TAJUK
PERUTUSAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
KATA ALU - ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
PENGENALAN
TUJUAN GARIS PANDUAN
PENUBUHAN MPP WP
OBJEKTIF MPP WP
FUNGSI UMUM MPP WP
KEAHLIAN, STRUKTUR DAN TANGGUNGJAWAB MPP WP
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MPP WP
KRITERIA PEMILIHAN AHLI MPP WP
PROSES PEMILIHAN AHLI MPP WP
TEMPOH PERKHIDMATAN AHLI
PENAMATAN PERKHIDMATAN AHLI
PENTADBIRAN
PROGRAM DAN AKTIVITI
KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
PERUNTUKAN AM
PENUTUP
ISI KANDUNGAN
PERUTUSAN
YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
_________________________________________________________________
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
maka Garis Panduan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) ini dapat
disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli MPP WP.
Penerbitan garis panduan bagi siri kedua ini merupakan penambahbaikan kepada penerbitan
yang telah dicetak pada tahun 2010 dalam usaha Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan
penerangan dan gambaran yang jelas mengenai penubuhan dan pengurusan MPP WP di Wilayah Persekutuan.
Secara asasnya, ahli MPP WP akan berfungsi sebagai penghubung di antara Kerajaan dan komuniti setempat dalam melaksanakan
pelbagai program kemasyarakatan dan modal insan.
Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan akan mengambil kira penglibatan
pelbagai lapisan masyarakat supaya golongan sasaran yang menerimanya bersifat menyeluruh.
Penubuhan MPP WP turut mengambilkira keperluan semasa masyarakat bandar, perbezaan demografi dan iklim sosio politik penduduk
di Wilayah Persekutuan keseluruhannya.
Aspirasi penubuhan MPP WP juga adalah selaras dengan usaha Kerajaan dalam memenuhi
keperluan Local Agenda (LA21) iaitu
menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif Persatuan Penduduk, badan bukan Kerajaan, pihak
swasta dan agensi-agensi Kerajaan yang lain.
Sehubungan itu, saya berharap agar garis panduan ini dapat dijadikan panduan kepada ahli-ahli MPP WP dalam mentadbir dan
melaksanakan program-program pembangunan modal insan bersama komuniti setempat dalam usaha menjadikan Wilayah Persekutuan
Maju dan Sejahtera menjelang 2020.
Sekian, terima kasih.
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
KATA ALU - ALUAN
YBHG. DATUK SERI ADNAN BIN HJ. MD. IKSHAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
______________________________________________________________
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Wilayah
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya garis panduan ini dapat
ditambahbaik dan disediakan sebagai panduan kepada ahli-ahli Majlis Perwakilan
Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP), Pihak Berkuasa Tempatan iaitu
Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi
Kerajaan yang terlibat secara tidak langsung dengan pelaksanaan MPP WP di Wilayah Persekutuan ini.
MPP WP telah ditubuhkan khas untuk meningkatkan pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan
Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran yang sistematik dan terancang.
Ia bersandarkan harapan agar komuniti
diberi pengupayaan (empowerment) untuk memimpin dan mentadbir kelompok komuniti sendiri agar ia berkembang menjadi
sebuah masyarakat bandar yang sejahtera.
Semoga MPP WP ini menjadi satu platform kepada masyarakat bandar melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan modal
insan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum.
Sekali gus ia membantu Pihak Berkuasa
Tempatan menangani isu-isu perbandaran dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan antara Kerajaan dan rakyat.
Adalah diharapkan agar garis panduan ini dihayati dan menjadi panduan bagi menguruskan pentadbiran MPP WP.
Semoga
usaha murni ini dapat melonjakkan kualiti perkhidmatan daripada komuniti kepada komuniti sendiri.
Sekian.
ADNAN BIN HAJI MD. IKSHAN
1
MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN
(MPP WP)
PENGENALAN
Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) adalah satu entiti yang diwujudkan secara pentadbiran
dan dianggotai oleh masyarakat setempat. Struktur Komuniti ini bertujuan memantau pelaksanaan program-program
kemasyarakatan dan modal insan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di samping menangani
isu–isu perbandaran dan penyampaian perkhidmatan secara berterusan di dalam kawasan pentadbiran Wilayah
Persekutuan.
Majlis ini juga turut berperanan dalam menentukan keperluan penduduk setempat dalam pembangunan,
kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan di bandar.
TUJUAN BUKU GARIS PANDUAN
Garis Panduan Penubuhan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) ini adalah sebagai rujukan
kepada PBT di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk menubuhkan dan melaksanakan MPP WP di
kawasan pentadbiran masing-masing.
PENUBUHAN MPP WP
1. Dalam usaha mewujudkan masyarakat bandar yang bersatu-padu dan sejahtera, Kementerian Wilayah Persekutuan
telah menubuhkan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) pada tahun 2011 di Putrajaya.
MPKB merupakan
salah satu mekanisme penghubung di antara Kerajaan dan komuniti setempat.
Melalui MPKB, program-program pembangunan modal insan dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan sehingga ke
peringkat akar umbi, sekali gus dapat membantu menangani isu-isu perbandaran selaras dengan hasrat Kerajaan
untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT di Wilayah Persekutuan.
2. Selaras dengan penyusunan semula fungsi KWP selepas Pilihan raya Umum
ke-13, nama MPKB telah ditukar kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah
Persekutuan (MPP WP).
Penubuhan MPP WP adalah bagi meningkatkan
pengupayaan dan penyertaan masyarakat bandar dalam pembangunan
Wilayah Persekutuan melalui struktur pentadbiran masyarakat yang tersusun
dan sistematik.
MPP WP dibahagikan kepada dua wilayah iaitu
MPP WP Kuala Lumpur di
bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (
DBKL) dan
MPP WP Putrajaya
di bawah Perbadanan Putrajaya (
PPj).
3
Memastikan semua aktiviti
modal insan dan
kemasyarakatan dilaksanakan ke
peringkat akar umbi
Mewujudkan struktur komuniti
WP yang mampu mengawalselia
masyarakat setempat
Memastikan isu-isu
perbandaran ditangani
segera dan seterusnya
meningkatkan penyampaian
perkhidmatan PBT
Menggalakkan penyertaan awam
dan penduduk setempat dalam
pengurusan dan pembangunan WP (self-governance community)
OBJEKTIF MPP WP
4
Fungsi
MPP WP
Menyelaras
pelaksanaan dasar,
strategi dan isu-isu
berkaitan
pembangunan
komuniti.
Meningkatkan
perpaduan di
kalangan masyarakat
bandar melalui
penglibatan aktif
dalam aktiviti
kemasyarakatan.
Mengesyorkan
program dan aktiviti
bagi meningkatkan
kesejahteraan
masyarakat
di Wilayah
Persekutuan.
Menyelaras
pelaksanaan
program dan
aktiviti kesejahteraan
bandar di peringkat zon dan
sub zon secara sistematik
dan bersepadu
selaras dengan
dasar-dasar
Kerajaan
Menyalurkan
maklumat,
maklumbalas, aduan,
masalah, permintaan
atau keperluan
penduduk dari peringkat
akar umbi kepada
Kementerian
dan PBT.
FUNGSI UMUM MPP WP
5
KEAHLIAN, STRUKTUR & BERTANGUNGJAWAB MPP WP
Struktur MPP WP:
Struktur MPP WP dibahagi kepada empat (4) peringkat iaitu:
- MPP WP Pusat;
- MPP WP PBT (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Perbadanan Putrajaya);
- MPP WP Zon;
- dan
MPP WP Sub Zon.
6
KEAHLIAN MPP WP
KEAHLIAN MPP WP PUSAT, MPP WP PBT, MPP WP ZON,
MPP WP SUB ZON
Pengerusi
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Bandar Kuala Lumpur/
Presiden Perbadanan Putrajaya/
Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon Pengerusi Sub Zon
Timbalan
Pengerusi
i. Timbalan Menteri
Wilayah Persekutuan
ii. Ketua Setiausaha
Kementerian
Ketua Pengarah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur/
Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Bandar, Perbadanan Putrajaya
Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon, Timbalan Pengerusi Sub Zon,
Setiausaha
Setiausaha Bahagian yang
dipertanggungjawabkan
dengan Pembangunan
Komuniti
Pengarah, Jabatan Pengurusan
Perumahan dan Pembangunan
Komuniti, DBKL
Timbalan Pengarah,Jabatan
Perkhidmatan Bandar,
Perbadanan Putrajaya Seorang yang dipilih daripada Pengerusi MPP WP Sub Zon
Setiausaha Sub Zon
Pegawai
Perhubungan
Ketua Unit Komunikasi
Korporat Kementerian
Pengarah Bahagian, Komunikasi
Korporat PBT yang berkenaan Pengurus Kawasan DBKL Tiada
Ahli-Ahli*
• Datuk Bandar Kuala Lumpur
• Presiden Perbadanan
Putrajaya
• Timbalan Ketua
Setiausaha, yang
dipertanggungjawabkan
dengan Pembangunan
Komuniti
• Ketua-ketua Jabatan atau
Agensi berkaitan yang
ditentukan oleh Pengerusi
• Semua Pengerusi MPP
WP Zon
• Ketua-ketua Jabatan atau
Agensi berkaitan yang
ditentukan oleh Pengerusi
• Ketua-ketua Jabatan di
DBKL/ Ketua Penolong
Pengarah di Perbadanan
Putrajaya
• Pengurus kawasan di DBKL/
Pegawai Kawasan di PPj
• Pengerusi MPP WP Zon
• Seorang wakil dari setiap
MPP Zon
(ditentukan oleh Pengerusi
MPP Zon)
3 orang wakil sub zon atau
penduduk
8 ahli Biro:
• Biro Kesejahteraan Bandar
• Biro Kebersihan & Kesihatan
• Biro Sosial & Sukan
• Biro ICT & e-Komuniti
• Biro Ekonomi &
Pembangunan
• Biro Pendidikan & Modal
Insan
• Biro Aduan & Kebajikan
• Biro Keselamatan
4 orang wakil penduduk
8 ahli Biro:
• Biro Kesejahteraan Bandar
• Biro Kebersihan & Kesihatan
• Biro Sosial & Sukan
• Biro ICT & e-Komuniti
• Biro Ekonomi &
• Pembangunan
• Biro Pendidikan & Modal Insan
• Biro Aduan & Kebajikan
• Biro Keselamatan
7
Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan
(Peringkat Pusat)
PENGERUSI
Menteri Wilayah Persekutuan
PEGAWAI
PERHUBUNGAN
Ketua Unit Komunikasi
Korporat Kementerian
TIMBALAN PENGERUSI
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
SETIAUSAHA
Setiausaha Bahagian yang
dipertanggungjawabkan
dengan pembangunan
komuniti
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Presiden Perbadanan Putrajaya
Timbalan Ketua Setiausaha yang
dipertanggungjawabkan dengan
pembangunan komuniti
Ketua-Ketua Agensi
KWP Pengerusi-Pengerusi MPP WP
(Peringkat Zon)
Kuala Lumpur/ Putrajaya
Pengerusi MPP WP Zon
Kementerian/ Jabatan/ Ketua-Ketua
Agensi Kerajaan Yang
Berkaitan
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi
berkaitan yang ditentukan oleh
Pengerusi
8
Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan
(
Peringkat PBT - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
PENGERUSI
Datuk Bandar Kuala Lumpur
SETIAUSAHA
Pengarah Jabatan Pengurusan
Perumahan & Pembangunan
Komuniti,
DBKL
TIMBALAN PENGERUSI
Ketua Pengarah,
DBKL
PEGAWAI
PERHUBUNGAN Pengarah Bahagian Komunikasi
Korporat DBKL Pengerusi MPP WP Zon Seorang wakil dari
setiap MPP WP Zon
(Ditentukan oleh
Pengerusi MPP WP Zon)
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi
berkaitan yang ditentukan oleh
Pengerusi
Ketua - ketua Jabatan PBT
yang berkaitan
Pengurus Kawasan/Pegawai
Zon
Ketua-Ketua Jabatan
DBKL
Kementerian/ Jabatan/
Ketua-Ketua Agensi
Kerajaan Yang Berkaitan
9
PENGERUSI
Presiden Perbadanan Putrajaya
SETIAUSAHA
Timbalan Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Bandar
PPj
TIMBALAN PENGERUSI
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Bandar
PPj
PEGAWAI PERHUBUNGAN
Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
PPj
Pengerusi MPP WP Zon Seorang wakil dari
setiap MPP WP Zon
(Ditentukan oleh
Pengerusi MPP WP Zon)
Ketua-ketua Jabatan atau Agensi
berkaitan yang ditentukan oleh
Pengerusi
Ketua - ketua Jabatan PBT
yang berkaitan
Pengurus Kawasan/Pegawai
Zon Ketua-Ketua Jabatan
PPj
Kementerian/ Jabatan/
Ketua-Ketua Agensi
Kerajaan Yang Berkaitan
Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan
(Peringkat PBT - Perbadanan Putrajaya)
10
Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (
Peringkat Zon)
PENGERUSI
Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon
PEGAWAI
PERHUBUNGAN
Pengurus Kawasan/
Pegawai Zon PBT
TIMBALAN PENGERUSI
Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon
SETIAUSAHA
Seorang yang dipilih daripada
Pengerusi MPP WP Sub Zon
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Tiga (3) orang wakil sub zon atau penduduk
8 ahli Biro:
Biro Kesejahteraan Bandar Biro Kebersihan & Kesihatan
Biro Sosial & Sukan
Biro Ekonomi & Pembangunan
Biro Aduan & Kebajikan
Biro ICT & e-Komuniti
Biro Pendidikan & Modal Insan
Biro Keselamatan
11
Struktur Organisasi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (
Peringkat Sub Zon)
PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
4 orang wakil penduduk
8 ahli Biro:
Biro Kesejahteraan Bandar Biro Kebersihan & Kesihatan
Biro Sosial & Sukan
Biro Ekonomi & Pembangunan
Biro Aduan & Kebajikan
Biro ICT & e-Komuniti
Biro Pendidikan & Modal Insan
Biro Keselamatan
12
Tanggungjawab MPP WP
Tanggungjawab bagi setiap peringkat MPP WP adalah seperti berikut:
MPP WP Pusat
• Mengadakan mesyuarat dua (2) kali setahun;
• Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi dan perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan
komuniti;
• Merancang dan mengesyorkan agihan peruntukan tahunan kepada MPP WP Zon dan Sub Zon untuk
perbelanjaan pengurusan serta program dan aktiviti;
• Merancang dan menyelaras program dan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh MPP WP dengan
kerjasama agensi kerajaan/swasta/badan bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain;
• Menyalurkan maklumat/maklum balas yang diterima dari semua MPP WP PBT kepada anggota mesyuarat;
dan
• Membuat keputusan berkaitan isu, permasalahan atau rayuan yang dibangkitkan di peringkat MPP WP PBT.
MPP WP PBT
• Mengadakan mesyuarat tiga (3) kali setahun;
• Melulus dan memantau program dan aktiviti yang hendak dijalankan oleh MPP WP Zon;
• Mengumpul maklumat/ maklum balas yang diterima daripada setiap MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon dan
membentangkan di mesyuarat MPP WP PBT dan MPP WP Pusat; dan
• Menyalurkan maklumat, dasar-dasar dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan komuniti
kepada penduduk melalui MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon.
13
MPP WP Zon
• Mengadakan mesyuarat empat (4) kali setahun;
• Menggalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang
diterima daripada penduduk untuk dilaporkan kepada MPP WP PBT;
• Menyalurkan maklumat yang diterima daripada KWP dan PBT kepada penduduk terutama perkara berkaitan
dasar-dasar kerajaan;
• Menyelaras dan memantau program dan aktiviti yang dijalankan oleh MPP WP Sub Zon;
• Menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti; dan
• Mengemukakan laporan mesyuarat MPP WP Zon kepada MPP WP PBT.
MPP WP Sub Zon
• Mengadakan mesyuarat enam (6) kali setahun;
• Menggalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan lain-lain yang
diterima daripada penduduk untuk dilaporkan kepada MPP WP Zon;
• Menyalurkan maklumat yang diterima daripada KWP dan PBT kepada penduduk terutama perkara berkaitan
dasar-dasar Kerajaan;
• Menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti; dan
• Mengemukakan laporan mesyuarat MPP WP Sub Zon kepada MPP WP Zon.
14
15
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MPP WP
Pengerusi/Timbalan Pengerusi
Tugas-tugas Pengerusi/ Timbalan Pengerusi adalah seperti yang berikut:
• Memastikan mesyuarat diadakan melalui tindakan berikut:
- Menentukan agenda dan tarikh Mesyuarat MPP WP;
- Mempengerusikan Mesyuarat MPP WP yang telah ditetapkan; dan
- Memastikan korum mesyuarat mencukupi sebelum mesyuarat diadakan.
