CADANGAN PENUBUHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU WPKL
Kampung Tradisi yg telah diperkenalkan secara rasmi, sebelum ini oleh Perunding Jabatan Plan Induk DBKL semasa pembentangan pindaan plan draf pembangunan KL 2020 di istana Hotel pd 15 Nov baru2 ini , telah mencetuskan satu kesedaran oleh beberapa wakil penduduk dan pemilik2 tanah Kampung Melayu di K.Lumpur
Walaupun sebelum ini Kg Padang Balang Hilir pada asalnya telah mendahului lebih awal, dengan memasukan sebagai Tema " Kg Tradisi Pemangkin Pembangunan Bandaraya WPKL" di dalam setiap surat-menyurat resmi beliau. memandang serius akan ISU tersebut.
Perbezaan diantara "Persatuan Kg Tradisi Melayu WPKL" dan "Perbadanan Pembangunan Kg Baru" hampir ada persamaan, tetapi matlamat adalah berbeza.
1. Keahlian terdiri dari Penduduk dan Pemilik Tanah Kg Tradisi Melayu di sekitar WPKL, dimana 3 orang AJK setiap Kg tersebut adalah sebagai ahli tetap mewakili Penduduk Kg masing-masing.
2. Tujuan keahlian ini adalah sebagai perantaraan ( bukan pembuat Keputusan) di antara Agensi Kerajaan dan Penduduk atau kampung yang terlibat.
3. Manakala Pengerusi adalah dari kalangan Keahlian tetap yang disebut di atas, dan perlantikan beliau adalah di Undi oleh AJK tetap tersebut, diwajibkan mendapat Restu dari yang Dipertuan Agong sebagai Pemimpin Agung yg bertanggungjawab di atas setiap tanah Persekutuan, manakala Perdana Menteri sebagai Pengerusi Tanah Persekutuan adalah Penasihat kepada Baginda.
4. Wakil dari setiap Agensi Kerajaan adalah sebagai Penasihat kepada Persatuan Kg Tradisi WPKL, Seperti Kementrian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Pengarah Tanah dan Galian WP, Dewan Bandaraya K.Lumpur, Kementrian Sumber asli dan Alam Sekitar(Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jab Ketua Pengarah Tanah dan Galian), Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementrian Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi, Jabatan Agama Islam WP dan Agensi2 yg menyediakan perkhidmatan Asas ( TNB, SYABAS dan TELEKOM).
5. Urusan yang dipertanggungjawab selain soal-soal kebajikan , menegakkan Hak pemilik tanah ( ahli persatuan ) adalah AGENDA UTAMA. Menyediakan Latihan Kepimpinan dan Maklumat Terkini kepada setiap Ketua Masyarakat dan Pengerusi Persatuan Penduduk.
6. Sebagai permulaan biarlah maklumat ini sebagai pembuka Mata dan perkenalan Asas kepada masyarakat serta pihak yang berkepentingan yang lain.
Segala pertanyaan boleh di rujuk Kepada YDP Persatuan Kampung Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Tel 019 6141 524 atau Email md_amirm@yahoo.com
No comments:
Post a Comment