Tuesday, December 29, 2015

MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN (MPP WP)

TAJUK
PERUTUSAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
KATA ALU - ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PENGENALAN

TUJUAN GARIS PANDUAN PENUBUHAN MPP WP OBJEKTIF MPP WP

FUNGSI UMUM MPP WP KEAHLIAN, STRUKTUR DAN TANGGUNGJAWAB MPP WP
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MPP WP
KRITERIA PEMILIHAN AHLI MPP WP
PROSES PEMILIHAN AHLI MPP WP
TEMPOH PERKHIDMATAN AHLI
PENAMATAN PERKHIDMATAN AHLI PENTADBIRAN
PROGRAM DAN AKTIVITI KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PERUNTUKAN AM
PENUTUP

ISI KANDUNGAN PERUTUSAN YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN _________________________________________________________________

Bismillahhirrahmanirrahim 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia 

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka Garis Panduan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) ini dapat disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli MPP WP.
Penerbitan garis panduan bagi siri kedua ini merupakan penambahbaikan kepada penerbitan yang telah dicetak pada tahun 2010 dalam usaha Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan penerangan dan gambaran yang jelas mengenai penubuhan dan pengurusan MPP WP di Wilayah Persekutuan.
Secara asasnya, ahli MPP WP akan berfungsi sebagai penghubung di antara Kerajaan dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan modal insan.
Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan akan mengambil kira penglibatan pelbagai lapisan masyarakat supaya golongan sasaran yang menerimanya bersifat menyeluruh.
Penubuhan MPP WP turut mengambilkira keperluan semasa masyarakat bandar, perbezaan demografi dan iklim sosio politik penduduk di Wilayah Persekutuan keseluruhannya.
Aspirasi penubuhan MPP WP juga adalah selaras dengan usaha Kerajaan dalam memenuhi keperluan Local Agenda (LA21) iaitu menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif Persatuan Penduduk, badan bukan Kerajaan, pihak swasta dan agensi-agensi Kerajaan yang lain. 
Sehubungan itu, saya berharap agar garis panduan ini dapat dijadikan panduan kepada ahli-ahli MPP WP dalam mentadbir dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan bersama komuniti setempat dalam usaha menjadikan Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera menjelang 2020.
Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR



KATA ALU - ALUAN YBHG. DATUK SERI ADNAN BIN HJ. MD. IKSHAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN ______________________________________________________________ Bismillahhirrahmanirrahim 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Wilayah 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya garis panduan ini dapat ditambahbaik dan disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP), Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat secara tidak langsung dengan pelaksanaan MPP WP di Wilayah Persekutuan ini.
MPP WP telah ditubuhkan khas untuk meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran yang sistematik dan terancang.
Ia bersandarkan harapan agar komuniti diberi pengupayaan (empowerment) untuk memimpin dan mentadbir kelompok komuniti sendiri agar ia berkembang menjadi sebuah masyarakat bandar yang sejahtera.
Semoga MPP WP ini menjadi satu platform kepada masyarakat bandar melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum.
Sekali gus ia membantu Pihak Berkuasa Tempatan menangani isu-isu perbandaran dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan antara Kerajaan dan rakyat.
Adalah diharapkan agar garis panduan ini dihayati dan menjadi panduan bagi menguruskan pentadbiran MPP WP.
Semoga usaha murni ini dapat melonjakkan kualiti perkhidmatan daripada komuniti kepada komuniti sendiri.
Sekian.

ADNAN BIN HAJI MD. IKSHAN




 1 MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN 
(MPP WP) 

PENGENALAN 

Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) adalah satu entiti yang diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh masyarakat setempat. Struktur Komuniti ini bertujuan memantau pelaksanaan program-program kemasyarakatan dan modal insan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di samping menangani isu–isu perbandaran dan penyampaian perkhidmatan secara berterusan di dalam kawasan pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Majlis ini juga turut berperanan dalam menentukan keperluan penduduk setempat dalam pembangunan, kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan di bandar.

TUJUAN BUKU GARIS PANDUAN

Garis Panduan Penubuhan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) ini adalah sebagai rujukan kepada PBT di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk menubuhkan dan melaksanakan MPP WP di kawasan pentadbiran masing-masing.

PENUBUHAN MPP WP 

1. Dalam usaha mewujudkan masyarakat bandar yang bersatu-padu dan sejahtera, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) pada tahun 2011 di Putrajaya.
MPKB merupakan salah satu mekanisme penghubung di antara Kerajaan dan komuniti setempat. Melalui MPKB, program-program pembangunan modal insan dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi, sekali gus dapat membantu menangani isu-isu perbandaran selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT di Wilayah Persekutuan.

2. Selaras dengan penyusunan semula fungsi KWP selepas Pilihan raya Umum ke-13, nama MPKB telah ditukar kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP).
Penubuhan MPP WP adalah bagi meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran masyarakat yang tersusun dan sistematik.
MPP WP dibahagikan kepada dua wilayah iaitu MPP WP Kuala Lumpur di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan MPP WP Putrajaya di bawah Perbadanan Putrajaya (PPj).

3 Memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan dilaksanakan ke peringkat akar umbi
Mewujudkan struktur komuniti WP yang mampu mengawalselia masyarakat setempat
Memastikan isu-isu perbandaran ditangani segera dan seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT
Menggalakkan penyertaan awam dan penduduk setempat dalam pengurusan dan pembangunan WP (self-governance community)

OBJEKTIF MPP WP

4 Fungsi MPP WP

Menyelaras pelaksanaan dasar, strategi dan isu-isu berkaitan pembangunan komuniti.
Meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat bandar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Mengesyorkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti kesejahteraan bandar di peringkat zon dan sub zon secara sistematik dan bersepadu selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Menyalurkan maklumat, maklumbalas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk dari peringkat akar umbi kepada Kementerian dan PBT.

FUNGSI UMUM MPP WP

5 KEAHLIAN, STRUKTUR & BERTANGUNGJAWAB MPP WP

Struktur MPP WP:

Struktur MPP WP dibahagi kepada empat (4) peringkat iaitu:


  1. MPP WP Pusat; 
  2. MPP WP PBT (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Perbadanan Putrajaya); 
  3. MPP WP Zon
  4. dan MPP WP Sub Zon


6 KEAHLIAN MPP WP

KEAHLIAN MPP WP PUSAT, MPP WP PBT, MPP WP ZON,
MPP WP SUB ZON

Pengerusi
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Bandar Kuala Lumpur/ Presiden Perbadanan Putrajaya/ Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon Pengerusi Sub Zon

Timbalan Pengerusi
i. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
ii. Ketua Setiausaha Kementerian Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/ Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon, Timbalan Pengerusi Sub Zon,

Setiausaha
Setiausaha Bahagian yang dipertanggungjawabkan dengan Pembangunan Komuniti Pengarah, Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, DBKL Timbalan Pengarah,Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
Setiausaha Sub Zon Pegawai Perhubungan Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengarah Bahagian, Komunikasi Korporat PBT yang berkenaan Pengurus Kawasan DBKL Tiada Ahli-Ahli*

• Datuk Bandar Kuala Lumpur
• Presiden Perbadanan Putrajaya
• Timbalan Ketua Setiausaha, yang dipertanggungjawabkan dengan Pembangunan Komuniti
• Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi
• Semua Pengerusi MPP WP Zon
• Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi
• Ketua-ketua Jabatan di DBKL/ Ketua Penolong Pengarah di Perbadanan Putrajaya
• Pengurus kawasan di DBKL/ Pegawai Kawasan di PPj
• Pengerusi MPP WP Zon
• Seorang wakil dari setiap MPP Zon (ditentukan oleh Pengerusi MPP Zon)
3 orang wakil sub zon atau penduduk 8 ahli Biro:
• Biro Kesejahteraan Bandar
• Biro Kebersihan & Kesihatan
• Biro Sosial & Sukan
• Biro ICT & e-Komuniti
• Biro Ekonomi & Pembangunan
• Biro Pendidikan & Modal Insan
• Biro Aduan & Kebajikan
• Biro Keselamatan 4 orang wakil penduduk 8 ahli Biro:
• Biro Kesejahteraan Bandar
• Biro Kebersihan & Kesihatan
• Biro Sosial & Sukan
• Biro ICT & e-Komuniti
• Biro Ekonomi &
• Pembangunan
• Biro Pendidikan & Modal Insan
• Biro Aduan & Kebajikan
• Biro Keselamatan

7 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat Pusat) 

PENGERUSI Menteri Wilayah Persekutuan
PEGAWAI PERHUBUNGAN Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian

TIMBALAN PENGERUSI Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan

SETIAUSAHA Setiausaha Bahagian yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan komuniti Datuk Bandar Kuala Lumpur Presiden Perbadanan Putrajaya Timbalan Ketua Setiausaha yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan komuniti Ketua-Ketua Agensi KWP Pengerusi-Pengerusi MPP WP (Peringkat Zon) Kuala Lumpur/ Putrajaya Pengerusi MPP WP Zon Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi

8 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat PBT - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

PENGERUSI
Datuk Bandar Kuala Lumpur

SETIAUSAHA
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti,
DBKL TIMBALAN PENGERUSI Ketua Pengarah,
DBKL PEGAWAI PERHUBUNGAN Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat DBKL Pengerusi MPP WP Zon Seorang wakil dari setiap MPP WP Zon
(Ditentukan oleh Pengerusi MPP WP Zon)

Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh Pengerusi Ketua - ketua Jabatan PBT yang berkaitan Pengurus Kawasan/Pegawai Zon Ketua-Ketua Jabatan DBKL Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan

9 PENGERUSI 
Presiden Perbadanan Putrajaya

SETIAUSAHA 
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj

TIMBALAN PENGERUSI 
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj

PEGAWAI PERHUBUNGAN
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat PPj
Pengerusi MPP WP Zon Seorang wakil dari setiap MPP WP Zon
(Ditentukan oleh Pengerusi MPP WP Zon)
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan yang ditentukan oleh
Pengerusi Ketua - ketua Jabatan PBT yang berkaitan Pengurus Kawasan/Pegawai Zon Ketua-Ketua Jabatan PPj Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat PBT - Perbadanan Putrajaya)

10 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat Zon)

PENGERUSI
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
PEGAWAI PERHUBUNGAN
Pengurus Kawasan/ Pegawai Zon PBT
TIMBALAN PENGERUSI
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
SETIAUSAHA 
Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Tiga (3) orang wakil sub zon atau penduduk
8 ahli Biro: Biro Kesejahteraan Bandar Biro Kebersihan & Kesihatan Biro Sosial & Sukan Biro Ekonomi & Pembangunan Biro Aduan & Kebajikan Biro ICT & e-Komuniti Biro Pendidikan & Modal Insan Biro Keselamatan

11 Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Peringkat Sub Zon)

PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
4 orang wakil penduduk
8 ahli Biro: Biro Kesejahteraan Bandar Biro Kebersihan & Kesihatan Biro Sosial & Sukan Biro Ekonomi & Pembangunan Biro Aduan & Kebajikan Biro ICT & e-Komuniti Biro Pendidikan & Modal Insan Biro Keselamatan

12 Tanggungjawab MPP WP 

Tanggungjawab bagi setiap peringkat MPP WP adalah seperti berikut:

MPP WP Pusat
• Mengadakan mesyuarat dua (2) kali setahun;
• Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi dan perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan komuniti;
• Merancang dan mengesyorkan agihan peruntukan tahunan kepada MPP WP Zon dan Sub Zon untuk perbelanjaan pengurusan serta program dan aktiviti;
• Merancang dan menyelaras program dan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh MPP WP dengan kerjasama agensi kerajaan/swasta/badan bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain;
• Menyalurkan maklumat/maklum balas yang diterima dari semua MPP WP PBT kepada anggota mesyuarat; dan
• Membuat keputusan berkaitan isu, permasalahan atau rayuan yang dibangkitkan di peringkat MPP WP PBT. MPP WP PBT
• Mengadakan mesyuarat tiga (3) kali setahun;
• Melulus dan memantau program dan aktiviti yang hendak dijalankan oleh MPP WP Zon;
• Mengumpul maklumat/ maklum balas yang diterima daripada setiap MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon dan membentangkan di mesyuarat MPP WP PBT dan MPP WP Pusat; dan
• Menyalurkan maklumat, dasar-dasar dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan komuniti kepada penduduk melalui MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon.

13 MPP WP Zon

• Mengadakan mesyuarat empat (4) kali setahun;
• Menggalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang diterima daripada penduduk untuk dilaporkan kepada MPP WP PBT;
• Menyalurkan maklumat yang diterima daripada KWP dan PBT kepada penduduk terutama perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan;
• Menyelaras dan memantau program dan aktiviti yang dijalankan oleh MPP WP Sub Zon;
• Menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti; dan
• Mengemukakan laporan mesyuarat MPP WP Zon kepada MPP WP PBT. MPP WP Sub Zon
• Mengadakan mesyuarat enam (6) kali setahun;
• Menggalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang diterima daripada penduduk untuk dilaporkan kepada MPP WP Zon;
• Menyalurkan maklumat yang diterima daripada KWP dan PBT kepada penduduk terutama perkara berkaitan dasar-dasar Kerajaan;
• Menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti; dan
• Mengemukakan laporan mesyuarat MPP WP Sub Zon kepada MPP WP Zon.

14

15 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MPP WP 

Pengerusi/Timbalan Pengerusi

Tugas-tugas Pengerusi/ Timbalan Pengerusi adalah seperti yang berikut:
• Memastikan mesyuarat diadakan melalui tindakan berikut:
- Menentukan agenda dan tarikh Mesyuarat MPP WP;
- Mempengerusikan Mesyuarat MPP WP yang telah ditetapkan; dan
- Memastikan korum mesyuarat mencukupi sebelum mesyuarat diadakan.
• Memantau pelaksanaan program dan aktiviti MPP WP;
• Menguruskan pentadbiran MPP WP;
• Mengemukakan laporan setiap program dan aktiviti kepada MPP WP PBT dalam tempoh dua (2) minggu selepas program dan aktiviti dilaksanakan;
• Timbalan Pengerusi Zon dan Sub Zon juga bertindak sebagai Bendahari dengan bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan perakaunan.

16 Setiausaha MPP WP Pusat dan MPP WP PBT

Tugas-tugas Setiausaha MPP WP Pusat dan MPP WP PBT adalah seperti yang berikut:
• Mengeluarkan notis panggilan mesyuarat atas arahan Pengerusi;
• Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli mesyuarat dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan;
• Menyediakan surat dan laporan yang berkaitan dengan program dan aktiviti MPP WP; dan
• Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam merancang dan memantau pelaksanaan setiap program dan aktiviti MPP WP.

17 Setiausaha MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon 

Tugas-tugas Setiausaha MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon adalah seperti yang berikut:
• Bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran MPP WP;
• Menerima dan menjawab aduan secara online atau bertulis. Walau bagaimanapun bagi aduan-aduan yang melibatkan dasar hendaklah dirujuk kepada MPP WP PBT terlebih dahulu; Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran;
• Mencatat minit mesyuarat;
• Menyediakan laporan program dan aktiviti MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon untuk dihantar kepada MPP WP PBT;
• Memastikan segala kemudahan yang disediakan digunakan untuk tujuan rasmi; dan
• Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam merancang dan memantau pelaksanaan setiap program dan aktiviti MPP WP.

18 Pegawai Perhubungan 

Tugas-tugas Pegawai Perhubungan adalah seperti berikut:
• Mempromosikan program dan aktiviti MPP WP;dan
• Menyampaikan dasar, strategi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kesejahteraan bandar kepada ahli-ahli MPP WP dan orang awam.

19 Tugas-tugas AJK MPP WP adalah seperti yang berikut:
• Menjadi Pengerusi kepada mana-mana biro yang ditentukan oleh MPP WP;
• Membantu Pengerusi untuk menjayakan sesuatu program dan aktiviti;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang diterima daripada penduduk;
• Memberikan cadangan dan pandangan berhubung isu dan masalah setempat serta kaedah untuk melaksanakan sesuatu program dan aktiviti; dan
• Memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan setiap program dan aktiviti MPP WP dilaksanakan dengan berkesan. Ahli Jawatankuasa (AJK)

21 KRITERIA PEMILIHAN AHLI MPP WP

Kriteria Pemilihan Ahli-ahli MPP WP Peringkat Sub Zon

1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di dalam kawasan sub zon dalam tempoh lantikan.
3. Umur minimum 18 tahun bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (Umur maksimum adalah 65 tahun).
4. Pengundi berdaftar kecuali bagi ahli yang berumur kurang 21 tahun.
5. Tamat pendidikan sekolah rendah atau yang setaraf dengannya.
6. Calon perlu membuat pengesahan bebas daripada rekod jenayah, tidak muflis dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam akuan bersumpah. Calon mestilah tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya.
7. Mewakili semua kaum dan bangsa sealiran dengan konsep 1Malaysia dan komposisi anggota mengambil kira demografi penduduk sesuatu kawasan.
8. Bagi kakitangan Kerajaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan.
9. Wakil Persatuan Penduduk perumahan awam dan swasta.
10. Wakil Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC).
11. Calon hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal serta bebas daripada penyakit kronik yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan.
12. Individu berpengaruh atau ikon / model / tokoh masyarakat di sesuatu kawasan zon / sub zon.
13. Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dari kawasan setempat.
14. Jawatankuasa Masjid/ Keagamaan.
15. Wakil persatuan belia dan persatuan sukan.
16. Wakil persatuan berasaskan aktiviti ekonomi (persatuan peniaga/ penjaja). 

