Ekonomi & Pembangunan
• Biro Pendidikan & Modal Insan
• Biro Aduan & Kebajikan
• Biro Keselamatan 4 orang wakil penduduk 8 ahli Biro:
• Biro Kesejahteraan Bandar
• Biro Kebersihan & Kesihatan
• Biro Sosial & Sukan
• Biro ICT & e-Komuniti
• Biro Ekonomi &
• Pembangunan
• Biro Pendidikan & Modal Insan
• Biro Aduan & Kebajikan
• Biro Keselamatan

7 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat Pusat) 

PENGERUSI Menteri Wilayah Persekutuan
PEGAWAI PERHUBUNGAN Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian

TIMBALAN PENGERUSI Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan

SETIAUSAHA Setiausaha Bahagian yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan komuniti Datuk Bandar Kuala Lumpur Presiden Perbadanan Putrajaya Timbalan Ketua Setiausaha yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan komuniti Ketua-Ketua Agensi KWP Pengerusi-Pengerusi MPP WP (Peringkat Zon) Kuala Lumpur/ Putrajaya Pengerusi MPP WP Zon Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi

8 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat PBT - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

PENGERUSI
Datuk Bandar Kuala Lumpur

SETIAUSAHA
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti,
DBKL TIMBALAN PENGERUSI Ketua Pengarah,
DBKL PEGAWAI PERHUBUNGAN Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat DBKL Pengerusi MPP WP Zon Seorang wakil dari setiap MPP WP Zon
(Ditentukan oleh Pengerusi MPP WP Zon)

Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi Ketua - ketua Jabatan PBT yang berkaitan Pengurus Kawasan/Pegawai Zon Ketua-Ketua Jabatan DBKL Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan

9 PENGERUSI 
Presiden Perbadanan Putrajaya

SETIAUSAHA 
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj

TIMBALAN PENGERUSI 
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj

PEGAWAI PERHUBUNGAN
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat PPj
Pengerusi MPP WP Zon Seorang wakil dari setiap MPP WP Zon
(Ditentukan oleh Pengerusi MPP WP Zon)
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh
Pengerusi Ketua - ketua Jabatan PBT yang berkaitan Pengurus Kawasan/Pegawai Zon Ketua-Ketua Jabatan PPj Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat PBT - Perbadanan Putrajaya)

10 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat Zon)

PENGERUSI
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
PEGAWAI PERHUBUNGAN
Pengurus Kawasan/ Pegawai Zon PBT
TIMBALAN PENGERUSI
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
SETIAUSAHA 
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Tiga (3) orang wakil sub zon atau penduduk
8 ahli Biro: Biro Kesejahteraan Bandar Biro Kebersihan & Kesihatan Biro Sosial & Sukan Biro Ekonomi & Pembangunan Biro Aduan & Kebajikan Biro ICT & e-Komuniti Biro Pendidikan & Modal Insan Biro Keselamatan

11 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat Sub Zon)

PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
4 orang wakil penduduk
8 ahli Biro: Biro Kesejahteraan Bandar Biro Kebersihan & Kesihatan Biro Sosial & Sukan Biro Ekonomi & Pembangunan Biro Aduan & Kebajikan Biro ICT & e-Komuniti Biro Pendidikan & Modal Insan Biro Keselamatan

12 Tanggungjawab MPP WP 

Tanggungjawab bagi setiap peringkat MPP WP adalah seperti berikut:

MPP WP Pusat
• Mengadakan mesyuarat dua (2) kali setahun;
• Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi dan perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan komuniti;
• Merancang dan mengesyorkan agihan peruntukan tahunan kepada MPP WP Zon dan Sub Zon untuk perbelanjaan pengurusan serta program dan aktiviti;
• Merancang dan menyelaras program dan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh MPP WP dengan kerjasama agensi kerajaan/swasta/badan bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain;
• Menyalurkan maklumat/maklum balas yang diterima dari semua MPP WP PBT kepada anggota mesyuarat; dan
• Membuat keputusan berkaitan isu, permasalahan atau rayuan yang dibangkitkan di peringkat MPP WP PBT. MPP WP PBT
• Mengadakan mesyuarat tiga (3) kali setahun;
• Melulus dan memantau program dan aktiviti yang hendak dijalankan oleh MPP WP Zon;
• Mengumpul maklumat/ maklum balas yang diterima daripada setiap MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon dan membentangkan di mesyuarat MPP WP PBT dan MPP WP Pusat; dan
• Menyalurkan maklumat, dasar-dasar dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan komuniti kepada penduduk melalui MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon.

13 MPP WP Zon

• Mengadakan mesyuarat empat (4) kali setahun;
• Menggalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang diterima daripada penduduk untuk dilaporkan kepada MPP WP PBT;
• Menyalurkan maklumat yang diterima daripada KWP dan PBT kepada penduduk terutama perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan;
• Menyelaras dan memantau program dan aktiviti yang dijalankan oleh MPP WP Sub Zon;
• Menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti; dan
• Mengemukakan laporan mesyuarat MPP WP Zon kepada MPP WP PBT. MPP WP Sub Zon
• Mengadakan mesyuarat enam (6) kali setahun;
• Menggalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang diterima daripada penduduk untuk dilaporkan kepada MPP WP Zon;
• Menyalurkan maklumat yang diterima daripada KWP dan PBT kepada penduduk terutama perkara berkaitan dasar-dasar Kerajaan;
• Menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti; dan
• Mengemukakan laporan mesyuarat MPP WP Sub Zon kepada MPP WP Zon.

14

15 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MPP WP 

Pengerusi/Timbalan Pengerusi

Tugas-tugas Pengerusi/ Timbalan Pengerusi adalah seperti yang berikut:
• Memastikan mesyuarat diadakan melalui tindakan berikut:
- Menentukan agenda dan tarikh Mesyuarat MPP WP;
- Mempengerusikan Mesyuarat MPP WP yang telah ditetapkan; dan
- Memastikan korum mesyuarat mencukupi sebelum mesyuarat diadakan.
• Memantau pelaksanaan program dan aktiviti MPP WP;
• Menguruskan pentadbiran MPP WP;
• Mengemukakan laporan setiap program dan aktiviti kepada MPP WP PBT dalam tempoh dua (2) minggu selepas program dan aktiviti dilaksanakan;
• Timbalan Pengerusi Zon dan Sub Zon juga bertindak sebagai Bendahari dengan bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan perakaunan.

16 Setiausaha MPP WP Pusat dan MPP WP PBT

Tugas-tugas Setiausaha MPP WP Pusat dan MPP WP PBT adalah seperti yang berikut:
• Mengeluarkan notis panggilan mesyuarat atas arahan Pengerusi;
• Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli mesyuarat dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan;
• Menyediakan surat dan laporan yang berkaitan dengan program dan aktiviti MPP WP; dan
• Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam merancang dan memantau pelaksanaan setiap program dan aktiviti MPP WP.

17 Setiausaha MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon 

Tugas-tugas Setiausaha MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon adalah seperti yang berikut:
• Bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran MPP WP;
• Menerima dan menjawab aduan secara online atau bertulis. Walau bagaimanapun bagi aduan-aduan yang melibatkan dasar hendaklah dirujuk kepada MPP WP PBT terlebih dahulu; Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran;
• Mencatat minit mesyuarat;
• Menyediakan laporan program dan aktiviti MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon untuk dihantar kepada MPP WP PBT;
• Memastikan segala kemudahan yang disediakan digunakan untuk tujuan rasmi; dan
• Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam merancang dan memantau pelaksanaan setiap program dan aktiviti MPP WP.

18 Pegawai Perhubungan 

Tugas-tugas Pegawai Perhubungan adalah seperti berikut:
• Mempromosikan program dan aktiviti MPP WP;dan
• Menyampaikan dasar, strategi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kesejahteraan bandar kepada ahli-ahli MPP WP dan orang awam.

19 Tugas-tugas AJK MPP WP adalah seperti yang berikut:
• Menjadi Pengerusi kepada mana-mana biro yang ditentukan oleh MPP WP;
• Membantu Pengerusi untuk menjayakan sesuatu program dan aktiviti;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang diterima daripada penduduk;
• Memberikan cadangan dan pandangan berhubung isu dan masalah setempat serta kaedah untuk melaksanakan sesuatu program dan aktiviti; dan
• Memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan setiap program dan aktiviti MPP WP dilaksanakan dengan berkesan. Ahli Jawatankuasa (AJK)

21 KRITERIA PEMILIHAN AHLI MPP WP

Kriteria Pemilihan Ahli-ahli MPP WP Peringkat Sub Zon

1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di dalam kawasan sub zon dalam tempoh lantikan.
3. Umur minimum 18 tahun bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (Umur maksimum adalah 65 tahun).
4. Pengundi berdaftar kecuali bagi ahli yang berumur kurang 21 tahun.
5. Tamat pendidikan sekolah rendah atau yang setaraf dengannya.
6. Calon perlu membuat pengesahan bebas daripada rekod jenayah, tidak muflis dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam akuan bersumpah. Calon mestilah tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya.
7. Mewakili semua kaum dan bangsa sealiran dengan konsep 1Malaysia dan komposisi anggota mengambil kira demografi penduduk sesuatu kawasan.
8. Bagi kakitangan Kerajaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan.
9. Wakil Persatuan Penduduk perumahan awam dan swasta.
10. Wakil Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC).
11. Calon hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal serta bebas daripada penyakit kronik yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan.
12. Individu berpengaruh atau ikon / model / tokoh masyarakat di sesuatu kawasan zon / sub zon.
13. Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dari kawasan setempat.
14. Jawatankuasa Masjid/ Keagamaan.
15. Wakil persatuan belia dan persatuan sukan.
16. Wakil persatuan berasaskan aktiviti ekonomi (persatuan peniaga/ penjaja). 

22 Kriteria Pemilihan Ahli-ahli MPP WP Peringkat Zon 

1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di dalam kawasan zon dalam tempoh lantikan.
3. Pengundi berdaftar di kawasan zon berkaitan.
4. Umur minimum untuk dilantik sebagai ahli MPP WP Zon ialah 21 tahun dan umur maksimum adalah 65 tahun.
5. Tamat pendidikan sekolah rendah atau setaraf dengannya.
6. Calon hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal serta bebas daripada penyakit kronik yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan.
7. Calon perlu membuat pengesahan bebas dari rekod jenayah, tidak muflis dan bebas dari penyalahgunaan dadah di dalam akaun bersumpah. Calon mestilah tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya.
8. Mewakili semua kaum dan bangsa sealiran dengan konsep 1Malaysia dan komposisi ahli-ahli mengambil kira demografi penduduk sesuatu kawasan.
9. Bagi kakitangan Kerajaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan.
10. Wakil Persatuan Penduduk perumahan awam dan swasta.
11. Wakil Joint Management Body (JMB)/ Management Corporation (MC).
12. Pengerusi MPP WP Zon terbuka kepada pengerusi dan ahli-ahli sub zon berdasarkan kesesuaian dengan syarat jawatan pengerusi Zon hanya boleh dipegang oleh Pengerusi dan Setiausaha.
13. Ketua/Ahli parti Kerajaan Persekutuan boleh menjadi AJK selain Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha.
14. Individu berpengaruh atau ikon / model / tokoh masyarakat di sesuatu kawasan zon / sub zon.
15. Pegawai penyelaras kawasan/pegawai PBT dilantik sebagai Liason Officer (LO).
16. Ahli Parlimen.
17. Jawatankuasa Masjid/ Keagamaan.
18. Wakil persatuan belia dan persatuan sukan.
19. Wakil persatuan berasaskan aktiviti ekonomi (persatuan peniaga/ penjaja).

