Monday, May 30, 2016

Kelebihan Pecah LOT dari Geran Berkongsi




DENGAN RM500,000 ANDA DAPAT BANGLO, ORANGLAIN DAPAT TERES JER. 
INI KISAH DI BANGI.
.
Aku rasa sekarang ni ramai yang dah bukak mata dengan kaedah pecah lot banglo. Bila dah ramai yang tau cara pecah lot banglo ni, makin ramailah yang carik tanah pertanian, mohon pecah sempadan dan ubah syarat seterusnya memiliki lot banglo dengan geran individu status bangunan tersebut.
.
Bila dah dapat geran individu, bolehlah bina banglo sendiri atas lot tu atau buat duit dengan menjual lot tu pada harga yang lebih tinggi.Sapa yang taknak ada banglo sendiri kan. Tanah luas, leh parking 10 buah kereta dan duduk sekali dengan anak cucu.Kalau buat majlis makan-makan, tetamu takdelah berhimpit-himpit dalam rumah sebab banglo dan laman depan banglo pun luas tak ingat untuk tetamu santai-santai sambil menjamah hidangan.
.
Cumanya, kalau nak mulakan proses beli tanah dan buat conversion ni, amik masa lama gaklah. Jual beli tanah, ada tempohnya.Itu kalau kau beli sorang. Kalau kau kumpul duit ramai-ramai, nak mencukupkan duit belian tu memang satu hal lah. Kena carik pemegang amanah yang boleh percaya lagi. Kalau melibatkan bank, lagilah panjang proses.Nak kena discharge dan charge plak. Itu belum kira lagi nak mohon consent bagai. Lps setel beli, nak pecah sempadan dan ubah syarat bangunan dan masuk Kebenaran Merancang plak.kau boleh buat benda ni semua paling cepat pun 1 tahun.
.
Bila dah setel semua ni, kena amik kira gak kerja-kerja tanah. nak ratakan tanah,bina longkang dan jalan bertar. jangan haraplah PBT nak buat. Itu kerja tuan tanah untuk sediakan semua infra tu.Bila nak bina rumah, nak kena apply plak elektrik dengan TNB dan masuk air dengan syarikat bekalan air lagi.
.
Semua benda ni mmg kau boleh buat. Just the matter of cost and time je lah.Tu belum tentu lulus lagi tu kelulusan pecah sempadan dan tukar syarat lagi tu. Yelah...manalah tau kau terbeli tanah kat zoning pertanian ker. Memang nanges la nak dptkan kelulusan.Padahal kau dah berbelanja riban gak upah townplanner untuk buat LPC (Laporan Cadangan Pemajuan) dan kerja-kerja lain yang berkaitan.Lulus atau tak lulus, duit tetap dah keluar daripada poket dah....huhu.
.
Okay, berbalik kisah hartanah idaman kau. Dengan nilai RM500,000 kat Bangi ni kau boleh dapat teres saiz 20x70 jer.Itupun bertuah la kalau dapat RM500,000...paling tak RM530,000 atau cecah gak RM550,000 depend on condition dan extension yang owner dah buat. Kau leh la dapat rumah kat Bangi ni dengan nilai RM400,000 tapi kat seksyen-seksyen awal yang lebih lama wujud di Bangi ni. Tu pun status leasehold.
.
Tak lama lagi kena sambung pajakan balik la bila tempoh pajakan dah tamat. Kos lagi kat situ. Nak tau cara sambung pajakan, baca kat blog aku www.tanahkosong.com . Artikel ni pernah publish kat The Vocket [ http://www.thevocket.com/pengiraan-bayaran-premium-bagi-me…/ ].
.
Nak carik yang freehold, kena rajinlah carik. Kena berkawan dengan REN dan mereka yang dalam industri tanah ni.Nway, yang aku nak cerita ni yang satu lot banglo harga RM40 sekaki tapi status FREEHOLD dan BUKAN REZAB MELAYU.Cina dan India pun boleh beli.Bank memang suka jenis macam ni. Senang nak bagi loan sebab title individu dan bukan rezab melayu. Cuma nak bagitau, yg kawasan ni boleh kata majoriti Melayu. Kalau azan kat masjid KUIS, memang boleh dengar dengan jelas.
===
UNTUK YANG NAK KAN TANAH DAN BANGLO SEBUAH DENGAN HARGA RM500,000 DI BANGI UNTUK DUDUK SENDIRI
===
Lot banglo ni kat Bangi Lama.Lokasi tengah-tengah antara Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra.nak pergi ke dua-dua bandar ni dalam 10 minit jer. So senanglah nak tembus ke PLUS Highway dan LEKAS Highway.
.
STATUS LOT TANAH :FREEHOLD, BUKAN REZAB MELAYU, GERAN INDIVIDU (BANGUNAN), LUAS 11409 KAKI PERSEGI @ BANGI LAMA.
.
Tanah ni dah ada rezab jalan 20 kaki. siap bertar lagi. tanah rata.Dah ada tiang letrik TNB. Kau tinggal pacak rumah jer terus.
.
Jadi, kau ada 2 pilihan :
PERTAMA :
_______
Kau beli lot banglo ni sorang-sorang. Harga lot ni sahaja RM456,360 (RM40 x 11409). Memang tanah tu hak kau sorang-sorang lah. Besar tu bai 11409 kaki persegi.Tapi kena ingat gak lah brape plak kos nak bina banglo nanti.
So ini terpulang kepada citarasa masing-masing. Nak banglo besar ke...banglo sederhana ke...terpulanglah. Standard rate RM150 sekaki persegi bina banglo. So kalau kau buat banglo saiz 2000 kps, anggaran kos RM300,000 (RM150 x 2000kps). So beli tanah dan bina banglo saiz 2000kps jer, kos yang kena keluar dalam RM800,000++.
Apa yang kau dapat dengan 800k tu ? laman kau luas giler lah. Anak-anak boleh berlari sakan. anak cucu datang rumah, 10 kereta pun leh muat. Buat majlis kenduri pun, ramai yang leh sumbat dalam rumah atau berlegar-legar kat ruang laman banglo.
Tu kalau kau mm dah bajet 800k la kan. Okey, kalau kau takde RM800,000 tu dan bajet cuma RM500,000 jer, nak buat camne? Kita pergi kepada pilihan kedua.
.
KEDUA :
______
Sebenarnya, saiz lot banglo yang sederhana dan just nice dari segi maintenance 5000 kaki persegi pun dah cukup. Besar-besar pun penat kau nak mengemas dan nak buat maintenance jer. Jadikan, drpd lot yang besar tu, bahagilah dua. 11409/2 = 5704 kaki persegi.Kalau 5704 kaki persegi darab dengan RM40 = RM228,180.Jadi, kau kenalah carik kawan atau sedara mara yang nak kongsi beli berdua.
Lot banglo ni bukaan dia 118 kaki. Kalau bahagi dua bukaannya 59 kaki. Dah cukup syarat dah tu. Sebab minima bukaan yang disyaratkan adalah 50kaki. Luat lot minima 3750kps (50x70).
So, kos untuk memiliki tanah tu berkongsi 2 orang adalah RM228,180 seorang. Masa beli ni, kena masuk 2 nama dalam geran hakmilik. Lepas dah selamat daftar 2 nama dalam geran, kena buat pecah bahagian plak. Kos ni dalam RM10,000 (rujuk juruukur tanah). So bahagilah 2. Sorang RM5,000. Jadi total kos beli lot banglo besar ni siap dah dipecah bahagian adalah lebih kurang RM233,180 sahaja.
Okay, dah setel progress ni, kat tangan kau berdua dah ada 2 geran individu masing-masing. So dah boleh buat banglo masing-masing atas tanah 5704 kaki persegi.Katakanlah kau nak buat banglo saiz 2000 kaki persegi gak, so kos bina banglo adalah RM300,000 (2000kps x RM150 sekaki) campur dengan kos beli tanah tadi RM233,180, total kos kau dapatkan banglo dengan tanah seluas 5704 kaki persegi adalah RM533,180 = kos yang sama ni kau cuma boleh dapat teres 20x70 jer kat Bandar Baru Bangi bang....
Dan lot banglo ni plak FREEHOLD dan BUKAN REZAB MELAYU.
Dan kalau kau rasa RM533,180 tu mahal sangat, bina jelah banglo saiz 1500 kaki persegi jer. kos banglo tu akan menurun kepada RM225,000 (RM150x1500kps). So total kos banglo 1500kps dan tanah 5704 adalah RM458,180 = harga yang sama kau boleh dapat teres kat Bdr Baru Bangi di seksyen-seksyen awal yang lama wujud.
===
UNTUK YANG NAK INVEST KAT TANAH LOT BANGLO NI, INI CARANYA PULA :
===
KETIGA :
________
Kaedah ni sama dengan yang no 2 di atas. Kat tangan kau dah ada 2 geran individu yang dah dipecah bahagian kan. So apalagi...jual lah kat oranglain plak kedua-dua geran tu dengan harga yang lebih tinggi.Kalau takde orang nak beli, simpan je lah...bukannya esok harga tanah tu akan menurun pun. Makin menaik lagi ada lah...lagipun status freehold maaa...bukan leasehold yang mana tempoh pajakan makin menurun pun.
.
KEEMPAT :
__________
Mohon pecah sempadan dan Kebenaran Merancang untuk bina 2 unit semi-D. Kos lebih jimat sebab kongsi dinding. Ruang tepi pun lebih luas sebab dah jimat 10kaki kiri dan kanan rumah . Lepas siap bina 2 unit semi-D ni, apalagi...jual lah....
.
KELIMA :
________
sama seperti No 4. Mohon pecah sempadan untuk bina 3 unit teres.Kena buat serahan jalan sikit. Kat sini pun kena masuk Kebenaran Merancang. Aku dah mintak juruukur draw dah...mmg just nice kalau bina 3 unit rumah teres. Bina 4 unit rumah dan ke bawah tak perlu ada lesen developer pun.
Cuma kau kena kira betul-betul la costing tu. Sebab byk kos yang akan terlibat termasuk Caj Pemajuan bagai.So...dah siap bina 3 teres ni...jual lah semua. Dapat untung, carik lagi tanah saiz kecil yang lain dan ulang semula proses yang sama sampai kau jadi kaya-raya....hahah
.
Untuk kaedah 4 dan 5, aku suggest buat proper la. Bina bangunan tu sekali dengan CCC. Baru senang nak jual. Kalau buat valuation pun akan dapat nilaian yang tinggi.
Isunya, kalau kat Kawasan Kawalan PBT mcm ni, ramai yang bina rumah tanpa pelan bangunan dan tanpa CCC. Bila satu hari nanti nak jual, memang sakitlah sebab bank bagi financing rendah disebabkan valuation yang rendah.Lainlah kalau kawasan Operasi PBT, nak tak nak mmg wajib lah masuk Kebenaran Merancang.
.
So, aku dah bagi 5 cara yang kau boleh buat dengan lot banglo saiz 11409 kaki persegi ni. Kalau berminat nak view lot ni, boleh PM inbox.

Like
Comment