Friday, January 7, 2011

ANTARA MIND DAN OTAK


OTAK MANUSIA DULU, KINI DAN SELAMANYA

 Menurut fakta sins, otak manusia hanya digunakan tidak sampai 5% sepanjang hayat mereka. Jika ini benar, terbukti bahawa manusia di dunia ini tidak mengunakan akal atau otak mereka sepenuhnya.
Walhal ramai manusia mendabik dada bahawa mereka adalah yang paling pandai dari kalangan mereka.
Ada yang memiliki ijazah kedoktoran, dan ada juga yang dipanggil profesor.

Umur Nabi Adam a.s dianggarkan lebih kurang 2,000 tahun lamanya sebelum baginda wafat. Umur Nabi Ibrahim a.s. pula dianggarkan lebih kurang 350 tahun sebelum baginda wafat.
Namun umat di akhir zaman pula hanya mampu pergi sejauh 65 tahun secara purata.

Jika kita anggap 100 adalah umur yang paling panjang pada zaman ini, dan jika 2,000 tahun pula adalah umur yang p[aling panjang yang pernah manusia alami, cuba kita kira pula dari segi matematik perbezaan umur ini. Ini bererti, manusia di zaman sekarang hanya hidup selama 5% daripada jangka hayat manusia di zaman Nabi Adam a.s.

Jika ini benar, terbukltilah bahawa otak manusia itu dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai perbezaan di antara makhluk yang lain, malah digunakan untuk kepentingan survival mereka apabila di dunia kelak. Jika tiada pemberian berharga ini daripada Allah s.w.t. maka manusia akan terpingga-pingga dan hanya nafsu mereka di dunia ini dengan perbuatan yang sama seperti binatang-binatang sahaja.

Apabila para malaikat bertanya kepada Allah s.w.t. , mengapa  dijadikan Adam a.s. maka Allah berfirman (Al-Baqarah ayat 30 – 34): “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi. Merea bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata: “Adakah engkau ( Ya Tuhan Kami) hendak menjadikan di bumi itu  orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMU dan mensucikan MU? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui.(30)”
Dan DIA telah mengajarkan Nabi Adam a.s., akan segala nama benda-benda dan kegunaanya, kemudian ditunjukkan kepada Malakat  lalu berfirman; “Terangkanlah kepadaKU nama-nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.(31)”
Malaikat itu menjawab; Maha Suci Engakau (Ya Allah s.w.t) Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau Ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32)”
Allah s.w.t berfirman; “ Wahai Adam a.s! Terangkanlah  nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam a.s menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah s.w.t berfirman; “Bukankah AKU telah katakan kepada kamu, bahawasanya AKU mengetahui segala Rahsia langit dan Bumi dan AKU  mengetahui apa  yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan!” (33)”
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada Malaikat; “ Tunduklah(beri  hormat) kepada Nabi Adam a.s. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis, dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.(34)”

Ahli Sains masakini menganggarkan bahawa manusia hanya mampu mengunakan paling maksimum 5% daripada kapasiti fikiran oleh otak atau akal mereka. Ini mungkin benar, jika mereka hanya mengkaji otak manusia di akhir zaman ini. Tetapi, jika mereka mampu memiliki peluan untuk mengkaji otak manusia di zaman dahulu kala, mungkin pula jawapanya agak berbeza.

Ini kerana dari segi logik ataupun fikrahnya, manusia zaman dahulu hidup lebih lama daripada manusia zaman sekarang. Mereka dahulu terpaksa menghafal nama orang lebih banyak dairipada kita. Mereka terpaksa memikirkan secara kreatif bagaimana mahu terus hidup dengan cara mencipta tempat berteduh, mencipta pelbagai lagi perkara untuk menjadikan pedoman kepada manusia di masa mendatang. Malah, jika mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk menghasilkan sesuatu kerana mereka terpaksa berfikir daripada awal tanpa apa-apa bantuan ( From Scratch).