• Memantau pelaksanaan program dan aktiviti MPP WP;
• Menguruskan pentadbiran MPP WP;
• Mengemukakan laporan setiap program dan aktiviti kepada MPP WP PBT dalam tempoh
dua (2) minggu selepas program dan aktiviti dilaksanakan;
• Timbalan Pengerusi Zon dan Sub Zon juga bertindak sebagai Bendahari dengan
bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan perakaunan.
16
Setiausaha MPP WP Pusat dan MPP WP PBT
Tugas-tugas Setiausaha MPP WP Pusat dan MPP WP PBT adalah seperti yang berikut:
• Mengeluarkan notis panggilan mesyuarat atas arahan Pengerusi;
• Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli mesyuarat dalam
tempoh tiga hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan;
• Menyediakan surat dan laporan yang berkaitan dengan program dan aktiviti MPP WP; dan
• Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam merancang dan memantau pelaksanaan
setiap program dan aktiviti MPP WP.
17
Setiausaha MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon
Tugas-tugas Setiausaha MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon adalah seperti
yang berikut:
• Bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran MPP WP;
• Menerima dan menjawab aduan secara online atau bertulis. Walau bagaimanapun bagi
aduan-aduan yang melibatkan dasar hendaklah dirujuk kepada MPP WP PBT terlebih dahulu;
Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran;
• Mencatat minit mesyuarat;
• Menyediakan laporan program dan aktiviti MPP WP Zon/MPP WP Sub Zon untuk dihantar
kepada MPP WP PBT;
• Memastikan segala kemudahan yang disediakan digunakan untuk tujuan rasmi; dan
• Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam merancang dan memantau pelaksanaan
setiap program dan aktiviti MPP WP.
18
Pegawai Perhubungan
Tugas-tugas Pegawai Perhubungan adalah seperti berikut:
• Mempromosikan program dan aktiviti MPP WP;dan
• Menyampaikan dasar, strategi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kesejahteraan
bandar kepada ahli-ahli MPP WP dan orang awam.
19
Tugas-tugas
AJK MPP WP adalah seperti yang berikut:
• Menjadi Pengerusi kepada mana-mana biro yang ditentukan oleh MPP WP;
• Membantu Pengerusi untuk menjayakan sesuatu program dan aktiviti;
• Menerima dan mengumpul maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan dan
lain-lain yang diterima daripada penduduk;
• Memberikan cadangan dan pandangan berhubung isu dan masalah setempat serta kaedah
untuk melaksanakan sesuatu program dan aktiviti; dan
• Memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan setiap program dan aktiviti MPP WP
dilaksanakan dengan berkesan.
Ahli Jawatankuasa (AJK)
21
KRITERIA PEMILIHAN AHLI MPP WP
Kriteria Pemilihan Ahli-ahli MPP WP
Peringkat Sub Zon
1. Warganegara Malaysia.
2.
Bermastautin di dalam kawasan sub zon dalam tempoh lantikan.
3. Umur minimum 18 tahun bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
(Umur
maksimum adalah 65 tahun).
4.
Pengundi berdaftar kecuali bagi ahli yang berumur kurang 21 tahun.
5. Tamat pendidikan
sekolah rendah atau yang setaraf dengannya.
6. Calon perlu membuat
pengesahan bebas daripada rekod jenayah, tidak muflis dan tidak terlibat dengan
penyalahgunaan dadah di dalam akuan bersumpah. Calon mestilah tidak disabitkan dengan apa-apa
kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya.
7. Mewakili semua kaum dan bangsa sealiran dengan konsep 1Malaysia dan komposisi anggota mengambil
kira
demografi penduduk sesuatu kawasan.
8. Bagi kakitangan Kerajaan perlu mendapatkan
kelulusan daripada Ketua Jabatan.
9. Wakil
Persatuan Penduduk perumahan awam dan swasta.
10. Wakil Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC).
11. Calon hendaklah sihat dari segi
mental dan fizikal serta bebas daripada penyakit kronik yang boleh
menjejaskan mutu perkhidmatan.
12. Individu berpengaruh atau ikon / model / tokoh masyarakat di sesuatu kawasan zon / sub zon.
13. Wakil pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang berdaftar dari kawasan setempat.
14.
Jawatankuasa Masjid/ Keagamaan.
15.
Wakil persatuan belia dan persatuan sukan.
16. Wakil persatuan berasaskan a
ktiviti ekonomi (persatuan peniaga/ penjaja).
22
Kriteria Pemilihan Ahli-ahli MPP WP
Peringkat Zon
1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di dalam kawasan zon dalam tempoh lantikan.
3. Pengundi berdaftar di kawasan zon berkaitan.
4. Umur minimum untuk dilantik sebagai ahli MPP WP Zon ialah 21 tahun dan umur maksimum adalah 65
tahun.
5. Tamat pendidikan sekolah rendah atau setaraf dengannya.
6. Calon hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal serta bebas daripada penyakit kronik yang boleh
menjejaskan mutu perkhidmatan.
7. Calon perlu membuat pengesahan bebas dari rekod jenayah, tidak muflis dan bebas dari penyalahgunaan
dadah di dalam akaun bersumpah. Calon mestilah tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang
boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya.
8. Mewakili semua kaum dan bangsa sealiran dengan konsep 1Malaysia dan komposisi ahli-ahli mengambil
kira demografi penduduk sesuatu kawasan.
9. Bagi kakitangan Kerajaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan.
10. Wakil Persatuan Penduduk perumahan awam dan swasta.
11. Wakil Joint Management Body (JMB)/ Management Corporation (MC).
12. Pengerusi MPP WP Zon terbuka kepada pengerusi dan ahli-ahli sub zon berdasarkan kesesuaian dengan
syarat jawatan pengerusi Zon hanya boleh dipegang oleh Pengerusi dan Setiausaha.
13. Ketua/Ahli parti Kerajaan Persekutuan boleh menjadi AJK selain Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan
Setiausaha.
14. Individu berpengaruh atau ikon / model / tokoh masyarakat di sesuatu kawasan zon / sub zon.
15. Pegawai penyelaras kawasan/pegawai PBT dilantik sebagai Liason Officer (LO).
16. Ahli Parlimen.
17. Jawatankuasa Masjid/ Keagamaan.
18. Wakil persatuan belia dan persatuan sukan.
19. Wakil persatuan berasaskan aktiviti ekonomi (persatuan peniaga/ penjaja).
23
24
Proses Pemilihan Ahli-Ahli MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon
PBT boleh mengemukakan senarai individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan kepada Kementerian.
Proses pemilihan bagi semua wakil di peringkat Zon dan Sub Zon adalah melalui Jawatankuasa Pemilihan Ahli
MPP WP yang dilaksanakan oleh PBT.
Setiap PBT perlu mengemukakan senarai nama yang telah mendapat pengesahan dan sokongan daripada
Datuk Bandar Kuala Lumpur/Presiden Perbadanan Putrajaya sebelum mengemukakan kepada Kementerian.
Senarai calon yang telah dihantar kepada Kementerian akan diangkat untuk dikemukakan kepada Menteri
Wilayah Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Tempoh Perkhidmatan Ahli-Ahli MPP WP
Tempoh maksimum lantikan ahli-ahli MPP WP bagi setiap penggal adalah selama dua (2) tahun.
Bagi jawatan
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha, lantikan semula adalah tidak melebihi dari 3 penggal.
Syarat
tempoh perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada ahli MPP WP di Peringkat Pusat dan PBT yang dilantik
atas jawatan rasmi.
25
PENAMATAN PERKHIDMATAN
Pelepasan Jawatan
Ahli-ahli MPP WP yang dilantik boleh melepaskan jawatan dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri
Wilayah Persekutuan.
Penamatan Jawatan
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha MPP WP PBT, MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon boleh
mengemukakan cadangan untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana ahli-ahli yang gagal melaksanakan
tanggungjawab kepada MPP WP Pusat.
Mana-mana ahli-ahli MPP WP
boleh dilucutkan hak keahliannya secara automatik jika didapati beliau :
- Hilang taraf kewarganegaraan Malaysia;
- Tidak lagi bermastautin di zon / sub zon tersebut;
- Diisytiharkan muflis;
- Disabitkan kesalahan atau suatu pertuduhan berkenaan dengan apa-apa kesalahannya
yang boleh dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya;
- Diperakukan oleh pengamal perubatan Kerajaan bahawa tidak berupaya dari segi
mental, fizikal atau menghidap penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi
perkhidmatan;
- Gagal hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah; atau
Lain-lain sebab yang diperakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.
