Sunday, October 30, 2011

Orang Melayu Keturunan Siam

Orang Melayu Keturunan Siam

Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap sebagai berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri melayu disatu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan bermula dari Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang thai, bukan orang-orang siam.

Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor dimana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti kenduri, qurban dsbya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.

Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,
Tahukah anda,
- bahasa siam tidak sama dengan bahasa thai?
- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
- raja-raja kita mengamalkan adat siam?

Pengkajian saya mendapati bahawa orang siam ini lebih kepada rumpun Melayu walaupun selama ini mereka di letakkan dibawah rumpun Mon khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Kambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah juga dari keturunan Siam islam. Orang Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak ujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalu perdagangan kerana melayu adalah ‘sea fairing nations’.

Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri adalah diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan rumpun Melayu. Sekiranya kita menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidor, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat siam.

Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukan lah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 sahaja makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka berada di nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.

Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan "Dasar Rathinayok" untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.

Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,

"Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentang nya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada "Siam" kepada Thailand ".

Seperkara yang tidak disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.

Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi - nam kopi -nam cha
Jambam - jaman -suam
Datuk - tok wan -na
Pelita - peta -telat
Salah - salah -jot
Kereta - kayta -rot

Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,

NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi - muka beruang
Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run - gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang - pulau merah
Che nang - nama puteri
A rau - kami
Per lis-bedak
Kang gar - betis patah
To biar - heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas - puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar - tepi harimau/tentera/ laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra - pindah/berangkat
Lukut - lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) - Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban - beli rumah kampong
Se lan gor - teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar - topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra - empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah - Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat - Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir - Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau - Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri - Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra - tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai - rasa miang
Ma la ka - mari lah niaga
Ma la yu - mari lah duduk
Ma ni la - mari lah sini
Ke dah - surat kuasa
Mi nang ka bau - kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau - rumah pekerja
U lu lan gat - masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia - tempat semayam raja
Raja Man da li ka - raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka - Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na - Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).

Dari mana pula kita hendak memastikan bahawa raja-raja kita mengamalkan adat siam sedangkan selama ini pembaca termasuk saya sebelum pada ini tidak mengetahui perkara ini. Untuk itu kita perlu melihat sebuah manuskrip lama yang di bukukan bertajuk Undang-Undang Kedah, terjemahan Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Ia merupakan sebuah teks penulisan jawi perlembagaan Nagara Kedah dahulu (bukan negeri Kedah yang kecil seperti hari ni). Manuskrip ini baru dipulangkan oleh Inggeris sekitar tahun 2003/2004 setelah dirampas di Kota Beruas sewaktu mereka menyerang dan membakar istana raja siam islam disana. Inilah sikap penjajah yang cuba menutup kebesaran dan kemaraan agama islam di nusantara ketika itu. Manuskrip ini ditulis berperingkat- peringkat dan pada penghujung manuskrip di tulis seperti berikut,

“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua ratus dua puluh tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”


Sekiranya manuskrip ini telah mula ditulis sejak tahun 220 hijrah (800 M) lagi, ini bermakna Acheh ketika itu sudah mempunyai raja yang beragama islam bernama Sayyidina Ali. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor. Sultan Sayyidina Jamalul Alam ini pula ialah anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang berkerajaan di Kuala Muda, Merbok Kedah. Istana Merong Mahawangsa terletak di Bukit Choras, Kulim Kedah (dikatakan sebagai kuil hindu). Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri (keturunan Bani Hasyim) digelar Tok Soh. Makam dan Kg Tok Soh masih ada hingga kini.

Seperkara lagi ialah, jika manuskrip ini memperkatakan tentang undang-undang Kedah, mengapa pula ia ditulis di Acheh. Berdasarkan kepada salsilah diatas (cucu,anak dan datuk) membuktikan jajahan Nagara Kedah Islam ketika itu sedang membesar dan ia termasuk juga Acheh, semenanjung tanah melayu (disebut Melaka) dan Ligor.

“Hikayat Merong Maha Wangsa and The History of Kedah or Kedah Annals described Langkasuka as covering the Isthmus (se genting ke ra) from sea to sea, from the port of Pattani to Kedah, with Gunung Jerai as the centre of the kingdom.” :
Zulkifli Mohamad, “Evanescent Kingdoms, Everlasting Spirit,Seeking Langkasuka”,ms6.

Inggeris sewaktu menjajah negara kita, telah cuba menghilangkan bukti sejarah dengan membina loji air di dua kawasan ini iaitu di Bukit Choras dan Bukit Tereh sekaligus memusnahkan tinggalan istana disitu. Saki-baki tinggalan kota istana masih lagi terdapat di dua bukit ini. Malangnya, sejarah kita dah pun tertulis seperti yang kita ketahui hari ini, berversi barat. Manuskrip Undang-Undang Kedah ini samada kita setuju atau tidak membuktikan islam telah sampai ke Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh (dalam Nagara Kedah) jauh lebih awal dari Melaka.

Petikan seterusnya,

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.(ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut.

Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.”


Mengikut manuskrip ini lagi, Maharaja Siam ini disebut Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia (diikuti nama mereka), sementara raja-raja daerah disebut Paduka Seri Sultan (diikuti nama mereka). Ini jelas kekal sehingga kehari ini.

“ Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun Zai, pada tujuh belas hari bulan Jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah dititah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk Besar di Hulu alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit” , m.s.1.

Lagi bukti berkenaan Paduka Seri Sultan yang menjadi menteri,

"Maka adat ini daripada raja-raja duhulu sampai pada Marhum Naga turun pada Datuk Besar , turun pada Datuk Seri Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurniai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat/" (m.s 40)

Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Dalam sejarah Thailand baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II. Di Melaka, baginda bergelar Parameswara Melaka (1424-1448).

Ayahanda baginda, Tunku Mohammad Chan memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III dan bergelar Tok Temong di Beruas (Perak). Baginda pernah menjadi Raja Kota Beruas
(1388 - 1395). Sejarah Kedah ditulis dengan nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai satu nama sedangkan nama Muhammad Syah adalah nama ayahanda baginda !!

Seterusnya ayat, '...Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit', membuktikan bahawa Perdana Menteri Kedah menetap di Anak Bukit dan bergelar Datuk Seri Bongsu. Gelaran ini diberikan kerana Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang berkahwin dengan adinda bongsu Syarif Yang Di Pertuan. Pada hari ini, Istana di anak bukit adalah tempat bersemayamnya Sultan Negeri Kedah.

(Jika anak cucu Perdana Menteri kepada Maharaja menjadi Sultan Kedah, kemana perginya pulak keturunan Maharaja Siam (Syarif Yang Di Pertuan) Islam pada hari ini?)

Seterusnya,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabbiulawal, hari Isnin, zaman hidirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang” . ms 17.

Datuk besar di hulu ialah memanda menteri yang menjadi paduka raja kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

“Itulah asal nakhoda dalam negeri Melaka dengan titah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, ialah mengatakam segala hukum itu tatkala pada zaman negeri Melaka.”(ms98)

Di muka surat yang sama,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahahu alaihi wasalam seribu enam puluh tujuh.”

Kita lihat pula perjanjian Raja Pulau Pinang Paduka Seri Sultan Abdullah, dengan Inggeris pada kali pertama dalam tahun1786 yang mana baginda tidak dibayar satu sen pun oleh Inggeris. Paduka Seri Sultan menyerang Inggeris dalan tahun 1791 tetapi tewas. Inggeris enggan membuat bayaran kerana mereka tahu Paduka Seri Sultan Abdullah tidak ada kuasa untuk mewakili Pulau Pinang, setakat raja daerah sahaja, bergelar Paduka Seri Sultan. Perjanjian kedua pada 20 April 1791 terpaksa dibuat kerana Inggeris telah pun mendudukki Pulau Pinang semenjak 11 Ogos 1786. Perjanjian kali kedua (1) ini mempunyai 9 syarat, dimana 3 syarat membuktikan kewujudan Maharaja Besar Benua Siam iaitu,

Fasal kedua, menyebut,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai keatas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur.

Fasal kelima,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah yang lain mendudukki mana-mana tempat di Kedah.

Fasal kesembilan,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuh dengan Syarikat hindia Timur.

Berdasarkan kepada beberapa contoh yang diberikan diatas, pengkaji dan persatuan sejarah tempatan tidak seharusnya menafikan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam ini. Mereka juga tidak sepatutnya berdolak dalih lagi. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan titah dan Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Paduka Seri mana-mana raja daerah yang memerintah ketika itu kerana adalagi kuasa yang lebih besar yang mereka bernaung dibawahnya.

Baginda Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Nagara Kedah, Maharaja Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak mendapat apa-apa bayaran kerana fasal satu mengatakan Syarikat Hindia Timur akan membayar 6 ribu ringgit Sepanyol kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Perjanjian ini pula dimansuhkan dalam tahun 1800. Pada tahun 1821(tahun musuh bisik), Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Permaisuri baginda Puteri Sultan Langkat Pasai dan 4 orang putera baginda telah dibunuh tentera Buddha thai, Raja Rama Chakri I di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.

PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian dengan Inggeris atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.

Kisah Bahasa Melayu Di Jepun

Kisah Bahasa Melayu Di Jepun


Kulit Buku Marai-Go Yon Shu-Kan
 
SEBILANGAN orang Jepun mula belajar bahasa Melayu 100 tahun lalu, demikian menurut Moriyama dalam sebuah esei. Buku pertama terbit pada awal 1900-an dan kini jumlah pelbagai buku dan kamus Melayu lebih dari 200 buah.

Beliau mencatat hal tersebut ketika mengisahkan perjalanan Marquis Yoshichika Tokugawa (1886-1976), seorang pembesar Jepun yang disebut sebagai pelopor pelajaran bahasa Melayu di negeri Jepun setelah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Beliau kemudian menjadi ketua Muzium Singapura dan Botanical Gardens semasa Perang Pasifik.

Essei tersebut terbit dalam buku berjudul Lost Times and Untold Tales from the Malay World (NUS Press Singapore 2009). Lalu disiarkan gambar salah sebuah buku pertama bahasa Melayu itu yang terbit pada tahun 1912, berjudul Marai-go Dokusyu, lengkap dengan tulisan Jawi.

Moriyama mulanya bercerita mengenai sebilangan kecil warga Jepun merantau ke negeri-negeri sebelah selatan kepulauan Jepun. Antara mereka ialah peniaga-peniaga kecil dan juga pelacur.

Sebilangan dari mereka berjaya memiliki ladang-ladang getah dan ada juga yang melabur dalam industri bijih timah. Kerana itu pengetahuan bahasa Melayu digalakkan.

Seperti dicatat oleh Moriyama: "Bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting kerana digunakan secara meluas di negeri-negeri yang dijajah oleh Inggeris dan Belanda."
Lalu, antara yang mula terbit ialah kamus dwibahasa Melayu dan Jepun. Pada peringkat permulaan disiarkan seruan: "Marilah kita pergi ke Selatan". Pada peringkat persekolahan pula bahasa Melayu diajar bagi kali pertama pada tahun 1908 di dua buah sekolah di Tokyo.

Moriyama menambah: "Oleh kerana tiada guru Jepun boleh mengajar bahasa Melayu di sekolah maka guru-guru Melayu dipelawa datang ke negara Jepun untuk mengajar bahasa Melayu. Mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan pelajaran. Sekurang-kurangnya lima guru Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk mengajar para pelajar Jepun di Tokyo."

Lantas disebut nama salah seorang dari mereka. Bachee bin Wan Chik (atau Bachik bin Wan Chik) yang kemudian menyusun sebuah kamus dwibahasa Melayu-Jepun. Beliau mengajar selama 19 tahun dan kemudian dikurnia bintang kehormatan kerana sumbangannya itu.

Antara buku pelajaran Melayu yang paling laris ialah Marai-go yon shu-kan (bahasa Melayu dalam Ampat Minggu) yang terbit pada tahun 1937. Ia kemudian diulang cetak hingga 30 kali.

Turut menyusun buku tersebut ialah Marquis Yoshichika Tokugawa bersama gurunya Sumitake Asakuri, seorang professor bahasa Melayu di Universiti Tokyo.
Pelajaran bagi dua hari pertama ialah bunyi sesuatu perkataan dan perbezaan antara sebutan bahasa Melayu dan bahasa di negeri-negeri yang dijajah oleh Belanda.

Diperturunkan

Pelajaran bagi hari ke-24 ialah bagaimana mahu menggunakan perkataan-perkataan seperti alkisah, arakian, sa-bermula.

Pelajaran bagi hari ke-27 dan 28 mengandungi cerita-cerita dari Hikayat Pelandok, Dari Hal Tuan Raffles Hendak Pulang dan Pantun Melayu.

Pada satu peringkat lain diperturunkan kata-kata mengenai harimau: "Untung sekali sahaya sudah lihat harimau lebih dulu dia lihat sama sahaya dan dengan satu peluru boleh sahaya matikan dia."

Kata-kata tersebut ialah dari Marquis Tokugawa yang gemar memburu beruang dan harimau. Menurut yang empunya cerita beliau akhirnya memilih Tanah Melayu dan Pulau Jawa kerana kegemarannya itu.

Juga diceritakan betapa beliau menjalin hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim Negeri Johor setelah bersama-sama memburu. Dalam surat menyurat kedua menggunakan tulisan Jawi.

Pada 7 Februari 1929, dalam surat Sultan Ibrahim dari Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru. Baginda menulis: "Sahabat saya Marquis Tokugawa." Selanjutnya pujian dari Baginda pada Tokugawa kerana menggunakan bahasa Melayu yang baik.

Tokugawa memang menyedari pentingnya bahasa Melayu ketika perantauannya di Tanah Melayu dan Jawa. Hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim mendorongnya mempelajari bahasa Melayu yang baik dan tulisan Jawi kerana dalam surat Sultan Ibrahim disebut mengenai warga kulit putih juga belajar bahasa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menulis rumi.

Seperti diketahui semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaysia setelah tewas tentera Inggeris dan Belanda, bahasa Jepun (Nippon-go) diajar di sekolah-sekolah yang dulu mengajar bahasa Inggeris.

Oleh Mazlan Nordin
Sumber Utusan Malaysia ( ARKIB : 09/05/2010 )

Piramid Melayu Tersembunyi di Lautan Jepun Bahagian 1 & 2

Piramid Melayu Tersembunyi di Lautan Jepun Bahagian 1


Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.



Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.





Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

bersambung..


Piramid Melayu Tersembunyi di Lautan Jepun Bahagian 2

MELAYU - THE LOST TRIBE





Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

mbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,


Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 





Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

* UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
* TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
* TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
* SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus



MELAYU DAN YAHUDI


Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.


Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh.


Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.




Wallahualam...

Saturday, October 29, 2011

BN contribute goodies of fresh fish to my community










“penghakupayaan belia” (youth empowerment)