Zaman dahulukala, juga dipenuhi oleh manusia yang mengamalkan ilmu sihir yang pelik-pelik seperti mengunakan jin dan binatang untuk kepentingan kuasa mereka. Ini juga memerlukan akal yang kuat dan  jiak umur mereka begitu panjang, memerlukan penghafalan dan daya ingatan yang kuat. Jika benar umur mereka boleh menjangkau sehingga ratusan malah ribuan tahun, tidak hairanlah jika mereka memerlukan daya ingatan yang kuat serta kebolehan berfikir secara kreatif dan di luar kotak sehingga membolehkan mereka mengunakan otak melebihi daripada 5%.

Ahli sains zaman sekarang tidak mampu mengeluarkan pendapat tanpa fakta, dan jika mereka tidak mampu melakukan kajian terhadap otak orang di zaman ribuan tahun dahulu, pastilah mereka tidak boleh memberikan kesimpulan terhadap apa yang telah saya ungkapkan di atas.
Tetapi, sebagai orang Islam – kita boleh mengandaikan tentang sesuatu di dunia ini berdasarkan dalil Al-Quran dan juaga mata hati kita melalui sirah dan kisah-kisah Nabi.

Nabi Musa a.s pula misalnya telah pernah meminta kepada ALLah s.w.t, supaya diberikan ilmu pengetahuan yang besar nilainya. Maka Allah s.w.t meminta baginda supaya pergi menuntut dengan Nabi Khidir a.s (ataupun seorang hamba Allah s.w.t yang memiliki ilmu yang tidak di ketahui oleh Nabi Musa a.s)           
Jika Nabi Musa a.s tidak pula mampu mengetahui tentang perkara-perkara akan datang seperti Nabi Khidir a.s yang memecahkan perahu si fulan yang miskin kerana mahu menyelamatkannya dari si raja yang zalim, maka apakah perkara yang sama boleh berlaku di zaman sekarang ?

Manusia di zaman dahulu tidak bergantung dengan Internet, telefon, televisyen dan sebagainya untuk melakuikan sesuatu. Jika menghantar sesuatu berita, ianya akan mengambil masa yang sangat lama. Oleh yang demikian, mereka menghabiskan masa dengan bersyair, bersajak dan merenung langit demi mencari rahsia-rahsia mereka.
Ketahanan MENTAL dengan kesabaran yang tinggi telah melatih otak mereka untuk mencari rahsia-rahsia itu dengan kekuatan fizikal dan stamina ROHANI yang tinggi.

Manusia di zaman sekarang lebih bersedia untuk berhibur dan melalaikan diri dan dengan itu kurang mengunakan akal ataupun otak untuk berfikir.
Apabila kita mengkaji Al –Quran, dapatlah kita fahami bahawa Allah s.w.t memerintahkan kita supaya menghayatinya dengan berfikir secara mendalam, tentang kuasa Allah s.w.t dan keimanan kita terhadap apa yang telah disampaikan kepada kita  melalui para rasulnya.

Tetapi, walaupun kita memaksukka fakta di dalam kepala kita perkar-perkara yang telah dikaji oleh orang yang terdahulu, namun kita masih angkuh dengan ‘kebijaksanaa” kita itu kononnya kitalah yang paling pandai berbanding golongan-golongan manusia yang lain. Sebab itulah Muslim Sejati hendaklah selalu bermunajat dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana menjadikan kita terang hati dan sepatutnya kita merendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri kita.

Nabi Muhamad s.a.w adalah Utusan Allah s.w.. yang membawa rahmat untuk ke sekalian Alam. Ini terbukti apabila dunia menjadi samangkin Maju dan Makmur setelah turunya AL Quran Al Kareem. Walaupun keta sedar bahawa jangka hayat  manusia zaman terakhir sebelum kiamat ini terlalu pendek berbanding ribuan tahun dahulu namun, kita sepatutnya bersyukur kerana Allah s.w.t sayangkan umat Muhammad s.a.w dengan menghadiahkan kita Al-quran dan Al- Hadith supaya kita tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menghadamkan ilmu-ilmu yang dihadiahkan itu.

