Wednesday, January 7, 2015

MELAYU ADALAH BUMIPUTERA ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK.

MELAYU ADALAH BUMIPUTERA ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK.
Berkenaan dengan Orang Asli, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Orang Asli dikenali juga sebagai Proto-Malay.
Nama 'Orang Asli' sendiri merupakan sebuah terma umum kerana ia sebenarnya merujuk kepada tiga (3) kelompok iaitu Semang (Negrito), Senoi dan Aborigine Malay.
Di bawah 3 kelompok ini pula mereka terbahagi lagi kepada beberapa sub-etnik.
Contoh sub-etnik di bawah Aborigine Malay adalah Kuala, Kanak, Jakun dan Temuan. Aborigine Malay yang tinggal di persisiran pantai dan menjalankan aktiviti perdagangan dan pelayaran adalah lebih maju dan terdedah kepada hubungan antarabangsa. Mereka kemudian menjadi Deutro-Malay.
Oleh itu, Orang Asli dan Melayu saling berkait dan mempunyai hubungan yang dekat.
Contoh paling dekat yang dapat dilihat adalah kewujudan Suku Biduanda di Negeri Sembilan. Suku Biduanda merupakan hasil perkahwinan campuran antara Orang Asli di negeri berkenaan dengan Suku Minangkabau yang berhijrah dari Pagaruyung di Sumatera (Rujuk A. Samad Idris (1990)
"Payung Terkembang" Pustaka Budiman).
Berkenaan dengan isu Bumiputera Sabah dan sarawak, kita rujuk pula senarai etnik-etnik yang terdapat di kedua-dua negeri berkenaan berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan :
Bumiputera Sabah
Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, ,Melayu, Lain-lain Bumiputera
Bumiputera Sarawak
Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain Bumiputera
Nah, dapat dilihat bahawa Melayu juga membentuk sebahagian daripada bumiputera di Negeri Sabah dan Sarawak. Jadi bagaimana pula saudara-mara mereka di semenanjung boleh dituduh sebagai pendatang pula?
Kaum Bidayuh yang terdapat di Kuching boleh juga ditemui di Sambas.
Kaum Iban juga banyak terdapat di Kalimantan Barat.
Begitu juga kaum Murut yang boleh di temui di Kalimantan Timur.
Jadi adakah ini bermaksud selepas ini mereka boleh menuduh kaum Dayak juga adalah pendatang dari Indonesia pula?
Sebagai sebuah parti yang mendakwa bukan berasaskan perkauman dan terbuka untuk semua seperti Gerakan dan DAP, bukankah lebih baik dalam persidangan tahunan parti, mereka membuktikan perkara tersebut daripada sibuk memutarbelitkan sejarah negara amnya dan Melayu khasnya?
Masih tidak kedengaran dari mulut Gerakan mahupun DAP mengenai sokongan mereka terhadap usaha untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan biarpun mereka paling lantang mengaku sebagai "Malaysian First, Chinese Second". Mengapa pula mereka seringkali mendesak agar peruntukan untuk Sekolah Vernakular bagi kaum-kaum tertentu dinaikkan?
Sedangkan kaum-kaum lain seperti Melayu, Orang Asli, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Bidayuh, Melanau, Bisaya, Kelabit, Kayan, Kenyah, Rungus, dan sebagainya semuanya pergi ke Sekolah Kebangsaan.
Siapa yang sebenarnya Malaysian First??!
Jika sebelum persidangan bermula, Presiden Gerakan iaitu Mah Siew Keong ada menyatakan yang ahli dan pemimpin parti Gerakan yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman akan dikenakan hukuman berat termasuk dipecat, serta mencadangkan agar parti-parti komponen pemerintah yang lain untuk turut mengambil tindakan serupa.
Tetapi sehingga kini, masih belum keluar sebarang kenyataan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap kenyataan yang telah diucapkan oleh Tan Lian Hoe dan Tan Lai Soon sebelum ini.
Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu tuduhan Melayu berasal dari Indonesia, kerana perkara ini telah ditulis dan diulas panjang dalam buku "Membongkar Rahsia Dunia Melayu" yang akan diterbitkan kelak di bawah tajuk "Penghijrahan di Alam Melayu".
Sebagai tambahan, dua artikel lama boleh juga dirujuk dan dibaca kerana turut berkaitan :

No comments:

Post a Comment