Wednesday, April 6, 2011

Meeting Pegawai Khas (Teknikal) Kementerian WP dan Kesejahteraan Bandar


TARIKH ;        1 HB APR 2011
MASA ;-         10.00 PAGI
TEMPAT;-       PEJABAT  PEGAWAI KHAS (TEKNIKAL)
                        MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN & KESEJAHTERAAN BANDAR
TINGKAT  7, MENARA DBKL, JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR

HADIRAN:-    En Sulaiman b Mohamed                      Pegawai Khas Menteri
                        En Mohd Amir Fisal                             YDP Persatuan Penduduk
Kampung Padang Balang Hilir (PPKg PBH)
                        Pn Rosni bt Mokhtar                            Ketua Wanita / Bendahari
(PPKg PBH), Sentul, KL
TAJUK AJENDA;-
1.      Bagaimana Pendirian Penduduk Kampung-kampung Tradisi umumnya ( Khasnya Penduduk Kg Padang Balang)  terhadap Plan pembangunan oleh Perunding DBKL dan Jabatan Pelan Induk pada rundingan awal berkenaan Draft KLDCP 2020.
2.      Peranan dan pendekatan cara  pihak Perunding dan Jabatan Pelan Induk, menjalankan Tugas sehingga berlaku Salah Anggap serta Bantahan secara Total oleh Penduduk.
3.      Cadangan Penduduk membentukkan suatu keputusan dan plan perancangan yang dikehendaki Penduduk yang mana boleh pihak Kementerian ambil kira dan pertimbangkan.
4.      Bagaimana “UNIT PEMBANGUNAN KG TRADISI DAN KG BARU” KWPKB, PUTRAJAYA, boleh memainkan peranan untuk membantu membangunkan Kampung-kampung tersebut.
 
1.1. Bantahan Penduduk terhadap Draft KLDCP 2020

1.1.1.        Penduduk Kg Padang Balang Khasnya, membantah keseluruhan adalah berfakta kepada beberapa perkara yang relevan .
(rujuk kepada surat dan Memorandum AWAL)
1.1.2.        Hampir setiap Perbincangan dan Seminar dihadiri oleh YDP PPkg PBH, sering memberi cadangan dan pandangan, amat kesal kerana pihak yang berkenaan telah menolak perkara tersebut.           
1.1.3         Amat menyedihkan kerana setiap surat dan memorandum dari PPkg PBH dan Pertubuhan NGO yang lain, tidak dilayan dan dibalas.

2.1   Cara  pihak Perunding dan Jabatan Pelan Induk, menjalankan Tugas

2.1.1         Cara dan sistem Pihak perunding dan Jabatan Pelan Induk (PPnJPI) mengunakan taktik Divided and Rule”, tidak dapat mematahkan semangat juang oleh penduduk Kampung terhadap pendirian mereka.
2.1.2         Pihak (PPnJPI) terbabit terlupa, yang mereka berhadap adalah dikalangan sebangsa mereka yang kaya dengan BUDI Bahasa dan Pekerti serta adalah paling mudah Toleransi dengan bersikap Kerjasama dan Gotong royong.
2.1.3         Kurangnya Pihak(PPnJPI)  terbabit menjalankan kerja-kerja Groundwork, dan kajian menyeluruh serta masa yang dilaksanakan seperti berkeadaan tergesa-gesa dan seperti memaksa, amat tidak sesuai kepada Penduduk majoriti berbangsa Melayu dan Islam.
2.1.4         Prosedur dan Terma dicampur aduk, sehingga mereka (PPnJPI) terlupa perkara yang sepatut di dahulu tidak dilaksanakan. Tidak mengunakan Saluran dan Pihak berwajib serta diamanahkan oleh Penduduk, tidak diguna pakai serta dipandang rendah.

 
2.1.5         Isu di atas, tidak boleh diPOLITIK kan, oleh mana-mana pihak (PPnJPI), yang telah memporak-perandakan perbincangan dan menambah sulit serta diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2.1.6         Kenyataan Menteri berkenaan status tanah yang boleh dirombak sesukahati demi kepentingan individu, rujuk minit mesyuarat Wakil-wakil  Penduduk bersama KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Putrajaya, pada 22 Dis 2010.

3.1.  Cadangan Penduduk Pembangunan yang dikehendaki.

3.1.1    Mohon Menteri Wilayah Persekutuan menyegerakan tindakan mengazetkan dalam Parlimen, Nama-Nama Kampung dan Persempadanan masing-masing tujuan memudahkan urusan pentadbiran.
3.1.2      Mengenalpasti setiap Persatuan Penduduk yang berdaftar diberi tanggungjawab kepada setiap Kampung tersebut (i.e:- satu Kg = satu Persatuan) dan mereka diberi suatu bidang kuasa dan dianugerahkan  Elaun dan kepentingan kebajikan mereka sewajarnya (tertakluk Keadaan Luas dan beban kerja) dibawah Jagaan Unit Pembangunan Kg Tradisi dan Kg Baru KWPKB.  
3.1.3         Menubuhkan “ PERTUBUHAN KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI MELAYU WPKL”, dengan mengabungkan kampung-kampung di kawasan WPKL. Sebagai badan bertindak mewakili dan membuat DASAR untuk disatukan dan memudahkan Kampung-kampung terlibat menjalankan tugas dan melaksankan perkara.
3.1.4         Menjemput DBKL, JKPTG(WP), JUPEM(WP), PTG(WP), POLIS, JAWI, BAITULMAL(WP),TNB,TELEKOM,SYABAS dan ajensi-ajensi Kerajaan dan Swasta, membantu Pertubuhan ini menyelaras dan sebagai PENASIHAT memudahkan perkara.


4.1    “UNIT PEMBANGUNAN KG TRADISI DAN KG BARU” KWPKB,

4.1.1         Pihak KWPKB dikehendaki dengan mengadakan kemudahan serta membiayai segala kos menukar ‘status tanah’ pertanian kepada bangunan dan memberimilik kepada setiap nama pemilik yang mana terdapat geran tanah berkongsian (Undivided share gran ) kepada pemilikan tunggal ( Single gran) atau perkara berbangkit .

4.1.2.        Di atas kajian dan pandangan dari pihak tertentu, YDP PPkg PBH dimaklumkan dan telah memahami, bahawa terdapat peruntukkan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membangunkan “Kampung Tradisi”, maka dengan mengunakan Unit ini sebagai penyelengara dan pelaksanakan, KWPKB boleh membuat permohonan tersebut.

4.1.3         Agensi-agensi Kerajaan dan Penyedia Perkhidmatan telah dimaklumkan perkara tersebut dan telah berjanji kepada YDP PPKg PBH, akan membantu dan memberi sokongan atas permintaan beliau.

4.1.4.        Satu deraf Pembangunan akan di adakan setelah perkara di atas selesai dilaksanakan, ianya tertakluk kepada perbincangan bersama dan mendapat nasihat dari pihak-pihak berkepentingan dan pihak yang melaksanakan program mengikut sistem kerjasama
“win-win situation” 

catatan ini disediakan oleh ;    ydp ppkg pbh

tarikh;           apr 2011.


mohd aMIR fISAL  -    ydp ppkg pbh    

rosni bt mokhtar   -   ketua wanita ppkg pbh

                                                               
                                                                  

No comments:

Post a Comment