·
ISU PEMBANGUNAN
·
KEKANGAN PUNCA KEGAGALAN PEMBANGUNAN
|
·
|
·
GERAN BERKONGSI VS
|
·
GERAN INDIVIDU
|
·
Pemilik yang ramai
·
Tiada persempadanan antara
pemilik dan Kedudukan Lokasi Tapak Pemilik
·
Kesukaran menetapkan bentuk
pembangunan sebaliknya di atas kepercayaan antara pemilik-pemilk
·
Pada peringkat awal
perhubungan antara pemilik adalah ikatan keluarga, tetapi kebelakangannya
terdapat orang luar yang telah mendapat restu dikalangan keluarga memiliki
tanah atas dasar hubungan seperti rakan baik atau perjanjian tertentu.
·
Kehadiran pihak Luar memiliki
tanah tersebut, telah mengundang budaya masing-masing yang ada diantaranya
telah lari / sangkal dari budaya asal anak tempatan.
·
Disebabkan tindakan mereka,
berlaku percanggahan tindakan serta mengelirukan sehingga perbalahan antara
pemilik-pemilik tersebut.
·
Sifat tidak menghormati adat
dan resam anak tempatan, ketidak sefahaman dan kurang muafakat antara
pemilik2 serta keharmonian semangkin pudar.
·
Pihak Pentadbiran Tempatan
(PBT) tiada berperanan untuk membantu, serta keadaan terbiar seperti di Anak
Tiri, menambah lagi suasana.
·
Kesukaran memohon kemudahan
kewangan dari Agensi tertentu.
·
Segala Kos dikongsi antara
pemilik atau secara Individu.
·
Peraturan dan Terma dari
Pihak Berkuasa Tempatan tidak seraggam serta pemantauan yang amat
menyedihkan.
·
Kegagalan tersebut amat sukar
untuk keadilan, ada ketika perkara dibiarkan bertahun-tahun dari anak
sehingga kecucu.
·
Kemudahan Infrastruktur
adalah secara gotong-royong serta perkongsian antara Pemilik-pemilik, tiada
bantuan serta pemantaun dari PBT.
·
Mekanisma dan sistem
Infrastuktur mengikut selera dan suasana yang sesuai setiap pemilik-pemilik
(tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan)
·
Ketidak seragam menetapkan
pembiayai Cukai Pintu dan Tanah, kerana sepasifikasi kedudukan tanah dan
rumah yang tidak jelas.
CADANGAN
UNTUK MENJAYAKAN PERLAKSANAAN
PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL DPBRKL 2020
|
·
Pemilik Tunggal
·
Setiap persempadan ditetapkan melalui batu sempadan
yang di sahkan melalui geran berdaftar
·
Setiap Pembangunan mendapat kelulusan melalui Pihak
Berkuasa Tempatan
·
Tanah pemilik boleh dicagarkan kepada institusi
kewangan.
·
Pembinaan Bangunan mengikut Peraturan dan Syarat serta
mendapat pengiktirafan “CF”
·
|
GERAN
BERKONGSI VS
GERAN INDIVIDU
|
|
§
Di Pecahkan peganggan geran
pemilikan Tanah Individu(minimum 1 ekar)
§
Setiap per/ekar,
pemilik-pemilik tanah melantik seorang pemegang Amanah dikalangan mereka.
§
Pemegang Amanah akan
berunding dan menetapkan perancangan pembangunan bersama pemilik-pemilik yang
berdaftar mengikut kehendak mereka serta berpandu kepada peraturan yang
dikehendaki PBT.
·
Urusan dan Kos tersebut di
tanggung oleh PBT bersama Agensi terlibat, serta di luluskan.
·
dituntut oleh PBT selepas
pembangunan berjaya di laksanakan melalui tambahan kutipan cukai pintu dan
tanah kosong oleh PBT secara tahunan
·
Setiap pembangunan adalah
mengikut ciri-ciri Kg Tradisional serta tersusun dan moden.
·
Diberi kemudahan kewangan
supaya pemilik2 dapat membangunkan tanah2 mereka sendiri spt;- Kemudahan dari
UKAS, JPM , Bank Pembangunan dan Koperasi Naungan Kerajaan atau GLC.
|
·
Pemilik Tunggal
·
Setiap persempadan ditetapkan melalui batu sempadan
yang di sahkan melalui geran berdaftar
·
Setiap Pembangunan mendapat kelulusan melalui Pihak
Berkuasa Tempatan
·
Tanah pemilik boleh dicagarkan kepad institusi
kewangan.
·
|
PLAN PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL MENGIKUT
TATACARA PERBINCANGAN TIDAK RESMI BERSAMA KETUA BAHGIAN PENDAFTARAN PTGWP, TN
MUHAMMAD YASIR B YAHYA, BERSAMA PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUJ KG PADANG BALANG, DI PEJABAT TINGKAT 1, PTGWP, JLN SULTAN HISHAMUDDIN ,KUALA
LUMPUR.
PADA 23HB NOV 2015 JAM
11.00AM
TANAH REZAB MELAYU DAN PEMBANGUNAN
KAWASAN
RIZAB MELAYU GOMBAK.
A)
ISU TANAH.
1)
DEFINASI “TANAH
REZAB MELAYU” MENGIKUT AKTA KANUN TANAH PERSEKUTUAN
2)
DEFINASI “KAWASAN
RIZAB MELAYU GOMBAK”, PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL (DERAF PEMBANGUNAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DPBRKL 2020).
3)
DEFINASI “GARISPANDUAN
PERLAKSANAAN PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL” KEMENTERIAN WILAYAH
PERSEKUTUAN
4)
DEFINASI “SYARAT-SYARAT
PINDAAN/UBAHSUAI AKTA-AKTA KECIL KANUN TANAH NEGARA TANAH REZAB MELAYU”
5)
BAGAIMANA PTGWP, KEM. WP DAN DBKL SERTA AGENSI-AGENSI YG BERKENAAN, DAPAT
BEKERJASAMA DAN MEMBERI IDEA SERTA BERSAMA MENJAYAKAN PLAN PEMBANGUNAN KG
TRADISIONAL TERUTAMA DI KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK KHASNYA DAN 7 KAWASAN RIZAB
MELAYU DI WILAYAH PERSEKUTUAN (TERMASUK LABUAN) SECARA AMNYA.
B)
Cadangan
Perlaksanaan Kg Tradisional 001/15
A- permohonan
pecah lot dan tukar syarat setiap pemilik tanah geran berkongsi di KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK.
1.
salinan geran tanah ptgwp
2.
data senarai nama setiap pemilik dan pembahgian syer
pemilik tanah dalam setiap lot berdaftar dalam geran
3.
pre-comp plan lokasi kedudukan syer setiap pemilik
4.
kedudukan dan jenis serta jumlah bangunan sedia ada
oleh pemilik
5.
data nama keluarga setiap pemilik berdaftar
6.
perlantikan konsultan membantu merancang pembangunan
mengikut selera dan peraturan pembangunan pbt.
7.
urusan kelulusan pembangunan yang dipersetujui
8.
perlantikan kontraktor or pemaju yang melaksanakan
projek pembangunan kg TRADISIONAL.
1)
DEFINASI “TANAH REZAB MELAYU”
MENGIKUT AKTA KANUN TANAH PERSEKUTUAN.
a)
Tanah Rezab Melayu telah diwujudkan di bawah
Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab Melayu FMS Cap 142)
b)
Satu peruntukan dalam enakmen tersebut
adalah bahawa KRM tidak boleh, sama ada melalui penjualan atau pajakan,
dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
c)
Pada asalnya telah dirancang sebagai
kampung tradisional yang mengandungi unit-unit kediaman individu dengan
keluasan tanah-tanah pertanian yang cukup untuk kebun kecil.
d)
Pemilikan tanah adalah diiktiraf dengan merujuk syer/bahagian dari keseluruhan keluasan tanah
setiap LOT tanah yang berdaftar dengan PTGWP.
e)
Setiap pemilik Tanah akan berkongsi
geran dengan merujuk kepada jumlah syer/bahagian yg berdaftar di Geran bersama
pemilik-pemilik tanah yang lain.
f)
Pemilik berdaftar adalah Orang Melayu ,
Islam dan Warga Negara Malaysia, lazimnya memiliki ikatan keluarga yang rapat
dengan pemilik yang lain atau jenis hubungan yang sangat rapat segi
persaudaraan atau persahabatan.
g)
TIADA PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG, bahawa
“syer/bahagian” pemilik tersebut boleh diubahsuai kepada mana-mana perspektif,
kecuali telah mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbir Tempatan atau Pegawai
Daerah atau Pendaftar Tanah Tempatan.