23

24 Proses Pemilihan Ahli-Ahli MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon

PBT boleh mengemukakan senarai individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan kepada Kementerian.
Proses pemilihan bagi semua wakil di peringkat Zon dan Sub Zon adalah melalui Jawatankuasa Pemilihan Ahli MPP WP yang dilaksanakan oleh PBT.
Setiap PBT perlu mengemukakan senarai nama yang telah mendapat pengesahan dan sokongan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur/Presiden Perbadanan Putrajaya sebelum mengemukakan kepada Kementerian.
Senarai calon yang telah dihantar kepada Kementerian akan diangkat untuk dikemukakan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Tempoh Perkhidmatan Ahli-Ahli MPP WP Tempoh maksimum lantikan ahli-ahli MPP WP bagi setiap penggal adalah selama dua (2) tahun.
Bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha, lantikan semula adalah tidak melebihi dari 3 penggal.
Syarat tempoh perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada ahli MPP WP di Peringkat Pusat dan PBT yang dilantik atas jawatan rasmi.

25 PENAMATAN PERKHIDMATAN

Pelepasan Jawatan Ahli-ahli MPP WP yang dilantik boleh melepaskan jawatan dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri Wilayah Persekutuan.
Penamatan Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha MPP WP PBT, MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon boleh mengemukakan cadangan untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana ahli-ahli yang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada MPP WP Pusat.

Mana-mana ahli-ahli MPP WP boleh dilucutkan hak keahliannya secara automatik jika didapati beliau :

  • Hilang taraf kewarganegaraan Malaysia
  • Tidak lagi bermastautin di zon / sub zon tersebut; 
  • Diisytiharkan muflis; 
  • Disabitkan kesalahan atau suatu pertuduhan berkenaan dengan apa-apa kesalahannya yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya; 
  • Diperakukan oleh pengamal perubatan Kerajaan bahawa tidak berupaya dari segi mental, fizikal atau menghidap penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi perkhidmatan; 
  • Gagal hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah; atau Lain-lain sebab yang diperakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan. 
  • Penamatan yang dikeluarkan oleh Menteri adalah muktamad dan berkuat kuasa serta-merta. 


26

27 PENTADBIRAN MPP WP 

MPP WP boleh beroperasi di mana - mana pusat komuniti, dewan serbaguna dan pusat orang ramai yang bersesuaian dengan komuniti setempat.
Mesyuarat Mesyuarat hendaklah diadakan seperti jadual di bawah:

  • Sebarang mesyuarat yang hendak diadakan perlu memberi notis secara bertulis. Walau bagaimanapun, mesyuarat tergempar boleh diadakan dengan persetujuan Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah ahli. 
  • Keputusan yang dibuat terhadap sebarang isu yang ditimbulkan di dalam mesyuarat hendaklah dibuat dengan cara undian majoriti. 
  • Jika terdapat keputusan seri, Pengerusi MPP WP mempunyai kuasa penuh untuk membuat undi pemutus. 
  • Semua minit mesyuarat hendaklah disimpan/ difailkan bagi tujuan rekod. 
  • Salinan minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli MPP WP. 


PERINGKAT MPP WP KEKERAPAN MESYUARAT 


  1. Pusat 2 kali setahun 
  2. PBT 3 kali setahun 
  3. Zon 4 kali setahun 
  4. Sub Zon 6 kali setahun 


28 Korum 

Korum sesuatu mesyuarat yang diadakan hendaklah sekurang-sekurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli MPP yang berkenaan.
Laporan Tahunan
Laporan tahunan program dan aktiviti MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon hendaklah disediakan dan dihantar kepada KWP pada 30 Januari setiap tahun.

PROGRAM DAN AKTIVITI MPP WP 

  • Semua program dan aktiviti yang akan dilaksanakan perlu dirancang bagi tempoh satu tahun. 
  • Setiap program dan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun hendaklah dihantar berserta anggaran bajet kepada PBT. 
  • Semua program dan aktiviti mesti dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli MPP WP di setiap peringkat terlebih dahulu. 
  • Setiap program dan aktiviti yang hendak dijalankan di Peringkat MPP WP Sub Zon perlu dibincangkan bersama MPP WP Zon supaya tiada pertindihan aktiviti yang dijalankan. 
  • Semua program dan aktiviti hanya boleh dijalankan selepas mendapat kelulusan MPP WP Pusat. 
  • Laporan program dan aktiviti hendaklah dikemukakan kepada PBT dua (2) minggu selepas program. 


29 PROGRAM DAN AKTIVITI MPP WP

30 Sumber / Peruntukan Kewangan 

  • MPP WP Zon dan Sub Zon akan menerima peruntukan dalam bentuk geran dan dipantau oleh KWP, MPP WP Pusat dan PBT. 
  • Kedua-dua peringkat MPP WP ini bertanggungjawab untuk melaporkan setiap program/aktiviti dan laporan perlu dibentangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Penyelarasan MPP WP. 
  • Semua agihan peruntukan yang diberikan hendaklah dibelanjakan dalam tahun semasa. 
  • Sekiranya peruntukan tersebut tidak dibelanjakan mengikut perancangan program dan aktiviti yang telah diluluskan atau tidak mematuhi peraturan kewangan yang telah ditetapkan, maka KWP berhak untuk menahan atau menyekat pemberian peruntukan seterusnya. 
  • KWP juga berhak menarik balik peruntukan sekiranya laporan bergambar program dan aktiviti yang diterima tidak lengkap. 


KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 

31 PERUNTUKAN AM MPP WP MPP WP 

Pusat boleh meminda atau mengubah mana-mana peruntukan di dalam garis panduan ini pada bila-bila masa mengikut keperluan.
Jika terdapat apa-apa pertikaian mengenai tafsiran, pengertian, maksud atau erti mana-mana perkara dalam garis panduan, maka tafsiran, pengertian, maksud atau erti yang ditentukan dan ditetapkan oleh MPP WP Pusat adalah muktamad.

PENUTUP 

Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan asas dan rujukan dalam membantu KWP, PBT dan pihak-pihak yang berkaitan dalam mewujudkan dan memantapkan lagi penubuhan MPP WP di semua peringkat dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kementerian Wilayah Persekutuan. Putrajaya 
Mac 2014

rujuk
http://www.mppwp.org.my/wp-content/themes/help/files/FINAL-1.pdf

Wednesday, December 2, 2015

PELAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL UNTUK KG PADANG BALANG, OLEH PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK KG.

·        ISU PEMBANGUNAN
·         KEKANGAN PUNCA KEGAGALAN PEMBANGUNAN
·          
·         GERAN BERKONGSI             VS             
·         GERAN INDIVIDU
·         Pemilik yang ramai
·         Tiada persempadanan antara pemilik dan Kedudukan Lokasi Tapak Pemilik
·         Kesukaran menetapkan bentuk pembangunan sebaliknya di atas kepercayaan antara pemilik-pemilk
·         Pada peringkat awal perhubungan antara pemilik adalah ikatan keluarga, tetapi kebelakangannya terdapat orang luar yang telah mendapat restu dikalangan keluarga memiliki tanah atas dasar hubungan seperti rakan baik atau perjanjian tertentu.
·         Kehadiran pihak Luar memiliki tanah tersebut, telah mengundang budaya masing-masing yang ada diantaranya telah lari / sangkal dari budaya asal anak tempatan.
·         Disebabkan tindakan mereka, berlaku percanggahan tindakan serta mengelirukan sehingga perbalahan antara pemilik-pemilik tersebut.
·         Sifat tidak menghormati adat dan resam anak tempatan, ketidak sefahaman dan kurang muafakat antara pemilik2 serta keharmonian semangkin pudar.
·         Pihak Pentadbiran Tempatan (PBT) tiada berperanan untuk membantu, serta keadaan terbiar seperti di Anak Tiri, menambah lagi suasana.
·         Kesukaran memohon kemudahan kewangan dari Agensi tertentu.
·         Segala Kos dikongsi antara pemilik atau secara Individu.
·         Peraturan dan Terma dari Pihak Berkuasa Tempatan tidak seraggam serta pemantauan yang amat menyedihkan.
·         Kegagalan tersebut amat sukar untuk keadilan, ada ketika perkara dibiarkan bertahun-tahun dari anak sehingga kecucu.
·         Kemudahan Infrastruktur adalah secara gotong-royong serta perkongsian antara Pemilik-pemilik, tiada bantuan serta pemantaun dari PBT.
·         Mekanisma dan sistem Infrastuktur mengikut selera dan suasana yang sesuai setiap pemilik-pemilik (tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan)
·         Ketidak seragam menetapkan pembiayai Cukai Pintu dan Tanah, kerana sepasifikasi kedudukan tanah dan rumah yang tidak jelas.

CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN PERLAKSANAAN  PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL DPBRKL 2020
·         Pemilik Tunggal
·         Setiap persempadan ditetapkan melalui batu sempadan yang di sahkan melalui geran berdaftar
·         Setiap Pembangunan mendapat kelulusan melalui Pihak Berkuasa Tempatan
·         Tanah pemilik boleh dicagarkan kepada institusi kewangan.
·         Pembinaan Bangunan mengikut Peraturan dan Syarat serta mendapat pengiktirafan “CF”
·          
GERAN BERKONGSI             VS              GERAN INDIVIDU
§  Di Pecahkan peganggan geran pemilikan Tanah Individu(minimum 1 ekar)
§  Setiap per/ekar, pemilik-pemilik tanah melantik seorang pemegang Amanah dikalangan mereka.
§  Pemegang Amanah akan berunding dan menetapkan perancangan pembangunan bersama pemilik-pemilik yang berdaftar mengikut kehendak mereka serta berpandu kepada peraturan yang dikehendaki PBT.
·         Urusan dan Kos tersebut di tanggung oleh PBT bersama Agensi terlibat, serta di luluskan.
·         dituntut oleh PBT selepas pembangunan berjaya di laksanakan melalui tambahan kutipan cukai pintu dan tanah kosong oleh PBT secara tahunan
·         Setiap pembangunan adalah mengikut ciri-ciri Kg Tradisional serta tersusun dan moden.
·         Diberi kemudahan kewangan supaya pemilik2 dapat membangunkan tanah2 mereka sendiri spt;- Kemudahan dari UKAS, JPM , Bank Pembangunan dan Koperasi Naungan Kerajaan atau GLC.

·         Pemilik Tunggal
·         Setiap persempadan ditetapkan melalui batu sempadan yang di sahkan melalui geran berdaftar
·         Setiap Pembangunan mendapat kelulusan melalui Pihak Berkuasa Tempatan
·         Tanah pemilik boleh dicagarkan kepad institusi kewangan.
·          










PLAN PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL MENGIKUT TATACARA PERBINCANGAN TIDAK RESMI BERSAMA KETUA BAHGIAN PENDAFTARAN PTGWP, TN MUHAMMAD YASIR B YAHYA, BERSAMA PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUJ KG PADANG BALANG, DI PEJABAT TINGKAT 1, PTGWP, JLN SULTAN HISHAMUDDIN ,KUALA LUMPUR.
PADA 23HB NOV 2015 JAM 11.00AM

TANAH REZAB MELAYU DAN PEMBANGUNAN KAWASAN 
RIZAB MELAYU GOMBAK.