Ilmu Sains dan Matematik, telah pun diperturunkan daripada satu Zaman ke Zaman yang lain, tetapi Al-Quran telah memateri Ilmu duniawi ini dengan penjelasan Iman supaya dapat dibawa ke dunia akhirat kelak. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa otak manusia di zaman sekarang ini hanya akan digunakan ini hanya akan digunakan secara bermakna jika 5% itu di isi dengan sepenuhnya  bersama Iman, Takwa dan Amal Soleh. Ianya harus dimulakan dengan pengisian Ilmu Islam seperti Al-Quran, Hadith, Fiqh, Tauihid dan Sirah. Seterusnya, perlu digunakan untuk mengahafal kalam-kalam Allah s.w.t serta memahaminya serta mengamalkannya.

Mudah-mudahan kenyataan di atas dapat membuka fikiran dan kesilapan anggapan terhadap kegunaan Otak kepada tempat nya, bukan seperti yang apa yang dilakukan  selama ini. Marilah kita  sama-sama bermuhasabah ( Kaji) dan  menuju kebaikan ..Insya Allah...

Semoga Allah s.w.t mengampuni dosa-dosaku dan membawa ku kembali ke jalan yang lurus dan benar. Aku telah menyampaikan apa yang ku rasa Benar, semoga Allah s.w.t memperbetulkan jika sekiranya ada yang terkuirang dan Tersalah.....Wallahu’ aklam.

Baru-baru ini di kejutkan dengan isu MEROTAN seorang Wanita yang meminum arak. Kita juga pernah dikejutkan dengan idea baru oleh kerajaan supaya rakyat hanya membeli minyak jenis RON95 sahaja. Ada juga pihak yang berfalsafah dengan mengunakan Konsep 1 Malaysia.
 
Saya telah berbual dengan pakar Minda dan Psikologi. Beliau memberitahu bahwa minda manusia terbahagi kepada 4 jenis MINDA. Keempat-empat jenis ini akan diulaskan secara berturutan(ranking), bermula daripada yang paling RENDAH tarafnya.

1.    Minda jenis “PEOPLE” ( Si Fulan) ;

Minda jenis ini akan banyak berbual tentang orang lain sahaja. Apabila berjumpa dengan orang seperti ini, banyak yang keluar dari mulutnya hanyalah berkenaan susuk yang lain. “si Fulan itu ada duit sahaja, tetapi tidak pernah mahu menderma!” katanya. Malah orang yang berfikiran jenis ini tanpa segan silu mengumpat dan menfitnah orang lain, kerana pada mereka – kisah orang lain lebih penting dari segala-segalanya.

Di dalam masyarakat moden, kita seringkali dapat melihat manusia jenis ini di sekeliling kita. Pemikiran mereka terlalu jengkel dan pendek, tetapi mereka tidak akan mahu mengakuinya. Di dalam hati dan minda mereka tersemat perasaan kesumat dan dengki terhadap orang lain. Mereka merasa risau tentang apa yang berlaku pada orang lain, walhal apa yang patut dirisaukan adalah diri sendiri dahulu.

Minda kelas ini adalah jenis minda yang paling RENDAH tarafnya. Minda-minda jenis ini tidak banyak lari dari memikirkan “kehairanan” mereka mengenai orang lain sahaja tarafnya. Minda jenis ini akan memikir, mengapa si fulan itu buat begitu dan tidak begini. Minda akan mengingat tentang perbuatan jahat si fulan yang lain, dan perbuatan baik si fulan yang lain tidak pula.

Minda jenis terendah (ataupun yang ke -4) ini tidaklah terlalu teruk sebenarnya, tetapi jika tidak dipertingkatkan-akan membawa masalah negatif seperti ;- Mengumpat, memfitnah, mengutuk, mengadu Domba, Membodek, main tikam belakang dan sebagainya.

2.       Minda Jenis “Event” (Berita) ;

Manusia jenis ini pula memiliki tahap pemikiran yang agak baik sedikit dari yang sebelum ini. Mereka akan lebih suka berbual dan berbincang mengenai isu semasa. Mereka akan membicara tentang kemenangan pasukan bolasepak dan juga isu politik terkini seperti kemenangan Pakatan Rakyat di beberapa negeri pada Mac 2008. Minda mereka mengumpul maklumat yang terbaca di dada akhbar, dan juga daripada berita Nasional. Keutamaan diberikan untuk dijadikan bahan untuk disampaikan atau membicarakan soal berita terkini lagi sensasi.

