Thursday, August 11, 2011

aduan rakyat ...walaupun mnghadapi kmalangan kecil tetap jalan tugas..aduhh sakitnye..



Rujukan Kami     : PPKPBHSKL/Aduan/JKA01-11/DBKL/01/001
Tarikh                    : 11hb Ogos 2011                                                                                                KADAR SEGERA

PENGARAH dbkl
Jabatan kerja awam
Tingkat 17, Menara DBKL,
Jalan Raja Laut, 50350 K.Lumpur.                                                

Tuan,

ADUAN PENDUDUK KG. PADANG BALANG MENGENAI KERJA-KERJA PEMBINAAN OLEH PEMAJU KONDO DI LOT 29116 MENYEKAT LALUAN SUNGAI KEMUNSING MENYEBABKAN AIR MELIMPAH KE LOT 117,118,119,124 DAN BANJIR KILAT MERUNSINGKAN PENDUDUK.
                                                                            
Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian Tuan perkara diatas adalah dirujuk.

2.        Dengan sukacitanya , saya memohon jasa baik Tuan, untuk menyiasat kejadian arus Sg Kemunsing tidak lancar dan melimpah melalui longkang ke Rumah penduduk yang saya sebutkan di atas.
3.             Di atas pemantauan awal saya dapati, ia berpunca pihak Pemaju Kondo di Lot 29116 sedang membina sebuah Jambatan di hadapan Kondo beliau, telah menghalang laluan air sungai tersebut.
4.             Untuk maklumat Tuan 2 hari yang lepas Hujan sangat lebat, dan tiba-tiba air longkang telah melimpah ke dalam rumah penduduk, sehingga kini saya mendapati kesan air masih ada walaupun telah 2 hari berlalu.
5.             Saya mohon pihak Tuan , menyiasat dan halang pembinaan tersebut sehingga keseluruhan air yang melimpah kering.
6.             Kerjasama dan perhatian Tuan sangatlah saya hargai, bersama surat ini saya sertakan gambar-gambar sebelum kejadian dan selepas kejadian, dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Berkhidmat






 

.............................................      
( Mohd Amir Fisal b Mohamad Zin )     
Yang di Pertua
Persatuan Penduduk Kampung           




SEMASA DAN SETELAH 2  HARI HUJAN LEBAT






SEBELUM KEJADIAN PEMAJU MEMBUAT PEMBINAAN

DASAR SUNGAI SELEPAS PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI YANG LEPAS.

No comments:

Post a Comment