FAKTA BAHAWA KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DI MALAYSIA INI SAMA SEPERTI MANA KEDUDUKAN QURAISY DI ZAMAN RASULULLAH
Jawapan:
(i). Dalam konteks Malaysia, kedudukan bangsa Melayu ketika ini adalah
seperti mana kedudukan Quraisy semasa zaman Rasulullah SAW dan para
sahabat radiallahuanhum. Di sana terdapat banyak hadith-hadith shahih
berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ
"Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy." [HR Ahmad dan al Baihaqi]
(ii). Perintah supaya pemerintah mesti dari orang Quraisy oleh
Rasulillah SAW bukan bermaksud baginda rasis atau 'asobiyyah sebaliknya
ia mempunyai illat dan tujuan tertentu. Menurut Ibn Khaldun di dalam
kitab al Muqaddimah, illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan
Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa.
Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan
politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan
politik.
(iii). Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan
menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi
peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya.
Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan “golongan
Quraisy” akan terus berlaku dengan syarat ‘asobiyyah (kekitaan),
kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.
(iv). Ibnu Khaldun RH menyebutkan:
"Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang
mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum
Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat
perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa
dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu
demi kepentingan bersama.
Kenyataan demikian tidak akan pernah
ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa
kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka
sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa
yang lainnya.
Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan 'asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana."
[Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 207-208]
No comments:
Post a Comment