Saturday, September 17, 2011

Very Good Advice from PM, Faced the reality , show more effort no rhetoric !!

Memo Editor
‘Syok sendiri’ punca BN tewas

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) menegur sikap pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) yang masih menjalankan program ‘syok sendiri’ dan memberi laporan tidak tepat kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandar kepada realiti.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ahli parti sepatutnya sedar bahawa tindakan seperti itulah yang menyebabkan BN kehilangan Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008.

“Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.

“Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu.

“Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri,” katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen lain termasuk Datuk Seri G Palanivel, Datuk M Kayveas dan Kohilan Pillay.
Beliau yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini.

“Kalau kita kumpulkan itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita, ia memang berbaloi buat perhimpunan,” katanya.
Beliau berkata, bacaan politik di Selangor juga perlu tepat sekiranya ingin memastikan kemenangan BN di negeri itu terutamanya membabitkan laporan penilaian yang dihantar kepadanya.

“Dulu kita rasa, kita cukup kuat, Kita rasa kita boleh menang. Kalau laporan betul, kita tidak kalah di Selangor. Itu mind set kita, tiada siapa yang fikir kita boleh kalah tetapi kita kalah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin parti komponen BN supaya tidak hanya menjaga kepentingan kelompok masing-masing sahaja.
Katanya, BN mungkin tidak akan berjaya memimpin negara sekiranya hanya berdiri di atas satu kaum sahaja.

“Pemimpin BN yang tulen dan berhimpun atas semangat dan prinsip BN. Kalau ada orang yang susah, kita tak tanya dia kaum mana dan warna kulit apa.

“Siapa yang susah dan wajar dibantu. Pemimpin BN perlu terpa ke hadapan untuk bantu golongan yang susah,” katanya.

Najib mahu agar semua pemimpin BN meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat secara berterusan dan tidak hanya menunggu ketika pilihan raya sahaja.
Beliau juga mahu pemimpin supaya tidak hanya memikirkan kedudukan dalam parti sehingga abaikan tanggungjawab untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat.

“Saya tak mahu ada mentaliti tak ada dalam pilihan raya kita dalam kelompok masing-masing.

“Jangan dalam kepala kita, kita masih dalam mentaliti zaman kita masih kuat,” katanya.

No comments:

Post a Comment