Di dalam masyarakat sekeliling, kita banyak mendapati manusia mencampur adukkan minda kelas “People” dan “Event” ini secara serentak. Kita selalu melihat Cik Joyah yang akan pergi dari rumah ke rumah untuk menceritakan berita sensasi di kampung mereka berkenaan si fulan dan si fulan yang melakukan itu dan ini. Ini adalah pemikiran terendah yang disukai Ramai. Ianya di sukai kerana Cik Joyah amat terkenal dalam hal-hal membawa berita tulen lagi sensasi. Walaupun ia hanyalah berkenaan manusia yang lain dan termasuk dalam katogeri mengumpat.

Kita sering terdengar Ungkapan “Apa Cerita?” yang diringkaskan kepada “Apa Cer?” atau
 “Apa ber?”. Ini adalah susulan kepada manusia gemar mendengar kisah-kisah terkini lagi sensasi seperti Berita Nasional, Berita Tempatan seperti “ Sinar”, berita Ofis atau Gossip Liar. Ianya ditingkatkan lagi kepada berita-berita penting di dalam bidang Ekonomi, politik dan sebagainya. Tidak kira bagaimana sekalipun mereka bercerita, mahu pun berita jenis apa sekalipun – ianya termasuk di dalam kategori ini, jenis Minda yang sedikit baik tarafnya daripada minda jenis “People”. Minda jenis “Event” ini juga suka mengaitkan Pengalaman peribadi seperti pernah dilanggar lori, pernah kecewa dan sebagainya – untuk melariskan cerita sensasi mereka. Ini juga tetap diklasifikasikan sebagai minda kelas ke 3.

Minda kelas ke 3 atau jenis “Event” ini, tidaklah terlalu teruk, tetapi boleh membawa kepada masalah Negatif lain seperti;-  Mengumpat, Bongkak, Takbur,  Menipu,  Menokok Tambah, Memfitnah, Riak dan Menzalimi diri sendiri.

3.       Minda Jenis “ New Ideas” (Mantik) ;-

Manusia jenis ini pula seringkali memikirkan sesuatu perkara secara HOLISTIK dan Menyeluruh.  Dalam apa juga keadaan, walaupun dikelilingi oleh Masyarakat Minda Kelas ke-4 dan Ke-3, mereka tetap memikirkan cara dan bagaimana mahu menyelesaikan masaalah tidak kira daripada sekecil zarah sehingga kepada masaalah Umat dan Negara. Tetapi, ianya hendaklah jenis Permikiran Baru (NEW IDEA) – dan bukanlah yang telah / pernah difikirkan sebelum ini.

Di dalam Masyarakatr terkini, manusia jarang memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masaalah- tetapi lebih banyak berkongsi pendapat dengan orang tentang masalah tersebut. Berkongsi masalah jatuh ketahap pemikiran kelas ke -3, tetapi berusaha untuk menyelesaikan Masalah itu akan meningkat Taraf Permikiran seseorang itu ke Kelas yang Ke 2.

Minda Orang Jepun yang mementingkan Konsep “Continious IMPROVEMENT” (menambah baik)  juga adalah hampir sama kepada cara pemikiran kelas ini. Namun Ianya tidak  cukup jika tidak dilaksnakan. Cakap kosong ataupun cakap tidak serupa bikin sama jugalah dengan bercakap seorang diri di dalam Penjara. Idea yang baru hendaklah dibincangkan dan jika ianya sangat baik- hendaklah dilaksanakan serta-merta.

Disebabkan kita jarang melihat dan mendengar manusia jenis ini di sekeliling kita, maka kita pun sukar untuk mencari contoh manusia seperti ini. Mungkin yang paling mudah, adalah mereka dari kalangan saintis dimana, mereka “terpaksa” memikirkan idea-idea baru ataupun kerja-kerja mereka menuntut minda mereka untuk memikirkan idea yang baharu.
Minda kelas ke-2 ini, walaupun tidaklah yang terbaik, tetapi sangat bagus berbanding dengan minda kelas ke-4 dan ke-3.  Selalunya mereka yang memiliki jenis pemikiran seperti ini – akan berjaya didalam kerjayanya, dan kehidupan mereka.

