Wednesday, January 7, 2015

ORANG KETURUNAN MINANGKABAU ASAL DARI ISKANDAR ZULKARNAIN.

ORANG KETURUNAN MINANGKABAU ASAL DARI ISKANDAR ZULKARNAIN.
Satu kajian ilmiah terhadap peranan orang Minangkabau dan orang Asli dari suku kaum Jakun yang bertapak di Rembau dengan teknologi persenjataan logam dan senjata api yang canggih pada ketika itu dalam usaha untuk menghalau pengganas Portugis dan Belanda setelah kejatuhan kerajaan Islam Melaka perlu dilakukan.
Mitos mengatakan bahawa pemerintah dari Minangkabau adalah merupakan putera kepada Iskandar Zulkarnain seorang pemimpin dan panglima perang yang hebat yang telah mengurung kaum Yakjuj dan Makjuj dengan membina benteng dengan teknologi logam yang begitu hebat yang hanya akan dapat dipecahkan dengan izin Allah sebelum kiamat sepertimana yang diceritakan dalam Al Quran.
“Portugis dan Belanda menyatakan bahawa negeri Rembau adalah merupakan kuasa utama di bahagian pedalaman Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali bertempur dengan “pemberontak Minangkabau ini”. Kubur seorang askar Portugis yang terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda sempadan antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.
( “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day”.)
http://newspapers.nl.sg/…/A…/straitstimes19331118.2.106.aspx
Orang Minangkabau adalah pakar dalam pembuatan logam terutama besi dan tembaga untuk membuat senjata api seperti senapang dan meriam, lebih lama sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara ini.
(The Minangkabau have a long history of brassworking and forging iron weapons and farm tools. They used cannons and bored matchlocks long before Europeans arrived.)
http://hotelbenteng.com/index.php…
The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah
http://www.vikingsword.com/vb/printthread.php?t=8013
At Menancabo excellent poniards made, called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609. "A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a great quantity of artillery; a species of warlike machine known and fabricated in Sumatra many years before they were introduced by Europeans
http://www.gutenberg.org/files/16768/16768-h/16768-h.htm
NewspaperSG is an online resource of current and historic Singapore and Malaya newspapers. You can search our digital archive of newspapers published between 1831-2009, or find information on over 200 newspaper titles in the National Library's microfilm collection.
ERESOURCES.NLB.GOV.SG

Understanding Sulu Sultanate:Culture of Peace, The Relationship of "Keturunan Minangkabau", Sumatra

Understanding Sulu Sultanate:Culture of Peace

- See more at: http://www.zambotimes.com/archives/news/16397-Understanding-Sulu-SultanateCulture-of-Peace.html#sthash.kcKZjS9R.dpuf


