Sunday, February 20, 2011

'jika mahu musnahkan tanaman..racun akarnya,jika mahu musnahkan bangsa..racun jati dirinya'..

PENDAHULUAN

Sebelum kita berbincang lebih lanjut, eloklah kita baca catatan-catatan berikut.

MELAYU
Nama MELAYU boleh dibahagikan kepada dua konsep asas:

(1) KONSEP BANGSA MELAYU.

Konsep ini dikemukakan oleh seorang saintis Jerman bernama Johann Friedrich Blumenbach (1752-1840). Beliau mengklasifikasikan bangsa ini sebagai bangsa berkulit cokelat (sawo matang). Setelah itu, ramai ahli antropologi menolak teori lima bangsa Blumenbach atas dasar bahawa menentukan bangsa adalah amat kompleks. Walau bagaimana pun, istilah MELAYU masih kerap digunakan dalam konteks ini, dan ianya menjadi asas identiti MELAYU di negara Malaysia. Konsep BANGSA MELAYU berbeza dari konsep KUMPULAN ETNIK MELAYU (RUMPUN MELAYU) yang berpusat di sekitar Persekutuan Tanah Melayu dan bahagian-bahagian pulau Sumatra.

Istilah BANGSA MELAYU digunakan secara meluas pada akhir Kurun ke 19 dan awal Kurun ke 20. BANGSA MELAYU Malaya adalah orang Austronesia tapi kerana perkahwinan campur dengan bangsa Monggoloid, sesetengah pihak menganggap mereka sebagai suku kaum pecahan bangsa Monggol.

Dengan bukti saintifik mutakhir yang dikemukakan oleh HUGO (Human Genome Organization) melalui kajian genetik bangsa Asian, fakta-fakta menjurus kepada perpindahan dari kawasan Asia Tenggara (yang rata-rata dihuni oleh BANGSA MELAYU) bergerak ke utara dan secara perlahan-lahan memenuhi Asia Timur (China, Korea dan Jepun) dan ia adalah berlawanan dengan teori popular sebelum ini (yang menyatakan bahawa Melayu berasal dari Cina).

(2) KONSEP RUMPUN MELAYU

Melayu adalah kumpulan etnik orang Austronesia yang secara jelas mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pantai Borneo, dan pulau-pulau kecil yang berada antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan RUMPUN MELAYU adalah berbeza dari konsep BANGSA MELAYU yang merangkumi kumpulan lebih besar, termasuk termasuk sebahagian besar Indonesia dan Filipina. BAHASA MELAYU pula tergolong kepada keluarga bahasa-bahasa Austronesia. (diterjemahkan dari en.wikipedia.org)

Dulu satu tanah, kemudian dipisahkan oleh laut.

BANGSA CINA HAN 

".. bangsa Cina Han (dan bangsa Asia Timur lain) didapati (hasil kajian DNA) berasal dari Asia Tenggara. Walaupun sebelum ini Cina Han dianggap anak watan China, mereka sebenarnya adalah pendatang dari tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara, yang kemudiannya dikenali dalam sejarah sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu (The Malay Archipelago). Kajian terbaru ini adalah berskala besar dan melibatkan 40 institusi kajian, multi-nasional (kebanyakannya institusi Asia). Mereka mendapatkan sampel DNA dari lebih 70 kelompok penduduk di seluruh Asia... (dipetik dari theonlinecitizen.com)

".. bangsa Cina Han merupakan 92% penduduk China. Kerana itu, mereka adalah kumpulan etnik terbesar di dunia. TamadunHan sudah amat tua, mendahului banyak tamadun Eropah sekurang-kurangnya 1000 tahun. Han adalah kaum yang hebat dan telah mencipta rekod sebagai tamadun paling lama bertahan dalam sejarah. Bahasa Cina Han adalah yang paling ramai penuturnya dalam dunia. Ia dipanggil bahasa Cina Mandarin, sebenarnya ia adalah dialek bahasa Han yang berpusat di Beijing. Bahasa Han yang berbagai dialek telah menjadi bahasa rasmi China sejak Dinasti Qin, sekitar 221 SM. (dipetik dari www.mnsu.edu)

MIGRASI DARI ASIA TENGGARA KE CHINA
Kajian terbaru menunjukkan bukti DNA yang menjurus kepada migrasi asal manusia dari Asia Tenggara ke China, dan ini dipercayai berlaku kira-kira 20,000 tahun lampau. (Rujukan: Abdulla, M.M. et al. (2009). Mapping human genetic diversity in Asia. Science, 326, 1541-1545. A non-technical summary is also given in the same issue: Normille, D. (2009). SNP Study supports southern migration route to Asia. Science, 326, 1470.)

___________________
UNTUK PERBINCANGAN

(1) Prof Dr Hamka berpendapat bahawa Nabi Adam AS diturunkan ke bumi di tanah Swarna Dwipa (Serendip) iaitu nama kuno untuk Samudera (Sumatra).

(2) Pendapat sebahagian sarjana bahawa bangsa Melayu adalah pelopor tamadun Hua Bin Hian (15,000 tahun lampau) dan tamadun ini dianggap induk segala tamadun (the cradle of civilisations).

(3) Kajian DNA menunjukkan bahawa perpindahan asal ialah dari Selatan ke Utara (sekitar 20,000 tahun lampau). Sekitar 4,000 tahun lampau, adalah zaman Nabi Ibrahim AS. Kemudian berlaku perpindahan dari Asia Barat ke Timur, dari Utara ke Selatan.

RENUNGAN

Adakah perpindahan yang berlaku sejak 4,000 tahun lampau bermaksud kembali ke tanah turunnya Adam AS...?. Kita lihat bahawa kawasan Asia Tenggara ini amat subur keadaannya, ada banyak buah-buahan dan pepohonan segar, sebagaimana taman Eden...

No comments:

Post a Comment