FOCUS GROUP GROUP DISCCUSSION
(Pelan Panduan Pembangunan Kawasan Kampung Tradisional)
-DGP Kampung Tradisional-
Matlamat FGD 3
"- MENDAPATKAN PANDANGAN/IDEA DAN PERSETUJUAN PENDUDUK MENGENAI
CADANGAN ZON GUNA TANAH, INTENSITI PEMBANGUNAN DAN PANDUAN PEMBANGUNAN
DIKAWASAN DGP"-
Kepentingan DGP
1- Menentukan jenis Pembangunan yg sesuai dibangunkan agar ciri-ciri kampung tradisional dapat di kekalkan
2- Menyediakan garis panduan terperinci (aspek reka bentuk bangunan, susunatur bangunan, komponen pembangunan)
3- Menyediakan kaedah perlaksanaan pembangunan bagi pemilik tanah yg ingin memajukan tanah masing2
Peranan DGP Dalam Konteks DPBRKL 2020 (Deraf Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2020)
1- Menjadi panduan kepada pemilik tanah yg ingin memajukan tanahnya sama ada secara usahsama, individu atau gabungan
2- Menjadi rujukan untuk perancangan dan pembangunan kepada semua
jabatan teknikal terutama yg berkaitan infrastruktur dan utiliti.
Definisi Kampung Tradisional di KHASkan yg terlibat dengan kawasan FGD
-" Sebuah Kampung Tradisional Melayu dalam bandar yang moden
(infrastruktur dan utiliti lengkap) , maju dan mengekalkan budaya hidup
masyarakat Melayu, reka bentuk dan senibina Melayu serta mementingkan
persekitaran mampan dan berkualiti. "-
Ciri-ciri Kg Tradisional;-
a) Kawasan Penempatan yang diwarisi orang Melayu turun temurun
b) Suasana Kg yg bercirikan konsep seni bina Melayu perlbagai puak dan keturunan
c) Mempunyai susunan rumah yg berkelompok dan teratur (INFORMAL)
d) Kebanyakan rumah tidak berpagar dan banyak ruang terbuka untuk
aktiviti-aktiviti rewang gotong-royong dan kemasyarakatan ,lazimnya
adalah kumpulan yg ada kaitan talian darah (saudara,sepupu,anak-buah dan
sedara-mara)
e) Kawasan kampung yg dilengkapi dengan aspek infrastruktur dan utiliti yg lengkap
f) Pemilikan rumah adalah milik sendiri atau keluarga
g) kebanyakan perkampungan tradisional terjadi berdasarkan
faktor sejarah;-
i) - Permulaan sesebuah Pertempatan, penghijrahan kerana sumber bekalan, kesan peperangan atau penerokaan penempatan baru).
ii) - bukti bahawa terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan oleh
pihak berkuasa seperti dewan perbandaran, surau dan masjid, bekalan air
dan elektrik, perkhidmatan telefon dan jalan-raya berturap.(belum
digazet)
iii) - bahawa kampung dikawal dan ditadbir oleh Jawatan Kuasa sendiri.(terkini Persatuan Penduduk yang SAH berdaftar).
iv) Saiz tanah yg luas dan menjadi kediaman beberapa kelompok keluarga bersaudara.
CONTOH-CONTOH REKA-BENTUK yg bole dijadikan panduan ;-
1) - Rumah kediaman bunglow setingkat...rumah dan bumbung di Kg Morten , Melaka
2) - Rumah kediaman Cluster (Maksimum flat/apartment 4 tingkat) spt di
Atlantik City, USA(Lima tingkat). Mont Timah, Singapura(Tiga Tingkat),
Town hse di Plettenberg Bay, Africa Selatan (dua tingkat), Town house di
Dong Guan City, Guangdong, China (Dua tingkat setengah), Town hse 4
tingkat, di Tmn Bukit Serdang, Kg Warisan Jln Jelatek, setiawangsa Condo
4-5 tingkat.
3) - KELAS KEGUNAAN TANAH DAN BANGUNAN
berdasarkan Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, DGP ini telah
menyediakan perincian Kaedah Kelas kegunaan Tanah dan Bangunan untuk
setiap Zon Guna Tanah Kampung Tradisional dan mengikut Kampung2.
4) - KAWALAN REKA BENTUK PEMBANGUNAN
Maksimum ketinggian bangunan kediaman dan komersial adalah 5 tingkat
Reka bentuk dan FASAD, bumbung dan Tingkap perlulah mempunyai ciri-ciri tradisional Melayu.
5) - SUSUN ATUR KAWASAN KEDIAMAN digalakkan berbentuk Cluster (kawasan
lapang di bahgian tengah- tujuan berkumpul / bertemu / beraktiviti)
6) KELUASAN MINIMUM UNTUK PEMBANGUNAN.
a) Pembangunan kediaman di Kawasan DGP dicadangkan mempunyai keluasan
Minimum 1 EKAR (satu) dan 20 - 60 unit (berdasarkan intensiti
pembangunan yg di tetapkan)
b) bertujuan memastikan keperluan
minimum kemudahan infrastuktur/ utiliti dan kemudahan masyarakat dapat
disediakan pembangunan.
7) KEPERLUAN PENYEDIAN KEMUDAHAN MASYARAKAT
Penetapan jenmis dan bilangan kemudahan masyarakat yg perlu disediakan
mengikut berdasarkan unjuran penduduk (densiti maksimum) sehingga tahun
2020.
8) KEPERLUAN PENYEDIAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI.
Tertakluk kepada perbincangan serta persetujuan Pemilik Tanah mengikut kesesuaian dan sewajar.
9) MEKANISMA PERLAKSANAAN
- PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT
- PROJEK USAHASAMA (PEMILIK DAN PEMAJU)
- PENUBUHAN SYARIKAT USAHASAMA (GABUNGAN PEMILIK2 TANAH)
10) IMPAK PENYEDIAAN FGD
- PENINGKATAN NILAI HARTANAH DAN JUMLAH ASET PENDUDUK MELAYU MENJADI LEBIH TINGGI
- SUASANA KAMPUNG YG LEBIH BERKUALITI
- MENIKMATI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI DENGAN LEBIH SELESA.
FAKTA DAN DATA SERTA MAKLUMAT DI ATAS ADALAH CADANGAN DAN INISIATIF
KAJIAN YG DIBUAT BERSAMA PENGERUSI2 PERSATUAN PENDUDUK KG TRADISIONAL
(GOMBAK FGD) BERSAMA JABATAN PERANCANGAN FIZIKAL (DBKL) SEJAK 2008 -
2012.
Pertanyaan hbg Mohd Amir ,
Pengerusi Gabungan Kg Tradisi WPKL
@ Pengerusi Persatuan Penduduk KG Padang Balang,Sentul, K.Lumpur
(Kg Tradisi (M)WPKL) Tel 019 - 6141524. email;- md_amirm@yahoo.com. trezabmelayu.blogspot.com / kgtradisiwpkl.blogspot.com
No comments:
Post a Comment