Thursday, July 10, 2014

ADAKAH PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU DAN NASIB ORANG MELAYU ADALAH RASIS DAN PERKAUMAN SEMPIT?

ADAKAH PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK
ISTIMEWA MELAYU DAN NASIB ORANG MELAYU ADALAH RASIS
DAN PERKAUMAN SEMPIT?

JAWAPAN:

(i). Konsep Melayu di Malaysia bukan bersifat “rasis” (perkauman sempit) atau “cauvinis” (semangat yang keterlaluan dalam memperjuangkan kepentingan kaum) kerana takrif Melayu itu lebih bersifat dinamik dan terdiri daripada pelbagai asal keturunan yang diikat dengan agama Islam dan kelaziman berbahasa dan berbudaya.

(ii). Seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam diiktiraf sebagai orang Melayu.
Namun tidak ada paksaan bagi mana-mana individu Muslim dari keturunan bukan Melayu untuk berasimilasi dengan identiti Melayu.
Mereka boleh terus mengekalkan identiti asal keturunan mereka sebagai Cina Muslim atau India Muslim. Mereka akan terus dikenali sebagai orang Cina yang beragama Islam atau India beragama Islam.
Dengan sebab demikian mereka tidak akan dapat menikmati hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

(iii). Perlu ditegaskan bahawa apabila seseorang itu memasuki Islam bukan bermakna dia memasuki Melayu.
- Islam adalah agama, manakala Melayu adalah bangsa.
- Dua konsep itu adalah berbeza tetapi sangat rapat pertalian dalam konteks Malaysia.
- Halnya kerana semua individu yang menisbahkan dirinya sebagai Melayu di negara ini mesti beragama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bersyukurlah kepada Allah kerana dengan kuasa-Nya, bangsa Melayu di Malaysia dipelihara dengan ikatan Islam.

(iv). Secara umumnya, mana mana individu Melayu yang sentiasa memberitahu bahawa Melayu tidak semestinya Islam kerana golongan Melayu ini sebenarnya tidak pernah redha atau tidak dapat menerima bahawa Melayu dijamin Islam melalui perlembagaan adalah dengan izin Allah Azzawajal.
Mereka tidak dapat menerima Qada' dan Qadar, apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

(v).Satu persoalan yang tidak mampu di fikirkan oleh golongan Melayu ini adalah "adakah menjadi satu dosa mencintai bangsanya dalam membantu perkara perkara yg maaruf dan menjauhi bangsa sendiri tentang perkara perkara yang mungkar?".
Mereka tidak dapat menjawab soalan ini, kerana hati bisikin telinga mereka akan terus menyebut haram membantu bangsa sendiri walau dalam perkara yang maaruf dan menjauhi bangsa dalam perkara yang mungkar.
Setiap hari hati mereka resah dan tidak tenteram apabila disebut memperjuangkan Melayu.
Bagi mereka Melayu itu tidak Islam dan mereka sedaya upaya cuba memisahkan Melayu dari Islam.
Golongan Melayu ini juga tidak dapat berfikir apa sebab Allah ciptakan suku bangsa dan berlainan puak antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment