Sunday, November 6, 2011

 Masjid Saidina Ali, Kg Padang Balang  = 5 ekor lembu



 
Masjid Jamek Kg Padang Balang Asal = 3 ekor lembu
 



Madrasah Jumaeah , Kg Padang Balang = 7 ekor lembu







Madrasah Rabi ul Awal, kg lembah Melewar = 4 ekor


Madrasah Othamaniah, Kg Pdg Balang = 5 ekor lembu



 
Khairiat kematian Persatuan Minang Kg Sg Mulia = 7 ekor



Lain-lain Kawasan yg tidak sempat ambil gambar
Masjid Kg Sungai Mulia, Jln Gombak = 14 ekor lembu korban
Surau Tarbiyah, Kg Bandar Dalam, = 9 ekor Lembu
Masjid Batu 4 jalan Gombak = 5 ekor
Surau Kg puah Asal = 9 ekor
Madrasah Hidayatul Islam, Kg puah Seberang = 2 ekor

Friday, November 4, 2011

Dato Raja komen pd keputusan MB slgor bubar MAS Kg Baharu!

MB tidak punya kuasa rombak MAS - Nong Chik

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Menteri Besar Selangor tidak punya kuasa merombak kepimpinan tertinggi Lembaga Pentadbir
Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baharu. 

Katanya, MAS tidak berada dalam bidang kuasa kerajaan Selangor kerana pengerusinya sekarang adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kuasa merombak keanggotaan lembaga tersebut terletak di bawah kerajaan Persekutuan. 


Raja Nong Chik berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baharu, Ahmad Zambri As'ad Khuzami yang mahu
merombak MAS dengan menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor. 


"Saranan kepada kerajaan Selangor majukanlah kawasan Melayu di negeri itu sebab banyak lagi kawasan yang mundur serta perlu diperjuangkan. Tidak payahlah kacau kerajaan pusat dan kelirukan rakyat di Kampung Baharu.  


"Dalam soal Kampung Baharu ini, kerajaan Barisan Nasional tiada agenda politik kerana niat kita bangunkan Kampung Baharu untuk orang Melayu dan berharap kerajaan Selangor tidak masukkan isu politik kerana apa yang penting sama ada kawasan itu akan dibangunkan atau tidak," katanya. 


Sementara itu Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas sebagai persiapan menghadapi banjir di
sekitar Kuala Lumpur menjelang ketibaan musim tengkujuh hujung tahun ini.  Katanya, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Alam yang dikendalikan DBKL kini diletakkan dalam keadaan siap sedia menggerakkan bantuan bagi menyelamat orang
awam sekiranya banjir berlaku.
"Disebabkan hujan yang kita terima tahun ini melebihi 30 peratus berbanding tahun lepas dan keadaan cuaca yang sukar diramalkan, persiapan bantuan telah dibuat menghadapi bencana ini. 


"Jawatankuasa ini sedia memberi bantuan kepada negeri lain yang terlibat dengan banjir sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban dan sumbangan kewangan masjid serta surau di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di sini. 


Pada majlis itu, Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai menyumbang 70 ekor lembu untuk diagihkan bagi melaksanakan ibadah kurban di masjid dan surau sekitar Parlimen Lembah Pantai. Selain lembu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM121,000
kepada masjid dan surau untuk kegunaan qariah setempat menjalankan ibadah itu  serta sambutan Aidil Adha.
Beliau berkata daripada jumlah itu RM3,000 masing-masing disumbangkan kepada setiap masjid utama dan lima buah surau diberi tauliah menjalankan sembahyang Jumaat, manakala RM2,000 tiap satu diberikan kepada 44 buah surau lain. - Bernama

Thursday, November 3, 2011

SEKSUALITY MERDEKA = ITS NOT OUR CULTURE AND RELIGION REQUIREMENT

Malaysia

Police ban ‘Seksualiti Merdeka’ festival

November 03, 2011











 
KUALA LUMPUR, Nov 3 —

Police have banned the on-going “Seksualiti Merdeka” festival, deputy inspector-general of police Datuk Khalid Abu Bakar said today.

The country’s number two top cop was quoted by The Star as saying that police will take strong action against individuals who defied the directive.

MORE TO COME



Wednesday, November 2, 2011

say NO TO "SEXUALITI MERDEKA 2011"

hursday, October 27, 2011

SEKSUALITI MERDEKA 2011: QUEER WITHOUT FEAR




SEKSUALITI MERDEKA 2011
Queer Without Fear
1 Nov – 13 Nov, 2011
The Annexe Gallery, KL
Malaysians have been fearless these past few years. We have demanded for fair elections, for justice, for democracy. Let us then remember that democracy does not only belong to the majority, or the powerful, or the loudest. Democracy belongs to all. Let’s demand for equal rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let’s be queer without fear.

Seksualiti Merdeka, meaning Sexuality Independence, is Malaysia’s only festival celebrating the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities. It is organised by a loose coalition of NGOs, artists, activists and individuals and has been held annually since 2008. The festival programme includes forums, talks, workshops, book launches, art exhibition and performances.

This year, our theme – Queer Without Fear highlights how homophobia and transphobia have negatively affected and continues to affect the lives of untold numbers of Malaysians who are discriminated against and persecuted because of their sexual orientations and gender identities. It is our firm belief that all Malaysians have the right to live and love without fear.

SM2011 SCHEDULE

Wed 9 Nov, 8pm
SEKSUALITI MERDEKA 2011 LAUNCH

Wed 9 to Sun 13 Nov
THE FRIENDLY POSTER SHOW

Thu 10 Nov, 8pm
CONFESSIONS CABARET

Fri 11, Sat 12, Sun 13 Nov 2011, 8pm
RAINBOW MASSACRE – Love Out Loud!

Sat 12 Nov, 2pm
POLICING SEXUALITY: Sex, Society & the State

Sat 12 Nov, 4pm
THE TRANSSEXUAL VS THE MINISTRY OF POPULATION CONTROL

Sun 13 Nov, 12pm
DEFENCE AGAINST THE DARK HEARTS: Homophobia 101

Sun 13 Nov, 2pm
UNDER A RAINBOW ROOF: The Siti & Pepper Show

Sun 13 Nov, 4pm
FIERCE & FABULOUS: Shelah’s Finishing School for Drag Queens

SPECIAL PROGRAMME

Wed 2 Nov, 8pm
HUMAN RIGHTS for LGBTIQ: Making it real in Malaysia!

Thu 3 Nov, 8pm
NINE TO FIVE: Sexuality Rights In The Workplace 

Sat 5 Nov, 8pm
JUSTICE FOR SISTERS: Nyah Rights Now!


SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals

~ ~ ~

FULL PROGRAMME
All programmes are at The Annexe Gallery. Address: 2nd Flr, Central Market Annexe (Behind Central Market), Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.

Program Bantuan Rumah banyak kelemahan

Program Bantuan Rumah banyak kelemahan
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 2, 2011
SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2010, mendedahkan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan Program Bantuan Rumah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama.

Laporan dari Julai hingga Oktober 2010 menyebut antara kelemahan yang didapati ialah penerima bantuan bukanlah daripada golongan sasar, rumah lama penerima bantuan tidak dirobohkan, rumah bina baru tidak didiami peserta, kualiti kerja kontraktor tidak memuaskan dan surat setuju terima lewat dikembalikan.

“Kelemahan lain ialah kerja pembinaan tidak siap mengikut tempoh ditetapkan, kelulusan lanjutan masa tidak teratur, kelewatan pengesahan dan perakuan siap kerja pesanan tempatan lewat dikeluarkan dan pemantauan kurang memuaskan,” katanya.

Menurut laporan tersebut, Kerajaan, melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, peruntukkan RM500 juta bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan RM116.66 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi melaksanakan program itu.

“Golongan sasar bagi program itu terdiri daripada miskin luar bandar dan bandar yang mempunyai pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan yang ditetapkan di Semenanjung Malaysia.

“Sehingga 31 Disember 2010, Risda membina 2,609 rumah bina baru dan membaik pulih 2,780 rumah dengan perbelanjaan RM116.66 juta bagi program itu,” katanya.

Laporan itu menyebut sehingga 31 Disember 2010, Risda menerima 12,708 senarai penerima bantuan daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan seramai 6,033 penerima bantuan adalah layak mendapat bantuan rumah.

Menurutnya, lawatan Audit terhadap 75 rumah bina baru dan 62 rumah baik pulih di Selangor dan Terengganu mendapati ada antara penerima bantuan memiliki kereta dan melanggan perkhidmatan Astro.
“Ini menimbulkan keraguan terhadap kesahihan pendapatan yang dinyatakan dalam borang permohonan sama ada mematuhi syarat Pendapatan Garis Kemiskinan.

“Pada pandangan Audit, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) membuat pemilihan penerima bantuan di bawah Program Bantuan Rumah hendaklah mematuhi kriteria ditetapkan untuk membolehkan golongan sasar menikmati bantuan rumah bina baru atau rumah baik pulih,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Borang pemberian bantuan isi rumah dijangka keluar Disember

Borang pemberian bantuan isi rumah dijangka keluar Disember
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 2, 2011
Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar
- Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata borang itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan.

Beliau berkata borang itu juga mungkin disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kewangan sedang memperkemaskan 'definisi isi rumah' yang telah siap 98 peratus dan dijangka disempurnakan dalam masa dua minggu lagi.

Mohd Shukor berkata pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.

Sementara itu, Mohd Shukor berkata laman sosial rasmi LHDN iaitu Facebook, Twitter dan Youtube yang dilancarkan dalam pada hari ini akan mula beroperasi. Beliau berkata dengan adanya pendekatan laman sosial rasmi tersebut, LHDN berharap dapat lebih mendekati pembayar cukai dan menarik minat mereka untuk menunaikan bayaran cukai.

"Kita tahu bahawa laman sosial rasmi sangat popular di kalangan golongan muda jadi kita menggunakan pendekatan ini untuk menarik mereka. Ia dilancarkan sebagai pelengkap kepada laman web yang sedia ada supaya kita setanding dengan agensi-agensi lain," katanya.

Beliau berkata dengan adanya laman sosial rasmi, LHDN bukan sahaja dapat menyediakan platform untuk berinteraksi dan menerima maklum balas daripada pembayar cukai malah ia dapat dijadikan sebagai saluran penyebaran maklumat berkaitan percukaian dan promosi perkhidmatan LHDN.