Monday, October 24, 2011

THE BLESSING IN DISGUISED FOR ME, DELUSION OF A GUD PLAN.




PERTUBUHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(PKTMWPKL)

MAKLUM BALAS DATUK BANDAR PERTEMUAN BERSAMA KAMPUNG TRADISI (KRM GOMBAK)

TARIKH ;                      6HB OCT 2011
MASA   ;                       2.30 PM
LOKASI ;                      TINGKAT 30, MENARA DBKL 1,
JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR.

KEHADIRAN;-

PERSATUAN PENDUDUK KG PADANG BALANG HILIR, SENTUL,K.L .
PERSATUAN PENDUDUK KG SUNGAI MULIA, JLN GOMBAK, K.L.
PERSATUAN PENDUDUK KG CHUBADAK HULU(ASAL), SENTUL . K.L.
PEMIMPIN SETEMPAT KG PUAH SEBERANG, SETAPAK, K.LUMPUR
PEMIMPIN SETEMPAT KG CHUBADAK TAMBAHAN, SENTUL, K.L .

NGO-NGO (BADAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN (BERDAFTAR/BEBAS)

KAMPUNG PADANG BALANG
KAMPUNG SG MULIA
KAMPUNG CHUBADAK ASAL
KAMPUNG SUNGAI MERALI
KAMPUNG PUAH.

PEMERHATI AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN.
WAKIL PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA WP/PUTRAJAYA.
KOPERASI PEMILIK-PEMILIK HOMESTAY MALAYSIA BERHAD.

DBKL

DATUK BANDAR                                                     TAN SRI AHMAD FUAD B ISMAIL
TIMBALAN KETUA PENGARAH                                DATUK ZULKIFLY
PENGARAH JAB. PERANCANGAN FIZIKAL    -           PN ZAINAB B GHAZALI
PENGARAH JAB. KEJURUTERAAN AWAM              EN TAN CHEE KOK





TUJUAN PERJUMPAAN OLEH DATUK BANDAR.

Pihak DBKL memaklumkan akan hasrat untuk menyediakan 1 Rancangan Kawasan Khas atau Plan Kawasan Tindakan bagi Kampung Tradisional KRM (Kediaman Rezab Melayu) di dalam K.Lumpur.

Datuk Bandar sarankan;-

1)       Beliau menghormati status Tanah dan kesan Sejarah tanah serta Perundangan Akta kanun Tanah Negara terhadap status tanah iaitu  “Status Tanah Rezab Melayu” di KEKALKAN.
2)       Beliau bersetuju Status tanah dan menganggap bahawa kampung-kampung tersebut dijadikan “PEMBANGUNAN SECARA KAMPUNG TRADISIONAL”
3)       Beliau mohon Penduduk dan Pemilik Tanah yang berdaftar melibatkan kawasan  seluas 800 ekar di dalam kawasan KRM GOMBAK, membuat KEPUTUSAN mengikut kehendak SENDIRI dan untuk dicadangkan kepada DBKL, sementara Keputusan tersebut akan ditambah baik melalui Kajian oleh Perunding DBKL, supaya boleh dimasukkan di dalam Plan 2020 sebelum JULAI 2012.
4)       Beliau menyarankan supaya Penduduk mengambil kira Aspek DENSITI dan BENTUK pembangunan mengikut Peraturan dan Prosedur DBKL.
5)       Beliau menasihatkan supaya Penduduk tidak melibatkan AGENDA sampingan , melainkan di UTAMAKAN demi kepentingan Penduduk.
6)       Beliau minta penduduk memilih Wakil (pemimpin setempat) dari setiap Kampung masing-masing untuk hadir ke seminar dan Bengkel yang akan membentangkan cadangan serta rancangan mengikut selera dan kehendak Penduduk, mohon dapat pilih pada bulan NOV,untuk langkah seterus.
7)       Segala keputusan di akhir bengkel tersebut akan dijadikan sebagai PANDUAN serta Ketetapan di dalam mengazetkan PLAN DRAF KLDCP 2020.
8)       Pihak DBKL dan Perunding perlu masa selama 6 bulan, setelah menerima cadangan dan Keputusan Plan Pembangunan dari Penduduk untuk di lampir pada Draft Plan KLDCP 2020.

Disediakan oleh ;-                Tarikh ;-            21 hb Oct 2011.

YDP Persatuan Penduduk Kg Padang Hilir,
Sentul, Kuala Lumpur   


MINIT MESYUARAT MENGENALPASTI RAKAN KONGSI BARU BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI (BIL.1) LA21 KL “BANDARAYA SEJAHTERA”


PERSATUAN PENDUDUK PADANG BALANG HILIR,

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR DAN SYARIKAT SWASTA SERTA AGENSI-AGENSI KERAJAAN


Tarikh / Hari             :           13 hb. Okt 2011 / Rabu
Jam                             :           10.00 pagi – 12.45 tghari
Lokasi                         :           Bilik Mesyuarat Jabatan Perancangan Fizikal, Tingkat 12, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur   

Kehadiran:

  1. Encik Yacob bin Jantan
Ketua Penyelaras projek LA 21 KL “Bandaraya Sejahtera” ,
merangkap Pengerusi Mesyuarat

  1. Pn Norazmin Adibah bt Othman
Urusetia seketariat Projek LA21 DBKL, Jabatan Perancangan Fizikal

  1. En Muhammad b WahabTmb. Pengurus
Pejabat Cawangan Parlimen BATU DBKL
 
NGO ;-
4. –YDP Persatuan Penduduk Kg. Padang Balang Hilir, Sentul , KL
(merangkap Pengerusi Protem Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)

  1. Tn Hj Hamzah b Burok                                            (Tidak Hadir)
Pengerusi Persatuan Kg Chubadak Hulu (Asal), Sentul, KL
(merangkap Tmb. Pengerusi Protem Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)

  1. En.Ramlee Ahmad Pencatat Minit ( PKTM WPKL)
Pemimpin Setempat Kg Chubadak Tambahan, Sentul. KL
(merangkap Setiausaha Protem Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)

  1. Puan Rosni bt Mokhtar
Bendahari Persatuan Penduduk Kg Padang Balang Hilir, Sentul. KL
(merangkap Bendahari Protem Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)
  1. En. Ahmad Daud b Ali -
Pemimpin Setempat Kg Puah Seberang , Setapak. KL
(merangkap AJK Protem Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)

  1. Tuan Hj Kadir b Ahmad  
Pengerusi Persatuan Penduduk Selayang Lama , Kuala Lumpur.
(merangkap AJK Protem Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)

  1. En Zekrien Mocqrenpenasihat Reka Bentuk  dan Pengurus projek Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)
  2. Cik Carmen -  penasihat Reka Bentuk  dan Timbalan Pengurus projek Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)
  3. Y.Bhg Prof. Dr Siti Zainon bt IsmailPenasihat Penyair, Penulis, Kurator, Pakar Runding Seni Warisan Melayu kepada (Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)                                (Tidak Hadir)
  1. Tn Hj Rusnan NgadioPengarah Urusan 
RUBINGA HERITAGE SDN BHD , Usahawan dan Penasihat Seni Warisan Melayu kepada (Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL)    (Tidak Hadir)








SWASTA DAN AGENSI KERAJAAN;-

  1. Pn Azura bt ShariffPengarah Projek Khas
Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)
  1. Cik Norashikin Shaharudin- Pegawai Khas
Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)
  1. Cik Fatin bt Hamzah - Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)
  2. Cik Nurfarhana Dahlia Hanita bt Md Tajuddin – (YAWA)
  3. En Zakaria DonPengerusi
Koperasi Pemilik-pemilik Homestay Malaysia Berhad (KOPEHOM)
  1. En Nor Azman Idris
Ketua Eksekutif , Yayasan Muamalat Belia (YMB)
  1. En Zairul Akmal KarimPegawai Khas
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  1. Y.Bhg Dr  Samsuddin b Ja’far Timbalan Dekan (UIA)
Kulliyah Arkitek dan Reka-bentuk Alam Sekitar.
  1. Tn Hj Ros Azmir b Badri
Timbalan Pengarah, Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan
  1. Y.Bhg Dato Sarjit Singh Sekhon Perunding Projek Pendidikan Kesenian dan Pelancongan Universiti Taylor’s                  (Tidak Hadir)
  2. Pn Yuhaini bt Yusoff -          Pengarah
 Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia WPKL             (Tidak Hadir)
  1. Tn Hj Sulaiman Abd Manan -  Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia WPKL                                     (Tidak Hadir)
26.  EN BongsuKhairi b Hj HashimPegawai
Jabatan Perancangan Fizikal DBKL                                      (Tidak hadir)
  1. EN Mohd Azryil Azimie b Mohamed Jimin
Pegawai Jab. Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL                                                                                                        (Tidak hadir)










Masa
Perihal
Tindakan
1000 pg
Berkumpul dan Pendaftaran


1015 pg

Pengerusi :

Mengalu-alukan penyertaan Persatuan Penduduk, NGO dan Agensi  kerajaan serta Swasta dalam Local Agenda 21 (LA21). Selain dari itu ia dapat dikembangkan dalam Program Kg Tradisi, Pelancongan dan Kg Pintar seperti yang diperkenalkan dalam pamphlet oleh YDP Persatuan Penduduk Padang Balang Hilir.
Sebagai permulaan Pengerusi meminta semua yang hadir memperkenalkan diri.




Makluman

1020 pg

Amir

Memperkenalkan JawatanKuasa Persatuan Penduduk Kg Padang Balang Hilir yang hadir dan beberapa Persatuan Penduduk yang datang bersama-sama beliau antaranya Persatuan Penduduk Kg Selayang lama , Pemimpin-pemimpin setempat Kg Puah Seberang, Kg Chubadak Tambahan dan Penasihat kepada Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL

Beliau turut menjelaskan bahawa inspirasi Kampung Tradisi, Pelancongan dan Kg Pintar adalah dari sumber perbincangan beliau dengan pihak-pihak yang terlibat, dalam hal ini termasuk DBKL, Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Dari sinilah tercetus idea dan secara ringkasnya yang dimaksudkan di dalam pamphlet yang diedarkan ini.






Makluman

1035 pg

Pengerusi meminta Puan Norazmin Adibah dari Jabatan Perancangan Fizikal menjelaskan tujuan LA21 KL dan peranan serta fungsinya .


Makluman


1038 pg

Puan  Norazmin Adibah bersama visual memaparkan dan menerangkan Sejarah dan latar belakang Program Lokal Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) serta menjelaskan bahawa ianya muncul dari persidangan di Johanesberge pada tahun 2002. Ia adalah perbincangan mengenai pembangunan mampan yang melibatkan PBT, masyarakat dan pihak swasta (rakan Kongsi) Ia dilancarkan semenjak tahun 2005 lagi bagi memastikan pembangunan yang diuruskan untuk generasi akan datang lebih tersusun.La 21 mengariskan Visi KL bandaraya
bertaraf dunia dan slogan sayangi Kuala Lumpur.Apa yang penting ialah pelaksanaan secara bersepadu dan kesedaran
bekerjasama semua pihak.Pada tahun 2007 DBKL telah mengenal pasti 15 rakan kongsi dan bertambah pada tahun
berikutnya kepada 18 rakan kongsi. Ia merangkumi dalam
program Bandaraya Sihat, Bandaraya Sejahtera dan
E-bandaraya. Yang  kini mempunyai 23 rakan kongsi.



1050

Pengerusi menjelaskan bahawa PBT, masyarakat dan pihak swasta perlu bekerjasama dalam mengusahakan pembangunan Sosial dan Ekonomi secara bersama. Namun pihak PBT adalah pemantau, pelaksanaan dan tidak terikat dengan mana-mana perjanjian khusus sebagai contohnya jika sesuatu kawasan akan dibangunkan segala apa yang dirancang dalam LA 21 tidak boleh dipertikaikan.




Makluman

1100

Encik Mohd Amir menjelaskan bahawa ide yang dilontarkan oleh beliau adalah hasil buah fikiran dari pemimpin-peminpin Negara juga. Ia boleh digabungkan bagi mewujudkan persekitaran asal atau tradisi masyarakat yang rukun dan damai serta memiliki keunikan tersendiri. Namun ia perlu dilaksanakan secara evolusi bagi menjaga adab dan adat. Beliau menambah bahawa Ide Kg Pintar terhasil dari ide yang dibawa oleh Perdana Menteri sendiri.




Makluman

1105 pg

Pengerusi menyatakan bahawa dbkl bersedia untuk bersama-sama membangunkan aktiviti-aktiviti social. Kertas kerja perlu dibuat bagi memastikan apa jua program yang akan diadakan.


Makluman
Dan Tindakan Urusetia seketeriat LA21





1110 pg

Prof Dr Samsuddin Jaafar, Timbalan Dekan kulliyah Arkitek dan rekabentuk Alam Sekitar UIA, menjelaskan bahawa pihak universiti pernah mengadakan program kemasyarakatan dan terlibat secara lansung bersama dengan mengutamakan jiran-jiran sekitar UIA dalam menzahirkan aktiviti bersama. UIA ada pengajian berkenaan Perancangan bandar dengan menggerakkan “Green Team” kumpulan pelajar-pelajar UIA dan mengadakan MOU dengan Sekolah berasrama Penuh  Labu, Negeri Sembilan namun masaalah kewangan menjadi punca penghalang kepada pelaksanaan apa yang dirancang tidak dapat di teruskan.






Makluman

1118 pg

Encik Ahmad Daud memberitahu pihak UIA dengan pasukan “Green Team” pernah menjalankan program sebegini di Kg Padang Balang sebagai contoh Aktiviti Gotong royong pembersihan sungai Gombak antara perduduk sekitar dan
“Green Team” UIA bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju DBKL. Namun masaalah dana dan pertukaran Dekan UIA Kulliyah tersebut menyebabkan agenda yang dirancang bersama sebelum ini terhenti.



Makluman Tambahan


1125

Pn Azura bt Shariff dari YAWA menyatakan bahawa program sebegini perlu diteruskan dan ia tidak boleh dilakukan untuk projek tertentu sahaja, beliau menyarankan aktiviti menjana ekonomi penduduk amat penting.




Makluman

1128

Pengerusi mencadangkan agar dikenal pasti rumah-rumah penduduk dipilih bagi dijadikan home stay, rumah enap atau rumah Tamu, Selain itu kampung lain yang mempunyai IKS, termasuk yang membuat kuih- muih dan kraf perlu diketengahkan.


Tindakan Persatuan Penduduk

1130

En Zakaria dari Koperasi Pemilik-pemilik Homestay  malaysia Berhad (KOPEHOM) menyatakan bahwa mereka telah mengenal pasti lebih 80 buah rumah di Padang Balang berpontensi dijadikan Homestay. Namun ia perlu diperbaiki dan tandas perlu diperelokkan serta mengikut Peraturan Akta Pelancongan Malaysia. Faktor kebersihan perlu diberi keutamaan. Beliau bimbang dalam waktu terdekat, mungkin sukar dilaksanakan . Tambahan beliau , pihak Persatuan telah menunjukkan 2 aktiviti Perusahaan batik dan Mini ladang Kuda di dalam Kg tersebut, sebagai penggalak pelancongan.
Namun beliau kurang jelas berkaitan status tanah di kawasan itu.



Tindakan Persatuan Penduduk


1140

En Nor Azman Idris dari Yayasan Muamalat Belia, mencadangkan supaya usahawan yang tersebut perlu di bantu dan diketengah sebagai galakkan menjana ekonomi di samping menarik pelancong ke Kg tersebut.
Beliau bimbang sekiranya, aktiviti di jalankan sedangkan status Tanah tersebut sekiranya diubah suatu hari nanti akan menjejaskan maksud dan matlamat LA21 KL tidak tercapai kelak.




Tindakan Persatuan Penduduk

1148

Encik Mohd Amir menjelaskan bahawa Datuk Bandar telah memberi jaminan bahawa Tanah penduduk tidak diusik dan terpulanglah kepada penduduk untuk merancang apa yang sesuai untuk dibangunkan. Kerana Pada 6 hb Oct, yang lepas satu pertemuan di antara Penduduk KG dengan Datuk Bandar telah diadakan dan beliau sendiri menyatakan bahawa
Draf KLCP 2020 ditangguhkan untuk diwartakan sehingga Julai 2012. Siri seminar dan bengkel oleh Jabaan Perancangan Fizikal DBKL juga akan diadakan dalam masa 2 bulan seperti yang diarahkan oleh Datuk Bandar bagi memperincikan perancangan Kg Tradisi ini.




Makluman


1150


Pengerusi menjelaskan bahawa LA 21 tidak terlibat urusan status Tuan tanah. LA 21 tidak terikat perkara tersebut, kerana Ia mengutamakan kepada Program sosial. Pelaksanaan dan penglibatan Dasar juga Kos tidak dibebani pada Urusetia Program LA 21.



Makluman


1155

Pn Azura mencadangkan supaya focus utama adalah untuk kerjasama dalam masyarakat dan bagaimana agenda Bandaraya sejahtera dan sihat dapat dijadikan program bersama antara PBT dan penduduk
En Ahmad Daud menyatakan bahawa setiap program mesti dibantu kalau tidak bagaimana program pembangunan dapat dilaksanakan




Makluman




1158

Pengerusi menyatakan focus utama adalah kepada pelaksanaan dan tumpuan aktiviti Sosial dan Ekonomi Penduduk.


Makluman

1200

En Mohd Amir menyatakan bahawa pihak swasta perlu berperanan bagi membantu pembangunan sekitar. Sebagai contoh MAIWP dan Tabung Haji, mereka boleh membantu program-program keagamaan dan Motivasi.



Makluman
1205

Pengerusi meminta agensi-agensi swasta menjelaskan peranan yang mungkin boleh disalurkan.


Makluman


1207

En Zairul Akmal KarimPegawai Khas Mawip melalui Baitulmal telah menyalurkan pelbagai bantuan awam dan program bersama masyarakat. Ia dilakukan melalui Baitul mal dan Yayasan Taqwa.
Beliau mohon Kg Morton di Melaka adalah Kg Tradisi yang boleh dijadikan contoh.



Makluman

1215

Pengerusi meminta agar Jabatan Perancangan Fizikal menjemput wakil dari Persatuan Penduduk dari Kg Morton untuk hadir dalam seminar atau bengkel yang akan dianjurkan nanti.



Tindakan Urusetia seketeriat LA 21 KL



1220


Tn Hj Ros Azmir b Badri, Timbalan Pengarah Tabung Haji boleh berkongsi ilmu-ilmu Haji dengan penduduk dan berusaha menambah keahlian dengan melalui program-program bersama anjuran mana-mana pihak.





Makluman

1225

Pengerusi meminta agar Persatuan Penduduk mengenal pasti 100% mereka yang berminat dengan program homestay supaya tidak timbul masaalah dalam pelaksanaan kelak. Dengan adanya homestay, IKS dapat dikembangkan sebagai sumber pendapatan namun ia perlu disusun secara teratur.



Tindakan Persatuan Penduduk

1230

En Ahmad Daud meminta agar pegawai DBKL yang terlibat turun padang dan melihat sendiri persekitaran kampung di Kuala Lumpur ini. Mereka perlu adakan lawatan muhibah dan perbincangan secara langsung bagi mengenali masalah penduduk. Selain dari itu pihak penduduk juga mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai MAIWP, Tabung Haji, pihak UIA, Yayasan Muamalat Belia, KOPEHOM, YAWA dan mana-mana pihak untuk mengadakan lawatan dan meninjau sendiri kampung-kampung tradisi ini.




Makluman

1233

Pengerusi bersetuju dengan cadangan itu dan meminta agar Jabatan Perancangan Fizikal menyusun perkara ini dalam masa terdekat.


Tindakan Urusetia seketeriat LA 21 KL

1235

En Mohd Amir ingin mengingatkan kembali Pertemuan NOV 2009 dengan Datuk Bandar semasa Dialog berkenaan KLDCP 2020 di Taman Koperasi Polis Fasa 2, beliau pernah menyarankan kepada Datuk Bandar bahawa “kami ada tanah dan DBKL ada agenda dan Idea  mengapa kita tidak boleh berkongsi untuk maju bersama?”  Beliau meminta semua pihak berperanan dan melihat sendiri situasi dan tempat bagi melaksanakan serta menjayakan apa yang dirancang.




Makluman

1240

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan beliau akan membawa pamphlet Kg Tradisi, Pelancongan dan Kg Pintar ke pihak pengurusan untuk di kaji kesesuainya. Dan apa yang diharapkan Kg Padang Balang Hilir boleh dijadikan contoh permulaan bagi Kampung tradisi ini



Makluman

1245


Tamat


MINIT DISEDIAKAN OLEH;-

En Ramlee b Ahmad
(Merangkap Setiausaha Protem 
Pertubuhan Kampung Tradisi Melayu WPKL.


DISAHKAN;-

En Amir
(Merangkap Pengerusi Protem
Pertubuhan Kampung Tradisi Melayu WPKL)


No comments:

Post a Comment