A)            ISU TANAH.
1)      DEFINASI “TANAH REZAB MELAYU” MENGIKUT AKTA KANUN TANAH PERSEKUTUAN
2)      DEFINASI “KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK”, PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL (DERAF PEMBANGUNAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DPBRKL 2020).
3)      DEFINASI “GARISPANDUAN PERLAKSANAAN PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL” KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
4)      DEFINASI “SYARAT-SYARAT PINDAAN/UBAHSUAI AKTA-AKTA KECIL KANUN TANAH NEGARA TANAH REZAB MELAYU”
5)      BAGAIMANA PTGWP, KEM. WP DAN DBKL SERTA AGENSI-AGENSI YG BERKENAAN, DAPAT BEKERJASAMA DAN MEMBERI IDEA SERTA BERSAMA MENJAYAKAN PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL TERUTAMA DI KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK KHASNYA DAN 7 KAWASAN RIZAB MELAYU DI WILAYAH PERSEKUTUAN (TERMASUK LABUAN) SECARA AMNYA.

B)            Cadangan Perlaksanaan Kg Tradisional 001/15

A-     permohonan pecah lot dan tukar syarat setiap pemilik tanah geran berkongsi di KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK.

1.       salinan geran tanah ptgwp
2.       data senarai nama setiap pemilik dan pembahgian syer pemilik tanah dalam setiap lot berdaftar dalam geran
3.       pre-comp plan lokasi kedudukan syer setiap pemilik
4.       kedudukan dan jenis serta jumlah bangunan sedia ada oleh pemilik
5.       data nama keluarga setiap pemilik berdaftar
6.       perlantikan konsultan membantu merancang pembangunan mengikut selera dan peraturan pembangunan pbt.
7.       urusan kelulusan pembangunan yang dipersetujui
8.       perlantikan kontraktor or pemaju yang melaksanakan projek pembangunan kg TRADISIONAL.


1)      DEFINASI “TANAH REZAB MELAYU” MENGIKUT AKTA KANUN TANAH PERSEKUTUAN.
a)      Tanah Rezab Melayu telah diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab Melayu FMS Cap 142)
b)      Satu peruntukan dalam enakmen tersebut adalah bahawa KRM tidak boleh, sama ada melalui penjualan atau pajakan, dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
c)      Pada asalnya telah dirancang sebagai kampung tradisional yang mengandungi unit-unit kediaman individu dengan keluasan tanah-tanah pertanian yang cukup untuk kebun kecil.
d)      Pemilikan tanah adalah diiktiraf dengan merujuk  syer/bahagian dari keseluruhan keluasan tanah setiap LOT tanah yang berdaftar dengan PTGWP.
e)      Setiap pemilik Tanah akan berkongsi geran dengan merujuk kepada jumlah syer/bahagian yg berdaftar di Geran bersama pemilik-pemilik  tanah yang lain.
f)       Pemilik berdaftar adalah Orang Melayu , Islam dan Warga Negara Malaysia, lazimnya memiliki ikatan keluarga yang rapat dengan pemilik yang lain atau jenis hubungan yang sangat rapat segi persaudaraan atau persahabatan.
g)      TIADA PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG, bahawa “syer/bahagian” pemilik tersebut boleh diubahsuai kepada mana-mana perspektif, kecuali telah mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbir Tempatan atau Pegawai Daerah atau Pendaftar Tanah Tempatan.
h)      Semua keputusan tentang “Susun Atur” dan ketetapan Kedudukan setiap Pemilik tanah adalah dibentukkan melalui kata sepakat dan persetujuan kesemua pemilik tanah yang berkongsi di dalam Geran / Lot tersebut.
i)        Persetujuan tersebut hendaklah dipanjangkan kepada Pentadbir Tanah Pejabat Tanah(PTGWP) dan Pihak Kerajaaan Tempatan (DBKL) untuk kelulusan selepas mengikut Prasyarat Pembangunan.
j)        Persetujuan tersebut diWajibkan ditanda tangan kepada Pemilik-pemilik yang masih “HIDUP”. Sekiranya Gagal, maka sewajarnya “WARIS-WARIS” menjadi kewajiban mengurus dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian bahgian Pusaka Kecil, KADAR SEGERA.
k)      Adalah menjadi KESALAHAN sekiranya pemilik syer/bahagian, TIDAK melapurkan dan mendaftarkan setiap PERUBAHAN /PINDAAN yang tidak mendapatkan Kelulusan PTGWP dan DBKL, seperti membina rumah tiada Plan dan syarat Right Of Way, Membina Pagar menyerupai mengadakan sempadan bahgian/ Syer. Tidak menukar Syarat tanah dan memohon Kelulusan Pembangunan.

2)        DEFINASI “KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK”, PLAN PEMBANGUNAN
KG TRADISIONAL DBKL 2020

a)      Kumpulan Diskusi Fokus (FOCUS GROUP DISCUSSION-FGD) diwujudkan pada tahun 2010 oleh Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad bersama Penduduk Kg Padang Balang, Kg Bandar Dalam, Kg Sg Mulia, Kg Sg Merali, Kg Chubadak dan Kg Puah, kawasan Gombak utara.
b)      Tujuan mendapatkan Pandangan / Idea dan persetujuan Penduduk mengenai cadangan ZON GUNA TANAH, INTENSITI PEMBANGUNAN DAN PANDUAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN DGP. Satu keputusan telah berjaya di tetapkan pada tahun 2012, dan telah dibentangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk di GAZETkan di Parlimen.
c)       Matlamat adalah seperti berikut;-
         i.            - Menentukan jenis pembangunan yang sesuai dibangunkan agar ciri-ciri kampung tradisional dapatkan dikekalkan
       ii.           -  Menyediakan garis panduan terperinci (aspek rekabentuk bangunan,susun atur bangunan, komponen pembangunan)
      iii.            - Menyediakan kaedah pelaksanaan pembangunan bagi pemilik tanah yang ingin memajukan tanah.
d)      Peranan DGP dalam konteks DPBRKL 2020
         i.            - Menjadi panduan kepada pemilik tanah yang ingin memajukan tanahnya sama ada secara usahasama, indivudu atau gabungan
       ii.           -  Menjadi rujukan untuk perancangan dan pembangunan kepada semua jabatan teknikal terutama yang berkaitan Infrastruktur dan utiliti
e)      Definasi Kg Tradisional yang di utarakan 
         i.            Kg Tradisional Melayu dalam bandar yang moden (infrastuktur dan utiliti lengkap), maju dan mengekalkan budaya hidup Masyarakat melayu, rekabentuk dan senibina Melayu serta mementingkan persekitaran mampan dan berkualiti.
f)       Ciri-ciri Kg Tradisi adalah;
  1.                  Kawasan Penempatan yang diwarisi orang melayu
  2.        Suasana kampung yang bercirikan seni bina Melayu
  3.       Mempunyai susunan rumah yang berkelompok dan teratur
  4.      Kebanyakan rumah TIDAK BERPAGAR dan banyak RUANG TERBUKA untuk aktiviti kemasyarakat.
  5.       Kawasan Kampung yang dilengkapi dengan aspek infrastuktur dn utiliti yang lengkap.
  6.      Pemilikan rumah adalah milik sendiri atau Keluarga
  7.     Kebanyakan perkampungan Tradisional terjadi berdasarkan faktor SEJARAH.

g)      Garis Panduan Pembangunan , Maklumat Asas Tahun 2012, Unjuran Penduduk 2020, Kaedah Pengunaan DGP, Deraf Pelan Bandaraya KL 2020, Cadangan Guna Tanah Zon Kg Tradisional, Cadangan Intensiti Pembangunan Zon Kg Tradisional, keperluan Penyediaan Kemudahan Masyarakat pada Tahun 2020, Pembangunan Kawasan kediaman, Pembangunan Kawasan Komersial,
         i.            Segala data-data dan maklumat di atas boleh rujuk kepada;-  “trezabmelayu.blogspot.com dan Kg Tradisi melayu WPKL – Facebook”

h)      Mekanisma Perlaksanaan;-
  1.        Pembangunan Tanah Bersepakat
  2.        Projek Usahasama (Pemilik dan Pemaju)
  3.       Penubuhan Syarikat Usahasama atau KOPERASI USAHASAMA (Gabungan Pemilik Tanah)


i)        Pada DEC 2014, Datuk Bandar Datuk Ahmad Pesol, telah menambahkan di dalam lapuran DBKL bahawa terdapat Tiga jenis kawasan yang dikenal pasti sebagai Kawasan Khusus adalah Kawasan Rizab Melayu (KRM), Kampung Tradisional dan Kampung-kampung baru. Beliau berhasrat untuk membawa kawasan ini ke dalam arus pembangunan. Adalah penting untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan kawasan ini bagi membantu mencapai wawasan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.














3)      DEFINASI “GARISPANDUAN PERLAKSANAAN PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL” 
     KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

a)      Dengan merujuk kepada Henset Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Parlimen  seperti berikut;-

i)        DEWAN RAKYAT MALAYSIA PARLIMEN KEDUA BELAS, PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA

Isnin, 7 Disember 2009, semasa JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN,

YB Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Saya dapat jawapan bertulis dari DBKL mengatakan kawasan-kawasan kampung ini, Selayang Lama, kawasan Padang Balang, semua ini akan dijadikan kediaman berdensiti tinggi. Ia akan terletak di lokasi yang berhampiran dengan Pusat Dagangan Daerah (DCC) dengan kegunaan bercampur kediaman. Dengan kata lain, semua kampung Melayu di Kuala Lumpur akan hilang.  
Apa yang kita tuntut ialah, supaya kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur ini dapat dikekalkan, dan cara hidup orang Melayu di Kuala Lumpur dapat dikekalkan.  Itu sahaja yang kita tuntut. Bukan sahaja kita letakkan ini kawasan warisan. Tidak ada gunanya dengan memori, tetapi orang hidup kita tidak jaga. Terima kasih.  
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Batu, jawapan itu saya ada. Saya akan sentuh berkenaan dengan pembangunan kawasan-kawasan Melayu selepas ini.  
Soalan daripada Yang Berhormat Batu mengenai isu Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang yang menghadapi ancaman dibangunkan semula dan kemungkinan terhapusnya ciri-ciri kebudayaan dan cara hidup Melayu yang sedang diamalkan oleh penduduk. Jadi, ini berkaitan juga dengan kawasan-kawasan rizab Melayu yang lain yang telah dibangkitkan oleh YB-YB yang berkenaan. Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang seperti kampung tradisi yang lain di Kuala Lumpur menghadapi masalah kekurangan pembangunan dan kualiti persekitaran fizikal kawasan yang rendah di mana pembangunan kawasan tidak teratur. Kemudahan infrastruktur dan masyarakat sedia ada yang usang tidak mencukupi berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Pelan struktur Kuala Lumpur 2020 telah mengenal pasti kampung-kampung tradisi ini sebagai kawasan khusus.  Kawasan ini akan dibangunkan dengan menggalakkan pembangunan melalui penyusunan semula penggunaan tanah serta infrastruktur dan kemudahan dan untuk masyarakat.  
Selaras dengan itu, Draf Pelan DBKL 2020 telah mencadangkan pengezonan semula Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang sebagai zon kediaman kepadatan R3 dan zon kediaman kepadatan sederhana iaitu R2. Cadangan pengezonan semula memberi peluang meningkatkan potensi nilai ekonomi tanah-tanah di kawasan ini. Cadangan pengezonan ini tidak melibatkan pengambilan tanah langsung dan untuk digunakan untuk awam dan infrastruktur manakala tanah-tanah yang dizonkan sebagai zon kediaman dan perniagaan tidak akan diambil.  Terpulanglah kepada pemilik-pemilik tanah sendiri untuk membangunkan lot-lot mereka mengikut zon-zon tanah yang dicadangkan oleh Draf Pelan 2020.” 



