DN 17.12.2014 1
MALAYSIA
DEWAN NEGARA PARLIMEN
KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA
Rabu, 17 Disember 2014
Mesyuarat dimulakan pada
pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua
mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN
BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Tuan Yang di-Pertua:
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Semua Ahli Yang
Berhormat. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kerana dapat kita meluluskan Belanjawan 2015 malam tadi sungguhpun sampai
tengah malam.
Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak- kementerian dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat
semua.
Tanpa membuang masa saya
silakan pertanyaan nombor 1, Yang Berhormat Datuk Megat Zulkarnain
1. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta Menteri Wilayah
Persekutuan
menyatakan, apakah usaha,
perancangan dan tindakan kementerian mewajahkan Kuala Lumpur
sebagai sebuah bandar raya
yang mempunyai jiwa dan sentuhan yang mencerminkan keberadapan
Melayu..
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l
Jaganathan]:
Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) telah mengenal pasti kawasan khusus
terdiri dari kawasan rizab Melayu,
kampung tradisi dan kampung-kampung baru yang memerlukan perhatian khas
dari segi pelaksanaan, perancangan dan
pembangunan dan memastikan ianya tidak ketinggalan jauh dari arus Pembangunan.
Kawasan rizab Melayu diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan
Enakmen
Tanah 1987 untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki tanah terutama
di kawasan bandar.
Kementerian Wilayah
Persekutuan juga menubuhkan Perbadanan
Pembangunan Kampong
Bharu bertujuan untuk
menyelaraskan perancangan, pembangunan dan pengurusan serta
mengoptimumkan penggunaan tanah khususnya di Kampung Baru.
Antara tujuan lain adalah
untuk menggalakkan penglibatan kaum
bumiputera dalam aktiviti ekonomi bandar raya melalui pembangunan yang terancang di kawasan rizab Melayu.
Selain daripada perancangan
pembangunan Kampung Baru, satu Pelan
Panduan Pembangunan Kawasan Kampung Tradisional telah dihasilkan bagi
tujuan menentukan hala tuju pembangunan kawasan kampung tradisional selain dari
Kampung Baru.
Pelan panduan ini merangkumi
aspek kawalan zon guna tanah, kepadatan
serta garis panduan pembangunan yang perlu dipatuhi dalam memastikan
persekitaran yang berkualiti di samping mengekalkan
dan memelihara identiti tradisional sedia ada.
Kampung tradisional yang
terlibat adalah seperti Kampung Padang
Balang, Kampung Bandar
Dalam, Kampung Chubadak Hulu, Kampung Sungai Mulia, Kampong Sungai Merali
dan Kampung Puah dengan jumlah
kawasan keseluruhan seluas 584.90 ekar.
Semua perancangan ini bertujuan untuk mengekalkan nilai kebudayaan,
kesenian dan seni
bina bangunan warisan Melayu di kawasan yang telah dikenal pasti dan dengan ini secara langsung
dapat memastikan nilai peradaban Melayu akan terus kekal di Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih.
Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang disampaikan di Dewan
yang mulia ini dan kita juga hendak menghargai usaha yang dibuat oleh Kementerian
Wilayah Persekutuan dari segi untuk meningkatkan taraf dan juga meningkatkan perkampungan-perkampungan
penempatan Melayu.
Cuma Yang Berhormat Timbalan
Menteri, yang disebut tadi ialah penempatan-penempatan
Melayu. Mungkin ada
cadangan-cadangan daripada kementerian bagaimana peradaban Melayu ini
dapat dilaksanakan,
antara contohnya mungkin boleh mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini
dengan tulisan-tulisan
menggunakan Bahasa Melayu contohnya, supaya tidak timbul soal kekeliruan.
Hari ini kalau kita lihat
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab itu generasi muda ini kadang-kadang keliru
dengan status dan sebagainya sebab kita tidak
mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai sebuah bandar yang ada peradabannya.
Saya hendak bagi contoh Tuan
Yang di-Pertua. Hari ini orang Cina
boleh berbangga- kita
ucapkan tahniah, ada pusat komersial Chinatown contohnya, orang India ada dengan Little India. Akan tetapi, di mana tempat ada satu centre yang boleh mengatakan inilah wajah Melayu?
Ada keseniannya di situ, ada kebudayaannya,
ada seni kraf orang Melayunya, ada rumah-rumah Melayunya.
Penempatan Melayu kita
setuju tetapi satu pusat komersial yang
boleh kita katakan kepunyaan dan berwajah peradaban Melayu.
Mungkin ada perancangan
daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun kementerian
sendiri bagaimana ianya
dapat dilaksanakan supaya ianya nanti boleh memberi manfaat yang cukup
besar kepada generasi akan datang supaya tidak lupa asal usul mereka, tidak lupa kepada sejarah
mereka.
Ini yang kita khuatir ianya
akan berlaku pada masa-masa akan datang dan akhirnya orang lupa sejarah dan asal usul. Jadi saya mohon penjelas an Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat
Senator. Pandangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Yang Berhormat diambil
kira.
Akan tetapi untuk makluman
Yang Berhormat, memang kita ada suatu
kawasan iaitu kawasan
Kampung Bharu yang telah pun diadakan sebagai satu kampung peradaban Melayu di mana abad dan segala tradisi dan kebudayaan Melayu memang dipelihara di
kawasan itu.
Kawasan itu memang telah pun diuruskan oleh satu perbadanan
iaitu Perbadanan Kampung Bharu
untuk memastikan nilai dan ciri-ciri
Melayu tidak hilang dari Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat,
saya ada dapat maklum daripada Yang Berhormat yang dia tidak begitu sihat.
Kalau sekiranya apa-apa, saya ingat Yang Berhormat boleh jumpa dia di luarlah.
Minta kerjasama sikit kerana Yang Berhormat sebelah itu dia...
Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua:
Ya, Yang Berhormat. Saya lihat, kalau boleh kita terus ke pertanyaan
nombor 2, Yang Berhormat,
ada masalah sikit.