Tuesday, March 22, 2011

Makam di Pulau Besar Melaka

MAKAM KELUARGA AL AZMATKHAN AL HUSAINI ,DI PULAU BESAR, MELAKA.

by Pak Syeikh on Tuesday, 15 March 2011 at 13:24
 Pulau Besar terletak di Negeri Melaka Darul Azmi.Pulau Besar terletak di Daerah Melaka Tengah di Kawasan Umbai.Pulau ini sangat Senonim dengan nama "PULAU KERAMAT".Di antara Makam Keramah yang terdapat di Pulau Besar ialah :

 1. Makam Sayyid Thanaudeen Al Azmatkhan bin Amir Sayyid Syah Jallaludin Al Azmatkhan Al Husaini..Beliau di kenali dengan nama Datuk Adi Putra dan Panglima Hitam .
 2. Makam Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini.Beliau ialah Bapa kepada Raden Joko Samudro atau SUNAN GIRI.Bapa Mentua kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani Al Hasani.Di kenali dengan nama "WALI LANANG".
 3. Makam Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail bin Sayyid Abdul Gahafar bin Maulana Sayyid Baraqat Nurul Alam  bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini.Beliau "PENTERJEMAH ", Kitab Darul Mazlum, pada zaman Sultan Mansor Syah, Melaka.Beliau di kenali juga dengan nama "SUNAN MULIA".
 4. Makam Syarifah Siti Jamilah Al Azmatkhan Al Husaini binti Sultan Ali Akbar Al Fatahillah Al Azmatkhan Al Husaini.Beliau juga di kenali dengan nama "PUTERI GUNONG LEDANG" dan juga dengan nama "RADEN RATNA GUMILAH SARI AL AZMATKHAN AL HUSAINI".Beliau ialah ISTERI PERTAMA kepada AL SYAHID PATI UNUS AL MUKRAWI atau SULTAN ALI AKBAR AT TSANI, Sultan Demak ke 2.
 5. Makam Syarifah Siti Fatimah binti Maulana Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini.Beliau isteri ke 2, kepada Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini.Dikenali juga dengan nama "PUTERI CEMPAKA BIRU".

 Selain itu ada lagi Makam Ahli Keluarga Maulana Sayyid Ishaq  Al Azmatkhan Al Husaini dan Maulana Sayyid Thanauden Al Azmatkhan Al Husaini di Pulau Besar, seperti :

1.Makam Syarifah Siti Maimunah Al Azmatkhan Al Husaini binti Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini.Beliau Isteri kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani Al Hasani.
2.Makam Syarifah Siti Musallamah binti Maulana Sayyid Ishaq AL Azmatkhan Al Husaini.Beliau isteri kepada Sunan Mulia dan IBU kepada Maulana Sayyid Fadillah Khan Al Pasai atau Laksamana Khoja Hasan atau Falatehan, Pembuka Kota Jayakarta/Jakarta.
3.Makam Syarifah Siti Rodziah binti Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini.Beliau isteri kepada Sayyid Ibrahim Al Jailani.
5. Makam Syarifah Inang Sih binti Maulana Sayyid Thanaudeen Al Azmatkhan Al Husaini.Juga di kenali dengan nama Dang Baru atau Dang Wangi.Beliau isteri kepada Laksamana Hang Jebat.Dan Ibu kepada Laksamana Hang Nadim.


 Ada banyak lagi Makam Keluarga dari AL AZMATKHAN AL HUSAINI dan AL JAILANI AL HASSANI yang di Makam kan di Pulau Bersejarah ini.Semuga ROH ROH PARA SHUHADA,WALI WALI dan PEJUANG ISLAM di Pulau Besar di KURNIA ALLAH, Kedudukan yang TINGGI dan memperoleh RAHMAT dari Allah hendak nya .......AMIN YA RABBAL ALLAMIN !!!.

1 comment:

  1. salam saudara yang mulia, saya insan yang lemah berpengetahuan ini mahu dijelaskan sedikit tentang nasab Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail bin Sayyid Abdul Gahafar bin Maulana Sayyid Baraqat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini ini kerana menurut dalam kitab Syamsuddzahirah dari Al-allamah al habib abdurrahman bin Muhammad bin hussein al-Masyhur al-husaini iaitu kitab pedoman pokok bagi Kantor Pusat Rabithah Alawiyyah Handramaut(Yaman) menyatakan Sayyid Barakat Nurul Alam hanya mempunyai dua orang anak, yang pertama Sayyid Ahmad dan yang kedua maulana Sayyid Malik Ibrahim( Sunan Gresik), tidak pula menyatakan/menyebut anak beliau sayyid Abdul Gahafar sebagaimana saudara beritahu itu. saya dengan rendah diri dan memohon jasa baik saudara jelaskan kepada saya tentang perkara tersebut. sekian terima kasih

    ReplyDelete