Sulu serta masyarakat Minangkabau yang membawa keamanan
Rupanya masyarakat Minangkabau di zaman kerajaan Pagar Ruyung adalah masyarakat yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan berlandaskan syariat Islam. Pembesar Pagar Ruyung telah datang ke Rembau dan berkahwin dengan anak ketua orang Asli suku Jakun dan seterusnya terbentuklah Negeri Sembilan.
Begitu juga di Sulu, pembesar dari Pagar Ruyung telah menyebarkan Islam di sana bersama para pendakwah , berkahwin dengan anak ketua suku di sana.
Masa berlalu, kita semua lupa sejarah, kita semua lupa kita berasal dari bapa yang satu iaitu Nabi Adam. Kita lupa datuk nenek kita dulu boleh hidup dalam suasana yang penuh harmoni dengan berpegang teguh pada tali Allah dalam menegakkan syariat Islam.
Sepertimana kata-kata Dr. Jose Rizal : “In order to read the destiny of a people, it is necessary to open the book of its past”. (untuk kita mengetahui hala tuju sesuatu bangsa , adalah perlu kita belajar dari sejarah)
Understanding Sulu Sultanate:Culture of Peace
Saturday, December 19. 2009
The issues brought in the study of Sulu Sultanate is to understand its historical existence that may offer new perspective to resolve the continuous struggle of the adherence to fight the aggression of their homeland, economic resources, political legal rights, cultural heritage, religion, and freedom for self-determination. As Dr. Jose Rizal said: “In order to read the destiny of a people, it is necessary to open the book of its past”.
The Sulu Muslim “Ummah” political theory did not start with the idea of having a state political government, but with the option that the “Ummah” or community of the faithful, must possess leadership to make possible the creation of proper condition of “Ibadat” or worship and strict adherent to the “Shariah” or Islamic Laws.
The leadership should always strong enough to completely safeguard the internal order of the “Ummah” against disharmony or disloyalty. Under the principle of Islam, the purpose of the individual and the “Ummah” or community is the same – the execution and enforcement of the will of ALLAH [God]. For Islam is a religion that defines a unified way of life; hence, there is no distinction between the religious and the secular.
RAJAH BAGINDA of Sumatra, Indonesia:
The Sulu genealogy accounts that after the “Ahlul Bait” Missionaries established few Muslim Ummah or communities among inhabitants of Lupah Sug [Sulu mainland] living along the seashores, rivers and verdant hills and valley, another personage arrived at Bwansa, Lupah Sug, whose name was Rajah Baginda.
He was the son of King Pagar and belongs to the royal family of Pagar Ruyung of Menangkabaw, Sumatra, Indonesia.
Rajah Baginda was not a religious scholar but in all probability could have included a number Islamic Malay scholars as part of his entourage to Sulu.
The arrival of Rajah Baginda at Bwnasa Ummah strengthen the Islamic polity of the Tagimaha tribe of Bwansa Ummah and nearby villages of Lupah Sug due to his advance knowledge in Islamic governance.
Rajah Baginda was accepted as the ruler of Bwansa Ummah, although Sulu genealogy did not mention that he establish a central government in the mainland of Sulu. He got married to the daughter of a Tagimaha Chieftain, and was able to effect the implementation of the “Shariah” or Islamic laws at Bwansa village.
In a related Sulu royal Tarsila narrates the arrival of another Arab scholar by the name of Sayyid Abu Bakr Hashim. His arrival to Bwansa village was welcomed by Rajah Baginda, and because of his expertise in the Islamic jurisprudence, Sayyid Abu Bakr (pronounce as Abubakar) was accepted member of the royal court of Rajah Baginda. He got married to the daughter of Rajah Baginda.
When Rajah Baginda reached the old age, he entrusted the administration of the government affairs of Bwansa Ummah to his son-in-law, Sayyid Abu Bakr, and he remained in complete retirement at Bud Datu until his death. His grave yard is still found to the present day on the top of Bud Datu, Indanan, Sulu.

TUN PERAK SI GENIUS MELAYU YANG TERUS DILUPAKAN ANAK BANGSA

TUN PERAK SI GENIUS MELAYU YANG TERUS DILUPAKAN ANAK BANGSA
Sepertimana tajuk yang tertulis diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini.
Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis Walsingham atau juga William Cecil yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.
Dalam Mastika keluaran terbaru juga ada memaparkan kisah mengenai tokoh hebat ini. Namun kisahnya bukanlah sebuah kisah yang membanggakan kerana ia mengenai kekesalan kaum kerabat Tun perak yang masih hidup di Melaka dengan sikap segolongan dari bangsa kita yang tidak ambil peduli tentang tokoh ini.
Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak.
Anda tahu apa yang mereka kata? 'Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal'. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.
Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu tun perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana.
Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kuasa Melantik Sultan
Bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya. Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.
Selain itu, boleh dilihat juga peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang dipertanggungjawbkan tugasnya.
Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;
“adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara : pertama ampun
(merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (courageous),
keempat melakukan hukumannya dengan kaharnya
(to give his verdict decislvely). Itulah sifat segala raja-raja itu
pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.
Inilah kanun namanya ”

Raja yang adil akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati pengikut-pengikutnya mengenai hal ini.
Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.
Hal ini amat ditentang oleh bendahara Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;
“hai, hai ; lihatlah Seri Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,
dia kelak ditangkapnya."

