Monday, May 30, 2016

Kelebihan Pecah LOT dari Geran Berkongsi




DENGAN RM500,000 ANDA DAPAT BANGLO, ORANGLAIN DAPAT TERES JER. 
INI KISAH DI BANGI.
.
Aku rasa sekarang ni ramai yang dah bukak mata dengan kaedah pecah lot banglo. Bila dah ramai yang tau cara pecah lot banglo ni, makin ramailah yang carik tanah pertanian, mohon pecah sempadan dan ubah syarat seterusnya memiliki lot banglo dengan geran individu status bangunan tersebut.
.
Bila dah dapat geran individu, bolehlah bina banglo sendiri atas lot tu atau buat duit dengan menjual lot tu pada harga yang lebih tinggi.Sapa yang taknak ada banglo sendiri kan. Tanah luas, leh parking 10 buah kereta dan duduk sekali dengan anak cucu.Kalau buat majlis makan-makan, tetamu takdelah berhimpit-himpit dalam rumah sebab banglo dan laman depan banglo pun luas tak ingat untuk tetamu santai-santai sambil menjamah hidangan.
.
Cumanya, kalau nak mulakan proses beli tanah dan buat conversion ni, amik masa lama gaklah. Jual beli tanah, ada tempohnya.Itu kalau kau beli sorang. Kalau kau kumpul duit ramai-ramai, nak mencukupkan duit belian tu memang satu hal lah. Kena carik pemegang amanah yang boleh percaya lagi. Kalau melibatkan bank, lagilah panjang proses.Nak kena discharge dan charge plak. Itu belum kira lagi nak mohon consent bagai. Lps setel beli, nak pecah sempadan dan ubah syarat bangunan dan masuk Kebenaran Merancang plak.kau boleh buat benda ni semua paling cepat pun 1 tahun.
.
Bila dah setel semua ni, kena amik kira gak kerja-kerja tanah. nak ratakan tanah,bina longkang dan jalan bertar. jangan haraplah PBT nak buat. Itu kerja tuan tanah untuk sediakan semua infra tu.Bila nak bina rumah, nak kena apply plak elektrik dengan TNB dan masuk air dengan syarikat bekalan air lagi.
.
Semua benda ni mmg kau boleh buat. Just the matter of cost and time je lah.Tu belum tentu lulus lagi tu kelulusan pecah sempadan dan tukar syarat lagi tu. Yelah...manalah tau kau terbeli tanah kat zoning pertanian ker. Memang nanges la nak dptkan kelulusan.Padahal kau dah berbelanja riban gak upah townplanner untuk buat LPC (Laporan Cadangan Pemajuan) dan kerja-kerja lain yang berkaitan.Lulus atau tak lulus, duit tetap dah keluar daripada poket dah....huhu.
.
Okay, berbalik kisah hartanah idaman kau. Dengan nilai RM500,000 kat Bangi ni kau boleh dapat teres saiz 20x70 jer.Itupun bertuah la kalau dapat RM500,000...paling tak RM530,000 atau cecah gak RM550,000 depend on condition dan extension yang owner dah buat. Kau leh la dapat rumah kat Bangi ni dengan nilai RM400,000 tapi kat seksyen-seksyen awal yang lebih lama wujud di Bangi ni. Tu pun status leasehold.
.
Tak lama lagi kena sambung pajakan balik la bila tempoh pajakan dah tamat. Kos lagi kat situ. Nak tau cara sambung pajakan, baca kat blog aku www.tanahkosong.com . Artikel ni pernah publish kat The Vocket [ http://www.thevocket.com/pengiraan-bayaran-premium-bagi-me…/ ].
.
Nak carik yang freehold, kena rajinlah carik. Kena berkawan dengan REN dan mereka yang dalam industri tanah ni.Nway, yang aku nak cerita ni yang satu lot banglo harga RM40 sekaki tapi status FREEHOLD dan BUKAN REZAB MELAYU.Cina dan India pun boleh beli.Bank memang suka jenis macam ni. Senang nak bagi loan sebab title individu dan bukan rezab melayu. Cuma nak bagitau, yg kawasan ni boleh kata majoriti Melayu. Kalau azan kat masjid KUIS, memang boleh dengar dengan jelas.
===
UNTUK YANG NAK KAN TANAH DAN BANGLO SEBUAH DENGAN HARGA RM500,000 DI BANGI UNTUK DUDUK SENDIRI
===
Lot banglo ni kat Bangi Lama.Lokasi tengah-tengah antara Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra.nak pergi ke dua-dua bandar ni dalam 10 minit jer. So senanglah nak tembus ke PLUS Highway dan LEKAS Highway.
.
STATUS LOT TANAH :FREEHOLD, BUKAN REZAB MELAYU, GERAN INDIVIDU (BANGUNAN), LUAS 11409 KAKI PERSEGI @ BANGI LAMA.
.
Tanah ni dah ada rezab jalan 20 kaki. siap bertar lagi. tanah rata.Dah ada tiang letrik TNB. Kau tinggal pacak rumah jer terus.
.
Jadi, kau ada 2 pilihan :
PERTAMA :
_______
Kau beli lot banglo ni sorang-sorang. Harga lot ni sahaja RM456,360 (RM40 x 11409). Memang tanah tu hak kau sorang-sorang lah. Besar tu bai 11409 kaki persegi.Tapi kena ingat gak lah brape plak kos nak bina banglo nanti.
So ini terpulang kepada citarasa masing-masing. Nak banglo besar ke...banglo sederhana ke...terpulanglah. Standard rate RM150 sekaki persegi bina banglo. So kalau kau buat banglo saiz 2000 kps, anggaran kos RM300,000 (RM150 x 2000kps). So beli tanah dan bina banglo saiz 2000kps jer, kos yang kena keluar dalam RM800,000++.
Apa yang kau dapat dengan 800k tu ? laman kau luas giler lah. Anak-anak boleh berlari sakan. anak cucu datang rumah, 10 kereta pun leh muat. Buat majlis kenduri pun, ramai yang leh sumbat dalam rumah atau berlegar-legar kat ruang laman banglo.
Tu kalau kau mm dah bajet 800k la kan. Okey, kalau kau takde RM800,000 tu dan bajet cuma RM500,000 jer, nak buat camne? Kita pergi kepada pilihan kedua.
.
KEDUA :
______
Sebenarnya, saiz lot banglo yang sederhana dan just nice dari segi maintenance 5000 kaki persegi pun dah cukup. Besar-besar pun penat kau nak mengemas dan nak buat maintenance jer. Jadikan, drpd lot yang besar tu, bahagilah dua. 11409/2 = 5704 kaki persegi.Kalau 5704 kaki persegi darab dengan RM40 = RM228,180.Jadi, kau kenalah carik kawan atau sedara mara yang nak kongsi beli berdua.
Lot banglo ni bukaan dia 118 kaki. Kalau bahagi dua bukaannya 59 kaki. Dah cukup syarat dah tu. Sebab minima bukaan yang disyaratkan adalah 50kaki. Luat lot minima 3750kps (50x70).
So, kos untuk memiliki tanah tu berkongsi 2 orang adalah RM228,180 seorang. Masa beli ni, kena masuk 2 nama dalam geran hakmilik. Lepas dah selamat daftar 2 nama dalam geran, kena buat pecah bahagian plak. Kos ni dalam RM10,000 (rujuk juruukur tanah). So bahagilah 2. Sorang RM5,000. Jadi total kos beli lot banglo besar ni siap dah dipecah bahagian adalah lebih kurang RM233,180 sahaja.
Okay, dah setel progress ni, kat tangan kau berdua dah ada 2 geran individu masing-masing. So dah boleh buat banglo masing-masing atas tanah 5704 kaki persegi.Katakanlah kau nak buat banglo saiz 2000 kaki persegi gak, so kos bina banglo adalah RM300,000 (2000kps x RM150 sekaki) campur dengan kos beli tanah tadi RM233,180, total kos kau dapatkan banglo dengan tanah seluas 5704 kaki persegi adalah RM533,180 = kos yang sama ni kau cuma boleh dapat teres 20x70 jer kat Bandar Baru Bangi bang....
Dan lot banglo ni plak FREEHOLD dan BUKAN REZAB MELAYU.
Dan kalau kau rasa RM533,180 tu mahal sangat, bina jelah banglo saiz 1500 kaki persegi jer. kos banglo tu akan menurun kepada RM225,000 (RM150x1500kps). So total kos banglo 1500kps dan tanah 5704 adalah RM458,180 = harga yang sama kau boleh dapat teres kat Bdr Baru Bangi di seksyen-seksyen awal yang lama wujud.
===
UNTUK YANG NAK INVEST KAT TANAH LOT BANGLO NI, INI CARANYA PULA :
===
KETIGA :
________
Kaedah ni sama dengan yang no 2 di atas. Kat tangan kau dah ada 2 geran individu yang dah dipecah bahagian kan. So apalagi...jual lah kat oranglain plak kedua-dua geran tu dengan harga yang lebih tinggi.Kalau takde orang nak beli, simpan je lah...bukannya esok harga tanah tu akan menurun pun. Makin menaik lagi ada lah...lagipun status freehold maaa...bukan leasehold yang mana tempoh pajakan makin menurun pun.
.
KEEMPAT :
__________
Mohon pecah sempadan dan Kebenaran Merancang untuk bina 2 unit semi-D. Kos lebih jimat sebab kongsi dinding. Ruang tepi pun lebih luas sebab dah jimat 10kaki kiri dan kanan rumah . Lepas siap bina 2 unit semi-D ni, apalagi...jual lah....
.
KELIMA :
________
sama seperti No 4. Mohon pecah sempadan untuk bina 3 unit teres.Kena buat serahan jalan sikit. Kat sini pun kena masuk Kebenaran Merancang. Aku dah mintak juruukur draw dah...mmg just nice kalau bina 3 unit rumah teres. Bina 4 unit rumah dan ke bawah tak perlu ada lesen developer pun.
Cuma kau kena kira betul-betul la costing tu. Sebab byk kos yang akan terlibat termasuk Caj Pemajuan bagai.So...dah siap bina 3 teres ni...jual lah semua. Dapat untung, carik lagi tanah saiz kecil yang lain dan ulang semula proses yang sama sampai kau jadi kaya-raya....hahah
.
Untuk kaedah 4 dan 5, aku suggest buat proper la. Bina bangunan tu sekali dengan CCC. Baru senang nak jual. Kalau buat valuation pun akan dapat nilaian yang tinggi.
Isunya, kalau kat Kawasan Kawalan PBT mcm ni, ramai yang bina rumah tanpa pelan bangunan dan tanpa CCC. Bila satu hari nanti nak jual, memang sakitlah sebab bank bagi financing rendah disebabkan valuation yang rendah.Lainlah kalau kawasan Operasi PBT, nak tak nak mmg wajib lah masuk Kebenaran Merancang.
.
So, aku dah bagi 5 cara yang kau boleh buat dengan lot banglo saiz 11409 kaki persegi ni. Kalau berminat nak view lot ni, boleh PM inbox.