Amalkan penghakupayaan belia

June 3, 2011 
DATUK SAIFUDIN ABDULLAH – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami belia. Kerana itu, beliau menggunakan pendekatan “penghakupayaan belia” (youth empowerment) dalam penggubalan dasar dan program belia. Beliau mendengar suara belia dalam proses tersebut melalui pelbagai bentuk partisipasi, seperti makmal, pameran, media sosial, pertemuan dan sebagainya. Contohnya, beliau menerjemahkan resolusi Makmal Pemuda BN, seperti skim perumahan pertama dan tabung belia 1Malaysia, menjadi program baru kerajaan. Sabtu lalu, beliau mengiktiraf Makmal Transformasi Pembangunan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan, dengan mengumumkan cadangannya menjadi program baru, iaitu Parlimen Belia, taman belia, portal belia, ikon belia, sukarelawan belia dan mentor keusahawanan belia. Datuk Seri Najib telah melakukannya. Persoalannya ialah sejauh manakah kita yang di bawah ini, iaitu di peringkat pelaksanaan kerajaan/institusi, benar-benar mengamalkan penghakupayaan belia dalam merealisasikan program-program tersebut serta dalam program-program belia (termasuk mahasiswa dan pelajar) yang lain? Saya timbulkan persoalan ini kerana, walaupun penghakupayaan tercatat dalam Dasar Pembangunan Belia Negara dan pelbagai dasar yang lain, tetapi, pelaksanaannya masih tidak memuaskan. Sebab utamanya kerana sebahagian daripada kita tidak menghayati makna penghakupayaan belia itu sendiri.
Masalah pertamanya ialah apabila istilah bahasa Inggeris empowerment diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai “pengupayaan”. Ketika saya menerjemahkannya pada tahun 1996, tidak ada istilah bahasa Melayu yang tepat. “Pengupayaan” tidak tepat. Justeru, saya mencipta istilah “penghakupayaan”. Definisi penghakupayaan belia ialah “membolehkan dan mendapatkan belia untuk berfikir dan bertindak atas semua isu (peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan segala yang di sekitarnya yang mereka adalah sebahagian daripadanya”. Ini memerlukan kerajaan/institusi membolehkan dan mendapatkan perwakilan belia terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan yang melibatkan mereka. Penghakupayaan berada dalam satu kontinum, iaitu: “dari peluang kepada hak” dan “dari perundingan tidak formal kepada keterlibatan secara berstruktur dan formal dalam proses membuat keputusan”. Perspektif ini meliputi konsep-konsep lain seperti “menjana kapasiti”, “hak asasi”, “tanggungjawab”, “autonomi”, “pembangunan partisipatif” dan sebagainya. Penghakupayaan mula-mulanya digunakan sebagai istilah politik oleh aktivis mahasiswa Amerika Syarikat (AS). Kemudian, ia menjadi istilah perniagaan yang popular. Ia satu gaya pengurusan. Ia bermakna kuasa orang bawahan untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Hari ini, telah terbukti bahawa kaki tangan yang terhakupaya dalam apa-apa organisasi adalah lebih produktif dan efektif. Ini kerana penghakupayaan mengizinkan keputusan dibuat lebih cepat dan tepat oleh kaki tangan yang mempunyai kefahaman yang lebih terhadap kehendak pelanggan, kerana rapat dengannya, berbanding pegawai atasan yang tidak rapat dengan pelanggan. Penghakupayaan menawarkan potensi untuk meraih takungan kapasiti sumber manusia yang selama ini tidak digunakan sepenuhnya, yang semestinya dioptimumkan sekiranya sesebuah organisasi dan negara ingin benar-benar maju. Kini, setelah sekian lama dipopularkan, penghakupayaan belia mula disebut ramai. Tetapi, ramai masih tidak pasti dengan maknanya yang sebenar. Malahan telah timbul beberapa kekeliruan terhadap maknanya. Di antara kekeliruan tersebut ialah: n Memberikan tugasan kerajaan/institusi kepada belia. Ini lambakan. n Melantik belia sebagai wakil kerajaan/institusi. Ini delegasi. n Menyerahkan kuasa kerajaan/institusi kepada belia tanpa had atau tanggungjawab. Ini anarki. n Mengundang belia untuk membantu membuat keputusan kerajaan/institusi. Ini pengurusan partisipatif. n Kerajaan/institusi menggunakan belia untuk memajukan sesuatu program atau objektif tanpa belia mengetahui tentang apa yang disertainya. Ini manipulasi. n Belia terlibat tetapi tidak dapat membuat keputusan tentang tujuan, cara atau tahap keterlibatannya itu. Ini tokenisme. n Belia dilibatkan untuk menjustifikasikan sesuatu program itu adalah program belia. Ini kosmetik. Sebab itulah penghakupayaan belia yang sebenar perlu difahami. Penghakupayaan belia bukan bermakna memberikan kuasa kepada mereka. Sebaliknya, ia adalah proses menyalurkan idealisme, aktivisme dan intelektualisme yang telah sedia dimilikinya. Dalam mengamalkan penghakupayaan belia, semua individu dan organisasi yang berkaitan perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dari segi cara berfikir dan berbuat. Struktur dan hirarki yang wujud perlu dinipiskan. Ini akan melibatkan penyesuaian dalam sekurang-kurangnya tiga aspek. Pertama, peraturan membuat keputusan diubah. Keputusan ditarik ke bawah sehingga ke tahap tindakan. Kedua, deskripsi tugasan diperluaskan dan setiap yang terlibat menjadi multi-trampil dan mampu membuat keputusan apabila berurusan dengan rakan/pelanggan. Dan ketiga, komunikasi yang formal dan berlapis-lapis digantikan oleh jaringan komunikasi yang fleksibel dengan bantuan ICT. Peranan kerajaan/institusi perlu berubah. Organisasi yang terhakupaya meletakkan sumber manusianya dalam pasukan-pasukan kerja dan tidak lagi mengikut fungsi-fungsi yang rigid. Pasukan-pasukan ini didorong oleh matlamat, bukan oleh arahan; dan ketua tidak lagi mengawas, tetapi mengenal pasti mereka yang mampu menjalankan tugas dan membenarkan mereka menjalankannya mengikut budi bicaranya. Ketua berubah menjadi fasilitator. Ini tidak bermakna yang peranan kerajaan/institusi akan hilang sebaik sahaja penghakupayaan belia dijalankan. Tetapi, cara-cara tradisional yang “dari atas ke bawah”, “memaksa ketaatan”, “mengekalkan conformity” dan “menghukum apabila silap” perlu ditamatkan. Governans cara lama menggunakan kerajaan/institusi sebagai paksi. Andaiannya ialah belia tidak mampu berfikir untuk dirinya atau negara. Lantas mereka hanya diminta (baca: diarah) untuk sekadar menjadi pengikut dasar dan peserta program semata-mata. Andaian ini tidak lagi relevan dan konsisten dengan pengalaman kontemporari. Penghakupayaan tidak menggunakan kerajaan/institusi sebagai paksi. Ia mempunyai andaian baru, iaitu belia memiliki kemampuan berfikir untuk dirinya dan negara. Belia hari ini mempunyai pengalaman yang amat berbeza daripada apa-apa yang dialami oleh kerajaan/institusi. Mereka yang tidak memahaminya bersungut bahawa sebahagian belia kurang berminat dengan, contohnya, politik dan program kerajaan. Sebenarnya, belia melihatnya sebagai tidak relevan, tidak menggamit imaginasi atau tidak memenuhi citarasa mereka. Kini, ramai belia mempunyai aspirasi yang telah melampaui apa yang kita fikirkan. Jika kita tidak menyelami minda mereka, kita akan rugi kerana akan ketinggalan zaman. Jika kita halang percambahan minda mereka, kita akan rugi kerana mereka akan meninggalkan kita. Justeru, kita perlu melihat, menerima dan mengiktiraf belia dengan pendekatan baru, iaitu penghakupayaan belia, dalam ertikatanya yang sebenar

DASAR KELUARGA NEGARA

DASAR Keluarga Negara (DKN)

March 20, 2011 
DASAR Keluarga Negara (DKN) secara prinsipnya bertujuan menggesa semua pihak mengutamakan perspektif keluarga secara konsisten dalam setiap usaha perancangan pembangunan negara. Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang mesra keluarga dan bersifat tersirat dapat diselaraskan demi kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman, berkata setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengambil kira kepentingan keluarga.
Contoh, jika dulu mungkin pemaju yang mahu membina pusat beli-belah tidak mengambil kira aspek keluarga tetapi sekarang mereka mesti ambil kira semua faktor itu. “Mereka perlu sediakan semua keperluan kerana istilah keluarga termasuk orang tua, kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya (OKU). “Dalam aspek pekerjaan, majikan perlu mengambil kira menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak, waktu kerja anjal, cuti kecemasan untuk menjaga anak sakit kerana ini semua merangkumi perspektif keluarga. “DKN akan juga akan mendokong hasrat kerajaan menerusi pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Program 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10,” katanya. “Sekalipun DKN tidak terbabit secara langsung, DKN akan bertindak sebagai menyediakan sumber tenaga yang berperibadi mulia melalui pengukuhan keluarga,” katanya. Sehubungan itu, untuk memastikan DKN dan pelan tindakannya diketahui ramai, LPPKN akan mengadakan jelajah seluruh negara. Mengikut perancangan 15 bual bicara diadakan bermula April hingga Disember 2011 yang membabitkan kerajaan negeri, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat. Bagi memastikan DKN berjalan lancar, dua jawatankuasa khas akan dicadangkan untuk ditubuhkan iaitu Majlis Penasihat Kesejahteraan Keluarga dan Jawatankuasa Teknikal DKN. LPPKN juga akan mengumpul maklumat mengenai inisiatif mesra keluarga di tempat kerja, sama ada sektor awam mahupun swasta.
INFO: DASAR KELUARGA NEGARA
PENYATAAN DASAR
Satu dasar untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi agar dapat melahirkan generasi berkualiti.
MATLAMAT DKN
Dasar Keluarga Negara bertujuan membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan resilien untuk memastikan kestabilan sosial.
LAPAN PRINSIP DKN
1) Kekuatan Tersendiri (Inherent Strengths)
2) Memupuk & Menghayati Nilai-Nilai Murni
3) Kepelbagaian Struktur Keluarga
4) Tanggungjawab Bersama & Saksama
5) K-Keluarga (Keluarga Berilmu)
6) Dasar-dasar Mesra Keluarga
7) Hak Asasi Kemanusiaan dan Komitmen Majikan
HASIL
Dasar Keluarga Negara merupakan dasar utama yang memfokuskan kepada aspek kesejahteraan dan pembangunan keluarga.
Dasar ini juga memberi hala tuju kepada program dan perkhidmatan yang mesra keluarga demi pembangunan modal insan yang berperibadi mulia dan keluarga yang sejahtera.
TERAS STRATEGI PELAN TINDAKAN DKN
Teras Strategi 1:
Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi.
Teras Strategi 2:
Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang mengutamakan perspektif keluarga.
Teras Strategi 3:
Menyedia dan memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses atau dicapai.

Langkah atasi PATI

Laporan Utusan Malaysia :

KUALA LUMPUR 22 Jun – Kerajaan buat pertama kalinya mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini melalui Program 6P bermula 11 Julai depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program penyelesaian menyeluruh itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini bagi mengurangkan PATI di Malaysia.
Katanya, Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik.
Menurutnya, proses itu dimulakan dengan pendaftaran PATI di Jabatan Imigresen sama ada secara persendirian atau oleh majikan masing-masing selama dua minggu dari tarikh tersebut sebelum diputuskan untuk dilanjutkan jika didapati perlu.
Langkah tersebut katanya, akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan.
“Selepas mereka (PATI) diminta untuk didaftarkan barulah kerajaan menjalankan eksesais pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak berdaftar dalam sistem biometrik seperti yang digunakan ketika ini untuk pelawat.
“Apabila mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada, bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen hari ini.
Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memaklumkan semua kedutaan asing di negara ini berhubung program itu dan mereka bersetuju untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting lain.
Katanya lagi, PATI yang telah berdaftar di bawah program pengampunan itu dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas kerja sementara bagi memastikan langkah tersebut tidak menganggu aktiviti ekonomi negara.
Kata beliau, kerajaan juga akan menggerakkan jawatankuasa keselamatan seluruh negara termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu pihak berkuasa menjayakan program berkenaan.

Majlis penasihat Sains dan Inovasi global

Langkah meningkatkan penerokaan teknologi baru negara

May 19, 2011 
 
SEBANYAK 35 tokoh terkemuka dunia dalam bidang teknologi dipilih menjadi ahli Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC). Di Akademi Sains New York (NYAS), Amerika Syarikat semalam, satu lagi sejarah dilakarkan apabila Malaysia melancarkan majlis tersebut.
Penubuhan GSIAC adalah sebagai landasan untuk memberi nasihat ke arah merealisasikan kemajuan rakyat dan negara.
Menariknya, walaupun baru pertama kali bermesyuarat sudah terhasil cadangan permulaan untuk tiga projek segera iaitu model Bandar Pintar dan Kampung Pintar; projek rumah jimat tenaga dan kajian menjadikan sisa kelapa sawit sebagai kuasa elektrik serta vaksin.
Dengan GSIAC, Perdana Menteri berazam membawa Malaysia mampu meneroka bidang teknologi baru menjelang 2020.
Sebagaimana kita mengharapkan pandangan dan nasihat daripada Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, begitu juga kepada GSIAC dalam bidang sains dan inovasi.
Sebagai sebuah negara membangun, kita sedar bahawa sains dan inovasi merupakan unsur penting dalam kemakmuran ekonomi. Malahan, negara-negara terkaya di dunia ini pun adalah negara yang paling inovatif.
Oleh itu, kita berharap perbincangan dalam pertemuan selanjutnya nanti akan memberikan panduan dan menunjukkan jalan bagaimana Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang penting ini.
Langkah ini penting untuk mempertingkatkan keupayaan inovatif dan memperkukuhkan daya saing negara.
Kita mengalu-alukan sebarang pandangan dan buah fikiran daripada GSIAC supaya Malaysia lebih berjaya dalam mempergunakan sumber baru yang berpotensi berkembang ini.
Untuk Malaysia terus berkembang dan mencapai Wawasan 2020 dengan berjaya, kita mesti menjadi lebih baik dan terbaik dalam proses sains dan inovasi.
Malaysia akan melangkah ke tahap berikutnya dengan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan. Jadi langkah terbaru ini juga ada kaitannya dengan usaha meningkatkan sains dan inovasi mampu memberi faedah kepada rakyat.
Kita akui walaupun Malaysia belum terkenal dalam bidang penciptaan teknologi baru untuk pasaran dunia, tetapi kita perlu berusaha dan menggalakkan lebih ramai anak muda menjadi pencipta produk yang kreatif dan inovatif.
Pada hakikatnya pembangunan teknologi sains dan inovasi negara kini kian berkembang. Ia bukan tertumpu di Lembah Klang tetapi jalinan rangkaiannya disebar luas ke seluruh negara.
Sekarang, banyak negara sedang bersaing menarik pelabur asing. Kita pula tidak punya tenaga buruh yang ramai dan murah seperti India dan China. Tetapi jika rakyat kita mempunyai kemahiran sains, teknologi dan inovatif, yakinlah kita ada kekuatan untuk menyaingi negara lain dalam menarik pelaburan asing.
Tumpuan kekuatan ekonomi negara kita kini ialah pembangunan modal manusia. Dalam konteks ini kita perlu juga membina tenaga mahir dalam bidang sains dan inovasi.
utusan malaysia

TV3 - PM support Smart Village

GSIAC Kaji Biomas, Model Bandaraya Dan Kampung Pintar

SMART VILLAGE GENERATE INCOME RM 95 b on 2020



Monday, October 24, 2011

A vision were born and to implement it need lots of affords from a good Team!



UNDANG-UNDANG BAGI

PERTUBUHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
 (PKTM WPKL)

FASAL  1          NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama ;-


PERTUBUHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR.    (PKTM WPKL)                                          
Selepas ini disebut “ Pertubuhan”

FASAL 2           TEMPAT URUSAN

Alamat surat -menyurat dan tempat urusan Persatuan ialah
LOT 575-5, Lorong Satu, Kampung Padang Balang Hilir, Sentul, 51100, Kuala Lumpur.
Atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3           KEAHLIAN

1.         Ahli Pertubuhan

a)       Terbuka kepada Ketua / Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai “Persatuan Penduduk” dan jumlah seramai 2(dua) orang wakil .

b)       Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Pertubuhan hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 2 orang ahli Pertubuhan yang lain dan dihantar kepada Setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

c)       Ahli Pertubuhan  TIDAK DIBENARKAN memegang Jawatan bagi Pertubuhan, NGO dan Persatuan lain (kecuali Persatuan Penduduk masing-masing) yang telah berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan.

d)       Semua ahli Pertubuhan DIWAJIBKAN menandatangani Perjanjian ETIKA pada surat AKURJANJI bersama “Pertubuhan”.

e)       Semua ahli Pertubuhan DIWAJIBKAN menyertai dan mengikuti Kursus-kursus Kepimpinan,Pentadbiran dan Seminar/bengkel anjuran “Pertubuhan” bersama Agensi Kerajaan dan Swasta.

f)        Semua ahli Pertubuhan DIWAJIBKAN menghadiri Mesyuarat bulanan “Pertubuhan”, kecuali alasan yang diberi lebih awal dan munasabah.

g)       Seorang Pelajar Universiti atau Kolej tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

h)       Kakitangan Kerajaan yang dilantik oleh ahli Persatuan Penduduk tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pengarah Jabatan yang berkenaan.

i)         Kawasan Tadbir ahli Pertubuhan mestilah berada di Kampung atau Penempatan Orang Melayu di bawah Pentadbiran Dewan Bandaraya K.Lumpur.(DBKL)

j)         Menerima Ahli Pertubuhan yang baru berdasarkan Cadangan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Kg Tradisi Melayu WPKL

k)       Tiap-tiap permohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Pertubuhan.

Selepas ini disebut “ Ahli Pertubuhan”

FASAL 4           TUJUAN / MATLAMAT


Tujuan PERTUBUHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. (PKTM WPKL) di tubuhkan adalah seperti dibawah;-

1)       Membantu Ahli Pertubuhan  mendaftarkan sebagai Persatuan penduduk dan menubuhkan Koperasi Kg Tradisi Melayu WPKL setiap Kampung .

a)       Menubuhkan dan menetapkan satu Jawatankuasa Khas Pertubuhan sebagai Pemegang Amanah dengan memberi perkhidmatan serta membantu mentadbir  kepada setiap Kampung ahli Pertubuhan dengan  menerima setiap ahli “Persatuan Penduduk” mereka adalah Pemilik Tanah dan Rumah berdaftar di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau telah menetap lebih dari 3 (tiga tahun) sebagai ahli “Persatuan Penduduk” Ahli Pertubuhan tersebut, ini adalah bertujuan memudah cara pentadbiran Kampung Tradisi secara Setempat (One stop Center).

b)       Perkara berkenaan Pentadbiran, Pembangunan, Kemajuan Sosial dan Ekonomi, Kebajikan, Keselamatan, Pendidikan, Agama, Bahasa, Adat dan Adab penduduk-penduduk dan pemilik-pemilik Tanah dibawah tadbir Ahli Pertubuhan membantu mengatasi, menyelesaikan dan bertindak mengikut saluran Undang-undang terhadap Penduduk yang menghadapi masaalah kritikal tertakluk kepada kuasa dan kemampuan Pertubuhan yang dibenarkan oleh Kerajaan.

c)       Membantu Ahli Pertubuhan secara Teknikal dan Logistik mentadbir ahli “Persatuan Penduduk” Ahli Pertubuhan dengan mengunakan saluran yang dibenarkan oleh Kerajaan dengan menyalurkan kemudahan dan kebajikan kepada penduduk Ahli Pertubuhan, dengan menyedia dan menyimpan serta memberi Info-info dan maklumat pengetahuan berkenaan dan menjadi perantaraan kepada Kerajaan, memberi peluang-peluang jana pendapatan perniagaan melalui penubuhan ‘Koperasi Penduduk Kg Tradisi Melayu WPKL” setiap Kampung Ahli Pertubuhan

d)       Satu badan yang bertindak mengadakan Kebajikan dan sistem Gaya kehidupan sihat seperti sukan, senibudaya, motivasi kesihatan, kerjaya Keusahawaan, bantuan kepada Fakir miskin yang kurang mampu dan ditimpa mala petaka, penuh dengan tradisi aktiviti gotong –royong,kerjasama dalam apa-apa juga usaha naik taraf gaya hidup dan kebajikan serta pendidikan Agama untuk mengwujudkan suasana kehidupan berkampung, mengeratkan hubungan silatulrahim dan saling hormat-menghormati dikalangan Ahli Pertubuhan.

2)       Membantu NGO-ngo dan Agensi kerajaan mengadakan Aktiviti Sosial dan Ekonomi terhadap Penduduk Ahli Pertubuhan.Merancangkan untuk jangka panjang, generasi Muda dan Warga emas, ibu dan bapa tunggal, dengan Program-program Sosial, pendidikan Moral dan jana ekonomi tambahan.
Program Komuniti –
a.       Merinyu dan Mengumpul Pangkalan Data penduduk,Status pemilikan dan Reka bentuk Rumah dan Landskap.

b.       PUSAT RAHMAT / SEJAHTERA dan Khidmat Masyarakat dgn membantu keluarga miskin & memerlukan bantuan IHSAN, bantu Ringan beban tanggungan ISI rumah, Pusat Warisan Sejarah dan Pendidikan, Mini Muzium Budaya,Pusat Islam Remaja Bengkel kemahiran seperti Seni Khat untuk kanak-kanak, Aktiviti-aktiviti Pemeriksaan Kesihatan, Riadah dan Sukan ,Bengkel-bengkel dan Penceramahan Motivasi Keluarga Bahagia, Aktiviti Keselamatan bersama Kementerian Perpaduan dan POLIS

c.       Mengadakan Kursus-Kursus Kemahiran ,Pengurusan Masa, Pemantapan Daya Saing, Latihan Staf Sokongan, Pengurusan Stress, Keutuhan&Pemantapan Nilai &Etika, Kemahiran Berfikir, Teknik Komunikasi Berkesan, Bahasa Inggeris dan Arab, kemahiran kaunseling, Pengurusan Konflik, Pemantapan Motivasi Kerja, Pembangunan Kerjaya, kemahiran Menyelesaikan Permasaalah dan membuat Keputusan, Pengurusan Perubahan, Lawatan Ekonomi  kepada Remaja dan Pemuda KG Program-program Motivasi, Jatidiri, Cara atasi Konfliks, isu semasa dan sebagai pemudah cara segala urusan
Pembangunan Modal Insan Tajaan Kerajaan
a.       Menjayakan  skim Ekonomicf Transformation Program (ETP) yang disokong Kerajaan.
b.       Usaha menjadikan ICT sebagai pengerak
c.       Menjayakan  Program PERMATA NEGARA kepada remaja/wanita membina dan mengasuh Anak- anak (dibawah Umur 5 Tahun) yang Berdaya Maju dan Saing seragam kehendak dan akan melaksanakan ETP masa hadapan.
d.       Membina Kg Tradisi Bussiness Centre.mengadakan sistem Peruncitan (Retailing) mengunakan sistem ETP
e.       Menyediakan Lokasi operasi dan gerai-gerai ruang perniagaan kepada mereka yang pernah mengikuti program  ETP atau Skill Training atau peniaga-peniaga kecil  yang tiada tapak perniagaan.
f.        Membantu melaksanakan Projek-projek kecil dengan memberi peranan merancang serta Cadangan kepada Kerajaan.Infrastruktur, Baik-pulih / Bina baru , Kemudahan Asas, Bina Landskap, Penyediaan dan Perkhidmatan Kebersihan dan Keselamatan



g.       Menjaga kepentingan ahli seperti Kebajikan dan keselamatan Harta dan Nyawa penduduk.
h.       Menjadi perantara di antara penduduk dan pemaju dan badan organisasi bukan kerajaan dan ajensi-ajensi kerajaan serta pihak DBKL bertujuan memajukan kampung sebagai pemangkin pembangunan di dalam bandaraya, dengan mengusahakan program-program budaya hidup cara kampung, bersama menyertai  satu usahasama dan gotong-royong mengadakan perkhidmatan kebersihan kampung, perkhidmatan rondaan keselamatan kampung dan memberi bantuan kepada  fakir miskin.

FASAL  5  BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN.

a)       Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut;-
                    I.                        Yuran pendaftaran                                  RM
                  II.                        Yuran Bulanan                                       RM 
b)       Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari pada atau selewat-lewatnya 7hb. tiap–tiap bulan
c)       Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan berturut, akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
d)       Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e)       Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f)        Yuran Khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.



FASAL 6           PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI


1.       Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan hutangnya.
2.       Mana-mana ahli atau ahli Jawatankuasa yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau mengantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan  atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya secara bertulis. Pemecatan  atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
3.       Ahli pertubuhan diwajibkan menyerahkan dan menjelaskan segala urusan berkaitan dengan “Koperasi Kg Tradisi” masing-masing kepada Ahli Jawatankuasa dan sekira perlu wajar di batalkan penubuhannya.

FASAL 7           MESYUARAT AGUNG

1.       Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali  jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan menetapkan korum untuk mesyuarat.         