22 Kriteria Pemilihan Ahli-ahli MPP WP Peringkat Zon 

1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di dalam kawasan zon dalam tempoh lantikan.
3. Pengundi berdaftar di kawasan zon berkaitan.
4. Umur minimum untuk dilantik sebagai ahli MPP WP Zon ialah 21 tahun dan umur maksimum adalah 65 tahun.
5. Tamat pendidikan sekolah rendah atau setaraf dengannya.
6. Calon hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal serta bebas daripada penyakit kronik yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan.
7. Calon perlu membuat pengesahan bebas dari rekod jenayah, tidak muflis dan bebas dari penyalahgunaan dadah di dalam akaun bersumpah. Calon mestilah tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya.
8. Mewakili semua kaum dan bangsa sealiran dengan konsep 1Malaysia dan komposisi ahli-ahli mengambil kira demografi penduduk sesuatu kawasan.
9. Bagi kakitangan Kerajaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan.
10. Wakil Persatuan Penduduk perumahan awam dan swasta.
11. Wakil Joint Management Body (JMB)/ Management Corporation (MC).
12. Pengerusi MPP WP Zon terbuka kepada pengerusi dan ahli-ahli sub zon berdasarkan kesesuaian dengan syarat jawatan pengerusi Zon hanya boleh dipegang oleh Pengerusi dan Setiausaha.
13. Ketua/Ahli parti Kerajaan Persekutuan boleh menjadi AJK selain Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha.
14. Individu berpengaruh atau ikon / model / tokoh masyarakat di sesuatu kawasan zon / sub zon.
15. Pegawai penyelaras kawasan/pegawai PBT dilantik sebagai Liason Officer (LO).
16. Ahli Parlimen.
17. Jawatankuasa Masjid/ Keagamaan.
18. Wakil persatuan belia dan persatuan sukan.
19. Wakil persatuan berasaskan aktiviti ekonomi (persatuan peniaga/ penjaja).

23

24 Proses Pemilihan Ahli-Ahli MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon

PBT boleh mengemukakan senarai individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan kepada Kementerian.
Proses pemilihan bagi semua wakil di peringkat Zon dan Sub Zon adalah melalui Jawatankuasa Pemilihan Ahli MPP WP yang dilaksanakan oleh PBT.
Setiap PBT perlu mengemukakan senarai nama yang telah mendapat pengesahan dan sokongan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur/Presiden Perbadanan Putrajaya sebelum mengemukakan kepada Kementerian.
Senarai calon yang telah dihantar kepada Kementerian akan diangkat untuk dikemukakan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Tempoh Perkhidmatan Ahli-Ahli MPP WP Tempoh maksimum lantikan ahli-ahli MPP WP bagi setiap penggal adalah selama dua (2) tahun.
Bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha, lantikan semula adalah tidak melebihi dari 3 penggal.
Syarat tempoh perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada ahli MPP WP di Peringkat Pusat dan PBT yang dilantik atas jawatan rasmi.

25 PENAMATAN PERKHIDMATAN

Pelepasan Jawatan Ahli-ahli MPP WP yang dilantik boleh melepaskan jawatan dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri Wilayah Persekutuan.
Penamatan Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha MPP WP PBT, MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon boleh mengemukakan cadangan untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana ahli-ahli yang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada MPP WP Pusat.

Mana-mana ahli-ahli MPP WP boleh dilucutkan hak keahliannya secara automatik jika didapati beliau :

  • Hilang taraf kewarganegaraan Malaysia
  • Tidak lagi bermastautin di zon / sub zon tersebut; 
  • Diisytiharkan muflis; 
  • Disabitkan kesalahan atau suatu pertuduhan berkenaan dengan apa-apa kesalahannya yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya; 
  • Diperakukan oleh pengamal perubatan Kerajaan bahawa tidak berupaya dari segi mental, fizikal atau menghidap penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi perkhidmatan; 
  • Gagal hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah; atau Lain-lain sebab yang diperakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan. 
  • Penamatan yang dikeluarkan oleh Menteri adalah muktamad dan berkuat kuasa serta-merta. 