Like
Comment

Friday, January 29, 2016

Pembangunan yg di maksudkan



Thursday, September 4, 2008


Apa itu pembangunan

Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan pembangunan. 
Apakah anda faham??. Pembangunan mempunyai makna yang 
pelbagai ia boleh di ibaratkan sebagai satu ungkapan yang universal. Universal disini adalah pembangunan bukan hanya merujuk kepada pembangunan bangunan-bangunan sahaja ia juga membawa maksud pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan juga politik. 
Sehingga kini tiada satu pun istilah yang dapat mendefinisikannya secara tepat apa itu maksud pembangunan ini kerana ia mempunyai istilah tersirat yang banyak.

Maka dalam perbincangan ini saya akan menerangkan apa itu
 pembangunan mengikut pandangan saya dan juga beberapa 
ahli falsafah yang aktif memperkatakan tentang apa itu pembangunan.

Saya juga akan menyelitkan beberapa teori dan konsep dalam
 perbincangan ini. Ini bertujuan agar perbincangan saya ini mengikut 
landasan akademik dan juga agar perbincangan ini tidak terpesong 
dari topik yang ingin diperkatakan.

Selain itu, perbincangan ini juga akan membincangkan perkembangan 
tahap-tahap pendidikan dan juga perubahan dalam sistem pendidikan 
yang terdapat dalam pendidikan negara kita pada masa kini dan masa lepas.

Seterusnya, cabaran-cabaran berkaitan dengan kemiskinan, perindutrian 
dan juga pertanian juga akan dibincangan dengan lebih terpeinci dalam perbincangan ini. Ini adalah bertujuan agar segala permasalahan dikenalpasti dan dapat diatasi dengan menggunakan konsep dan teori yang saya pelajari.

Pada akhir sekali dalam perbincangan ini saya akan membuat kesimpulan mengikut pandangan saya dan mengemukakan beberapa cadangan dalam membangunkan negara kita sebagai sebuah negara maju.
2.0 PEMBANGUNAN
Tiada makna yang khas yang dapat menerangkan maksud pembangunan walapun terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers(1979) dan juga Syed Husin Ali (1976). (Rahimah Aziz 1989: 197).

Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2)

Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran, kemasyarakatan dan kebudayaan. Maka, pembangunan tidak boleh terbatas kepada hal-hal ekonomi sahaja. Sebaliknya, meliputi semua bidang kehidupan masyarakat. (Rahimah Aziz 1989: 3).

Seers (1979) pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini biasanya mencirikan negara-negara Dunia Ketiga. Beliau berpendapat bahawa pembangunan bermaksud pengurangan pergantungan budaya kepada satu atau lebih kuasa besar dan ini dapat dilakukan misalnya, dengan meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan, memperuntukkan lebih banyak masa siaran televisyen untuk rancangan tempatan dan meningkatkan mutu pendidikan tempatan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

3.0 TEORI
Dalam perbincangan pembangunan ini akan turut dibincangkan juga teori yang berkaitan iaitu Teori Pergantungan, Teori Modenisasi dan juga Teori pembangunan Mampan.

3. 1 TEORI MODENISASI.
Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih maju. Pendekatan ini mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran, ragam tingkah laku adalah halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap konservatif terhadap perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Aziz 1989: 197).

3. 2 TEORI PERGANTUNGAN.
Teori pergantungan dapat difahami dengan mengenalpasti dan melihat negara mundur yang ditindas dan dipergunakan oleh negara maju untuk mendapat kepentingan daripada negara mundur. Negara maju akan mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara mundur dan akan memproses kemudiannya akan menjual kembali kepada negara mundur pada harga yang tinggi. Prebisch bersama teman-teman pakarnya menghadapi masalah dengan fakta yang memperlihat pertumbuhan ekonomi negara-negara kecil dalam kajian beliau mencadangkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara-negara maju sering meninggalkan kesan serius kepada ekonomi negara miskin. sosial (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 47)

Manakala mengikut Sunkel (1969), mendefinisikan pergantungan sebagai penerangan ke atas soal pembangunan ekonomi sesebuah negara terutama dari segi pengaruh luaran ke atas polisi pembangunan nasional negara berkenaan. Ia menyentuh soal politik, ekonomi dan budaya. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 48)

3. 3 TEORI PEMBANGUNAN MAMPAN.
Pembangunan Mampan adalah bertujuan untuk membawa mutu hidup yang lebih baik pada masa kini dan masa depan, sambil melindungi dan mungkin memperbaiki mutu alam sekitar serta penggunaan sumber asli. Konsep ini mengandungi tiga elemen utama yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu, masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

Elemen masyarakat yang ingin disentuh disini adalah agar semua masyarakat memperolehi kehidupan yang sama contohnya semua ibu bapa diwajibkan menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahap paling rendah yang diwajibkan oleh Kementerian adalah sehingga tahun enam ataupun menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Persekitaran yang selamat adalah berkaitan secara langsung dengan pembinaan masyarakat Mampan yang menjadi teras kepada kewujudan Pembangunan Mampan. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 53)

Pembangunan Mampan memberi fokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan kepada semua kehidupan di bumi tanpa adanya peningkatan terhadap penggunaan sumber yang melebihi kemampuan alam sekitar untuk menyediakannya. Hal ini memerlukan perubahan sikap, institusi, individu dan sebagainya. Ia juga memerlukan tindakan seperti perubahan polisi/dasar, yang mengcakupi individu dan masyarakat.

4.0 CABARAN PEMBANGUNAN.
4.1 KEMISKINAN.
Mengakui bahawa kemiskinan dan ketaksamaan merupakan salah satu masalah utama dalam arus pembangunan negara, bebagai-bagai dasar dan strategi telah digubal dan dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan terutama dengan pelancaran DEB psds tahun 1970. Sebelum DEB, walaupun usaha-usaha membasmi kemiskinan dilaksanakan, usaha ini lebih merupakan penerusan dasar penjajah yang menumpukan pembangunan sektor-sektor eksport dan bandar. Usaha ini mempunyai kesan yang kecil sahaja kepada usaha pembasmiannkemiskinan 40 peratus penduduk termiskin. ( Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei, 1988: 1)

Masalah kemiskinan adalah satu masaalah yang dihadapi oleh semua negara tidak ada satu negara pun yang terkecuali dari menghadapi masalah kemiskinan. Masalah kemiskinan sering membelenggu terutamanya negara dunia ketiga.

Hampir lebih separuh Negara Dunia Ketiga khususnya mengalami masalah kemiskinan dan ia berlarutan untuk beberapa tempoh masa. Berbagai usaha dalam bentuk program dan dasar dilancarkan oleh negara-negara terlibat malah mendapat perhatian badan-badan bertaraf dunia umpamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi institusi yang ditubuhkan dibawahnya.

Masalah kemiskinan ini turut mendapat perhatian dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan-yayasan dari seluruh dunia. Kemiskinan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 12)

Kemiskinan mutlak bermaksud bahawa terdapat keadaan yang mana keperluan minimun manusia tidak dapat dipenuhi. Ringkasnya keperluan asas manusia seperti tempat berlindung, makanan, pakaian dan sebagainya adalah tidak dipenuhi. Mereka ini dari segi pendapatannya menerima kadar pendapatan sebulan yang sangat rendah misalnya RM250 sebulan. Jika negara kita menetapkan kadar pendapatan RM250 sebulan sebagai garis kemiskinan, ini bermaksud sesebuah keluarga yang menerima kadar di bawah RM250 maka mereka dikira sebagai golongan miskin. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 12)

Kemiskinan mutlak dapat dilihat daripada satu masalah besar yang sering berlaku di luar bandar, terutamanya di kampung-kampung terpencil dan kebanyakan ladang-ladang ialah kekurangan sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup dan guru-guru terlatih yang sesuai serta persekitaran yang lebih baik untuk pembelajaran. Keadaan sedemikian menjejaskan mutu pendidikan dan mengakibatkan kadar keciciran yang tinggi di sekolah-sekolah. Keadaan ini mengurangkan peluang-peluang bagi golongan miskin memperbaiki kedudukan mereka melalui pendidikan. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kancah kemiskinan yang mereka hadapi. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 11)

Kemiskinan relatif bermaksud keadaan hidup individu atau kelompok manusia di dalam sebuah masyarakat yang dibandingkan dengan keadaan hidup yang lebih baik dinikmati oleh segolongan manusia di dalam kelompok yang lain. Ini bermakna kehidupan individu atau kumpulan masyarakat yang pertama tadi berkedudukan lebih rendah jika dibandingkan dengan kehidupan individu atau kumpulan sebuah masyarakat yang lain. Misalnya taraf kehidupan golongan pertengahan itu dilihat lebih miskin daripada golongan atasan. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 12)

Konsep kemiskinan relatif juga berhubungkait dengan ketidakseimbangan wilayah dalam pembangunan ekonomi. Negeri-negeri yang kurang maju di Malaysia masih ketinggalan jauh dari segi kemudahan insfrastruktur asas dan perkhidmatan sosial walaupun terdapat kemajuan pada masa lepas dalam usaha mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Usaha-usaha yang lebih banyak perlu dilaksanakan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan pendapatan di kalangan negeri-negeri dapat dikurangkan.

Perlaksanaan untuk mengurangkan kemiskinan haruslah mengambilkira keperluan semua golongan masyarakat. Oleh itu, walaupun diakui bahawa segolongan besar rakyat termiskin di negara ini adalah kaum Bumiputera, namun terdapat juga kaum bukan Bumiputera yang berada di bawah paras kemiskinan sama ada di bandar atau di luar bandar. Kehendak utama mereka ialah diberi peluang mendapatkan sumber-sumber ekonomi, terutamanya tanah dan kredit bagi membolehkan mereka memperolehi dan menambah pendapatan serta boleh berdikari. Tahap mutu perkhidmatan sosial di beberapa kampung, ladang dan estet perlu juga diperbaiki supaya taraf hidup mereka dapat dipertingkatkan. Disamping itu, harapan mereka untuk mendapatkan peluang yang lebih baik untuk bekerja dalam sektor awam, peluang pendidikan dan penyertaan dalam rancangan tanah akan diambilkira bersama-sama dengan kemajuan yang dicapai oleh Bumiputera dalam sektor swasta. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 18)

Oleh itu, beberapa strategi telah dirancang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di bawah Dasar Pembangunan Baru (DPB) akan terus dilaksanakan menerusi pertumbuhan ekonomi. Tingkat pertumbuhan ekonomi dan pewujudan pekerjaan yang tinggi akan menyediakan peluang-peluang yang lebih luas kepada golongan miskin ini bertujuan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang di hadapi oleh masyarakat yang miskin untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan yang menghantui mereka selama ini.

Maka pihak pentadbir akan terus melaksanakan dasar-dasar yang akan membolehkan golongan miskin menikmati faedah yang saksama dari pembangunan ekonomi dan dapat memperbaiki lagi agihan pendapatan. Disini dapat dilihat penekanan terhadap Teori Pembangunan Mampan yang dilihat bertujuan untuk menyeragamkan tiga elemen iaitu masyarakat, ekonomi dan alam sekitar. sosial (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 53). Dalam melaksanakan dasar-dasar ini, DPB akan mengambil kira beberapa faktor.

Pertama, dengan kemajuan pesat yang telah pun dicapai dalam mengurangkan kadar kemiskinan, masalah kemiskinan tidak lagi sebegitu besar atau serius. Sebahagian besar daripada masalah kemiskinan yang berbentuk umum boleh diatasi melalui proses pembangunan. Mengikut Seers (1979), pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2)

Kedua, dengan adanya kemudahan pendidikan dan latihan serta peluang-peluang pekerjaan yang lebih banyak di dalam sektor bukan pertanian, golongan miskin akan dapat mengalami mobiliti sosial dengan lebih pesat dan seterunya akan dapat mengatasi masalah kemiskinan. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 115)

Menurut Smelser (1959), proses modenisasi boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu modenisasi teknologi perlu untuk mengubah dari teknik tradisi yang mudah kepada aplikasi pengetahuan yang saintifik. sosial (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 44).

Disini dapat kita lihat dalam pembentukan dasar oleh DBP menekankan proses modenisasi terhadap sistem pendidikan yang diamalkan ini bertujuan untuk meningkatkan modal insan dan agar setiap masyarakat dapat bersaing dengan negara maju dalam arus teknologi yang semakin pesat ini.

Ketiga, selaras dengan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi, isi rumah luar bandar akan semakin kurang bergantung kepada sumber pendapatan tradisional seperti pekebun kecil getah, penanaman padi dan penangkapan ikan.

Oleh itu, perubahan dalam reka bentuk dan pelaksanaan program ini perlu dibuat dengan tujuan mengubahsuai skop penglibatan Kerajaan dan memberi penekanan terhadap unsur-unsur penyatuan tanah, pembentukan estet-estet dan pengurusan secara swasta supaya skim-skim ini menjadi lebih bercorak komersil. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 116).

Pada peringkat ini mengikut pendapat Smelser (1959) pengkomersialan pertanian haruslah bercirikan perubahan iaitu perubahan pertanian yang bersaiz kecil kepada ladang komersial, pengkhususan pengeluaran yang berorientasikan penggunaan buruh. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 44)

Oleh yang itu, kerajaan haruslah mengkaji semula pendekatan yang diamalkan dalam perlaksanaan program-program membasmi kemiskinan dengan mengambilkira perubahan yang sedang berlaku dalam ekonomi. Selaras dengan itu, program-program haruslah disesuaikan supaya memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang kritikal dalam membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum tidak lagi menggunakan pendekatan secara meluas kerana ia tidak lagi berkesan.

Seterusnya, penekanan terhadap program-program pembasmian kemiskinan akan beralih ke arah memenuhi keperluan-keperluan tertentu golongan termiskin bagi membantu mereka mengatasi masalah kemiskinan. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 116)

Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, konsep berdikari akan di beri penekanan. Sehubungan dengan ini, Kerajaan haruslah terus memberi sokongan kewangan kepada badan-badan bukan Kerajaan yang terlibat dengan masalah kemiskinan. Usaha-usah juga akan dibuat untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan isirumah yang lain melalui program-program berasaskan konsep berdikari dan kemasyarakatan. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 120)

Kecekapan, produktiviti dan pendapatan dari kegiatan-kegiatan pekebun kecil, akan terus dipertingkatkan dengan pembentukan tanah-tanah kebun secara sukarela serta pembukaan tanah baru, terutamanya di Sabah dan Sarawak dimana potensinya masih besar. Petani-petani juga digalakkan menambah pendapatan mereka dengan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain atau kegiatan luar kebun untuk memperluaskan asas pendapatan dan mengurangkan sebarang kemungkinan kesan buruk akibat dari kejatuhan harga atau kenaikan kos hidup. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 120)

Perkhidmatan sokongan yang lebih baik juga akan disediakan untuk mempercepatkan pembangunan di skim-skim pertanian setempat. Sistem kredit khasnya akan dikaji semula untuk memastikan lebih banyak isirumah miskin mendapat peluang kepada kredit secara langsung. Insfrastruktur pemasaran juga akan diperkukuhkan, terutamanya kemudahan pengangkutan dan penyimpanan hasil pengeluaran, sebagai satu langkah untuk menstabilkan pendapatan golongan miskin sebagai pemilik-pengusaha atau penyewa. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 120)

Seterusnya, mempergiat usaha meningkatkan kualiti hidup terutamanya di kawasan luar bandar dengan memperbaiki kualiti kemudahan asas, perumahan, kesihatan, rekreasi dan pendidikan. Ini bagi pembasmian kemiskinan yang direncanakan dapat di atasi secara menyeluruh dan juga sampai ke peringkat akar umbi.
Berikutnya, dengan memperbaiki pengagihan dan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara dan di kalangan kumpulan etnik, kumpulan pendapatan, sektor ekonomi, wilayah dan negeri. Langkah membangunkan perusahaan Bumiputera yang berdaya tahan dan mampan menerusi penerapan nilai dan sikap positif serta peningkatan keupayaan keusahawanan.

4.2 INDUSTRI DAN PERINDUSTRIAN
Perbezaan antara negara yang di katakan kaya dan negara yang di katakan miskin umumnya merupakan pembahagian negara industri dan negara bukan industri (negara yang mengeluarkan barangan asas). Ada pendapat yang mengatakan negara yang maju dan membangun merupakan negara industri. Jelaslah perindustrian dilihat sebagai satu cara untuk mencetuskan taraf hidup yang lebih tinggi dan dengan itu, mencapai kemajuan dan pembangunan. (Rahimah Aziz 1989: 167).

Mountjoy (1978: 58) berpendapat bahawa, kesan pembangunan yang paling ketara di negara maju, yang dapat dilihat oleh negara kurang membangun ialah limpahan kekayaan industri pembuatan yang telah mewujudkan kemewahan, kuasa, dan penampilan negara kaya. Dengan sebab itu, tidaklah menghairankan bahawa pengenalan industri pembuatan dianggap sebagai idaman kebanyakan negara miskin.

Secara umum, bandar dan proses pembandaran mempunyai kaitan secara langsung dan rapat rapat dengan proses perindustrian. Pertumbuhan bandar moden dilihat sebagai hasil proses pembangunan industri secara langsung ataupun tidak perindustrian telah mempengaruhi arah pertumbuhan bandar serta proses pembandaran sesebuah negara. Dari segi sejarah pula, perkembangan bandar dan pembandaran berlaku seiring dan merupakan hasil perkembangan industri. (Rahimah Aziz 1989: 168).

Menurut Fox (1971) industri boleh didefinisikan sebagai penggunaan cara-cara yang kompleks lagi sofistikated dalam proses pengeluaran barangan dan juga perkhidmatan. Cara-cara yang kompleks ini yang member implikasi penggunaan jentera, telah direka dengan tujuan memperbaiki kuantiti dan kualiti pengeluaran. Dengan itu, proses perindustrian dikaitkan kepada hasil daripada penggunaan jentera (Pieris, 1969). Moore (1965) pula telah memberi pengertian proses perindustrian sebagai pertambahan penggunaan alat-alat teknologi moden, termasuk penggunaan jentera dalam sektor pertanian, industry dan perkhidmatan. (Rahimah Aziz 1989: 168).

Oleh itu, langkah yang sewajarnya harus diambil oleh negara dunia ketiga seperti Malaysai untuk membangunkan sektor perindustrian. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan meningkatkan pelaburan semula, dalam hal ini pihak kerajaan haruslah memperluaskan galakan elaun pelaburan semula, selaras dengan dasar untuk menggalakkan syarikat yang sedia ada melabur semula bagi memperluaskan keupayaan pengeluaran, memodenkan dan mempertingkatkan kemudahan pengeluaran serta mempelbagaikan keluaran mereka dalam bidang yang berkaitan. Contohnya langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam mempertingkatkan pelaburan semula adalah dalam Rangcangan Malaysia ke enam iaitu dengan meluluskan pelaburan sebanyak RM 12.4 billion, berbanding dengan RM 5.5 billion bagi Rancangan Malaysia Kelima. (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam 1993: 124).

Rasionaliti dan penyusunan semula industri, adalah bertujuan untuk memudahkan industri terpilih melaksanakan penyesuaian struktur untuk meningkatkan kecekapan dan daya saingan, Kerajaan telah melancarkan Tabung Penyelarasan Perindustrian serta memperkenalkan Elaun Penyelarasan Perindustrian.

Galakan Pelaburan, dalam hal ini Kerajaan haruslah membuat penyelarasan ke atas sistem galakan cukai haruslah dibuat ini bertujuan agar sektor swasta menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Penyelarasan yang diperkatakanini haruslah meliputi perubahan ke atas sistem galakan perintis serta bukan perintis seperti elaun pelaburan, elaun eksport dan potongan bagi prestasi eksport. (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam 1993: 124-125).

Penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan pembangunan teknologi. Aktiviti ini haruslah diberi penekanan yang serius bagi membangunkan masalah industri yang dialami di negara dunia ketiga. Ini kerana aktiviti ini memberi sumbangan yang besar ke arah membangunkan sektor industri yang terdapat dinegara dunia ketiga lebih berdaya saing, dalam pelbagai hal dan juga sektor yang berasaskan eksport. Sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan P&P lebih bermanfaat kepada industri, beberapa institusi awam haruslah memulakan langka dalam menyediakan rangka kerja asas organisasi dan pentadbiran yang diperlukan. (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam 1993: 124-125).

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), juga harus diberi penekanan kerana IKS merupakan sektor yang penting dalam menyokong dan memampankan proses perindustrian Malaysia. Dalam hal ini pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa program seperti galakan pasaran, kemudahan, kewangan, insentif, infrastruktur, sokongan tekinkal juga P&P. Program pembangunan ini bertujuan untuk mewujudkan rantaian di antara syarikat antarabangsa dan IKS. Melalui program ini, syarikat besar member kontrak kepada IKS untuk mengeluarkan barangan siap atau komponen dan alat-alat. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama syarikat-syarikat tempatan yang besar seperti Proton, Sapura Holdings, Sharp Corporation dan Land and General Berhad. Contoh kerjasama yang dilakukan Proton telah mewujudkan 60 vendor IKS dalam industry komponen dan alat-alat kereta dengan jumlah jualan sebanyak RM1.1 bilion sehingga suku ketiga tahun 1993. . (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam 1993: 127).

Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kepentingan IKS, adalah dalam konteks pembangunan luar Bandar, IKS merupakan sumber utama pekerjaan dan pendapatan dalam aktiviti bukan pertanian. Pada amnya, industry luar Bandar adalah kecil dan tertumpu kepada pengeluaran makanan, barangan kayu dan pakaian. Oleh itu bagi membantu pembangunan industri ini, beberapa program sokongan seperti pembangunan keusahawanan, pemasaran dan bantuan peralatan haruslah dilaksanakan oleh Kerajaan.

4.3 PERTANIAN
Pertanian merupakan sektor yang terpenting dalam negara terutama bagi negara dunia ketiga yang sedang membangun seperti Malaysia untuk kearah sebuah negara maju. Kerana pertanian memberi sumbangan yang ketara kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam usaha mencapai pertumbuhan yang berdaya tahan, sektor pertanian harus disusun dan diorientasikan semula untuk meningkatkan produktiviti dan daya saingan.

Ini memerlukan peralihan yang besar daripada pertanian secara skala kecil, satu tanaman dan berteknologi tinggi. Ke arah ini, penglibatan oleh beberapa sektor swasta dan pertanian secara tersusun harus digalakkan terutamanya dalam pengeluaran makanan. Bagi menjana sumber baru pertumbuhan aktiviti dan tanaman yang mempunyai potensi komersial akan dibangunkan dan lebih banyak rantaian akan diwujudkan dengan sektor lain dalam ekonomi.

