Sunday, February 20, 2011

Mount Ophir ( GUNUNG LEDANG)

MANUSKRIP MELAYU

"Bermula adalah asal raja Bugis yang mengembara ka-sabelah barat daripada pehak tanah sa-belah Bugis ada-lah asal-nya sa-orang raja perempuan: nama negeri-nya Luwok, nama raja-nya itu Sat Malangkaii; ada-lah Sat Malangkaii itu pada sa-tengah kaul orang Bugis keturunan Puteri Balkis, konon, di-dalam pada itu Allah s.w.t. yang terlebeh tahu akan hakikat al-lamur kalhatha, kerana Balkis itu di-negeri Siba, pehak Yaman, anak raja Jin jadi isteri Nabi Allah Sulaiman..." (Tuhfat An-Nafis - Raja Ali Haji - Malaysia Publications Ltd, Singapura, 1965).

CATATAN BARAT

Walaupun ramai yang tidak percaya, pengembara seperti Sebastian Cabot menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran OPHIR cuba ke Maluku pada 1526 M tapi rancangan itu dibatalkan, dan Ruy Lopez de Villalobos mengembara dari Mexico ke Filipina pada 1542 M.

Pada kurun ke 16, ketika Mendes Pinto mencari "Pulau Emas misteri" di Asia Tenggara, mendakwa bahawa sesetegah orang sama ada di Malaya atau Sumatra "menyatakan bahawa menurut apa yang mereka baca dalam hikayat-hikayat (chronicles) bahawa puteri Saba' (queen of Sheba) pernah mempunyai pangkalan dagang di sana yang membekalkan kepada baginda.. dengan kuantiti emas yang banyak, (emas itu) telah baginda sumbangkan kepada Haikal Sulaiman (the temple of Jerusalem) ketika baginda melawat Raja Sulaiman".

Kedudukan OPHIR di Malaya dan Sumatra tidak bercanggah, kerana ramai orang di zaman Renaissance percaya bahawa Selat Melaka yang memisahkan Sumatra dan Malaya tidak wujud hinggalah setelah zaman Ptolemy (kurun ke 2). Maka Sumatra dari segi ini berada di kawasan selatan SEMENANJUNG EMAS pada zaman Nabi Musa AS (Biblical days).

.. kiasan-kiasan "pulau-pulau emas" yang termaktub dalam Ramayana dan rujukan-rujukan yang serupa dari para penulis Barat yang awal seperti Pomponius Mela, tentulah berdasarkan pengetahuan yang sebenar mengenai Malaya, Sumatra dan pulau-pulau lain Indonesia.

Penemuan beberapa pulau Caribbean oleh Columbus (ditunjukkan oleh Panglima Awang yang ditawan) adalah selaras dengan pemikiran silam.. bahawa timur Asia dan barat Amerika Utara adalah tanah yang satu (satu benua). (Early Mapping of South East Asia - Thomas Suarez).

UNTUK DIBINCANGKAN

Sejak zaman silam, kaum Yahudi dan Nasrani mencari OPHIR kerana hal yang termaklum, EMAS. Namun (setakat saya tahu) tidak ada bumi lain yang dinamakan dengan EMAS di zaman silam melainkan Nusantara ini. Walaupun begitu, nama OPHIR muncul di banyak negara di atas muka bumi ini dan para pengkaji Barat telah melakukan ekspedisi-ekspedisi ke tempat-tempat berkaitan, nampaknya mereka tidak jumpa EMAS "yang banyak".

Yang menarik ialah hakikat bahawa di Semenanjung Tanah Melayu terdapat MOUNT OPHIR (GUNUNG LEDANG) yang menjadi "sempadan tiga negeri". Adakah OPHIR yang mereka cari itu sebenarnya adalah GUNUNG LEDANG? Adakah OPHIR juga merupakan MISTERI yang terpendam sebagaimana MISTERI MELAYU?