2.       Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang persatuan atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3.       Mesyuarat Agung tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah;-

a.    Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
b.    Menerima lapuran Bendahari dan penyata kewangan yang telah di auditkan bagi tahun yang lalu;
c.    Memilih ahli- ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit untuk tahun akan datang, dan
d.    Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4.       Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mesyuarat agung tahunan diadakan , satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan lapuran serta penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat ini hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan persatuan.

5.       Mesyuarat agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan;-

a      Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
b    Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha persatuan.

6.       Mesyuarat  agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7.       Pengumuman satu notis dan agenda untuk mesyuarat  agung khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8.       Fasal 7 (1) dan 7 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan hendaklah digunakan untuk mesyuarat agung khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ini, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan .

9.       Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas dengan seberapa yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8           JAWATANKUASA

1.       Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai persatuan hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung tahunan ;-

a. Seorang Yang Di Pertua
b. Seorang Naib Yang Dipertua
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f.  Seorang Penolong Bendahari
g. Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa atau penambahan tertakluk kepada
   jumlah perlantikan ahli pertubuhan kampung baru yang berlainan

2.       Jawatan Penolong Setiausaha dan Bendahari perlantikan di bawah keputusan Yang di Pertua.
3.       Pemegang-pemegang jawatan persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam persatuan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

4.       Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

5.       Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah  boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat  agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.

6.       Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli , 7 hari terlebih dahulu. Yang Di Pertua dengan sendiri atau tidak kurang daripada 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah(1/2) daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

7.       Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha hendaklah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai diterima;-

a)       Masaalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa .
b)       Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan tersebut itu; dan
c)       Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

8.       Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga(3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa .




9.       Jika seorang jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan diadakan.

10.   Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan.

11.            Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas  kepada sebarang ahli Jawatankuasa

FASAL  9          KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1.       Yang di Pertua, dalam tempoh memegang jawatannya,hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

2.       Naib Yang di Pertua hendaklah memangku jawatan Yang Di Pertua semasa ketiadaannya.

3.       Setiausaha hendaklah menjalankan  kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama, alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua  mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat .Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan persatuan kepada pendaftar pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

4.       Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5.       Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan akaun berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

6.       Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10                     KEWANGAN.

1.       Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini wang persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai  dan kakitangan yang bergaji serta upah mengaudit akaun. Walaubagaimanapun, wang itu tidak bolah digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah.           

2.       Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1,500.00 ( Ringgit Malaysia ; Satu Ribu Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah di masukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akuan bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

3.       Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun persatuan hendaklah ditandatangani bersama Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Yang Di Pertua, Setiausaha atau  Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan

4.       Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,500.00 ( Ringgit Malaysia ;  Seribu Lima Ratus saja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 ( Ringgit Malaysia ; Sepuloh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh di lakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang  kurang dari RM 1,500.00 ( Ringgit Malaysia ; Seribu Lima  Ratus saja) bagi sesuatu masa boleh di luluskan oleh Yang  Di Pertua bersama Setiausaha dan Bendahari.

5.       Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta penyata akaun bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata akaun yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan  untuk makluman ahli di alamat  tempat urusan persatuan.

6.       Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember setiap tahun.


FASAL 11         JURUAUDIT

1.       Dua orang yang bukannya pegawai persatuan hendaklah dilantik di dalam mesyuarat tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

2.       Juruaudit adalah dikehendaki mengaudit  akaun persatuan bagi setahun dan membuat lapuran atau mengesahkan untuk mesyuarat agung tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang DI Pertua mengaudit akaun persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.



FASAL 12                     PENTADBIR HARTA


1.       Semua harta tetap persatuan hendaklah dinamakan atas nama persatuan. Pemegang jawatan semasa dalam jawatankuasa iaitu Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik menjadi Pegawai Pentadbir Harta mengikut Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966 di mana sijil pengesahan akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Mereka akan menjalankan tugas sebagai Pegawai Pentadbir Harta selagi mereka memegang Jawatan berkenaan di dalam persatuan.

2.       Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual, memajak atau menukar milik harta tetap kepunyaan persatuan dengan tidak atau persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung persatuan.

3.       Sekiranya seseorang pegawai pentadbir harta itu tidak lagi memegang jawatan dalam persatuan maka kuasanya dengan tersendiri  terlucut.

FASAL 13        TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1.       Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan jawatankuasa, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.

2.       Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.


FASAL 14                    PENASIHAT / PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi persatuan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.


FASAL 15        LARANGAN

1.       Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam jadual 1 dan 2, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, tidak boleh dimainkan di dalam premis pertubuhan.

2.       Persatuan atau ahli-ahli tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

3.       ‘Faedah”  seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah  boleh diberikan oleh persatuan kepada mana-mana ahlinya.
              




FASAL  16        PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat  agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 17         PEMBUBARAN


1.       Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima  (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

2.       Sekiranya persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

3.       Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.






              

Yang Di Pertua                                                                                    Setiausaha


Tarikh ;















PERTUBUHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(PKTMWPKL)



1)    PERSATUAN PENDUDUK KG PADANG BALANG HILIR,
SENTUL, KUALA LUMPUR                                                           (PPKG PBH)

2)    PERSATUAN PENDUDUK KG CHUBADAK HULU, SENTUL,
KUALA LUMPUR                                                                            (PPKG CBKH)

3)    PERSATUAN PENDUDUK KG SELAYANG LAMA, KL                        (PPKG SLY)

4)    PERSATUAN PENDUDUK KG CHUBADAK TAMBAHAN, SENTUL,
KUALA LUMPUR                                                                            (PPKG CBKT)

5)    PERSATUAN PENDUDUK KG PUAH SEBERANG, JALAN GOMBAK,
KUALA LUMPUR.                                                                           (PPKG PSBG)

6)    PERSATUAN PENDUDUK KG SUNGAI MULIA, JALAN GOMBAK,
KUALA LUMPUR                                                                            (PPKG SGMLA)