Wednesday, July 9, 2014

ADAKAH ORANG MELAYU JUGA PENDATANG DI TANAH MELAYU SAMA SEPERTI KAUM CINA DAN INDIA?

ADAKAH ORANG MELAYU JUGA PENDATANG DI TANAH MELAYU
SAMA SEPERTI KAUM CINA DAN INDIA?

JAWAPAN:

Tidak. Orang Melayu memang merupakan penduduk asal Malaysia
(sebelumnya Tanah Melayu) dan kajian arkeologi dan mtDNA mengesahkan kewujudannya di Benua Sunda sejak lebih 60 ribu tahun yang lalu lagi.
Tidak timbul soal orang asli merupakan penduduk asal di negara ini kerana pemetaan genetik dan artifak arkeologi juga telah mendapati bahawa masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda adalah merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan ras Melayu hari ini.

Kajian itu telah dibuat oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin.
Kajian mtDNA oleh pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer juga mengesahkan tentang perkara ini.

No comments:

Post a Comment