Monday, September 30, 2013

Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore/Malay


Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore/Malay

Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore
AGREEMENT RELATING TO MALAYSIA

by
Government of United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland,
Government of Federation of Malaya,
Government of North Borneo,
Government of Sarawak and
Government of Singapore

(MALAY TEXT - TEXT MALAIS)


     Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;

     Bersetuju saperti di·bawah ini:

Perkara I

     Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan « Malaysia ».

Perkara II

     Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari Malaysia »).

Perkara III

     Kerajaan United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian ini.

Perkara IV

     Kerajaan United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen United Kingdom akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.

Perkara V

     Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu diluluskan.

Perkara VI

     Perjanjian berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta'alok kapada sharat behawa Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah terta'alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan dengan tanah2 tentera di-Singapura).

Perkara VII

     (1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati dan faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2 pegawai seberang laut yang berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam perkhidmatan 'awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.

     (2) Pada Hari Malaysia atau sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2 Kerajaan mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran2 H dan I kapada Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani bagi pehak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah meminta persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Negeri Singapura, berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian itu sa-takat mana sharat2 Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.

Perkara VIII

     Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Born o Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan2, pengakuan2 dan shor2 yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A dan B kapada Penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada 27 haribulan Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2 dan shor2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara IX

     Isi2 kandongan Kembaran J kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama dan peratoran kewangan hendak-lah menjadi Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.

Perkara X

     Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan membuat Undang2 menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan atoran2 berkenaan dengan siaran radio dan television yang di-tetapkan dalam Kembaran K kapada Perjanjian ini sa-takat mana atoran2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara XI

     Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kechuali Kembaran2-nya ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika ada persalahan faham maka naskhah bahasa Inggeris hendak-lah di-gunakan. 



     BAGI MENYAKSIKAN Perjanjian ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan mendapat kuasa berbuat demikian, telah menanda tangan Perjanjian ini.

     DI-PERBUAT di-London pada sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima naskhah, satu naskhah daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak yang membuat Perjanjian ini.

Bagi pehak United Kingdom:
         [HAROLD MACMILLAN] [1]
         DUNCAN SANDYS
         [LANSDOWNE]

Bagi pehak Persekutuan Tanah Melayu:
         [T. A. RAHMAN]
         [ABDUL RAZAK]
         [TAN SIEW SIN]
         [V. T. SAMBANTHAN]
         [ONG YOHE LIN]
         [S. A. LIM]

Bagi pehak Borneo Utara:
         [DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN]
         [D. A. STEPHENS]
         [W. K. H. JONES]
         [KHOO SIAK CHIEW]
         W. S. HOLLEY

         G. S. SUNDANG

Bagi pehak Sarawak:
         [P. E. H. PIKE]
         [T. JUGAH]
         [ABANG HAJI MUSTAPHA]
         LING BENG SIEW
         [ABANG HAJI OPENG]

Bagi pehak Singapura:
         [LEE KUAN YEW]
         [GOH KENG SWEE]


No comments:

Post a Comment