Laporan Utusan Malaysia :
KUALA
LUMPUR 22 Jun – Kerajaan buat pertama kalinya mengadakan proses
pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin
(PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini
melalui Program 6P bermula 11 Julai depan.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program penyelesaian
menyeluruh itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir
tahun ini bagi mengurangkan PATI di Malaysia.
Katanya,
Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan,
pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan
itu direkodkan dengan kaedah biometrik.
Menurutnya,
proses itu dimulakan dengan pendaftaran PATI di Jabatan Imigresen sama
ada secara persendirian atau oleh majikan masing-masing selama dua
minggu dari tarikh tersebut sebelum diputuskan untuk dilanjutkan jika
didapati perlu.
Langkah
tersebut katanya, akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah
sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta
rakyat tempatan.
“Selepas
mereka (PATI) diminta untuk didaftarkan barulah kerajaan menjalankan
eksesais pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak
berdaftar dalam sistem biometrik seperti yang digunakan ketika ini untuk
pelawat.
“Apabila
mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem
biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada,
bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat,”
katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin
di bangunan Parlimen hari ini.
Muhyiddin
berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memaklumkan semua
kedutaan asing di negara ini berhubung program itu dan mereka bersetuju
untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting lain.
Katanya
lagi, PATI yang telah berdaftar di bawah program pengampunan itu
dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas
kerja sementara bagi memastikan langkah tersebut tidak menganggu
aktiviti ekonomi negara.
Kata
beliau, kerajaan juga akan menggerakkan jawatankuasa keselamatan seluruh
negara termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
untuk membantu pihak berkuasa menjayakan program berkenaan.
No comments:
Post a Comment