Tuesday, July 26, 2011

4 ISU YG SAMA DGN KG TRADISI MELAYU WPKL...

Empat isu Kg. Baru selesai

by Pembangunan Kampong Bharu on Tuesday, 26 July 2011 at 17:18
KUALA LUMPUR 5 Jun – Pemilik tanah di Kampung Baru kini boleh menarik nafas lega apabila empat isu yang sering menjadi kebimbangan mereka akan diberikan perhatian oleh kerajaan.

Pengerusi Persatuan Anak-anak Kampung Baru (Pakam), Datuk Matshah Safuan berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengikut permintaan pemilik tanah dalam menyelesaikan empat isu yang sering dibincangkan itu.

Menurutnya, dalam isu pertama, kerajaan telah bersetuju untuk membetulkan pemilikan geran tanah pemilik supaya geran baru dapat dikeluarkan dengan syarat baru iaitu tanah hanya boleh dimiliki orang Melayu.

“Bagi isu kedua pula, kerajaan bersetuju untuk menukarkan status geran daripada kampung kepada komersial dan ketiga, setiap tanah akan diberi plot ratio iaitu setiap tanah yang dimiliki boleh dibangunkan mengikut pelan yang dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat cadangan pembangunan Kampung Baru, di Jalan Raja Musa, Kampung Baru di sini, kelmarin yang dihadiri 156 penduduk dari Kampung Pindah dan Kampung Paya.

Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin itu juga memberi peluang kepada penduduk untuk berdialog.

Tambah Matshah, isu terakhir yang sering menjadi perbincangan ialah taksiran nilai tanah dan nilainya kini sudah semestinya tinggi kerana diberi status tanah komersial di samping berada di tengah bandar.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan mengambil tanah sesiapa tetapi hanya memberikan kaedah untuk membangunkan dan penduduk juga boleh memberikan cadangan untuk pembangunan kampung itu.

Sementara itu, Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru sudah dipinda mengikut kehendak pemilik tanah dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pertengahan Jun ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Monday, July 25, 2011

End SEPT date line , KLDCP 2020 shall be declare in Parliment

http://www.world.com.my/mediaeye/dbkl/DBKL1/DBKL/DBKLnews/DBKL_print/%5BDir07%5D-July%202011/13%20July%202011%20Wednesday/New%20Straits%20Times/KL%20City%20Plan%20To%20Be%20Gazetted%20In%20September.jpg



Yr Excelency Mr Mayor Tan Sri Ahmad Fuad (DBKL)and
Yr Hon Minister Of  Federal Territories and Urban Wellbeing Dato Raja Nong Chik (KWPKB),

I hope your participation in this Plan, were good for the country and the community living on it.
After few years ago, we have successfully did some discussion, comments  and Arguments / Agreements
i believe its was the best that we have did.
Thank you for your consideration , allowed me to participate and gave some ideas.
Let me recalls , " We (the community) Have the Assets, You (Government) Have the ideas" so lets share"