Tuesday, March 22, 2011

NUSANTARA: KETURUNAN SAIDINA HUSSAIN RA

by Hibatullah Yusof Al-Haj on Monday, 21 March 2011 at 18:14
Logo Rabitah Azmat Khan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENDAHULUAN

Pada penghujung 2010, satu perhimpunan keluarga keturunan Raja-Raja Temenggong Muar telah diadakan di Segamat, Johor. Ia dianjurkan oleh PETEMU. Dihadiri oleh sekitar 3,000 ahli keluarga. Turut hadir ialah ahli keluarga dari Singapura dan Riau-Lingga. Sebenarnya sebilangan besar dari ahli keluarga ini tidak tahu menahu bahawa mereka ada mempunyai titisan darah Ahlul Bait walaupun hal ini telah dibincangkan oleh beberapa pihak serta ditulis dalam buku-buku.

Sempena catatan Nota oleh sahabat saya Pak Syeikh, berjudul Analisa Keturunan Raja-Raja Temenggong Muar, saya teruja untuk menterjemahkan catatan yang terdapat dalam wikipedia mengenai keturunan Azmat Khan Al-Husaini yang kini sudah bertebaran di serata Nusantara. Semoga bermanfa'at:

KETURUNAN AZMAT KHAN AL-HUSAINI DI NUSANTARA

Azmatkhan al-Husaini, juga dieja Azmat Khan, al-Azhamatkhan atau al-Azhamat Chan (Urdu: عظمت خان) adalah keluarga yang berasal dari Hadhramaut. Mereka menelusuri garis keturunan mereka kepada Sayyid Abd al-Malik Azmatkhan ibn Alawi Ammul Faqih, keturunan Husain bin Ali. Sayyid Abd al-Malik berpindah dari Hadhramaut ke India pada abad ke 14, lebih awal dari emigrasi lain dari Hadhramaut.

Dia kemudian berkahwin dengan seorang puteri bangsawan Nasirabad dan memperoleh gelaran "Azmat Khan". Gelaran "Khan" diberikan untuk menyertakan dia sebagai bangsawan tempatan. Selain itu, mereka meletakkan "Azmat" yang bererti "mulia" kerana Abd al-Malik ini berasal dari garis keturunan sayid. Keturunannya masih mempertahankan nama ini sebagai marga mereka hingga ke hari ini.

Keturunannya menyebar ke Pattani, Kemboja, Tanah Melayu, dan Indonesia. Kesatuan Asyraf Malaysia mencatatkan bahawa Sunan Gresik, sufi paling terkemuka Wali Sanga, adalah keturunan Abd al-Malik al-Azmatkhan. Kerana dia adalah ayah Sunan Ampel dan datuk Sunan Bonang, maka kebanyakan Wali Sanga adalah keturunan Azmatkhan.

Menurut Al-Habib Salim bin Abdullah al-Shatiri Al-Husaini, Syeikh dari Tarim, Yaman, keluarga Azmatkhan (terutama Wali Sanga) adalah Ahlul Bait dari gelombang pertama penghijrahan sada Ba'Alawi ke Indonesia untuk mengembangkan Islam.

Kerana sejarah antar-perkahwinan yang panjang, terutama dengan bangsawan tempatan, kebanyakan daripada mereka secara fizikal dan budaya tidak dapat dibezakan dari penduduk tempatan. Di Indonesia, bukanlah luarbiasa bagi seorang ahli keluarga Azmatkhan untuk memiliki gelaran keturunan bangsawan seperti Raden, Tubagus, Masagus, Masayu, Kemas, atau Nyimas. Mereka mempertahankan identiti Indonesia mereka dan keturunan Azmatkhan pada masa yang sama. Sebahagian dari mereka, bagaimanapun, tidak mampu menjejaki nenek moyang mereka lagi.

Dalam usaha untuk merakam dan menyimpan silsilah keluarga Azmatkhan, Rabithah Azmatkhan ditubuhkan. Rabithah Azmatkhan akhirnya mendorong pembentukan Rabithah Fatimiyah pada tahun 2010, sebuah organisasi serupa yang bertujuan untuk mencatat silsilah dari setiap keturunan Fatimah Az-Zahra, puteri Nabi Muhammad dan ibu dari semua sayyid.

http://en.wikipedia.org/wiki/Azmatkhan

___________________________
KISAH SAIDINA HUSSAIN RA

Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Syaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama Hussin itu yang bermaksud, Si kecil cantik.

Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.

Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata:

Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?
Kerana Jibril sudah menegur Hussin, jawab baginda.

Tatkala kecilnya Saidina Hussin selalu berada di sisi datukya, sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Saidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.

Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Saidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Saidina Umar dengan beraninya,

Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.

Saidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,
Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.

Saidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayyidina Hussin waktu kecilnya.

Pembunuhan Sayyidina Hussin di Karbala

Dalam hal keberanian, Saidina Hussin melebihi Saidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.

Sewaktu kewafatan Khalifah Saidina Ali, Sayyidina Hassan telah dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Saidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah. Saidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena menghormati abangnya, maka Saidina Hussin mengalah.

Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Saidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong-penyokong Saidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.

Sebelum kembali ke Kufah, Saidina Hussin telah mengantar utusannya untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Saidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Saidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.

Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati Saidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Saidina Hussin namun Saidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasehainya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Saidina Hussin. Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.
Saidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Saidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.

Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Saidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Saidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk membunuh Saidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati.

Rombongan Saidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang. Terjadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Saidina Hussin dibunuh.

Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Saidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Saidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.

Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan keluarga Saidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Saidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Saidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Saidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di Padang Karbala itu.
Kata-kata terakhir yang diucapkannya,

Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.

Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Saidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.

Kepala Saidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Menurut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya, dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh Husain dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.

Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Saidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

http://berita-harian-online.com/cucu-rasulullah-saidina-hussin/

______________________________________________________________
PERKEMBANGAN AHLUL BAIT SETELAH WAFATNYA RASULULAH SAW
Ahlul-Bait (Bahasa Arab: أهل البيت)

Berkembangnya Ahlul-Bait walaupun sepanjang sejarah kekuasaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah mengalami penindasan luar biasa, adalah berkah dari do’a Muhammad kepada mempelai pengantin Fatimah putri beliau dan Ali di dalam pernikahan yang sangat sederhana.

Doa Nabi SAW adalah,”Semoga Allah memberkahi kalian berdua, memberkahi apa yang ada pada kalian berdua, membuat kalian berbahagia dan mengeluarkan dari kalian keturunan yang banyak dan baik”

Setelah mengalami titik noda paling kelam dalam sejarah Bani Umayyah, dimana cucu Nabi SAW, al-Husain bersama keluarga dibantai di Karbala, pemerintahan berikutnya dari Bani Abbasiyah yang sebetulnya masih kerabat (diturunkan melalui Abbas bin Abdul-Muththalib) tampaknya juga tak mau kalah dalam membantai keturunan Nabi SAW yang saat itu sudah berkembang banyak baik melalui jalur Ali Zainal Abidin satu-satunya putra Husain bin Ali yang selamat dari pembantaian di Karbala, juga melalui jalur putra-putra Hasan bin Ali.

PERKEMBANGAN DI BERBAGAI NEGARA SETELAH BERAKHIRNYA BANI ABBASIYYAH

Menurut berbagai penelaahan sejarah, keturunan Hasan bin Ali banyak yang selamat dengan melarikan diri ke arah Barat hingga mencapai Maroko. Sampai sekarang, keluarga kerajaan Maroko mengklaim keturunan dari Hasan melalui cucu beliau Idris bin Abdullah, karena itu keluarga mereka dinamakan dinasti Idrissiyyah. Selain itu pula, ulama-ulama besar seperti Syekh Abu Hasan Syadzili Maroko (pendiri Tarekat Syadziliyah) yang nasabnya sampai kepada Hasan melalui cucunya Isa bin Muhammad.

Mesir dan Iraq adalah negeri yang ulama Ahlul Baitnya banyak dari keturunan Hasan dan Husain. Abdul Qadir Jaelani seorang ulama yang dianggap sebagai Sufi terbesar dengan julukan ‘Mawar kota Baghdad’ adalah keturunan Hasan melalui cucunya Abdullah bin Hasan al-Muthanna.

Persia hingga ke arah Timur seperti India sampai Asia Tenggara (termasuk Indonesia) didominasi para ulama dari keturunan Husain bin Ali. Bedanya, ulama Ahlul Bait di tanah Parsi banyak dari keturunan Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini karena itu ia juga bergelar Al-Musawi karena keturunan dari Imam Musa al-Kadzim, sedangkan di Hadramaut (Yaman), Gujarat dan Malabar (India) hingga Indonesia ulama Ahlul Baitnya banyak dari keturunan Ali Uraidhi bin Jafar ash-Shadiq terutama melalui jalur Syekh Muhammad Shahib Mirbath dan Imam Muhammad Faqih Muqaddam ulama dan sufi terbesar Hadramaut di zamannya (abad 12-13M).

Walaupun sebagian besar keturunan Ahlul Bait yang ada di Nusantara termasuk Indonesia adalah dari Keturunan Husain bin Ali namun terdapat juga yang merupakan Keturunan dari Hasan bin Ali, bahkan Keturunan Hasan bin Ali yang ada di Nusantara ini sempat memegang pemerintahan secara turun temurun di beberapa Kesultanan di Nusantara ini yaitu Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas dan Kesultanan Sulu sebagaimana yang tercantum dalam Batu Tarsilah / Prasasti dan beberapa Makam dan juga Manuscript yang tersebar di Brunei, Sambas (Kalimantan Barat) dan Sulu (Selatan Filipina)yaitu melalui jalur Sultan Syarif Ali (Sultan Brunei ke-3) yang merupakan keturunan dari Syarif Abu Nu'may Al Awwal.

Sementara dari keturunan [Husain bin Ali] memegang kesultan di Jawa bagian barat, yang berasal dari [Syarif Hidayatulah] yaitu [Kesultanan Cirebon] (yang kemudian pecah menjadi tiga kerajaan, Kesultanan Kasepuhan, Kanoman dan Kacirebonan) dan [Kesultanan Banten]. Sebagai kerurunan Syarif Hidayatulah keturunan merekapun berhak menyandang gelar Syarif/Syarifah, namun dari keturunan [Syarif Hidayatullah] gelar tersebut akhirnya dilokalisasi menjadi Pangeran,[Tubagus]]/Ratu (Banten),Raden (Sukabumi, Bogor),Ateng (Cianjur), Aceng (Garut)

MAZHAB YANG DIANUTI OLEH AHLUL BAIT

Mazhab yang dianut para ulama keturunan Husain pun terbagi dua; di Iran, Iraq dan sekitarnya menganut Syi’ah, sedangkan di Yaman, India hingga Indonesia menganut Sunni yang condong kepada tasawuf). Para ulama keturunan Hasan dari Mesir hingga Maroko hampir semuanya adalah kaum Sunni yang condong kepada tasawuf.

http://id.wikipedia.org/

_____
Pautan ke Nota-Nota yang ditulis oleh Pak Syeikh:

MAKAM KELUARGA AL AZMATKHAN AL HUSAINI ,DI PULAU BESAR, MELAKA.
http://www.facebook.com/notes/pak-syeikh/makam-keluarga-al-azmatkhan-al-husaini-di-pulau-besar-melaka/159476624110854

ANALISA KETURUNAN RAJA-RAJA TEMENGGONG MUAR
http://www.facebook.com/notes/pak-syeikh/analisa-keturunan-raja-raja-temenggung-muar/141453002579883

RIWAYAT HIDUP SAYYID MOHAMAD KEBUNGSUAN (1390-1517 M)
http://www.facebook.com/notes/pak-syeikh/riwayat-hidup-sayyid-mohamad-kebungsuan-1390-1517-m-/152104494848067

MARGA-MARGA ARAB DI NUSANTARA
http://www.facebook.com/notes/pak-syeikh/marga-marga-arab-di-nusantara/142114779180372

No comments:

Post a Comment