Sunday, February 20, 2011

Mount Ophir ( GUNUNG LEDANG)

MANUSKRIP MELAYU

"Bermula adalah asal raja Bugis yang mengembara ka-sabelah barat daripada pehak tanah sa-belah Bugis ada-lah asal-nya sa-orang raja perempuan: nama negeri-nya Luwok, nama raja-nya itu Sat Malangkaii; ada-lah Sat Malangkaii itu pada sa-tengah kaul orang Bugis keturunan Puteri Balkis, konon, di-dalam pada itu Allah s.w.t. yang terlebeh tahu akan hakikat al-lamur kalhatha, kerana Balkis itu di-negeri Siba, pehak Yaman, anak raja Jin jadi isteri Nabi Allah Sulaiman..." (Tuhfat An-Nafis - Raja Ali Haji - Malaysia Publications Ltd, Singapura, 1965).

CATATAN BARAT

Walaupun ramai yang tidak percaya, pengembara seperti Sebastian Cabot menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran OPHIR cuba ke Maluku pada 1526 M tapi rancangan itu dibatalkan, dan Ruy Lopez de Villalobos mengembara dari Mexico ke Filipina pada 1542 M.

Pada kurun ke 16, ketika Mendes Pinto mencari "Pulau Emas misteri" di Asia Tenggara, mendakwa bahawa sesetegah orang sama ada di Malaya atau Sumatra "menyatakan bahawa menurut apa yang mereka baca dalam hikayat-hikayat (chronicles) bahawa puteri Saba' (queen of Sheba) pernah mempunyai pangkalan dagang di sana yang membekalkan kepada baginda.. dengan kuantiti emas yang banyak, (emas itu) telah baginda sumbangkan kepada Haikal Sulaiman (the temple of Jerusalem) ketika baginda melawat Raja Sulaiman".

Kedudukan OPHIR di Malaya dan Sumatra tidak bercanggah, kerana ramai orang di zaman Renaissance percaya bahawa Selat Melaka yang memisahkan Sumatra dan Malaya tidak wujud hinggalah setelah zaman Ptolemy (kurun ke 2). Maka Sumatra dari segi ini berada di kawasan selatan SEMENANJUNG EMAS pada zaman Nabi Musa AS (Biblical days).

.. kiasan-kiasan "pulau-pulau emas" yang termaktub dalam Ramayana dan rujukan-rujukan yang serupa dari para penulis Barat yang awal seperti Pomponius Mela, tentulah berdasarkan pengetahuan yang sebenar mengenai Malaya, Sumatra dan pulau-pulau lain Indonesia.

Penemuan beberapa pulau Caribbean oleh Columbus (ditunjukkan oleh Panglima Awang yang ditawan) adalah selaras dengan pemikiran silam.. bahawa timur Asia dan barat Amerika Utara adalah tanah yang satu (satu benua). (Early Mapping of South East Asia - Thomas Suarez).

UNTUK DIBINCANGKAN

Sejak zaman silam, kaum Yahudi dan Nasrani mencari OPHIR kerana hal yang termaklum, EMAS. Namun (setakat saya tahu) tidak ada bumi lain yang dinamakan dengan EMAS di zaman silam melainkan Nusantara ini. Walaupun begitu, nama OPHIR muncul di banyak negara di atas muka bumi ini dan para pengkaji Barat telah melakukan ekspedisi-ekspedisi ke tempat-tempat berkaitan, nampaknya mereka tidak jumpa EMAS "yang banyak".

Yang menarik ialah hakikat bahawa di Semenanjung Tanah Melayu terdapat MOUNT OPHIR (GUNUNG LEDANG) yang menjadi "sempadan tiga negeri". Adakah OPHIR yang mereka cari itu sebenarnya adalah GUNUNG LEDANG? Adakah OPHIR juga merupakan MISTERI yang terpendam sebagaimana MISTERI MELAYU?

_________________
Berikut adalah pautan ke Siri Pertama AKAR MELAYU: