Saturday, March 19, 2011

Keputusan bijak dan kemampuan berunding Penduduk Kg.


BUKTI KERJASAMA PENDUDUK DENGAN PIHAK KERAJAAN MEMBANGUN KAMPUNG TRADISI DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

19hb Mac 2011 
Jam 1530 ptg
lokasi ; Kg Padang Balang Hilir, Sentul, Kuala Lumpur.

Perbincangan bersama Persatuan Penduduk Kg Pdg Balang Sentul KL bersama pemilik2 Tanah yang terlibat cadangan DBKL menyaragam keperluan Infrastruktur dan Keperluan ASAS.

Kehadiran :-     

Pengerusi Mesyuarat;-             Mohd Amir Fisal (Pengerusi PPKg)

Pemilik terlibat 

a) Hj Karim Ibrahim ( wakil LOT 14166)
b) Cikgu Shamsidar bt Sasi (Wakil Lot 2539)
c) Cik RatnaDewi (pemilik LOT 2787)

tidak hadir
e) Hj Syukur (wakil Lot 2788)
f) Hj Aziz b Abd Rahman ( wakil Lot 547)

1. Pengenalan Tujuan dan Peranan Persatuan Penduduk dalam membantu penduduk (salinan Pertubuhan Persatuan), dan peluang yang diamanah oleh DBKL meletakkan PPKg sebagai Perantaraan (orang tengah)

2 Syarat-syarat yang ditetapkan oleh DBKL ;-

a) Jenis Infrasturktur adalah bina baru atau baik pulih , jalan  dan longkang yang uzur serta rosak.
b) Keputusan pembinaan tertakluk kelulusan dan peruntukkan semasa dari DBKL.
c) Setelah menerima Aduan dan Cadangan dari penduduk, pihak Jurutera DBKL akan membuat Kajian bersama AJK PPKg untuk mengenalpasti serta mencari cara penyelesaian .
d) Setelah dikenalpasti akan dicadangkan kepada Pemilik tujuan kebenaran menjalankan Kerja.
e) Setelah persetujuan dari Pemilik Tanah, manakala peruntukan untuk kerja tersebut diluluskan , maka pihak DBKL akan melantik Panel Kontraktor beliau untuk memulakan Kerja. Siap kerja dibiayai oleh DBKL.
f) Pihak Alam Flora akan menjalankan kerja kawalselia kebersihan dalam Tempoh yang ditetapkan kemudian.

Komen dan Cadangan pemilik yang Hadir;

a) Hj Karim b Ibrahim minta sebelum kebenaran dari pemilik diberi, beliau menyarankan semasa jurutera DBKL lawat tapak semasa buat kajian perlulah mengikut garispanduan dan kehendak Penduduk, dan sebelum kontraktor yang telah dilantik mula kerja, pemilik disediakan BQ dan jadual kerja sesalin pd Pemilik yang memberi kebenaran.

b) Cikgu Shamsidar setuju pembinaan tersebut hendaklah bermula dari Pagar sempadan tanah beliau sehingga ke Main Hole Terowong bawah tanah di sebelah Masjid Syadina Ali. Beliau membenarkan sepohon pokok rambutan di sebelah jalan ditebang memudahkan kerja dan sarankan supaya longkang tersebut ditutup dengan konkrit elak pembuangan sampah kedalam longkang dan minta DBKL mengadakan kekotak tujuan pemantaun dan pembersihan di sebelah jalan.

c) Cik Ratna Dewi mohon sekiranya pihak DBKL dapat mengantikan Laluan utama di tanah pemilik tersebut, minta jasabaik  DBKL dapat diteruskan melalui tanah beliau dan dipanjangkan kepada pemilik tanah-tanah lain disebelahnya.   
( TINDAKAN PENGERUSI MENDAPAT KEBENARAN PEMILIK TERSEBUT)

d) Pengerusi akan mendapatkan tarikh temujanji Lawatan tapak Jurutera DBKL, seterusnya memaklumkan kepada pemilik tanah yang terlibat.

e) Pengerusi difahamkan bahawa LOT 2539 ( Cikgu Shamsidar) dan LOT 14166 ( Hj Karim) pemilik tanah ramai, beliau serahkan Borang 'kebenaran' dan hanya Penama yang terlibat dengan Projek Longkang dan Jalan yang perlu menandatangan.

f) Mesyuarat tamat jam 1730 pm


Minit disediakan oleh ;-
Yang diPertua
Persatuan Penduduk Kg Padang Balang Hilir, 
Sentul, Kuala Lumpur.







No comments:

Post a Comment