Berdasarkan matlamat untuk memperkukuhkan dan meningkatkan lagi keberkesanan institusi pertanian, beberapa agensi haruslah disusun semula. Seperti Lembaga Pasaran dan Perlesenan Getah Malaysia (MRELB), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (RPIM) telah digabungkan menjadi satu badan iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang bertanggungjawab untuk pembangunan industri getah. Begitu juga, Institusi Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Perlesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA) telah digabungkan menjadi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 230).

Selanjutnya, sebagai langkah untuk merasionalkan dan mengoptimumkan penggunaan sumber, Unit Pengurusan Projek (UPP) bagi lima Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) yang terletak di luar kawasan utama penanaman padi telah ditutup dan fungsi unit tersebut telah diagihkan kepada agensi serta jabatan yang berkaitan. Mengenai pembangunan tanah, dua buah Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) iaitu Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka telah diswastakan. Sementara itu, FELDA, FELCRA dan RISDA haruslah disusun dengan rapi agar agar ke arah pengkorporatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan masing-masing. (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 230).

Seterusnya, program pertanian juga harus dilaksanakan dan dipergiatkan lagi, ini bertujuan bagi memodenkan sektor pertanian dan untuk memaksimumkan pendapatan petani. Dalam hal ini, pemodenan sektor kecil pekebun kecil harus diberi penekanan melalui penekanan melalui penggalakan aktiviti pertanian berkelompok serta penyediaan khidmat sokongan. Pembangunan in-situ melalui penyatuan dan pemulihan tanah pertanian sedia ada akan terus menjadi strategi utama bagi pembangunan pertanian. Disini saya ingin memperkatakan tentang teori modenisasi iaitu mengikut Smelser (1959), proses modenisasi iaitu. Modenisasi teknologi perlu untuk mengubah dari teknik tradisi yang mudah kepada aplikasi pengetahuan yang saintifik. Mengkormesialkan pertanian yang mana dicirikan dengan perubahan dari bersaiz kecil kepada ladang komersial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 44)

Walaubagaimanapun, pembangunan tanah baru juga harus dilaksanakan terutamanya oleh agensi kerajaan negeri dan kemajuan wilayah serta sektor swasta. Di samping itu, Kerajaan juga haruslah menyediakan khidmat sokongan dan insentif yang sesuai termasuk menyediakan tanah untuk membantu penglibatan pihak swasta dalam projek pertanian komersial berskala besar, terutamanya untuk pengeluaran makanan serta aktiviti florikultur dan akuakultur. (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 231).

Pendekatan pembangunan tanah secara in-situ harus terus dipakai sebagai strategi untuk menggunakan tanah pekebun kecil dengan lebih baik dan untuk mengatasi masalah kekurangan tanah. Tanah terbiar akan ditanam semula, disatukan dan dipulihkan terutamanya melalui usaha sama pihak swasta atau kumpulan petani. Disamping itu, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta agensi awam lain terus menggalakkan penanaman tanaman makanan di kebun kecil berkonsepkan estet nukleus dan penanaman berkelompok.

Pemodenan sektor pertanian juga harus dipercepatkan lagi melalui peningkatan dalam penyaluran khidmat sokongan pertanian. Khidmat ini harus disediakan bagi menggalakkan petani menceburi pertanian secara komersial, mengambil guna teknologi baru dan meningkatkan produktiviti. Khidmat ini termasuk P&P, latihan, khidmat pengembangan dan sokongan, serta penyediaan kemudahan kredit dan infrastruktur asas.

Aktiviti P&P juga sekiranya dilaksanakan secara menyeluruh ia akan dapat mengatasi beberapa kekangan dalam sektor pertanian terutamanya produktiviti yang rendah dan kekurangan tenaga buruh. Contohnya, bagi komoditi kelapa sawit, MPOB telah mempertingkatkan produktiviti melalui penggunaan jentera dan penanaman pokok kelapa sawit renek berhasil tinggi. Di samping itu, beberapa produk baru seperti majerin yang diperkaya dan minyak campuran termasuk produk daripada campuran minyak sawit dengan susu kambing telah dibangunkan.

Manakala MARDI harus memberi tumpuan terhadap penyelidikan dalam pembangunan keluaran bagi mengeluarkan jenis beras, buah-buahan, sayur-sayuran ternakan dan florikultur yang bermutu tinggi di samping pengkomersilan hasil penemuan penyelidikannya. Penambahbaikan secara bioteknologi terhadap isirong sawit sebagai bahan makanan ayam-itik, pengeluaran baja-bio daripada bahan buangan pertanian, pembangunan keluaran herba untuk bahan penjagaan kesihatan dan teknologi pemprosesan umbut kelapa dan kelapa sawit adalah antara bidang yang diberi perhatian khusus.

Projek rintis bagi penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan secara komersial juga haruslah dilaksanakan secara menyeluruh ini bertujuan untuk menggalakkan pengkomersialan. Penggunaan baja kimia yang dirumus khas di tapak ujian telah berjaya meningkatkan hasil padi melebihi dua kali ganda serta mengeluarkan beras yang berkualiti yang lebih baik. Bagi meningkatkan bekalan daging lembu dan daging kambing tempatan.

Pengeluaran makanan juga harus dipertingkatkan secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan dan bagi tujuan mengurangkan bil import serta untuk eksport. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat, terutamanya hasil daripada peningkatan pengeluaran komoditi makanan utama iaitu perikanan, ternakan, padi serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Peningkatan dalam pengeluaran akan dicapai melalui pembukaan kawasan baru, penggunaan tanah secara lebih intensif serta peningkatan kecekapan dan produktiviti. Selain daripada itu, pertambahan pengeluaran makanan juga akan dicapai melalui penggunaan teknologi baru yang lebih meluas serta penggunaan benih berhasil tinggi dan bioteknologi.

Bagi mencapai matlamat tersebut, penyertaan sektor swasta dalam perusahaan komersial berskala sederhana dan besar akan dipertingkatkan melalui perwujudan lebih banyak kawasan kekal pengeluaran seperti taman teknologi pertanian dan hotrikultur bandar serta ladang satelit. Kemudahan insfrastruktur sokongan dan perkhidmatan seperti pusat pengumpulan dan pengedaran, kemudahan gudang pembungkusan, bilik sejuk dan pasar borong serta perkhidmatan pengangkutan juga harus dipertingkatkan.

Potensi akuakultur berskala sederhana dan besar di darat dan laut lepas harus diusaha untuk menghasilkan lebih banyak bekalan. Oleh itu bagi mencapai matlamat ini lebih banyak kawasan baru harus di buka dan dengan penglibatan sektor swasta yang lebih banyak. Ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan petani dan nelayan, mereka akan digalakkan dan diurus untuk menceburi akuakultur secara komersial. Infrastruktur seperti kemudahan pendaratan dan memproses yang moden berserta perkhidmatan sokongan lain akan ditambah bagi menggalakkan lagi penyertaan sektor swasta.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga harus diberi tumpuan khusus kerana potensi pembangunannya yang tinggi. Oleh itu, pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran harus dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport selain daripada untuk memenuhi permintaan industri pemprosesan.

Permintaan tempatan bagi buah-buahan dan sayur-sayur segar yang berkualiti tinggi dijangka meningkat berikutan pertambahan penduduk dan kuasa beli yang lebih tinggi. Oleh itu, kawasan pengeluaran kekal termasuk taman teknologi pertanian, taman hotrikultur Bandar, ladang satelit dan di ladang getah yang menjalankan pertanian integrasi juga patut dimajukan untuk meningkatkan pengeluaran.

Disini saya ingin berkongsi pendapat yang diperkatan dimana beliau, Todaro (1977), berpendapat pembangunan juga melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan pendapatan dan pengeluaran, tetapi juga mengambil kira perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

Kesimpulannya, Teori Modenisasi merupakan satu teori yang menekankan proses perubahan masyarakat, institusi, dan negara daripada satu keadaan semasa kepada satu keadaan yang lebih baik. Contohnya sistem pertanian Malaysia yang kini telah berubah untuk ke arah komersial dan perubahan cara penanaman yang bersifat tradisional ke arah berteknologi tinggi ini bertujuan bagi meningkatkan lagi pengeluaran. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 45)



KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemajuan sebagai sebuah negara yang maju akan dapat dicapai sekiranya kita berjaya mengurangkan masalah kemiskinan yang sedang negara hadapi. Oleh itu, bagi mengurangkan maslah kemiskinan ini penyusunan semula masyarakat harus dilakukan. Selain itu program pembasmian kemiskinan harus mempunyai sasaran yang lebih khusus bagi membasmi kemiskinan dikalangan kumpulan mudah miskin dikawasan bandar dan luar bandar.

Seterusnya dalam perindustria syarikat perlu memperukuhkan operasi dan meningkatkan keupayaan mereka dalam persekitaran perdadangan yang semakin liberal dan global. Ini bertujuan bagi mengekalkan pembangunan industrian, sektor swasta perlu sentiasa meningkatkan daya saing dan produktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan merangka dasr, strategi dan program perindustrian untuk mengukuhkan daya tahan dan daya saing sektor pembuatan dalam jangka panjang. Ini termasuk memperkemaskan lagi prosedur pentadbiran dan menyediakan persekitaran yang menarik bagi pelabur.

Sektor pertanian juga merupakan aset yang penting bagi negara kerana sektor ini mampu mengatasi masalah kemiskinan di negara kita. Oleh itu sektor pertanian harus dibangunkan sebagai sebuah sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing. Selain daripada peningkatan kecekapan dan produktiviti yang akan dicapai melalui pemodenan dan mekanisasi aktiviti pertanian serta melalui penglibatan aktif sektor swasta, tumpuan akan diberi kepada pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan mengurangkan bil import. Produk semulajadi khusus daripada hutan dan sumber lain juga harus dimajukan secara mampan selaras dengan usaha pemuliharaan sumber. Manakala dalam sektor kecil komoditi untuk industri, penanaman kelapa sawit harus disesuaikan semula sebagai tanaman strategik.
DOKUMEN PENTING 
PERSATUAN PENDUDUK KG PADANG BALANG , SENTUL, 
KUALA LUMPUR

Pendaftaran ;-






Dokumen dan Kenyataan Agensi Kerajaan berkaitan 
PERSATUAN PENDUDUK.

1- DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR.


SIJIL PENGHARGAAN DBKL






2 - POLIS DIRAJA MALAYSIA

SIJIL PENGHARGAAN PDRM
(sedang proses)







Tuesday, December 29, 2015

CADANGAN PIHAK KPKT DAN DBKL, MEMBINA DAN MEMBEKAL TONG SAMPAH BERPUSAT DAN TAPAK PUSAT KITAR SEMULA DI KG PADANG BALANG, SENTUL , K.LUMPUR.






Pertemuan Pemilik Lot 557, Tn Hj Izhar Haron
Pertemuan Pemilik Lot 3224, Tn Hj Hamid
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 3224
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 557

Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2665 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2665 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 575 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 575 (Rezab Jln)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2098 (Masjid Jamek)
Lokasi Tapak Tong Pusat Sedia Ada, Lot 2098 (Masjid Jamek)