- Penamatan yang dikeluarkan oleh Menteri adalah muktamad dan berkuat kuasa serta-merta.
26
27
PENTADBIRAN MPP WP
MPP WP boleh beroperasi di mana - mana pusat komuniti, dewan serbaguna dan pusat orang ramai yang
bersesuaian dengan komuniti setempat.
Mesyuarat
Mesyuarat hendaklah diadakan seperti jadual di bawah:
- Sebarang mesyuarat yang hendak diadakan perlu memberi notis secara bertulis. Walau bagaimanapun,
mesyuarat tergempar boleh diadakan dengan persetujuan Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh
daripada jumlah ahli.
- Keputusan yang dibuat terhadap sebarang isu yang ditimbulkan di dalam mesyuarat hendaklah dibuat
dengan cara undian majoriti.
- Jika terdapat keputusan seri, Pengerusi MPP WP mempunyai kuasa penuh
untuk membuat undi pemutus.
- Semua minit mesyuarat hendaklah disimpan/ difailkan bagi tujuan rekod.
- Salinan minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli MPP WP.
PERINGKAT MPP WP KEKERAPAN MESYUARAT
- Pusat 2 kali setahun
- PBT 3 kali setahun
- Zon 4 kali setahun
- Sub Zon 6 kali setahun
28
Korum
Korum sesuatu mesyuarat yang diadakan hendaklah sekurang-sekurangnya
dua pertiga (2/3) daripada
ahli-ahli MPP yang berkenaan.
Laporan Tahunan
Laporan tahunan program dan aktiviti MPP WP Zon dan MPP WP Sub Zon hendaklah disediakan dan
dihantar kepada KWP pada
30 Januari setiap tahun.
PROGRAM DAN AKTIVITI MPP WP
- Semua program dan aktiviti yang akan dilaksanakan perlu dirancang bagi tempoh satu tahun.
- Setiap program dan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun hendaklah dihantar berserta
anggaran bajet kepada PBT.
- Semua program dan aktiviti mesti dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli MPP WP di setiap
peringkat terlebih dahulu.
- Setiap program dan aktiviti yang hendak dijalankan di Peringkat MPP WP Sub Zon perlu
dibincangkan bersama MPP WP Zon supaya tiada pertindihan aktiviti yang dijalankan.
- Semua program dan aktiviti hanya boleh dijalankan selepas mendapat kelulusan MPP WP Pusat.
- Laporan program dan aktiviti hendaklah dikemukakan kepada PBT dua (2) minggu selepas
program.
29
PROGRAM DAN AKTIVITI MPP WP
30
Sumber / Peruntukan Kewangan
- MPP WP Zon dan Sub Zon akan menerima peruntukan dalam bentuk geran dan dipantau oleh KWP,
MPP WP Pusat dan PBT.
- Kedua-dua peringkat MPP WP ini bertanggungjawab untuk melaporkan
setiap program/aktiviti dan laporan perlu dibentangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Penyelarasan
MPP WP.
- Semua agihan peruntukan yang diberikan hendaklah dibelanjakan dalam tahun semasa.
- Sekiranya
peruntukan tersebut tidak dibelanjakan mengikut perancangan program dan aktiviti yang telah
diluluskan atau tidak mematuhi peraturan kewangan yang telah ditetapkan, maka KWP berhak untuk
menahan atau menyekat pemberian peruntukan seterusnya.
- KWP juga berhak menarik balik peruntukan sekiranya laporan bergambar program dan aktiviti yang
diterima tidak lengkap.
KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
31
PERUNTUKAN AM MPP WP
MPP WP
Pusat boleh meminda atau mengubah mana-mana peruntukan di dalam garis panduan ini pada
bila-bila masa mengikut keperluan.
Jika terdapat apa-apa pertikaian mengenai tafsiran, pengertian, maksud atau erti mana-mana perkara dalam
garis panduan, maka tafsiran, pengertian, maksud atau erti yang ditentukan dan ditetapkan oleh MPP WP
Pusat adalah muktamad.
PENUTUP
Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan asas dan rujukan dalam membantu KWP, PBT dan pihak-pihak
yang berkaitan dalam mewujudkan dan memantapkan lagi penubuhan MPP WP di semua peringkat dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kementerian Wilayah Persekutuan. Putrajaya
Mac 2014
rujuk
http://www.mppwp.org.my/wp-content/themes/help/files/FINAL-1.pdf