_________________
Berikut adalah pautan ke Siri Pertama AKAR MELAYU:

15 comments:

  1. Sebelum itu..Kita mesti tahu APA KAH KAITAN NEGERI SAMUDERA PASAI...Dengan Nama nya.Kenapa kah di nama kan SAMUDERA ????.Samudera dalam Bahasa Sankrit adalah "LAUT BESAR".Jika kita renungkan PETA DUNIA TAHUN 3000 BC...Kita tahu bahawa SAMUD...ERA adalah MEMANG SAMUDERA/LAUT.Selat Melaka waktu MEMANG TIADA....Jika ada pun, orang bolih berjalan kaki !!!!.Selat Melaka ini ada SETELAH BANJIR BESAR.Saya beri contoh....Batu,pokok dan Tumbuhan di Tanjung Tuan, Port Dickson ADALAH SAMA DENGAN , Batu ,Pokok dan Tumbuhan di SELAT BERHALA, JAMBI !!!!.Jarak antara Kedua tempat ini ADALAH 400 KM.....Macamana yer ????.Ini menunjukan SELAT BERHALA TELAH HANYUT SEJAUH 400 KM KE TENGAH LAUT !!!!.SELAT BERHALA ITU TERLETAK DI PULAU SUMATERA...Dengan lain Perkataan PULAU SUMATERA TELAH HANYUT MENINGGAL KAN "IBU NYA" IAITU PENTAS SUNDA !!!!.Zaman saya kecil dahulu...TERKENANG DI ZAMAN DULU !!!!.Bonda saya pernah katakan !!!.Daratan yang kita tinggal ini adalah Laut dan Lautan itu adalah Daratan !!!Termenung saya...50/50 saya nak PERCAYA !!!.Tetapi bila Dewasa, saya baca banyak Buku Sains dan Sejarah...Saya akui KATA BONDA SAYA..BENAR !!!!.

    ReplyDelete
  2. Kajian Sains mengatakan LANGIT dan BUMI adalah SATU !!!.Selepas BIG BANG, MEREKA BERPISAH....Ini TERTULIS DALAM AL QURAN !!!.Kajian Sains juga mengatakan Semasa Nabi Noh AS TERJADI BANJIR BESAR SELUROH DUNIA dan Ini juga tertulis dalam Al Q...uran !!!.Bila BANJIR BESAR SELAMA 400 TAHUN, Semua sistem Suhu,Solar dan Infrasuktur RANAP....Bumi menjadi TERBALIK sistem nya...UTARA menjadi SELATAN, dan SELATAN menjadi UTARA....DARATAN menjadi LAUT, LAUT PULA MENJADI DARATAN !!!.Allah swt TUNJUKAN KEPADA SAYA, KULIT SIPUT dan KULIT KERANG BERADA DI PUNCAK GUNONG LEDANG. PADA KETINGGIAN 4000 KAKI !!!!.Agak Agak kita lah....bolih ker siput dan kerang ini BERJALAN hingga ke Puncak Gunong Ledang !!!!.BOLIH JIKA SAYA YANG BAWA !!!.Tapi jika siput ini merangkak sendiri, bolih kah ????MUSTAHIL, Kerana baru sampai di Pantai, lebih kurang 1 batu, Dia dah mati kerana kepansan matahari !!!!.Seorang Saintis German berugama YAHUDI KUNO, sangat faseh bahasa Ibrani memberitahu pada Anak Angkat saya, GUIDE Gunong Ledang, Bahawa GUNONG LEDANG ADALAH PULAU PADA ZAMAN DAHULU !!!Dan tertulis dalam Kitab Zabur, Gunong Ophir antara 4 puncak Gunong yang TIDAK TENGGELAM SEMASA BANJIR BESAR ITU !!!.

    ReplyDelete
  3. Jika kita perhatikan pula BANJARAN TITI WANGSA, Pengakhir nya adalah GUNONG DATUK, REMBAU....Antara Gunong Datuk hingga Gunong Ledang...Tanah Pamah iaitu Daerah Gemencheh dan Gemas....Mengapakah ini TERPUTUS ????.Pada saya, SEMPADAN LAUT PA...DA ZAMAN SEBELUM BANJIR BESAR IALAH DI KAKI GUNONG DATUK.....Negeri Melaka,Negeri Sembilan dan Johor ADALAH LAUT !!!.Setelah itu AIR NAIK, MEMASUKI LURAH ANTARA PENTAS SUNDA DAN BUKIT SERINDIP/SUMATERA...Menolak sumatera/Serindip ke LAUT BESAR...Bertambah lagi Letupan demi Letupan Gunong Berapi...menyebab kan Sumatera/Serindip...menjadi Pulau.Dan terbentuk lah SELAI MALAI/MADAI/MALAKAT/MALAKA/MELAKA....Jika Umor Panjang, Pulau Sumatera ini AKAN MENGHENTAM PULAU JAWA...Ada kemungkina Pulau Jawa dan Pulau Sumatera...MENJADI SATU !!!!.