ii)  DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Rabu, 17 Disember 2014, semasa JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN,

1)      Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, apakah usaha, perancangan dan tindakan kementerian mewajahkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai jiwa dan sentuhan yang mencerminkan keberadapan Melayu..
 2)      Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan]:
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) telah mengenal pasti kawasan khusus terdiri dari kawasan rizab Melayu, kampung tradisi dan kampung-kampung baru yang memerlukan perhatian khas dari segi pelaksanaan, perancangan dan pembangunan dan memastikan ianya tidak ketinggalan jauh dari arus Pembangunan. Kawasan rizab Melayu diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987 untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki tanah terutama di kawasan bandar.Kementerian Wilayah Persekutuan juga menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu bertujuan untuk menyelaraskan perancangan, pembangunan dan pengurusan serta mengoptimumkan penggunaan tanah khususnya di Kampung Baru.
Antara tujuan lain adalah untuk menggalakkan penglibatan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi bandar raya melalui pembangunan yang terancang di kawasan rizab Melayu. Selain daripada perancangan pembangunan Kampung Baru, satu Pelan Panduan Pembangunan Kawasan Kampung Tradisional telah dihasilkan bagi tujuan menentukan hala tuju pembangunan kawasan kampung tradisional selain dari Kampung Baru.
Pelan panduan ini merangkumi aspek kawalan zon guna tanah, kepadatan serta garis panduan pembangunan yang perlu dipatuhi dalam memastikan persekitaran yang berkualiti di samping mengekalkan dan memelihara identiti tradisional sedia ada. Kampung tradisional yang terlibat adalah seperti Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Hulu, Kampung Sungai Mulia, Kampong Sungai Merali dan Kampung Puah dengan jumlah kawasan keseluruhan seluas 584.90 ekar.Semua perancangan ini bertujuan untuk mengekalkan nilai kebudayaan, kesenian dan seni bina bangunan warisan Melayu di kawasan yang telah dikenal pasti dan dengan ini secara langsung dapat memastikan nilai peradaban Melayu akan terus kekal di Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih. 3)      Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang disampaikan di Dewan yang mulia ini dan kita juga hendak menghargai usaha yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dari segi untuk meningkatkan taraf dan juga meningkatkan perkampungan-perkampungan penempatan Melayu.
 Cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang disebut tadi ialah penempatan-penempatan Melayu. Mungkin ada cadangan-cadangan daripada kementerian bagaimana peradaban Melayu ini dapat dilaksanakan, antara contohnya mungkin boleh mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini dengan tulisan-tulisan menggunakan Bahasa Melayu contohnya, supaya tidak timbul soal kekeliruan. Hari ini kalau kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab itu generasi muda ini kadang-kadang keliru dengan status dan sebagainya sebab kita tidak mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai sebuah bandar yang ada peradabannya. Saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Hari ini orang Cina boleh berbangga- kitaucapkan tahniah, ada pusat komersial Chinatown contohnya, orang India ada dengan Little India.
Akan tetapi, di mana tempat ada satu centre yang boleh mengatakan inilah wajah Melayu?
Ada keseniannya di situ, ada kebudayaannya, ada seni kraf orang Melayunya, ada rumah-rumah Melayunya. Penempatan Melayu kita setuju tetapi satu pusat komersial yang boleh kita katakan kepunyaan dan berwajah peradaban Melayu. Mungkin ada perancangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun kementerian sendiri bagaimana ianya dapat dilaksanakan supaya ianya nanti boleh memberi manfaat yang cukup besar kepada generasi akan datang supaya tidak lupa asal usul mereka, tidak lupa kepada sejarah mereka.
 Ini yang kita khuatir ianya akan berlaku pada masa-masa akan datang dan akhirnya orang lupa sejarah dan asal usul. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.  Terima kasih. 4)      Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Pandangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Yang Berhormat diambil kira.
 Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, memang kita ada suatu kawasan iaitu kawasan Kampung Bharu yang telah pun diadakan sebagai satu kampung peradaban Melayu di mana abad dan segala tradisi dan kebudayaan Melayu memang dipelihara di kawasan itu.
Kawasan itu memang telah pun diuruskan oleh satu perbadanan iaitu Perbadanan Kampung Bharu untuk memastikan nilai dan ciri-ciri Melayu tidak hilang dari Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.












iii.            Pada 26hb Dec 2014, Persatuan Penduduk telah mohon YB Menteri Wilayah Persekutuan satu pertemuan untuk membincangkan berkenaan Henset Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat di atas.

iv.            Pada 28hb Mac 2015, semasa Program Town Hall Menteri WP dengan Penduduk Parlimen BATU di Dewan Kg Batu Muda, YB Menteri secara lisan telah mengarah semasa persoalan lisan saya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Padang Balang, supaya dipanjangkan kepada SUSK Menteri di Putrajaya.

v.            Pada 15hb APR 2015, saya di nasihatkan oleh SUSK Menteri supaya menyediakan satu Kertas Kerja berkenaan Plan Perancangan Kg Tradisional yang di maksudkan di dalam Soalan Lisan di Program Town Hall Menteri WP dengan Penduduk Parlimen BATU di Dewan Kg Batu Muda

vi.            Pada 18hb Aug 2015, saya susul kembali perkembangan dokumen saya, dimana SUSK telah memanjangkan kepada KSU Kem. WP untuk tindakan

vii.            Pada 30hb Sept 2015, di pejabat SUSK Menteri , perbincangan bersama Pegawai Bahgian Pembangunan Kementerian WP.