2. Merancang Strategi Ketenteraan Yang Ampuh
Jawatan dan amanah yang diberikan oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka. Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan Melayu termasuklah Melaka.
Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut.
Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P'ya Cakri). Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada pada diri Tun Perak.
Dibawah institusi 'kerah', kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun Perak dalam mempertahankan Melaka.
Antara strategi beliau adalah Tun Perak telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak, tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan bersungguh-sungguh,
“.....kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan, lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”1 Dalam perlaksanaan strategi ini dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu berundur dari Melaka.
Kejayaan perlaksanaan strategi mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan kerajaan Melaka.
Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka. Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip dan falsafah, “...dianugerahi oleh raja Melakapedang sebilah...peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya.”
Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.
Kehebatan ilmu dan strategi dalam peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan tentera laut siam.
Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan “puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka.
Walaupun strategi ini nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai.
Hasilnya, Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi telah mengetuai angkatan tentera Melaka.
Sebagai seorang pemerintah yang berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;

“...captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,
who is the next to the king. To this man all the mandarins do reverence...the
Bemdara is the hingest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice
in all civil and criminal affair...He can order any person to be put to death, of
whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all
he must inform s the king , and both decide the matter in consultation with
the Laksamana and the Tumunguo.”

Selepas tahun 1440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa. Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja.
Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tun Perak.
Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.

3. Pakar Hubungan Diplomatik
Kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam.
Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah jagaannya.
Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini Tun Perak telah menyatakan bahawa ;
“.....daripada banyak seteru, baik banyak sahabat.”
Hal ini telah dititikberatkan oleh sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-kedua buah negeri ini.
4. Membangun dan Memperluaskan Ekonomi Melaka
Dasar politik serta hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan perdagangan selat Melaka.
Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita. Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi pembangunan ekonomi Melaka.
Dalam kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa. Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.
Selain itu, penguasaan politik secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka.
Selain daripada dasar perluasan kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi.

5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran yang berkesan
Kebijaksanaan Tun Perak sebagai bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa ;
“..Bemdara (Bendahara) is the highest in the kingdom.

Hal ini dapat dilihat sekiranya sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi.
Oleh itu, sultan telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;
“maka Bendahara Paduka dan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan
segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan
oleh Sultan Mansur Syah menunggui negeri”

Oleh yang demikian, segala tugas sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga keharmonian kerajaan Melaka.
Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap sebagai 'Pembina Empayar'.
Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu.
Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a'lam.
~ASJ~

Friday, December 19, 2014

Hernset Dewan Rakyat 17 Dec 2014, Plan Panduan Pembangunan Kawasan Kampung Tradisional oleh Tmb Menteri WP

DN 17.12.2014 1
MALAYSIA
DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA
Rabu, 17 Disember 2014
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Semua Ahli Yang Berhormat. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana dapat kita meluluskan Belanjawan 2015 malam tadi sungguhpun sampai tengah malam.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak- kementerian dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Tanpa membuang masa saya silakan pertanyaan nombor 1, Yang Berhormat Datuk Megat Zulkarnain

1. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta Menteri Wilayah Persekutuan
menyatakan, apakah usaha, perancangan dan tindakan kementerian mewajahkan Kuala Lumpur
sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai jiwa dan sentuhan yang mencerminkan keberadapan
Melayu..

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan]:
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) telah mengenal pasti kawasan khusus terdiri dari kawasan rizab Melayu, kampung tradisi dan kampung-kampung baru yang memerlukan perhatian khas dari segi pelaksanaan, perancangan dan pembangunan dan memastikan ianya tidak ketinggalan jauh dari arus Pembangunan.
Kawasan rizab Melayu diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen
Tanah 1987 untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki tanah terutama di kawasan bandar.
Kementerian Wilayah Persekutuan juga menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong
Bharu bertujuan untuk menyelaraskan perancangan, pembangunan dan pengurusan serta
mengoptimumkan penggunaan tanah khususnya di Kampung Baru.
Antara tujuan lain adalah untuk menggalakkan penglibatan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi bandar raya melalui pembangunan yang terancang di kawasan rizab Melayu.

Selain daripada perancangan pembangunan Kampung Baru, satu Pelan Panduan Pembangunan Kawasan Kampung Tradisional telah dihasilkan bagi tujuan menentukan hala tuju pembangunan kawasan kampung tradisional selain dari Kampung Baru.
Pelan panduan ini merangkumi aspek kawalan zon guna tanah, kepadatan serta garis panduan pembangunan yang perlu dipatuhi dalam memastikan persekitaran yang berkualiti di samping mengekalkan dan memelihara identiti tradisional sedia ada.

Kampung tradisional yang terlibat adalah seperti Kampung Padang Balang, Kampung Bandar
Dalam, Kampung Chubadak Hulu, Kampung Sungai Mulia, Kampong Sungai Merali dan Kampung Puah dengan jumlah kawasan keseluruhan seluas 584.90 ekar.
Semua perancangan ini bertujuan untuk mengekalkan nilai kebudayaan, kesenian dan seni
bina bangunan warisan Melayu di kawasan yang telah dikenal pasti dan dengan ini secara langsung
dapat memastikan nilai peradaban Melayu akan terus kekal di Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang disampaikan di Dewan yang mulia ini dan kita juga hendak menghargai usaha yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dari segi untuk meningkatkan taraf dan juga meningkatkan perkampungan-perkampungan penempatan Melayu.
Cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang disebut tadi ialah penempatan-penempatan
Melayu. Mungkin ada cadangan-cadangan daripada kementerian bagaimana peradaban Melayu ini
dapat dilaksanakan, antara contohnya mungkin boleh mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini
dengan tulisan-tulisan menggunakan Bahasa Melayu contohnya, supaya tidak timbul soal kekeliruan.
Hari ini kalau kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab itu generasi muda ini kadang-kadang keliru dengan status dan sebagainya sebab kita tidak mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai sebuah bandar yang ada peradabannya.
Saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Hari ini orang Cina boleh berbangga- kita
ucapkan tahniah, ada pusat komersial Chinatown contohnya, orang India ada dengan Little India. Akan tetapi, di mana tempat ada satu centre yang boleh mengatakan inilah wajah Melayu?
Ada keseniannya di situ, ada kebudayaannya, ada seni kraf orang Melayunya, ada rumah-rumah Melayunya.
Penempatan Melayu kita setuju tetapi satu pusat komersial yang boleh kita katakan kepunyaan dan berwajah peradaban Melayu.
Mungkin ada perancangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun kementerian
sendiri bagaimana ianya dapat dilaksanakan supaya ianya nanti boleh memberi manfaat yang cukup
besar kepada generasi akan datang supaya tidak lupa asal usul mereka, tidak lupa kepada sejarah
mereka.
Ini yang kita khuatir ianya akan berlaku pada masa-masa akan datang dan akhirnya orang lupa sejarah dan asal usul. Jadi saya mohon penjelas         an Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Senator. Pandangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Yang Berhormat diambil kira. 
Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, memang kita ada suatu kawasan iaitu kawasan
Kampung Bharu yang telah pun diadakan sebagai satu kampung peradaban Melayu di mana abad dan segala tradisi dan kebudayaan Melayu memang dipelihara di kawasan itu.
Kawasan itu memang telah pun diuruskan oleh satu perbadanan iaitu Perbadanan Kampung Bharu untuk memastikan nilai dan ciri-ciri Melayu tidak hilang dari Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat, saya ada dapat maklum daripada Yang Berhormat yang dia tidak begitu sihat. Kalau sekiranya apa-apa, saya ingat Yang Berhormat boleh jumpa dia di luarlah. Minta kerjasama sikit kerana Yang Berhormat sebelah itu dia...

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Saya lihat, kalau boleh kita terus ke pertanyaan

nombor 2, Yang Berhormat, ada masalah sikit.

Thursday, July 10, 2014

FAKTA BAHAWA KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DI MALAYSIA INI SAMA SEPERTI MANA KEDUDUKAN QURAISY DI ZAMAN RASULULLAH

FAKTA BAHAWA KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DI MALAYSIA INI SAMA SEPERTI MANA KEDUDUKAN QURAISY DI ZAMAN RASULULLAH

Jawapan:

(i). Dalam konteks Malaysia, kedudukan bangsa Melayu ketika ini adalah seperti mana kedudukan Quraisy semasa zaman Rasulullah SAW dan para sahabat radiallahuanhum. Di sana terdapat banyak hadith-hadith shahih berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ

"Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy." [HR Ahmad dan al Baihaqi]

(ii). Perintah supaya pemerintah mesti dari orang Quraisy oleh Rasulillah SAW bukan bermaksud baginda rasis atau 'asobiyyah sebaliknya ia mempunyai illat dan tujuan tertentu. Menurut Ibn Khaldun di dalam kitab al Muqaddimah, illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa. Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan politik.

(iii). Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya. Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan “golongan Quraisy” akan terus berlaku dengan syarat ‘asobiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.

(iv). Ibnu Khaldun RH menyebutkan:
"Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu demi kepentingan bersama.
Kenyataan demikian tidak akan pernah ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa yang lainnya.
Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan 'asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana."
[Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 207-208]

ADAKAH PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU DAN NASIB ORANG MELAYU ADALAH RASIS DAN PERKAUMAN SEMPIT?

ADAKAH PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK
ISTIMEWA MELAYU DAN NASIB ORANG MELAYU ADALAH RASIS
DAN PERKAUMAN SEMPIT?

JAWAPAN:

(i). Konsep Melayu di Malaysia bukan bersifat “rasis” (perkauman sempit) atau “cauvinis” (semangat yang keterlaluan dalam memperjuangkan kepentingan kaum) kerana takrif Melayu itu lebih bersifat dinamik dan terdiri daripada pelbagai asal keturunan yang diikat dengan agama Islam dan kelaziman berbahasa dan berbudaya.

(ii). Seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam diiktiraf sebagai orang Melayu.
Namun tidak ada paksaan bagi mana-mana individu Muslim dari keturunan bukan Melayu untuk berasimilasi dengan identiti Melayu.
Mereka boleh terus mengekalkan identiti asal keturunan mereka sebagai Cina Muslim atau India Muslim. Mereka akan terus dikenali sebagai orang Cina yang beragama Islam atau India beragama Islam.
Dengan sebab demikian mereka tidak akan dapat menikmati hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

(iii). Perlu ditegaskan bahawa apabila seseorang itu memasuki Islam bukan bermakna dia memasuki Melayu.
- Islam adalah agama, manakala Melayu adalah bangsa.
- Dua konsep itu adalah berbeza tetapi sangat rapat pertalian dalam konteks Malaysia.
- Halnya kerana semua individu yang menisbahkan dirinya sebagai Melayu di negara ini mesti beragama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bersyukurlah kepada Allah kerana dengan kuasa-Nya, bangsa Melayu di Malaysia dipelihara dengan ikatan Islam.