h)
Semua keputusan tentang “Susun Atur” dan
ketetapan Kedudukan setiap Pemilik tanah adalah dibentukkan melalui kata
sepakat dan persetujuan kesemua pemilik tanah yang berkongsi di dalam Geran /
Lot tersebut.
i)
Persetujuan tersebut hendaklah
dipanjangkan kepada Pentadbir Tanah Pejabat Tanah(PTGWP) dan Pihak Kerajaaan
Tempatan (DBKL) untuk kelulusan selepas mengikut Prasyarat Pembangunan.
j)
Persetujuan tersebut diWajibkan ditanda tangan kepada
Pemilik-pemilik yang masih “HIDUP”. Sekiranya Gagal, maka sewajarnya
“WARIS-WARIS” menjadi kewajiban mengurus dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah
Dan Galian bahgian Pusaka Kecil, KADAR SEGERA.
k)
Adalah menjadi KESALAHAN sekiranya pemilik syer/bahagian,
TIDAK melapurkan dan mendaftarkan setiap PERUBAHAN /PINDAAN yang tidak
mendapatkan Kelulusan PTGWP dan DBKL, seperti membina rumah tiada Plan dan
syarat Right Of Way, Membina Pagar menyerupai mengadakan sempadan bahgian/
Syer. Tidak menukar Syarat tanah dan memohon Kelulusan Pembangunan.
2)
DEFINASI “KAWASAN RIZAB MELAYU GOMBAK”, PLAN
PEMBANGUNAN
KG TRADISIONAL DBKL 2020
a)
Kumpulan
Diskusi Fokus
(FOCUS GROUP DISCUSSION-FGD) diwujudkan pada tahun 2010 oleh Datuk Bandar Tan Sri
Ahmad Fuad bersama Penduduk Kg Padang Balang, Kg Bandar Dalam, Kg Sg Mulia, Kg
Sg Merali, Kg Chubadak dan Kg Puah, kawasan Gombak utara.
b)
Tujuan mendapatkan Pandangan / Idea dan persetujuan
Penduduk mengenai cadangan ZON GUNA TANAH, INTENSITI PEMBANGUNAN DAN PANDUAN
PEMBANGUNAN DI KAWASAN DGP. Satu keputusan telah berjaya di tetapkan pada tahun
2012, dan telah dibentangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk di
GAZETkan di Parlimen.
c)
Matlamat adalah seperti berikut;-
i. - Menentukan jenis pembangunan yang sesuai dibangunkan agar
ciri-ciri kampung tradisional dapatkan dikekalkan
ii. - Menyediakan garis panduan terperinci (aspek rekabentuk
bangunan,susun atur bangunan, komponen pembangunan)
iii. - Menyediakan kaedah pelaksanaan pembangunan bagi pemilik
tanah yang ingin memajukan tanah.
d)
Peranan DGP dalam konteks DPBRKL 2020
i. - Menjadi panduan kepada pemilik tanah yang ingin memajukan
tanahnya sama ada secara usahasama, indivudu atau gabungan
ii. - Menjadi rujukan untuk perancangan dan pembangunan kepada
semua jabatan teknikal terutama yang berkaitan Infrastruktur dan utiliti
e)
Definasi Kg Tradisional yang di utarakan
i.
Kg Tradisional Melayu dalam bandar yang moden
(infrastuktur dan utiliti lengkap), maju dan mengekalkan budaya hidup
Masyarakat melayu, rekabentuk dan senibina Melayu serta mementingkan
persekitaran mampan dan berkualiti.
f)
Ciri-ciri Kg Tradisi adalah;
- Kawasan Penempatan yang diwarisi orang melayu
- Suasana kampung yang bercirikan seni bina Melayu
- Mempunyai susunan rumah yang berkelompok dan teratur
- Kebanyakan rumah TIDAK BERPAGAR dan banyak RUANG TERBUKA untuk aktiviti kemasyarakat.
- Kawasan Kampung yang dilengkapi dengan aspek infrastuktur dn utiliti yang lengkap.
- Pemilikan rumah adalah milik sendiri atau Keluarga
- Kebanyakan perkampungan Tradisional terjadi berdasarkan faktor SEJARAH.
g)
Garis Panduan Pembangunan , Maklumat Asas Tahun 2012,
Unjuran Penduduk 2020, Kaedah Pengunaan DGP, Deraf Pelan Bandaraya KL 2020,
Cadangan Guna Tanah Zon Kg Tradisional, Cadangan Intensiti Pembangunan Zon Kg
Tradisional, keperluan Penyediaan Kemudahan Masyarakat pada Tahun 2020,
Pembangunan Kawasan kediaman, Pembangunan Kawasan Komersial,
i.
Segala data-data dan maklumat di atas boleh rujuk
kepada;- “trezabmelayu.blogspot.com dan Kg
Tradisi melayu WPKL – Facebook”
h)
Mekanisma Perlaksanaan;-
- Pembangunan Tanah Bersepakat
- Projek Usahasama (Pemilik dan Pemaju)
- Penubuhan Syarikat Usahasama atau KOPERASI USAHASAMA (Gabungan Pemilik Tanah)
i)
Pada DEC 2014, Datuk Bandar Datuk Ahmad Pesol, telah
menambahkan di dalam lapuran DBKL bahawa terdapat Tiga jenis kawasan yang
dikenal pasti sebagai Kawasan Khusus adalah Kawasan Rizab Melayu (KRM), Kampung
Tradisional dan Kampung-kampung baru. Beliau berhasrat untuk membawa kawasan
ini ke dalam arus pembangunan. Adalah penting untuk menggalakkan dan memudahkan
pembangunan kawasan ini bagi membantu mencapai wawasan Kuala Lumpur sebagai
Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.
3)
DEFINASI “GARISPANDUAN PERLAKSANAAN PLAN PEMBANGUNAN KG TRADISIONAL”
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
a)
Dengan
merujuk kepada Henset Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Parlimen seperti berikut;-
i)
DEWAN
RAKYAT MALAYSIA PARLIMEN KEDUA BELAS, PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA,
Isnin,
7 Disember 2009, semasa JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN,
“YB Tuan
Chua Tian Chang [Batu]: Saya dapat
jawapan bertulis dari DBKL mengatakan kawasan-kawasan kampung ini, Selayang
Lama, kawasan Padang Balang, semua
ini akan dijadikan kediaman berdensiti tinggi. Ia akan terletak di lokasi yang
berhampiran dengan Pusat Dagangan Daerah (DCC) dengan kegunaan bercampur
kediaman. Dengan kata lain, semua kampung Melayu
di Kuala Lumpur akan hilang.
Apa yang kita tuntut ialah,
supaya kampung-kampung Melayu di
Kuala Lumpur ini dapat dikekalkan, dan cara hidup orang Melayu di Kuala Lumpur dapat dikekalkan. Itu sahaja yang kita tuntut. Bukan sahaja
kita letakkan ini kawasan warisan. Tidak ada gunanya dengan memori, tetapi
orang hidup kita tidak jaga. Terima kasih.
Dato' Raja Nong Chik bin
Dato' Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang
Berhormat Batu, jawapan itu saya ada. Saya akan sentuh berkenaan dengan
pembangunan kawasan-kawasan Melayu
selepas ini.
Soalan daripada Yang
Berhormat Batu mengenai isu Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang yang menghadapi ancaman dibangunkan semula dan
kemungkinan terhapusnya ciri-ciri kebudayaan dan cara hidup Melayu yang sedang diamalkan oleh
penduduk. Jadi, ini berkaitan juga dengan kawasan-kawasan rizab Melayu yang lain yang telah
dibangkitkan oleh YB-YB yang berkenaan. Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang seperti kampung tradisi
yang lain di Kuala Lumpur menghadapi masalah kekurangan pembangunan dan kualiti
persekitaran fizikal kawasan yang rendah di mana pembangunan kawasan tidak
teratur. Kemudahan infrastruktur dan masyarakat sedia ada yang usang tidak
mencukupi berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Pelan struktur Kuala Lumpur
2020 telah mengenal pasti kampung-kampung tradisi ini sebagai kawasan
khusus. Kawasan ini akan dibangunkan
dengan menggalakkan pembangunan melalui penyusunan semula penggunaan tanah
serta infrastruktur dan kemudahan dan untuk masyarakat.
Selaras dengan itu, Draf
Pelan DBKL 2020 telah mencadangkan pengezonan semula Kampung Chubadak dan
Kampung Padang Balang sebagai zon
kediaman kepadatan R3 dan zon kediaman kepadatan sederhana iaitu R2. Cadangan
pengezonan semula memberi peluang meningkatkan potensi nilai ekonomi
tanah-tanah di kawasan ini. Cadangan pengezonan ini tidak melibatkan
pengambilan tanah langsung dan untuk digunakan untuk awam dan infrastruktur
manakala tanah-tanah yang dizonkan sebagai zon kediaman dan perniagaan tidak
akan diambil. Terpulanglah kepada
pemilik-pemilik tanah sendiri untuk membangunkan lot-lot mereka mengikut zon-zon
tanah yang dicadangkan oleh Draf Pelan 2020.”
ii) DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KETIGA
Rabu, 17 Disember 2014, semasa JAWAPAN-JAWAPAN LISAN
BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN,
1)
Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta Menteri
Wilayah Persekutuan menyatakan,
apakah usaha, perancangan dan tindakan kementerian mewajahkan Kuala Lumpur
sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai jiwa dan sentuhan yang mencerminkan
keberadapan Melayu..
2)
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala
Mohan a/l Jaganathan]:
Tuan Yang
di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Pelan Struktur Kuala
Lumpur 2020 (PSKL 2020) telah mengenal pasti kawasan khusus terdiri dari kawasan
rizab Melayu, kampung tradisi dan kampung-kampung baru yang memerlukan
perhatian khas dari segi pelaksanaan, perancangan dan pembangunan dan
memastikan ianya tidak ketinggalan jauh dari arus Pembangunan. Kawasan rizab
Melayu diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987
untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki tanah terutama di kawasan
bandar.Kementerian
Wilayah Persekutuan juga menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
bertujuan untuk menyelaraskan perancangan, pembangunan dan pengurusan serta mengoptimumkan
penggunaan tanah khususnya di Kampung Baru.
Antara tujuan
lain adalah untuk menggalakkan penglibatan kaum bumiputera dalam aktiviti
ekonomi bandar raya melalui pembangunan yang terancang di kawasan rizab Melayu. Selain daripada
perancangan pembangunan Kampung Baru, satu Pelan Panduan Pembangunan Kawasan
Kampung Tradisional telah dihasilkan bagi tujuan menentukan hala tuju
pembangunan kawasan kampung tradisional selain dari Kampung Baru.
Pelan panduan
ini merangkumi aspek kawalan zon guna tanah, kepadatan serta garis panduan
pembangunan yang perlu dipatuhi dalam memastikan persekitaran yang berkualiti
di samping mengekalkan dan memelihara identiti tradisional sedia ada. Kampung
tradisional yang terlibat adalah seperti Kampung
Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Hulu, Kampung Sungai
Mulia, Kampong Sungai Merali dan Kampung Puah dengan jumlah kawasan
keseluruhan seluas 584.90 ekar.Semua
perancangan ini bertujuan untuk mengekalkan nilai kebudayaan, kesenian dan seni
bina bangunan warisan Melayu di kawasan yang telah dikenal pasti dan dengan ini
secara langsung dapat memastikan nilai peradaban Melayu akan terus kekal di
Kuala Lumpur.
Sekian, terima
kasih. 3)
Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang disampaikan di Dewan yang mulia
ini dan kita juga hendak menghargai usaha yang dibuat oleh Kementerian Wilayah
Persekutuan dari segi untuk meningkatkan taraf dan juga meningkatkan
perkampungan-perkampungan penempatan Melayu.
Cuma Yang
Berhormat Timbalan Menteri, yang disebut tadi ialah penempatan-penempatan Melayu.
Mungkin ada cadangan-cadangan daripada kementerian bagaimana peradaban Melayu
ini dapat dilaksanakan, antara contohnya mungkin boleh mewajahkan Bandaraya
Kuala Lumpur ini dengan tulisan-tulisan menggunakan Bahasa Melayu contohnya,
supaya tidak timbul soal kekeliruan. Hari ini kalau
kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab itu generasi muda ini
kadang-kadang keliru dengan status dan sebagainya sebab kita tidak mewajahkan
Bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai sebuah bandar yang ada peradabannya. Saya hendak bagi
contoh Tuan Yang di-Pertua. Hari ini orang Cina boleh berbangga- kitaucapkan tahniah,
ada pusat komersial Chinatown contohnya, orang India ada dengan Little India.
Akan tetapi, di
mana tempat ada satu centre yang boleh mengatakan inilah wajah Melayu?
Ada keseniannya
di situ, ada kebudayaannya, ada seni kraf orang Melayunya, ada rumah-rumah
Melayunya. Penempatan Melayu kita setuju tetapi satu pusat komersial yang boleh
kita katakan kepunyaan dan berwajah peradaban Melayu. Mungkin ada
perancangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun kementerian sendiri
bagaimana ianya dapat dilaksanakan supaya ianya nanti boleh memberi manfaat
yang cukup besar kepada generasi akan datang supaya tidak lupa asal usul
mereka, tidak lupa kepada sejarah mereka.
Ini yang kita
khuatir ianya akan berlaku pada masa-masa akan datang dan akhirnya orang lupa
sejarah dan asal usul. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Terima kasih. 4)
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Pandangan dan tunjuk
ajar yang diberikan oleh Yang Berhormat diambil kira.
Akan tetapi untuk
makluman Yang Berhormat, memang kita ada suatu kawasan iaitu kawasan Kampung
Bharu yang telah pun diadakan sebagai satu kampung peradaban Melayu di mana
abad dan segala tradisi dan kebudayaan Melayu memang dipelihara di kawasan itu.
Kawasan itu memang
telah pun diuruskan oleh satu perbadanan iaitu Perbadanan Kampung
Bharu untuk memastikan nilai dan ciri-ciri Melayu tidak hilang dari Kuala
Lumpur.
Sekian, terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
iii.
Pada 26hb Dec 2014, Persatuan Penduduk telah mohon YB Menteri
Wilayah Persekutuan satu pertemuan untuk membincangkan berkenaan Henset
Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat di atas.
iv.
Pada 28hb Mac 2015, semasa Program Town Hall Menteri WP
dengan Penduduk Parlimen BATU di Dewan Kg Batu Muda, YB Menteri secara lisan telah mengarah semasa persoalan lisan saya
sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Padang Balang, supaya
dipanjangkan kepada SUSK Menteri di
Putrajaya.
v.
Pada 15hb APR 2015, saya di nasihatkan oleh SUSK Menteri supaya menyediakan satu
Kertas Kerja berkenaan Plan Perancangan Kg Tradisional yang di maksudkan di
dalam Soalan Lisan di Program Town Hall Menteri WP dengan Penduduk Parlimen
BATU di Dewan Kg Batu Muda
vi.
Pada 18hb Aug 2015, saya susul kembali perkembangan
dokumen saya, dimana SUSK telah memanjangkan
kepada KSU Kem. WP untuk tindakan
vii.
Pada 30hb Sept 2015, di pejabat SUSK Menteri , perbincangan bersama Pegawai Bahgian Pembangunan
Kementerian WP.
viii.
Pada 12 Nov 2015, dapat maklumat perkara diberi
tanggungjawab kepada SUB Kem. WP,
beliau memaklumkan bahawa Kementerian sedang menyediakan GARISPANDUAN
Pembangunan Semula KL, kajian tersebut termasuk Pembangunan Semula Kg Tradisi.
Permohonan saya diwujudkan semula “UNIT KG TRADISI KEM. WP”, difahamkan bahwa
unit tersebut tidak dibubarkan, sebaliknya berada di Bah. Sosio Ekonomi Kem.
WP, kini akan di kaji semula untuk diserapkan bersama untuk disemak dan akan
dilibatkan didalam Kajian Garispanduan tersebut.
Beliau telah menerima Surat dan
Kertas Kerja dari Persatuan dan bersetuju serta mengalakkan bahawa Peranan
Persatuan Penduduk sebagai Pengantara dan Pemudahcara serta membantu Kerajaan
dan Penduduk Kampung untuk menjayakan Plan Pelaksanaan Kg Tradisional yang
dimaksudkan.
4)
DEFINASI “SYARAT-SYARAT PINDAAN/UBAHSUAI
AKTA-AKTA KECIL KANUN TANAH NEGARA TANAH REZAB MELAYU”
a)
Isu
i)
KRM merupakan perkara agak rumit dan memerlukan perhatian
penting daripada pihak awam, terutamanya dari segi potensi untuk membangunkan
Kampong Bharu sebagai kawasan perdagangan moden kerana kedudukannya di dalam
Pusat Bandar Raya. Walaupun terdapat beberapa usaha dalam menyediakan pelan
pembangunan untuk KRM, sehingga kini, tidak banyak kemajuan yang dapat dicapai
dan isu-isu proses kelembapan pembangunannya masih tidak dapat diselesaikan.
ii)
Kurang pembangunan di Kawasan Rizab Melayu dan kampung
tradisional.
Sekatan undang-undang yang
dikenakan ke atas harta tanah dan pemilikan tanah adalah faktor utama yang
mengurangkan potensi kewangan dan pemasaran kawasan ini. Halangan lain
termasuklah kekurangan keupayaan pemilik individu untuk membangunkan harta
tanah mereka dan ketiadaan program pelaksanaan yang jelas.
Kesulitan dalam memulakan
pembangunan di Kawasan Rizab Melayu.
b)
Persekitaran Fizikal
i)
Keadaan Semasa
-
KRM pada asalnya telah dirancang sebagai kampung tradisional
yang mengandungi unit-unit kediaman individu dengan keluasan tanah-tanah
pertanian yang cukup untuk kebun kecil. Ini menjelaskan tentang saiz lot-lot
yang kecil di kawasan ini.
-
Dengan perkembangan Bandar Raya, KRM yang pada asalnya
terletak di pinggir Bandar Raya telah dikelilingi oleh pembangunan bandar,
apatah lagi Kampong Bharu yang berada di Pusat Bandar Raya.
-
Akibatnya, kebanyakan bangunan dan petempatan asal tidak
lagi sesuai dengan persekitarannya.
5. Cadangan Persatuan Penduduk
mohon pertimbangan kerjasama dari PTGWP Atau mana-mana pihak yg berkenaan adalah;-
a)
ISU TANAH
1.
Tanah Rezab Melayu tidak boleh di pindah
milik kecuali kepada org Melayu (tidak mengubah
Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab
Melayu FMS Cap 142)
2.
Kategori kegunaan Tanah “Pertanian”, di ubahsuai menjadi
“Pembangunan”
3.
Jenis Pemegangan Hak Pemilikan tanah di ubah dari
“undivided Share” kepada “Individual Title”, Share tersebut dipinda kepada
Jumlah keluasan dalam “meter persegi” atau “ Kaki Persegi”
4.
Pendaftaran Pemilik tidak berubah dari
Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. (Enakmen Tanah Rezab Melayu
FMS Cap 142) iaitu orang Melayu, Islam dan Warga Negara.
5.
Penukaran Pemilikan tertakluk kepada
permohonan melalui ;-
(i)
Borang 14A – tukar milik / Syer Bahagian
(ii)
Borang E – Pusaka Kecil Kematian
(iii) Borang T
– Pusaka Kecil Pemegang Amanah/Surat kuasa.
b)
ISU PEMBANGUNAN.
1.
Setiap Pengambilan tanah bertujuan infrastuktur atau
seumpamanya oleh kerajaan dan /atau mana-mana pihak hendaklah di GANTI sepert
mana tertakluk kepada Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987.
(Enakmen Tanah Rezab Melayu FMS Cap 142)
2.
Satu tatacara, syarat-syarat pindaan/ubah Akta Kecil KTN
Tanah Rezab Melayu yang TIDAK memerlukan dibawa ke Parlimen memadai dengan
kelulusan Jawatankuasa Tanah Persekutuan, DBKL dan PTGWP (Anggota Perlaksana)
melalui AKTA KECIL KANUN TANAH dengan Jawatankuasa Kabinet yang diPengerusi
oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah.
3.
Pindaan CARA PEMBANGUNAN dan UBAHSUAI AKTA Pembangunan di
longgarkan dan di permudahkan dengan yang sesuai seperti ;-
a.
Menentukan Kedudukan Lokasi Tanah Pemilik berdaftar
b.
Mengadakan Persempadan setiap pemilik Tanah
c.
Diberi kuasa Pentadbir tanah dan Pihak berkuasa Tempatan,
kelonggaran dari pemilik tanah pengambilan “Right of way”
d.
Segala Kos urusan di atas di tanggung oleh Pihak Berkuasa
Tempatan dengan kerjasama Agensi-agensi terlibat TANPA di tuntut kepada Pemilik
Tanah yang terlibat.
e.
Pihak Berkuasa Tempatan, menyegerakan URUSAN mengemaskini
DATA-DATA pemilik tanah dan Pembangunan yang berlaku TIDAK mengikut Syarat dan
TERMA.
f.
Semua pihak adalah di kehendaki berunding dan mendapatkan
kata putus yang Adil, Situasi “menang-menang” dan TERATUR.
No comments:
Post a Comment