viii.            Pada 12 Nov 2015, dapat maklumat perkara diberi tanggungjawab kepada SUB Kem. WP, beliau memaklumkan bahawa Kementerian sedang menyediakan GARISPANDUAN Pembangunan Semula KL, kajian tersebut termasuk Pembangunan Semula Kg Tradisi. Permohonan saya diwujudkan semula “UNIT KG TRADISI KEM. WP”, difahamkan bahwa unit tersebut tidak dibubarkan, sebaliknya berada di Bah. Sosio Ekonomi Kem. WP, kini akan di kaji semula untuk diserapkan bersama untuk disemak dan akan dilibatkan didalam Kajian Garispanduan tersebut.
Beliau telah menerima Surat dan Kertas Kerja dari Persatuan dan bersetuju serta mengalakkan bahawa Peranan Persatuan Penduduk sebagai Pengantara dan Pemudahcara serta membantu Kerajaan dan Penduduk Kampung untuk menjayakan Plan Pelaksanaan Kg Tradisional yang dimaksudkan.














4)        DEFINASI “SYARAT-SYARAT PINDAAN/UBAHSUAI AKTA-AKTA KECIL KANUN TANAH NEGARA TANAH REZAB MELAYU
a)      Isu

i)        KRM merupakan perkara agak rumit dan memerlukan perhatian penting daripada pihak awam, terutamanya dari segi potensi untuk membangunkan Kampong Bharu sebagai kawasan perdagangan moden kerana kedudukannya di dalam Pusat Bandar Raya. Walaupun terdapat beberapa usaha dalam menyediakan pelan pembangunan untuk KRM, sehingga kini, tidak banyak kemajuan yang dapat dicapai dan isu-isu proses kelembapan pembangunannya masih tidak dapat diselesaikan.

ii)      Kurang pembangunan di Kawasan Rizab Melayu dan kampung tradisional.
Sekatan undang-undang yang dikenakan ke atas harta tanah dan pemilikan tanah adalah faktor utama yang mengurangkan potensi kewangan dan pemasaran kawasan ini. Halangan lain termasuklah kekurangan keupayaan pemilik individu untuk membangunkan harta tanah mereka dan ketiadaan program pelaksanaan yang jelas.
Kesulitan dalam memulakan pembangunan di Kawasan Rizab Melayu.

b)      Persekitaran Fizikal

i)     Keadaan Semasa

-          KRM pada asalnya telah dirancang sebagai kampung tradisional yang mengandungi unit-unit kediaman individu dengan keluasan tanah-tanah pertanian yang cukup untuk kebun kecil. Ini menjelaskan tentang saiz lot-lot yang kecil di kawasan ini.
-          Dengan perkembangan Bandar Raya, KRM yang pada asalnya terletak di pinggir Bandar Raya telah dikelilingi oleh pembangunan bandar, apatah lagi Kampong Bharu yang berada di Pusat Bandar Raya.
-          Akibatnya, kebanyakan bangunan dan petempatan asal tidak lagi sesuai dengan persekitarannya.












5.      Cadangan Persatuan Penduduk mohon pertimbangan kerjasama dari PTGWP Atau mana-mana pihak yg berkenaan adalah;-
  a)      ISU TANAH
1.    Tanah Rezab Melayu tidak boleh di pindah milik kecuali kepada org Melayu (tidak mengubah  Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab Melayu FMS Cap 142)
2.    Kategori kegunaan Tanah “Pertanian”, di ubahsuai menjadi “Pembangunan”
3.    Jenis Pemegangan Hak Pemilikan tanah di ubah dari “undivided Share” kepada “Individual Title”, Share tersebut dipinda kepada Jumlah keluasan dalam “meter persegi” atau “ Kaki Persegi”
4.      Pendaftaran Pemilik tidak berubah dari Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab Melayu FMS Cap 142) iaitu orang Melayu, Islam dan Warga Negara.
5.      Penukaran Pemilikan tertakluk kepada permohonan melalui ;-
(i)        Borang 14A – tukar milik / Syer Bahagian
(ii)   Borang E – Pusaka Kecil Kematian
(iii) Borang T – Pusaka Kecil Pemegang Amanah/Surat kuasa.

  b)      ISU PEMBANGUNAN.
1.      Setiap Pengambilan tanah bertujuan infrastuktur atau seumpamanya oleh kerajaan dan /atau mana-mana pihak hendaklah di GANTI sepert mana tertakluk kepada Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab Melayu FMS Cap 142)
2.      Satu tatacara, syarat-syarat pindaan/ubah Akta Kecil KTN Tanah Rezab Melayu yang TIDAK memerlukan dibawa ke Parlimen memadai dengan kelulusan Jawatankuasa Tanah Persekutuan, DBKL dan PTGWP (Anggota Perlaksana) melalui AKTA KECIL KANUN TANAH dengan Jawatankuasa Kabinet yang diPengerusi oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah.
3.      Pindaan CARA PEMBANGUNAN dan UBAHSUAI AKTA Pembangunan di longgarkan dan di permudahkan dengan yang sesuai seperti ;-
a.      Menentukan Kedudukan Lokasi Tanah Pemilik berdaftar
b.      Mengadakan Persempadan setiap pemilik Tanah
c.       Diberi kuasa Pentadbir tanah dan Pihak berkuasa Tempatan, kelonggaran dari pemilik tanah pengambilan “Right of way”
d.      Segala Kos urusan di atas di tanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama Agensi-agensi terlibat TANPA di tuntut kepada Pemilik Tanah yang terlibat.
e.      Pihak Berkuasa Tempatan, menyegerakan URUSAN mengemaskini DATA-DATA pemilik tanah dan Pembangunan yang berlaku TIDAK mengikut Syarat dan TERMA.
f.        Semua pihak adalah di kehendaki berunding dan mendapatkan kata putus yang Adil, Situasi “menang-menang” dan TERATUR.