4.       MINDA JENIS “Philosophy” (falsahfah) ;-

Ini adalah minda Kelas PERTAMA. Amat jarang  sekali kita berjaya bertemu dengan manusia yang jatuh di dalam kategori ini.
Perlu diingat, mereka yang telah memperolehi Ijazah jenis ‘PhD” tidak semestinya mampu untuk berfikir secara ini, walaupun namanya sahaja sudah berbunyi “ Doktor Falsafah”. Ini adalah kerana mereka yang berfikir secara ini, selalunya menjadi terkenal seperti Socrates, Enstein, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi, Tun Sri Lanang atau yang terkini Tun Dr Mahathir.

Minda Jenis ini akan menilai sesuatu masalah ini secara HOLISTIK pada awalnya, namun kemudian akan mencari jalan penyelesaian, dan akhir sekali akan mencipta satu Formula ataupun mengaitkan suatu Falsafah Umum untuk dijadikan Tauladan kepada Kesemua jenis Masalah  yang serupa .

 Contohnya seperti Falsafah “ ART OF WAR” yang ditulis oleh TSUN TZU, seorang ahli falsafah perang dari China (Purba) kini digunakan oleh pelbagai jenis ahli Korporat untuk dijadikan Falsafah Perniagaan mereka. Falsafah lain seperti Confusianisme dan Komunisme juga adalah  falsafah-falsafah lain yang mengikut ideologi dalam proses yang telah diterangkan tadi.
Namun dalam banyak-banyak falsafah, Ideologi Falsafah ISLAM adalah yang terbaik dan paling menjana MINDA kelas pertama ini.

Contoh terbaik di Malaysia adalah Tuan Guru Nik Aziz, YB Datuk Menteri Besar Negeri Kelantan.
Beliau adalah contoh terbaik seorang yang memiliki Minda Kelas  Pertama, malah di dalam jenis minda itu – beliaulah yang terbaik. Ini adalah kerana beliau berfikir secara Hikmah, mengaitkan dengan prinsip Ideologi Syumul iaitu ISLAM, dan Mentarbiyahkan kepada orang berminda kelas ke-2,ke-3 dan ke-4 secara dakwah yang berfalsafah. Beliau mengaitkan dengan ilmu mantik, mengucapkan Dalil NAQLI dan AKLI, mentarbiyahkan secara Holistik dan Akhirnya, memberikan Ungkapan-ungkapan falsafah yang boleh diguna pakai secara Umum dan Perdana.
 
Walaupun ianya falsafah yang pernah digunakan oleh Para Ambiya dan Ulama lain sebelum ini, namun keupayaan beliau memikirkan sesuatu bentuk penyampaian secara unik dan tersendiri adalah suatu keupayaan minda yang didorong oleh pemikiran Islam dan Para Anbiya dan inilah suatu pemikiran minda yang terbaik.

Manusia yang kurang bercakap, tetapi apabila bercakap sahaja keluar dari mulut ayat-ayat nasihat dan falsafah ilmu, maka manusia itu tergolong dalam golongan orang-orang yang ditakuti oleh syaitan dan iblis. Ini terbukti apabila syaitan akan mengoda dan mengganggu orang yang bersolat tetapi tiada ilmu,  berbanding takut kepada seorang yang sedang tidur kerana berilmu TINGGI.

Maka terbuktilah bahawa Insan yang paling Syumul Pemikirannya itu adalah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah kekasih Allah s.w.t dan pemimpin kita semua sepanjang Zaman.

Kembalilah Ke JALAN yang di redhai oleh Allah s.w.t”
Kurangkanlah bercakap kecuali kerana perkara yang menyelesaikan masalah dan membawa isi dakwah kerana Allah s.w.t”
Berhentilah berfikir tentang orang lain, kecuali jika ianya adalah dengan niat untuk memperbetulkan masalah umat, dimana dakwah adalah jalan penyelesaian.”
“Berhentilah memikirkan mengenai berita-berita Sensasi, walaupun ianya penting untuk diketahui - namun, jadikannya ianya Pedoman untuk kita membawa Pemikiran kita itu ke tampuk yang lebih Utama, iaitu ILMU AL-QURAN dan AL HADITH.”







No comments:

Post a Comment