Friday, August 19, 2011
UNTUK MAKLUMAN: KESALAHAN BERHUBUNGAN AQIDAH
Berhubung tindakan pemeriksaan JAIS terhadap satu
majlis pada 3 Ogos 2011 di Gereja Methodist Damansara Utama yang
dikatakan turut dihadiri oleh umat Islam, beberapa tindakan dari sudut
perundangan boleh diambil sekiranya siasatan pihak JAIS mendapati ada
usaha atau elemen-elemen pelanggaran Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
1995 Bahagian II dan III Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Aqidah
berlaku dengan mengguna pakai beberapa seksyen daripada enakmen tersebut
seperti:-
Seksyen 5
Mendakwa Bukan Orang Islam Untuk Mengelakkan Tindakan
Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan
orang Islam untuk mengelakkan apa-apa tindakan diambil terhadap dirinya
di bawah Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuatkuasa di
Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 10
Menghina atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll, agama Islam
Mana-mana orang dengan perkataan yang dapat
didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain
gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara
lain:-
(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau
(c) mempersendakan atau menyebabkan
dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di
Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
Seksyen 12
Menghina Pihak Berkuasa Agama
Mana-mana orang yang bertindak dengan cara
menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan
perintah atau arahan:-
(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat-sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam;
(b) Majlis;
(c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan fatwa,
adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000.00 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Jadi kepada mana-mana pihak terlibat dalam isu
pemeriksaan JAIS terhadap GMDU bolehlah memilih mana-mana seksyen yang
sesuai. Perlu dijelaskan di sini bahawa apa yang cuba dipaparkan oleh
Tukang Screw adalah tindakan pihak JAIS terhadap GMDU berdasarkan
maklumat yang diterima bahawa terdapat elemen atau unsur-unsur
kristianisasi sedang dijalankan oleh pihak gereja serta sejauhmana
kebenaran maklumat tersebut. Dalam hal ini tiada siapa daripada 12 orang
Islam yang dikesan turut hadir dalam Majlis Thanksgiving Dinner yang
dituduh telah murtad atau keluar Islam dan hanya yang dipaparkan mereka
turut hadir dalam majlis tersebut. Hanya ada kemungkinan atau
keberangkalian bahawa mungkin terdapat atau dipercayai ada individu yang
telah murtad berdasarkan tindakan atau perlakuan atau tutur kata
individu tersebut yang boleh memberi persepsi bahawa dia telah murtad
tanpa memberi penekanan kepada hal pemurtadan tersebut.
Wallahualam, sekadar renungan bersama dan tiada
niat selain niat menegakkan kesucian Islam dan memperlihatkan di mana
pendirian dan tindakan pihak yang sering mewar-warkan diri sebagai
pejuang Islam yang kononnya mempertahankan kesucian Islam dalam isu ini.
UMNO memang Tukang Screw telah tolak tepi sejak dari awal kerana masih
tidak mampu melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam dan hanya menyediakan
dari segi fizikalnya sahaja. Apatah lagi untuk menyelesaikan isu ini.
Mungkin blogger seperti Tukang Screw ini dan rakan-rakan lain dituduh
proUMNO, prokerajaan kerana tidak memihak kepada pembangkang dalam hal
ini. Kami tidak mampu menyelesaikan isu ini atau isu yang melibatkan
akidah umat Islam kerana kami tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif.
Sekurang-kurangnya kami cuba ketengahkan
permasalahan yang berlaku untuk tindakan pihak berwajib yang mempunyai
kuasa eksekutif setelah dipilih rakyat melalui pilihan raya. Rasa
terhina dan tidak berbaloi apabila kami dituduh cuba merosakkan Pakatan
Rakyat di Selangor yang mana sebenarnya tuduhan tersebut cuba lari
daripada isu sebenar iaitu ISU AKIDAH UMAT ISLAM. JANGAN KUMAN DI
SEBERANG NAMPAK TETAPI GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK! Kepada pihak
berwajib, jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan seikhlas mungkin
tanpa kepentingan politik. Ingatlah bahawa setelah matinya anak-anak
Adam hanya tiga perkara sahaja yang dibawa: Amal kebajikan, ilmu yang
bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang akan mendoakan si mati dan
bukannya UNDI!
No comments:
Post a Comment