    ReplyDelete
  4. Pulau Jawa di masa akan datang:

    JAKARTA AKAN TENGGELAM BERSAMA 115 PULAU

    Perubahan iklim global bisa menenggelamkan 115 pulau di Indonesia. Ibukota negara pun akan ten...ggelam dan lebih aman jika pindah ke Pulau Kalimantan.

    Wakil Ketua Pokja Adaptasi Dewan Nasional Perubahan Iklim Dr Armi Susandi menyatakan kenaikan permukaan air laut sebagai dampak perubahan iklim global mampu menenggelamkan wilayah pesisir RI. Ibukota Jakarta juga bisa tenggelam jika tidak ada penanganan serius.

    Oleh karena itu ia setuju ibukota dipindahkan ke Kalimantan. “Ide yang sangat bagus jika Jakarta bisa dipindahkan ke Kalimantan pada 2030 sebagai ibukota negara, karena potensi tingkat bahaya yang lebih rendah. Jakarta juga sudah sangat padat dan mencemari lingkungan,” ujarnya saat ditemui di Kampus UI Depok kemarin.

    Armi yang juga dosen Fakultas Ilmu dan Teknologi Kebumian ITB mengatakan, kajian juga menunjukkan ada 115 pulau yang akan tenggelam di Indonesia di 2100. Sementara wilayah utara pulau Jawa juga termasuk rawan tenggelam.

    Pada 2010, permukaan air laut Indonesia diperkirakan naik 0,4 meter dan luas wilayah yang hilang adalah 7.408 km persegi. Sementara pada 2050 diperkirakan permukaan air laut akan naik 0,56 meter dengan luas wilayah tenggelam sebesar 30.120 km persegi.

    Sedangkan di 2100 wilayah daratan Indonesia yang akan tertutup air sebanyak 90.260 km persegi, dengan kenaikan permukaan air laut 1,1 meter.

    ReplyDelete
  5. RAUB - Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGMSB) bercadang untuk menambah pelaburan dalam operasi melombong emas di Bukit Koman di sini yang melibatkan kawasan seluas 200 hektar.

    Pengarah Urusan RAGMSB, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeo ber...kata, sehingga kini syarikat itu telah melabur sehingga RM300 juta untuk menjalankan operasi perlombongan di sini.

    "Raub yang terkenal dengan pengeluaran emas sejak satu abad lalu masih mempunyai simpanan emas yang berpotensi untuk diteroka.

    "Oleh itu, pelaburan akan ditambah bagi meningkatkan usaha cari gali dan melombong," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia RAGMSB di Dataran Raub di sini.

    Lombong Bukit Koman dianggarkan memiliki kira-kira lima juta auns simpanan emas dan ia mampu memberi hasil selama lebih 30 tahun bergantung kepada daya pengeluaran.

    Namun, nilai emas yang dilombong melalui loji yang menggunakan kaedah bawah tanah dengan teknologi Carbon-In-Leach (CIL) di Bukit Koman itu untuk sepanjang tempoh berkenaan hanya boleh ditentukan mengikut pasaran semasa.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini- 18 Feb 2011

    ReplyDelete
  6. "Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek yang terkemuka telah menulis, mengolah dan menyusun sebuah buku yang diberi tajuk Geographia yang... mengandungi peta-peta bentuk muka empayar Rom sewaktu pemerintahan empayar Roman pada seawal abad kedua.

    Seperti mana yang kita tahu melalui buku teks di sekolah-sekolah pada hari ini, Ptolemy telah menamakan semenanjung Malaysia sebagai Golden Chersonese atau pun Aurea Chersonesus yang bermaksud Semenanjung Emas atau Tanah Emas. Melalui Wikipedia, ada dinyatakan disitu bahawa nama Golden Chersonese ini diberikan kerana reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang pada waktu itu, sangat terkenal sebagai pembekal emas yang terkenal di seluruh dunia. Ini juga disokong oleh teks-teks Buddha Theravada yang menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas.

    Benarkah negara kita yang tercinta ini sebenarnya kaya dengan unsur yang paling mahal didunia itu? Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa nama Gunung Ledang pernah disebut didalam kitab Injil Hebrew versi Raja James, Book of Job 28:16 yang dipetik sebagai menyebut:

    It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire."
    ___________
    Persoalannya: Book of Job 28:26 tidak menyebut bahawa OPHIR itu adalah Gunung Ledang. Dan tempat yang bernama OPHIR banyak di atas muka bumi ini.. bukan di Malaysia saja..

    ReplyDelete
  7. ASAL NAMA MOUNT OPHIR (GUNUNG LEDANG)

    Ada beberapa pendapat popular mengenai asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah kuno menunjukkan gunung ini sebagai tempat deposit emas yang banyak, dan ini menarik minat pedagang dari G...reek dan China. Nama OPHIR dianggap berasal dari bahasa Hebrew. Pada Kurun Ke 14, para pelayar China yang datang ke Selat Melaka memanggil gunung ini 'Kim Sua' yang bermaksud 'Gunung Emas'. Sumber lain menyatakan bahawa di zaman Empayar Majapahit, orang-orang Jawa menamakan gunung ini 'Gunung Ledang' yang bermaksud 'gunung yang JAUH'. (terjemahan dari wikipedia)

    Sekali lagi saya jumpa frasa 'yang JAUH' di sini. Jika dibuangkan 'yang' (saya fikir dalam konteks ini ia tidak mengubah makna) maka tinggallah 'Gunung Jauh' atau 'Gunung Jawah' atau 'Gunung Jawi'.. Dan, anak cucu KETURAH dikatakan duduk 'JAUH'. Kerana itulah mereka tidak dapat hadir ketika Nabi Ibrahim Khalilullah wafat..

    Sekadar renungan...

    ReplyDelete
  8. Jika ceritakan Bab Puteri Balqes dan Nabi Sulaiman AS....Jika kita mengenal MEREKA BERDUA ini kita akan faham !!!.Siapakah Nabi Sulaiman AS dan Siapakah Pemaisuri TERCANTIK NYA,Puteri Balqes , ini !!!.....Kita kaji sikit lagi !!!.Benua AUTR...ALIA adalah Benua Serpihan dari BENUA INDIA.Benua ini hanyut jauh, kerana Plat Tektronik nya bergerak jauh ke Hujung Kutub Selatan.Jika saya katakan Pulau Jawa adalah SERPIHAN DARI TANAH YAMAN, Apa kah Fikiran ANDA ???....Dan memang betul, PULAU JAWA adalah SERPIHAN DARI TANAH BESAR ARAB.Sebab itu lah Candi Burobudor itu DIKATAKAN Didirikan olih Puteri Balqes .Di Riwayat kan lagi BURUNG HUD HUD Terbang 3 hari 3 malam, tanpa henti untuk membawa Surat Utusan Nabi Sulaiman AS kepada Puteri Balqes.Burong ini terbang laju, kerana TAKUT KENA SEMBELIH.Nabi Sulaiman AS TELAH BERI AMARAN kepada nya.Jika Tanah Saba', di YAMAN, Saya rasa....dari Palastin ke Yaman...tidak sampai 1 hari, Hud Hud dah sampai !!!....Jika Hud Hud terbang selaju 100 batu sejam, bermakna 72 X 100=7200 batu...Dan 7,200 batu adalah sampai ke Palastin !!!Dan KEMUNGKINAN BESAR, Negeri Saba" ada di NUSANTARA.

    ReplyDelete
  9. OPHIR DARI KISAH-KISAH SILAM

    Dalam Kitab al-Magall dicatat bahawa pada zaman Reu, raja Saba (Sheba) bernama Phar'an .... "membina Ophir dengan bungkah emas, kerana batu-batu gunungnya adalah emas tulin".

    Dalam Kisah Gua Harta "Dan anak Ophir,... iaitu Send, dilantik menjadi raja mereka Lophoron, yang membina Ophir dengan bungkah emas; semua batu-batu di Ophir adalah emas".

    Dalam kisah Pergeseran Adam dan Hawa "Phar'an memerintah anak-cucu Saphir (Ophir), dan membina bandar Saphir dengan bungkah emas, dan itu adalah tanah Sarania, dan kerana terdapatnya bungkah emas ini, mereka menyatakan bahawa gunung-gunung di negara itu dan batu-batu di sana semuanya emas".

    Tiga kisah di atas adalah dari sumber Arab dan Ethiopia, sebelum kedatangan Islam. Ophir juga adalah nama orang. "Ophir adalah salah seorang dari anak-anak Joktan". (Genesis 10:29)

    Sekadar renungan..

    ReplyDelete
  10. SULAIMAN DAN OPHIR

    Untuk armadanya, Raja Salomo membuat kapal-kapal di Ezion-Geber, dekat Elot di pantai Teluk Akaba, wilayah Edom. Raja Hiram mengirim awak-awak kapalnya yang berpengalaman untuk berlayar bersama awak-awak kapal Salomo. Pern...ah mereka berlayar ke negeri Ofir untuk mengambil 14.000 kilogram emas dan membawanya kepada Salomo. (1KINGS 9:26-28)

    Di atas adalah terjemahan Perjanjian Lama dalam bahasa Melayu. RAJA SALOMO ialah RAJA SULAIMAN. OFIR ialah OPHIR.

    Sekadar renungan..

    ReplyDelete
  11. Dalam Rekod saya !!!! Ophir/Epher adalah Anak MIDIAN.Dan daripada Ophir pula turun lah bapa Puteri Balqes.Kita lihat..Nabi Sulaiman AS..1000-900 BC...,,BAPA Puteri Balqes ...11-10 BC....Puteri Balqes...10-6 BC....Dan Burobudor di bina pada tahun 8 BC.....Median.....Medan, Utara Sumatera.....dan Ophir , adalah Gunong Ophir di Selatan Sumatera (sekarang lebih kurang 600 KM)....Dan sangat berkemungkinan Besar Mereka ini TERLIBAT !!!.

    ReplyDelete
  12. Jika kita gunakan pendekatan skeptik dalam kes ini, maka kita akan buat kenyataan berikut: "OPHIR disebut dalam Taurat (kira-kira 3000 tahun lampau). Tempat yang bernama OPHIR itu banyak di serata dunia, mungki...n hanya dinamakan OPHIR sesudah Taurat diturunkan.

    Penjajah menamakan Gunung Ledang sebagai MOUNT OPHIR (hampir pasti) setelah 1511 Masehi (kira-kira 500 tahun lampau, iaitu 2500 tahun setelah Taurat diturunkan). Oleh sebab itu, Gunung Ledang bukan OPHIR yang disebut dalam Taurat".

    Semoga direnungkan bersama.

    ReplyDelete
  13. Puteri Balqes memang dari Keturunan dari Siti Qeturah...Puteri Balqes nama sebenar nya ialah Balqamah binti Anisyarah bin Zijadan bin Syaraafil bin Zijaban bin Sirah bin Hanrs bin Qais bin Saba' bin Yasjab bin Qahthan/Qahthum bin Ophir bin ...Epher bin Midian bin Ibrahim AS....Bonda nya RATU JIN bernama Raihanah binti Sakan.....beliau hidup pada tahun 1000 -900 BC.Beliau wafat dahulu dan di ikuti 7 tahun barulah Nabi Sulaiman AS Wafat !!!.....Anak Siti Qeturah yang bernama Midian dan CUCU nya yang bernama OPHIR....Dan jika kita lihat pada nama Ophir ini adalah CICIT Nabi Daud AS.Sebagaimana kita ketahui, Zabur,Taurat dan Injil, juga Al Quran TIDAK DI TULIS se waktu Seseorang Nabi itu maseh Hidup !!!.

    ReplyDelete
  14. pernah terdengar lama dulu thn 1995 - 1993 masa tuh tingkatan 3 .. kat umah pakngah di perkhabarkan ada harta yang tak buleh di zahirkan melainkan 3 beradik duduk bersama ( Mak, pak Long & pakngah) kalo tak silap lah..harta nya adalah GOLD to be exact ... banyak.... memula tak caya mende2 nih.. maklumlah .. young and dagerous.. tapi bila baca mende2 cam nih.. aik kebetulan ker aper..

    ReplyDelete
  15. tapi orang arab dan pengkaji ilmuniti yahudi kata filipina negara ophir tersebut maksudnya orang bangsa kaum sulu lautan sulu.. sebaba bahasa mereka banyak terdapat perkataan jawi.. dan satu satunya kaum dinusantara ini yang mengasingkan diri adalah sebahagian kaum sulu. kerana orang islam sulu mengasingkan diri dari filipin yang kebaratan gaya hidup.. sebab itu sulu kaum yang terasing.sebuah negeri yang termundur. tapi wilaya lautannya luas laut sulu.. mereka ini kaum yang dipencilkan dipingirkan dan sering difitnah oleh america terorist pengganas.

    ReplyDelete