DASAR Keluarga Negara (DKN)
DASAR Keluarga Negara (DKN) secara
prinsipnya bertujuan menggesa semua pihak mengutamakan perspektif
keluarga secara konsisten dalam setiap usaha perancangan pembangunan
negara. Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang mesra keluarga dan
bersifat tersirat dapat diselaraskan demi kesejahteraan keluarga dan
kestabilan sosial. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman, berkata setiap aspek
pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengambil kira kepentingan
keluarga.
Contoh, jika dulu mungkin pemaju yang
mahu membina pusat beli-belah tidak mengambil kira aspek keluarga
tetapi sekarang mereka mesti ambil kira semua faktor itu. “Mereka
perlu sediakan semua keperluan kerana istilah keluarga termasuk orang
tua, kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya (OKU). “Dalam aspek
pekerjaan, majikan perlu mengambil kira menyediakan pusat penjagaan
kanak-kanak, waktu kerja anjal, cuti kecemasan untuk menjaga anak sakit
kerana ini semua merangkumi perspektif keluarga. “DKN akan juga akan
mendokong hasrat kerajaan menerusi pelengkap kepada Program
Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Program 1Malaysia, Model Baru
Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10,” katanya. “Sekalipun DKN tidak
terbabit secara langsung, DKN akan bertindak sebagai menyediakan sumber
tenaga yang berperibadi mulia melalui pengukuhan keluarga,” katanya.
Sehubungan itu, untuk memastikan DKN dan pelan tindakannya diketahui
ramai, LPPKN akan mengadakan jelajah seluruh negara. Mengikut
perancangan 15 bual bicara diadakan bermula April hingga Disember 2011
yang membabitkan kerajaan negeri, agensi kerajaan, sektor swasta dan
masyarakat setempat. Bagi memastikan DKN berjalan lancar, dua
jawatankuasa khas akan dicadangkan untuk ditubuhkan iaitu Majlis
Penasihat Kesejahteraan Keluarga dan Jawatankuasa Teknikal DKN. LPPKN
juga akan mengumpul maklumat mengenai inisiatif mesra keluarga di tempat
kerja, sama ada sektor awam mahupun swasta.
INFO: DASAR KELUARGA NEGARAPENYATAAN DASAR
Satu dasar untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi agar dapat melahirkan generasi berkualiti.
MATLAMAT DKN
Dasar Keluarga Negara bertujuan membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan resilien untuk memastikan kestabilan sosial.
LAPAN PRINSIP DKN
1) Kekuatan Tersendiri (Inherent Strengths)
2) Memupuk & Menghayati Nilai-Nilai Murni
3) Kepelbagaian Struktur Keluarga
4) Tanggungjawab Bersama & Saksama
5) K-Keluarga (Keluarga Berilmu)
6) Dasar-dasar Mesra Keluarga
7) Hak Asasi Kemanusiaan dan Komitmen Majikan
HASIL
Dasar Keluarga Negara merupakan dasar utama yang memfokuskan kepada aspek kesejahteraan dan pembangunan keluarga.
Dasar ini juga memberi hala tuju kepada program dan perkhidmatan yang mesra keluarga demi pembangunan modal insan yang berperibadi mulia dan keluarga yang sejahtera.
TERAS STRATEGI PELAN TINDAKAN DKN
Teras Strategi 1:
Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi.
Teras Strategi 2:
Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang mengutamakan perspektif keluarga.
Teras Strategi 3:
Menyedia dan memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses atau dicapai.
No comments:
Post a Comment