(iv). Secara umumnya, mana mana individu Melayu yang sentiasa memberitahu bahawa Melayu tidak semestinya Islam kerana golongan Melayu ini sebenarnya tidak pernah redha atau tidak dapat menerima bahawa Melayu dijamin Islam melalui perlembagaan adalah dengan izin Allah Azzawajal.
Mereka tidak dapat menerima Qada' dan Qadar, apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

(v).Satu persoalan yang tidak mampu di fikirkan oleh golongan Melayu ini adalah "adakah menjadi satu dosa mencintai bangsanya dalam membantu perkara perkara yg maaruf dan menjauhi bangsa sendiri tentang perkara perkara yang mungkar?".
Mereka tidak dapat menjawab soalan ini, kerana hati bisikin telinga mereka akan terus menyebut haram membantu bangsa sendiri walau dalam perkara yang maaruf dan menjauhi bangsa dalam perkara yang mungkar.
Setiap hari hati mereka resah dan tidak tenteram apabila disebut memperjuangkan Melayu.
Bagi mereka Melayu itu tidak Islam dan mereka sedaya upaya cuba memisahkan Melayu dari Islam.
Golongan Melayu ini juga tidak dapat berfikir apa sebab Allah ciptakan suku bangsa dan berlainan puak antara satu sama lain.

SIAPA ITU ORANG MELAYU?

1. SIAPA ITU ORANG MELAYU?

JAWAPAN:

Definisi orang Melayu terbahagi kepada tiga iaitu:
(i) etnik atau suku, (ii) bangsa dan (iii) ras atau rumpun.

(i) Etnik atau suku Melayu
- seperti mana penakrifan dalam konteks Indonesia —
Suku Melayu ialah penduduk pribumi Indonesia yang ketiga teramai selepas Suku Jawa dan Suku Sunda.
- Mereka banyak mendiami kawasan pesisiran timur Sumatera, Kepulauan Riau-Lingga dan Kalimantan Barat.
- Walaupun suku Melayu hanya mewakili hanya 3.4% penduduk Indonesia, namun Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara tersebut dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia.

(ii) Bangsa Melayu seperti mana penakrifan dalam konteks Malaysia .
- Dalam Perlembagaan Malaysia;-
- Melayu ditakrifkan sebagai orang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu.
- Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, bangsa Melayu terdiri daripada suku dan keturunan yang dibahagikan kepada Melayu Anak Jati (suku atau subetnik-subetnik Melayu Semenanjung seperti Melayu Kelantan, Melayu Kedah, Melayu Perak, Melayu Terengganu dan lain-lain),
- Melayu Anak Dagang (subetnik Melayu Sumatera, suku atau etnik Jawa, Sunda, Minangkabau, Bugis, Banjar dan lain-lain) dan
- Melayu Peranakan (kacukan Melayu-India, Melayu-Cina, Melayu-Arab, Melayu-Turki dan lain-lain).
- Di samping itu, keturunan lain yang bukan dari rumpun Melayu turut diterima sebagai orang Melayu (bukan kaum pendatang) sekiranya mereka beragama Islam serta berasimilasi dengan bahasa dan budaya Melayu.
Mereka ini telah meninggalkan sebahagian besar adat resam keturunan mereka dan membuang identiti tanah asal mereka serta taat setia dengan Tanah Melayu dan politik nasionalisme Melayu.;-
- Contohnya keturunan Hadramaut, Kerala, Peshawar dan Istanbul.
- Suku atau etnik dari rumpun Melayu seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Melanau, Kedayan dan sebagainya di Sabah dan Sarawak yang beragama Islam juga merupakan bangsa Melayu.

(iii) Ras atau rumpun Melayu seperti mana penakrifan ahli sejarah,
ahli antropologi, ahli arkeologi dan pakar genetik —

Ia adalah istilah yang diguna pakai oleh penyelidik dan UNESCO merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World:-

- Ia adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah satu takrifan Melayu seperti orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai “rumpun Melayu”.
- Salah satu unsur persamaan mereka ialah bertutur dalam bahasa dari cabang atau rumpun bahasa induk Austronesia atau Melayu-Polinesia.

- Kumpulan-kumpulan yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah:-
- penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China),
- etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung
Indo-China (Vietnam dan Kemboja),
- etnik keturunan Melayu Patani di Thailand,
- seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar).
- Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga ke Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia.