1. SIAPA ITU ORANG MELAYU?
JAWAPAN:
Definisi orang Melayu terbahagi kepada tiga iaitu:
(i) etnik atau suku, (ii) bangsa dan (iii) ras atau rumpun.
(i) Etnik atau suku Melayu
- seperti mana penakrifan dalam konteks Indonesia —
Suku Melayu ialah penduduk pribumi Indonesia yang ketiga teramai selepas Suku Jawa dan Suku Sunda.
- Mereka banyak mendiami kawasan pesisiran timur Sumatera, Kepulauan Riau-Lingga dan Kalimantan Barat.
- Walaupun suku Melayu hanya mewakili hanya 3.4% penduduk Indonesia,
namun Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara tersebut dan dikenali
sebagai Bahasa Indonesia.
(ii) Bangsa Melayu seperti mana penakrifan dalam konteks Malaysia .
- Dalam Perlembagaan Malaysia;-
- Melayu ditakrifkan sebagai orang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu.
- Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, bangsa Melayu terdiri daripada suku
dan keturunan yang dibahagikan kepada Melayu Anak Jati (suku atau
subetnik-subetnik Melayu Semenanjung seperti Melayu Kelantan, Melayu
Kedah, Melayu Perak, Melayu Terengganu dan lain-lain),
- Melayu Anak Dagang (subetnik Melayu Sumatera, suku atau etnik Jawa, Sunda, Minangkabau, Bugis, Banjar dan lain-lain) dan
- Melayu Peranakan (kacukan Melayu-India, Melayu-Cina, Melayu-Arab, Melayu-Turki dan lain-lain).
- Di samping itu, keturunan lain yang bukan dari rumpun Melayu turut
diterima sebagai orang Melayu (bukan kaum pendatang) sekiranya mereka
beragama Islam serta berasimilasi dengan bahasa dan budaya Melayu.
Mereka ini telah meninggalkan sebahagian besar adat resam keturunan
mereka dan membuang identiti tanah asal mereka serta taat setia dengan
Tanah Melayu dan politik nasionalisme Melayu.;-
- Contohnya keturunan Hadramaut, Kerala, Peshawar dan Istanbul.
- Suku atau etnik dari rumpun Melayu seperti Kadazan-Dusun, Bajau,
Iban, Melanau, Kedayan dan sebagainya di Sabah dan Sarawak yang beragama
Islam juga merupakan bangsa Melayu.
(iii) Ras atau rumpun Melayu seperti mana penakrifan ahli sejarah,
ahli antropologi, ahli arkeologi dan pakar genetik —
Ia adalah istilah yang diguna pakai oleh penyelidik dan UNESCO merujuk
kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Kepulauan Melayu yang
kini dikenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World:-
- Ia
adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah
satu takrifan Melayu seperti orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan
penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai “rumpun Melayu”.
- Salah satu unsur persamaan mereka ialah bertutur dalam bahasa dari
cabang atau rumpun bahasa induk Austronesia atau Melayu-Polinesia.
- Kumpulan-kumpulan yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah:-
- penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China),
- etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung
Indo-China (Vietnam dan Kemboja),
- etnik keturunan Melayu Patani di Thailand,
- seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan
Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar).
-
Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa
Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga ke
Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari
Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia.
No comments:
Post a Comment