Tuesday, March 24, 2015

KAWASAN RIZAB MELAYU DAN KAMPUNG TRADISIONAL - Prespektif Dtk Bdr Datuk Ahmad Phesol 2014

http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/khusus/index.htm



16.2KEADAAN DAN ISU SEMASA
16.2.1KAWASAN RIZAB MELAYU DAN KAMPUNG TRADISIONAL
a)
Latar belakang dan Status Undang-Undang
i.
Keadaan Semasa
765.KRM telah diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987. Objektif penggubalan undang-undang ini adalah untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki tanah, terutamanya di kawasan bandar, dan satu peruntukan dalam enakmen tersebut adalah bahawa KRM tidak boleh, sama ada melalui penjualan atau pajakan, dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
766.Jadual 16.1 menunjukkan penduduk, keluasan tanah dan kepadatan di enam KRM di Bandar Raya.
ii.
Isu
767.KRM merupakan perkara agak rumit dan memerlukan perhatian penting daripada pihak awam, terutamanya dari segi potensi untuk membangunkan Kampong Bharu sebagai kawasan perdagangan moden kerana kedudukannya di dalam Pusat Bandar Raya. Walaupun terdapat beberapa usaha dalam menyediakan pelan pembangunan untuk KRM, sehingga kini, tidak banyak kemajuan yang dapat dicapai dan isu-isu proses kelembapan pembangunannya masih tidak dapat diselesaikan.

• Kurang pembangunan di Kawasan Rizab Melayu dan kampung tradisional.
768.Sekatan undang-undang yang dikenakan ke atas harta tanah dan pemilikan tanah adalah faktor utama yang mengurangkan potensi kewangan dan pemasaran kawasan ini. Halangan lain termasuklah kekurangan keupayaan pemilik individu untuk membangunkan harta tanah mereka dan ketiadaan program pelaksanaan yang jelas.

• Kesulitan dalam memulakan pembangunan di Kawasan Rizab Melayu.
b)
Persekitaran Fizikal
i.
Keadaan Semasa
769.KRM pada asalnya telah dirancang sebagai kampung tradisional yang mengandungi unit-unit kediaman individu dengan keluasan tanah-tanah pertanian yang cukup untuk kebun kecil. Ini menjelaskan tentang saiz lot-lot yang kecil di kawasan ini. Dengan perkembangan Bandar Raya, KRM yang pada asalnya terletak di pinggir Bandar Raya telah dikelilingi oleh pembangunan bandar, apatah lagi Kampong Bharu yang berada di Pusat Bandar Raya. Akibatnya, kebanyakan bangunan dan petempatan asal tidak lagi sesuai dengan persekitarannya.
770.
Walaupun Kampong Bharu, Kampong Datok Keramat dan Selayang telah lengkap dengan jalan,
utiliti dan kemudahan masyarakat, Gombak, Segambut dan Kampong Sungai Penchala masih lagi mengekalkan pecah bahagian tanah pertanian yang asal dan dengan ini, telah dibangunkan secara tidak teratur. Dari segi penggunaan tanah, KRM merupakan kawasan kediaman walaupun hampir 40 peratus di Segambut dan Kampong Sungai Penchala, terutamanya di kawasan kawasan berbukit, masih tidak dibangunkan atau digunakan untuk tujuan pertanian.
771.
Kampong Bharu dan Kampong Datok Keramat merupakan KRM yang paling membangun diikuti oleh Gombak, Kampong Sungai Penchala dan Segambut. Bagi Selayang, disebabkan oleh keadaannya sebagai tanah bekas lombong, hanya sebahagian kecil kawasannya telah dibangunkan. Secara amnya, perubahan yang telah berlaku di KRM selama 15 tahun yang lepas adalah minimum.
ii.
Isu
772.Kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian yang tidak terancang telah dilakukan terhadap bangunan-bangunan sedia ada. Bagi menampung pertumbuhan keluarga tambahan, rumah induk telah diubah kepada beberapa unit rumah berganda. Selain itu, rumah-rumah telah ditukar guna kepada kedai, bengkel dan industri ringan yang tidak sesuai dengan kegunaan kediaman. Bangunan-bangunan tersebut juga telah diperluaskan memenuhi keseluruhan tapak dengan meninggalkan sedikit atau tanpa ruang langsung untuk kawasan anjakan. Pembangunan yang tidak teratur ini telah mengakibatkan keadaan hidup yang di bawah piawaian.

• Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat akibat dari pembangunan oleh individu secara tidak terkawal.
773.Satu kesan pembangunan KRM yang tidak teratur ialah infrastruktur sedia ada yang usang dan tidak mencukupi. Penyediaan kemudahan masyarakat juga tidak mencukupi akibat dari kekurangan tanah.

• Infrastruktur di bawah piawaian dan kemudahan masyarakat yang tidak mencukupi.
16.2.2KAMPUNG TRADISIONAL
774.Kampung tradisional mengalami masalah persekitaran, ekonomi dan sosiologi yang serupa dan menghadapi kesulitan dalam memulakan pembangunan seperti mana KRM.
775.
Walau bagimanapun, kampung tradisional tidak digazetkan seperti KRM dan ianya tidak mempunyai sekatan ke atas pemilikan harta tanah. Jadual 16.2 menunjukkan 12 kampung tradisional di Bandar Raya.
 
16.2.3KAMPUNG-KAMPUNG BARU
a)
Latar Belakang dan Status Undang-Undang
i.
Keadaan Semasa
776.Kampung-kampung baru, yang kebanyakannya diduduki oleh kaum Cina, telah diwujudkan akibat dari penempatan semula sebahagian penduduk di kawasan luar bandar oleh kerajaan Kolonial British pada awal tahun 1950-an dalam usaha untuk membatasi perhubungan penduduk dengan Parti Komunis Malaya yang diharamkan. Terdapat empat petempatan di Kuala Lumpur seperti yang ditunjukkan di Jadual 16.3.
777.Kampung-kampung baru ini diwujudkan untuk tujuan kediaman sahaja dan terletak di luar Bandar Raya. Saiz lot biasa adalah 50' x 80' dan dalam kes tertentu, saiz lotnya lebih kecil iaitu 30' x 80'. Kawasan ini mempunyai ciri-ciri kekurangan pembangunan, rumah yang buruk, infrastruktur, utiliti dan kemudahan masyarakat yang kurang berkualiti. Dalam tempoh 1992/93, tanah di kampung-kampung baru hanya diberi Lesen Penempatan Sementara (TOL). Ini menyebabkan prospek masa hadapan harta tanah penduduk tidak menentu, mengakibatkan kawasan usang dan pembangunan tidak terkawal.
778.Pada pertengahan tahun 90-an, geran-geran tanah telah dikurniakan dengan pajakan 99 tahun dan penggantian rumah-rumah lama kepada struktur pembinaan yang lebih kekal sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, kampung-kampung baru ini masih lagi mengalami kesan daripada penempatan semula secara tergesa-gesa kerana keperluan keselamatan terdahulu. Jalan-jalan yang dibina adalah sempit dan di beberapa kawasan, topografi tapak tidak diambil kira dalam reka bentuk jalan. Kekurangan tanah juga menyukarkan penyediaan kemudahan kemudahan baru dan ini mengehadkan usaha-usaha memperbaiki kekurangan dalam pembangunan persekitarannya.
ii.
Isu
• Kampung-kampung baru yang kurang membangun.
b)
Persekitaran Fizikal
i.
Keadaan Semasa
779.Pembangunan pesat di sekeliling kampungkampung baru telah memberi tekanan yang tinggi terhadapnya untuk membangun seiring arus pembangunan. Walau bagaimanapun, pada asal ianya dirancang tiada peruntukan yang cukup disediakan bagi aktiviti ekonomi, mengakibatkan industri kampung beroperasi secara haram di kawasan kediaman.
ii.
Isu
• Kegunaan bangunan yang tidak sesuai dengan kegunaan tanah.
780.Kerja penambahan yang tidak terkawal dan kerja ubahsuai tanpa mematuhi peraturan perancangan atau bangunan telah mengakibatkan keadaan perumahan yang kurang sempurna.

• Keadaan perumahan yang kurang sempurna disebabkan kerja-kerja ubahsuai dan penambahan kepada unit-unit kediaman yang tidak teratur.
781.Peningkatan dalam pemilikan kenderaan persendirian telah mengakibatkan infrastruktur jalan tidak lagi dapat menampung pertambahan permintaan berikutan kesulitan menjalankan kerja kerja pelebaran jalan dan pembaikan lain.

• Keupayaan jalan yang tidak mencukupi untuk menampung pertambahan lalu lintas kenderaan.
782.Kejadian banjir biasa berlaku di sesetengah kawasan berikutan sistem perparitan yang tidak teratur termasuklah keadaan longkang yang tidak sempurna.

• Banjir yang kerap akibat sistem perparitan yang tidak sempurna.
783.Kawasan ini telah direka bentuk hanya untuk kegunaan kediaman tanpa mengambil kira peruntukan untuk utiliti dan kemudahan masyarakat. Dengan pertambahan penduduk kampung kampung baru keperluan untuk kemudahan juga meningkat seperti pasar, pusat penjaja, klinik kerajaan dan kemudahan sukan.
• Kemudahan masyarakat dan utiliti yang tidak mencukupi.

16.3OBJEKTIF
784.Bagi tujuan untuk melibatkan Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampung-kampung baru dalam arus pembangunan Bandar Raya supaya dapat mewujudkan struktur bandar yang efisien dan saksama serta imej yang konsisten dengan wawasan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, DBKL bertujuan untuk:

• menyusun semula dan mengoptimumkan penggunaan tanah dalam Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampungkampung baru; dan

• menggalakkan penglibatan kaum Bumiputera dalam aktiviti ekonomi Bandar Raya melalui pembangunan Kawasan Rizab Melayu dan kampung tradisional.


785.Untuk meningkatkan persekitaran hidup dalam KRM, kampung tradisional dan kampungkampung baru, DBKL bertujuan untuk:

• memperbaiki kualiti perumahan dan persekitaran kediaman;

• menyediakan persekitaran hidup yang bersih dan selesa, disokong oleh infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang efisien; dan

• memastikan penyediaan kemudahan masyarakat berkualiti tinggi yang mencukupi.


16.4DASAR DAN CADANGAN
a)
Rangka Kerja Institusi
786.Kesulitan dalam pembangunan yang dihadapi oleh Kawasan Khusus tidak boleh diselesaikan hanya dengan mencadangkan pembangunan tertentu atau mencuba untuk menyelesaikan isu-isu tertentu sahaja. Kesulitan pembangunan tersebut berkaitan dengan perundangan, fizikal dan kewangan, memerlukan koordinasi dan promosi yang efektif yang perlu dikendalikan oleh satu badan pelaksana.
787.Badan pelaksana khas ini bertanggungjawab dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan KRM dan kampung-kampung tradisional. Badan ini akan menyelaras usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta.

Dasar:

SA 1: DBKL akan menubuhkan satu badan khas untuk memulakan serta menyelaras perancangan, pembangunan dan pengurusan Kawasan Rizab Melayu dan kampung
tradisional.
788.Penubuhan perbadanan-perbadanan pembangunan, yang melibatkan semua pemilik tanah dan penduduk kampung-kampung baru untuk menjalankan kerja pembaikan ke atas infrastruktur dan kemudahan di samping mengusahakan dan mengurus pembangunan baru, akan digalakkan.

Dasar:

SA 2: DBKL akan menggalakkan penubuhan perbadanan-perbadanan pembangunan dengan kumpulan-kumpulan tertentu, melibatkan pemilik tanah dan penduduk, untuk membangunkan kampung-kampung baru.
b)
Pembangunan Fizikal
789.Halangan-halangan pembangunan adalah saling berkait dan kebanyakan isu tertentu tidak boleh dihuraikan secara berasingan. Sebagai contoh, peningkatan taraf infrastruktur untuk memperbaiki keadaan kehidupan dibatasi oleh kesukaran untuk membesarkan rizab utiliti disebabkan oleh saiz lot yang kecil. Ini menunjukkan bahawa pembaikan ke atas KRM, kampung tradisional dan kampung-kampung baru tidak boleh dicapai dengan pembangunan secara kecil atau berasingan tetapi hanya melalui pembangunan semula secara komprehensif.
790.Pelan-pelan pembangunan komprehensif rangka kerja keseluruhan pembangunan hendaklah disediakan. Perhatian segera yang perlu diberi adalah memperbaiki taraf hidup melalui peningkatan infrastruktur dan penyediaan kemudahan masyarakat.

Dasar:

SA 3: DBKL akan melaksanakan pelan-pelan pembangunan komprehensif untuk Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampung-kampung baru.

SA 4: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk mempercepatkan pembangunan dan peningkatan taraf hidup di Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampungkampung baru.