Friday, January 7, 2011

Kepimpinan berasas dari rumah


KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI  RUMAHTANGGA

Lelaki adalah pemimpin 
di atas rumah tangga, beranak isteri, urus orang rumah ibu, adik dan kakaknya.
Memelihara atas isi rumah
lazimnya untuknya mengurus atas sekalian nafkah dengan adil,
tidak boros amalnya dan tidak ditahan amalannya,
baik pergaulannya, tidak marah pada yang tidak patut dimarah,
yang patut diajar maka diajar dan ditegur, 
yang patut diserahkan belajar maka diserah belajar, 
yang sakit dicarikan ubatnya dan pelihara sakitnya dan disuruh memelihara dirinya 
dan meraikan  orang yang datang, orang sekampung dan dijaga segenap perkara yang bersangkut-paut mereka itu. 
Menurut syarak maka sekiranya perkara di atas dilakukan tidak adil maka tertanggung akan dosa pada lelaki tersebut.
Lelaki yang menjadi Pengurus, penjaga, pemelihara daripada perbuatan baik atau jahat ahli rumahnya.

Suami, atau bapa;-
Menafkahkan pada isteri, anak-anak dan tanggung sewajarnya atau selayaknya
Ibu/bapa hanya 2 syarat dibenarkan di tanggung oleh anak kerana miskin atau Tua.  
Tidak boleh marah isteri pada tempat tidak layak marah. 
Hendaklah ditegur kalau tidak sesuai dilakukannya, jangan marah sepanjang zaman.
Isteri adalah rakan seperjuangan bukan hamba.
Isteri menjadi pemelihara rumah, meraikan suami, jangan tanpa izin suami membenarkan orang lain masuk dirumah dan keluar sendirian.
Kerja isteri hanya mentaati suami.. Nasihat Nabi Muhamad kepada anakanda  Fatimah, seandainya di dapati mengecewakan Syaidina Ali dan tidak dimaafkannya, Nabi tidak akan solat jenazah kepada Fatimah seandai meninggal dunia. 
Mana-mana isteri yang meninggal dunia lebih awal dari suami akan masuk syurga sekiranya semasa itu suami masih sayang.
Isteri tidak boleh membenarkan dirinya berkeadaan, hingga menyebabkan hati suami disakiti.

Tujuan menurut Perintah pemimpin;
Disebabkan dan bertujuan menjaga kesejahteraan , keamanan dan keselamatan ahlinya.
Pemimpin yang tidak solat dan ajar solat maka ahli wajib taat padanya selagi tidak menghalang dari mengerjakan Solat.
Pemimpin yang fasik tidak boleh dipecat, sebaliknya dinasihat.

Makna Adil dan Zalim
a)     Adil = meletakkan sesuatu hak kepada tempatnya.
b)    Zalim  = apabila kita mengamalkan sesuatu perkara yang tidak diredhoi Allah swt.

Allah menyembunyi 4 perkara supaya umat rajin beramal;-
1-    Kehendak meredhoi sesuatu ibadah -  walaupun di amalkan sekecil-kecil amalan dengan iklas itu akan dibalas sehingga dihapus dosa-dosa besar dengan izin allah.
2-    Kemurkaan allah terhadap umatnya, ia menyembunyi kemurkaan walaupun sekecil-kecil dosa , mungkin itu yang amat dimurkainya.
3-    Kabulkan doa-doa,  ia menyembunyikan mustajab doa-doa umatnya yang diminta tiak kira waktu tertentu dan dalam bersungguh-sungguh mungkin dimakbulkannya.
4-    Para-para Wali dikalangan umatnya, bertujuan supaya umat sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain

HUKUM Wajib Mantaati pemimpin

Sabda rasullulah dalam Kutbah Wahdah 
  Wajib dengar, turut dan taat kepada pemimpin walaupun ia amat hodoh, cacat anggotanya selagi dia seorang pemimpin yang mengikut rukun yang ditentukan oleh Allah ."

TIDAK WAJIB taat kepada makhluk yang menjadi penderhaka Allah. Melaksana dan bersekongkol dengan maksiat.

No comments:

Post a Comment