26

27 PENTADBIRAN MPP WP 

MPP WP boleh beroperasi di mana - mana pusat komuniti, dewan serbaguna dan pusat orang ramai yang bersesuaian dengan komuniti setempat.
Mesyuarat Mesyuarat hendaklah diadakan seperti jadual di bawah:

  • Sebarang mesyuarat yang hendak diadakan perlu memberi notis secara bertulis. Walau bagaimanapun, mesyuarat tergempar boleh diadakan dengan persetujuan Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah ahli. 
  • Keputusan yang dibuat terhadap sebarang isu yang ditimbulkan di dalam mesyuarat hendaklah dibuat dengan cara undian majoriti. 
  • Jika terdapat keputusan seri, Pengerusi MPP WP mempunyai kuasa penuh untuk membuat undi pemutus. 
  • Semua minit mesyuarat hendaklah disimpan/ difailkan bagi tujuan rekod. 
  • Salinan minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli MPP WP. 


PERINGKAT MPP WP KEKERAPAN MESYUARAT 


  1. Pusat 2 kali setahun 
  2. PBT 3 kali setahun 
  3. Zon 4 kali setahun 
  4. Sub Zon 6 kali setahun 


28 Korum 

Korum sesuatu mesyuarat yang diadakan hendaklah sekurang-sekurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli MPP yang berkenaan.
Laporan Tahunan
Laporan tahunan program dan aktiviti MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon hendaklah disediakan dan dihantar kepada KWP pada 30 Januari setiap tahun.

PROGRAM DAN AKTIVITI MPP WP 

  • Semua program dan aktiviti yang akan dilaksanakan perlu dirancang bagi tempoh satu tahun. 
  • Setiap program dan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun hendaklah dihantar berserta anggaran bajet kepada PBT. 
  • Semua program dan aktiviti mesti dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli MPP WP di setiap peringkat terlebih dahulu. 
  • Setiap program dan aktiviti yang hendak dijalankan di Peringkat MPP WP Sub Zon perlu dibincangkan bersama MPP WP Zon supaya tiada pertindihan aktiviti yang dijalankan. 
  • Semua program dan aktiviti hanya boleh dijalankan selepas mendapat kelulusan MPP WP Pusat. 
  • Laporan program dan aktiviti hendaklah dikemukakan kepada PBT dua (2) minggu selepas program. 


29 PROGRAM DAN AKTIVITI MPP WP

30 Sumber / Peruntukan Kewangan 

  • MPP WP Zon dan Sub Zon akan menerima peruntukan dalam bentuk geran dan dipantau oleh KWP, MPP WP Pusat dan PBT. 
  • Kedua-dua peringkat MPP WP ini bertanggungjawab untuk melaporkan setiap program/aktiviti dan laporan perlu dibentangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Penyelarasan MPP WP. 
  • Semua agihan peruntukan yang diberikan hendaklah dibelanjakan dalam tahun semasa. 
  • Sekiranya peruntukan tersebut tidak dibelanjakan mengikut perancangan program dan aktiviti yang telah diluluskan atau tidak mematuhi peraturan kewangan yang telah ditetapkan, maka KWP berhak untuk menahan atau menyekat pemberian peruntukan seterusnya. 
  • KWP juga berhak menarik balik peruntukan sekiranya laporan bergambar program dan aktiviti yang diterima tidak lengkap. 


KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 

31 PERUNTUKAN AM MPP WP MPP WP 

Pusat boleh meminda atau mengubah mana-mana peruntukan di dalam garis panduan ini pada bila-bila masa mengikut keperluan.
Jika terdapat apa-apa pertikaian mengenai tafsiran, pengertian, maksud atau erti mana-mana perkara dalam garis panduan, maka tafsiran, pengertian, maksud atau erti yang ditentukan dan ditetapkan oleh MPP WP Pusat adalah muktamad.

PENUTUP 

Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan asas dan rujukan dalam membantu KWP, PBT dan pihak-pihak yang berkaitan dalam mewujudkan dan memantapkan lagi penubuhan MPP WP di semua peringkat dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kementerian Wilayah Persekutuan. Putrajaya 
Mac 2014

rujuk
http://www.mppwp.org.my/wp-content/themes/help/files/FINAL-1.pdf

No comments:

Post a Comment