[KELUARGA 30 MALAYSIA] Isu-isu dibawah ini kita minta supaya Umno/BN...
Message body
Peguam Ahmad Shuaib posted in KELUARGA 30 MALAYSIA
|
Peguam Ahmad Shuaib posted in KELUARGA 30 MALAYSIA
|
| |||||||||
![]() |










Mismah, we already know you where |
| by FARUSH KHAN 8/10/2011 7:58:11 AM |
The day before the fast on 1 August, Datuk Seri Najib Tun Razak urged all parties respect the sanctity of Ramadan by setting aside politics.
UMNO, the ruling party president, will focus on worship in the form of programs and contributions to their needs during the holy month, despite opposition "in his head all the politics."
Not until several hours after Najib's advice, the country was shocked by the appearance Mismah, mysterious woman, who was charged for citizenship within four hours. The opposition did not miss the opportunity - fast or not - to dispute 1.597 registration of voters in the draft supplement to the electoral roll of registered voters, the Mismah included therein, until the end of June, which is listed on the website of the National Registration Department (NRD) as a permanent resident.
According to the Election Commission (EC) is a 'technical negligence, while explaining JPN JPN records show Mismah actually have permanent resident status on July 17, 1982.
According to AGC, Mismah status as citizens was passed on January 31, 2011 after 29 years as permanent resident.
Now I know Mismah where and are trying to disassemble the existing tangling. The problem in this country, whatever the issues raised are not easily denied. In this country and perhaps anywhere, rumors held true, until proven otherwise.
Whether the NRD and the EC explanation can be accepted or not, depending on the angle where you want to see, but for sure the name Mismah - including a few more; to date, the electors named 'New Village' - will be paraded around and to campaign Options Raya 13th General (GE-13), the last date is March 7, 2013, but is believed to be held as early as November or as late as next March.
Perhaps relieved with the results of Discourse 'What after July 9? " organized by the Daily Herald recently, EC Deputy Chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar has not had debated the neck with the chairperson of the Free and Fair Elections (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga in the media on eight claims, including the use of biometrics and indelible ink, but many amused by stories of voters in Pulau Ketam, Selangor, who made history after using henna on the fingers of their chosen community leaders last month.
"It has been successful. No need to waste money using biometrics, "said a leader there. That's an issue, others more.
Member of Parliament Datuk Seri Zahrain Georgetown to Datuk Mohamed Hashim Nik Abdul Aziz Nik Mat, almost lost his temper with a challenge to pass the General Mursyidul do not hide the truth he held secret meetings in relation to the proposed appointment of the Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah as the Leader of the Opposition, the in place of Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Wine Article," comments Nik Aziz, who insists he has never hidden the secret things and remind the media use the correct copy of Ramadan.
"Remember, what is written and pronounced will be the materials to be reviewed by Allah in the hereafter," he said through Facebook.
Read for the issues and political debate makes me wonder what 2.0 Net claims need to be allowed to campaign held to 21 days.
You do not need to be a political analyst to realize that in Pakistan election campaign running all the time.
It starts as soon as the GE-12 expired on March 8, 2008; every day, through brochures, media, speeches, websites and anything that can be used as campaign tools. And say sorry, every time a representative of the people died before the completion of the funeral, his successor who has been spinning debate.
Should be considered fair election.
Finally, I must give credit to the Daily Herald, Daily young appeared only six years ago under Media Karangkraf, because it has successfully held five discourse, one each month. This program, including the last, titled "What Next July 9?" also managed to inject new hope for development of the mind of the people and the country's future.
Here is the place that felt most comfortable to date by all parties to sit down and discuss any issues and achieve what is love without doubt; not what if there was some bustle and sarcastically quipped. It is still a healthy and encouraging.
Importantly, no ray of hope for the people of our beloved country.
I wish this discourse can be organized over the years. Of course many of our goals have been achieved.
|
Mismah, kita dah tahu anda di mana |
| oleh FARUSH KHAN 8/10/2011 7:58:11 AM |
Sehari sebelum puasa pada 1 Ogos lalu, Datuk Seri Najib Razak, meminta semua pihak hormati kesucian Ramadan dengan mengetepikan politik. UMNO, kata Presiden parti pemerintah itu, akan tumpu kepada program berbentuk ibadah dan sumbangan kepada mereka memerlukan sepanjang bulan mulia ini, meskipun pembangkang “dalam kepalanya semua politik”. Tidak sampai beberapa jam selepas nasihat Najib itu, negara dikejutkan dengan kemunculan Mismah, wanita mistri, yang didakwa mendapat taraf warganegara dalam tempoh empat jam. Pembangkang tidak melepaskan peluang - puasa atau tidak - untuk mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar, yang Mismah termasuk di dalamnya, sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai penduduk tetap. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu adalah ‘kecuaian teknikal’, manakala JPN menjelaskan rekod JPN menunjukkan Mismah sebenarnya telah dapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982. Menurut JPN, taraf Mismah sebagai warganegara Malaysia telah diluluskan pada 31 Januari 2011 selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap. Kini saya sudah tahu Mismah di mana dan sedang cuba merungkai kekusutan yang ada. Masalahnya di negara ini, apa sahaja isu yang timbul tidak mudah dinafikan. Di negara ini dan barangkali di mana sahaja, khabar angin dianggap benar, sehingga terbukti sebaliknya. Sama ada penjelasan JPN dan SPR boleh diterima atau tidak, bergantung kepada dari sudut mana yang anda hendak lihat, tetapi yang pasti nama Mismah - termasuk beberapa lagi; yang terkini, pemilih bernama ‘Kampung Baru’ - akan terus diarak merata-rata hingga kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), yang tarikh terakhirnya adalah 7 Mac, 2013, tetapi dipercayai akan diadakan seawal November atau selewat-lewatnya Mac depan. Barangkali lega dengan hasil Wacana ‘Apa selepas Julai 9?’ anjuran Sinar Harian baru-baru ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sudah kurang bertegang leher dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga melalui media mengenai lapan tuntutan, termasuk penggunaan biometrik dan dakwat kekal, tetapi ramai geli hati dengan cerita pengundi di Pulau Ketam, Selangor, yang menempa sejarah mengguna inai di jari selepas memilih ketua masyarakat mereka bulan lalu. “Ia berjaya. Tidak perlu bazirkan wang guna biometrik,” kata seorang pemimpin di situ. Itu satu isu; yang lain banyak lagi. Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir hilang sabar dengan cabarannya supaya Mursyidul Am Pas itu jangan sembunyikan kebenaran beliau mengadakan pertemuan sulit berhubung dengan cadangan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, bagi menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Lawak jenaka,” komen Nik Aziz, yang menegaskan beliau tidak pernah sembunyi rahsia apa pun dan mengingatkan media guna Ramadan tulis yang benar. “Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah di akhirat,” katanya melalui Facebook. Membaca isu demi isu dan perdebatan politik membuatkan saya terfikir apa perlunya tuntutan Bersih 2.0 untuk dibenarkan kempen pilihan raya diadakan hingga 21 hari. Anda tidak perlu menjadi penganalisis politik untuk menyedari di Malaysia kempen pilihan raya berjalan sepanjang masa. Ia bermula sebaik sahaja PRU-12 tamat pada 8 Mac 2008; tiap-tiap hari, melalui risalah, media, ceramah, laman sesawang dan apa sahaja yang boleh dijadikan alat berkempen. Dan maaf cakap, setiap kali ada wakil rakyat meninggal dunia, sebelum selesai urusan pengebumian, siapa penggantinya sudah ligat dibahaskan. Patutlah pilihan raya dianggap pesta. Akhir kata, saya perlu beri kepujian kepada Sinar Harian, akhbar muda yang muncul hanya enam tahun lalu di bawah Kumpulan Media Karangkraf, kerana telah berjaya mengadakan lima wacana, satu setiap bulan. Program ini, termasuk yang terakhir bertajuk ‘Apa Selepas Julai 9?’ turut berjaya menyuntik harapan baru kepada perkembangan minda rakyat dan masa depan negara. Di sinilah tempat yang dirasai paling selesa setakat ini oleh banyak pihak untuk duduk dan berbincang apa sahaja isu dan mencapai apa yang dihajati tanpa ragu-ragu; tidak apa kalau terdapat sedikit keriuhan dan sindir menyindir. Ia tetap sihat dan menggalakkan. Yang penting, ada sinar harapan untuk rakyat di negara yang kita cintai ini. Alangkah baiknya jika wacana seperti ini dapat dianjurkan sejak dahulu lagi. Tentu banyak daripada matlamat kita sudah tercapai. |